Friday, December 31, 2010

Di mana tudung Lydiawati?

Pelakon ini mengenakan skaf jaring penuhi tawaran berlakon


KELIBAT Lydiawati yang tampil dengan skaf jaring rona putih dan bergaya ranggi dengan seluar jeans ketika menghadiri majlis sidang media pelancaran drama Ustaz Amirul, mengundang perhatian.


Penampilan pelakon berusia 47 tahun itu kelihatan berbeza benar dengan gayanya sebelum ini yang bertudung litup. Serta merta pelbagai soalan menerjah di benar fikiran, malah tidak sabar rasanya untuk dilontarkan kepada pelakon yang pernah digandingkan dengan Rosyam Nor dalam filem Suami, Isteri dan .... itu.
Ke manakah pergi tudungnya? Adakah Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon mengubah penampilan akibat kegagalan rumah tangga dengan lelaki bergelar datuk kira-kira setahun lalu. 

Dengan penuh hati-hati, ayat disusun agar pelakon ini tidak tersinggung. Kebimbangan segera pudar apabila ibu kepada dua cahaya mata itu menjawab pertanyaan yang dilontarkan dengan senyuman. 

Dia berpakaian sedemikian kerana membawa karakter ibu kepada pelakon Shaheizy Sam untuk filem terbaru arahan Ahmad Idham berjudul 8 Jam yang kini sedang rancak menjalani penggambaran di Chow Kit. 

Malah ketika di temu bual ini, dia bersama seorang lagi pelakon wanita yang juga sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan iaitu Kuna terus bergegas ke lokasi penggambaran. 
Katanya, apa saja yang ingin diperkatakan orang terhadap dirinya, itu hak masing-masing. Yang penting, Tuhan mengetahui niatnya. 

“Saya tidak peduli apa pun yang orang ingin perkataan mengenai penampilan saya. Bagi saya, hati budi manusia tidak seharusnya diukur dari penampilan seseorang kerana pokok pangkal adalah hati kita. Terpulanglah apa orang nak cakap, yang penting saya tahu apa yang saya buat dan tuhan juga tahu saya lakukan semua ini kerana mencari rezeki yang halal. 

“Sebagai manusia kita tidak boleh cepat menilai kerana tentu ada sebab kenapa seseorang itu buat sesuatu. Ketika filem ini ditawarkan kepada saya, Ahmad Idham bertanya terlebih dulu sama ada saya sanggup ubah penampilan atau tidak. Bagi saya ia tidak mendatangkan masalah kerana saya buat disebabkan kerja. 

“Saya bergaya begini bukan disebabkan kegagalan rumah tangga kerana gaya ini hanyalah untuk sementara waktu. Selepas ini saya akan kembali dengan imej dulu, mengikut trend semasa,” kata Lydiawati yang turut memegang watak seorang ibu dalam drama bersiri Ustaz Amirul yang akan menemui penonton pada 7 Januari depan. 

Seiring usianya, aktres yang hampir empat tahun menyepi dari sebarang aktiviti seni ini berkata, dia harus akur dengan watak-watak yang diberikan memandangkan usianya kini tidak lagi muda. 

Katanya, dia menerima apa saja tawaran asalkan mendatang rezeki supaya dapat membesarkan dua cahaya mata yang sedang membesar iaitu Nor Munira, 25 , dan Puteri Batrisya, 8 tahun. 

Sebelum ini dia terpaksa membataskan aktiviti seninya kerana anak-anak masih kecil. Oleh kerana anak sulungnya kini boleh diharapkan, Lydiawati berasa lebih lega untuk keluar mencari rezeki. 

“Saya tidak pernah berhenti berlakon tetapi hanya berehat seketika kerana ketika itu anak-anak masih kecil. Selain membesarkan anak-anak, saya juga berehat kerana menuntut ilmu. Sebagai manusia, saya juga ada kekurangan. Sepanjang empat tahun berehat saya gunakan kesempatan itu mengikuti kelas pengajian al-Quran bersama dengan anak-anak sekali. 

“Disebabkan anak-anak sudah boleh berdikari, saya kembali aktif sejak hujung tahun lalu. Setakat ini alhamdulillah, rezeki belum pernah putus. bagaimanapun, pada usia begini saya mengakui tidak boleh terlalu memilih. Lagipun pada usia sekarang, hanya watak ibu saja yang sesuai untuk saya,” katanya yang mengakui gembira dengan kehidupan dilalui sekarang. 




psstt : standard la tu kalo artis mula2 pakai tdg lama2 nmpak jambul tu sikit..lama2 cabut teros tdg tu -,-











ohh i'm become 20???



Dear diaries
Assalamualaikum

malam ni korang celebrate new year kat mana?klcc?kfc?kfcm(nma pendek khairul fahmi..hehe)..
Pape pon pastikan malam ni merupakan malam yg terindah bagi korang..hehe..Aku??Sambut dalam bas jo la.Malam ni pukul 11 aku akan bertolak ke Dungun untuk meneruskan perjuangan aku yg belum selesai.Pray for me okey :)

2010 akan melabuhkan tirai tak sampai 24 jam lagi ni.2011 pulak akan menggantikan tahun yg lebih ceria dan bermakna.Ececeh ayat aku dah macam iklan kat tv3 dah ni -,-
2010 memang amat bermakna bgi aku termasuklah korang gak kan?Semua orang pasti ada kenangan terindah diorang tak kisahlah kawan ke family ke balak ke or whatever u get.

Azam baru??
Yess aku punya azam baru 2011 ini.Aku harap aku lebih struggle for my study.before ni memang selalu azam cenggini tapi agak susah nak follow azam ni..hehe..Insyallah this year i will do it!Ohh nooo i'm become 20!!I hope i will 19 forever..hehe..banyak songeh ko :p

2010 jugak telah membuka peluang aku mengenali dunia blog ni.Aku telah jatuh cinta dengan dunia blog ni <3

last but not least aku nak mintak ampun dari ujung rambut sampai ujung kaki bagi sape2 yg mengenali diri ni and sekirenye terdapat mana2 kesalahan yg aku buat.terkasar bahasa ke.i'm sorry!!(tiru tagline amir rj lwk :p)








Thursday, December 30, 2010

Sengal Zone : Aku Masih Single!

Assalamualaikum


Anda masih single?Perlukan teman?So jangan lengah-lengah lagi untuk menyertai rancangan sengal zone kali ini dengan edisi terhad 'Aku Masih Single'..Menarik bukan?tak yah susah2 nak ON AWEK ke ON SUNYI ke.Jimat kredit kengkorang gak kan :)

Tirulah macam saya yg tengah join edisi terhad kali ni.Tak yah lengah2 lagi.Hanya perlu PICIT SAYA

Mudah bukan??

*****************************************************************************


Tak sangka nuffnang ade buat gak iklan camni kat blog.Tak pasal2 muncul kat entri aku.Takpe2 nanti nuffnang kasi aku BE kot..hehe

Aku MAsih Single!!
Korang tak caya?
Percayalah!!Bak kata ct nurhalija :)

Oleh kerana aku masih single so mestila tengah menunggu bunga segar ni dipetik orang.Haktuihh,,haha

Jejaka-jejaki diluar sana,dengar ini!!hahaha
Ciri-ciri idaman lelaki idaman kalbu aku..
jeng..jeng

Mestilah ade iman,amal dan taqwa..macam motto sekolah aku jer -,-
Bertanggungjawab (pandai buat anak,pandai jaga anak sekali la kan..hehe)
Ade kerja yg boleh menyara aku and bakal anak2 'kita' hehe
..
..
banyak lagi aku nak letak ni tapi segmen ni nk 3 jer.takpe2 lain kali ade can aku letak banyak2..haha

Cepat join.Due date die pukul 6 petang ni :)

Adiozzz ^_^













Elia si jejari runcing

Assalamualaikum

Hari ni aku tengok cerita pasal pemain2 bola sepak negara yg telah mengharumkan nama Malaysia semalam.Tak terlambat aku nak wish congrats kat diorang.So awek2 diorng of cos la terkena tempias femes tu.Antaranya cik awek Apex ni.Nama die Elia.Die ni seorang blogger gak tau.Kecik molek je orang die.Aku kenal die pon dalam 2 minggu lepas tapi melalui blog jela..hehe
Tau tak dengan blog2 die femes sbab die kata pagi tadi FAFAU promote cik awek apex ni kat 8tv.Wah masuk tv terus tu..hehe..Dengan blog die skali femes dalam tv.Aku biler la lagi -,-

Kejap lagi sdara aku dari negeri sembilan tu nak datang so aku kene masak.Mak aku pon dah panggil tu.Wawawa esok malam dah kene brambus!!
Babai rumah :)
Babai korang GTG :)







Interlok dibubarkan??

Assalamualaikum

Ada tengok berita tak hari ni pasal novel sastera for tingkatan 5 start 2011 yg nama buku tu 'INTERLOK'??Aku pon baru tau ade novel baru yg kementerian pelajaran terbitkan untuk kegunaan tingkatan 5 bermula 2011.Yang cetus kontroversi pasal ni ialah buku itu tidak memberi satu gambaran tepat tentang keadaan dan fikiran masyarakat India pada masa sekarang.Memang patutlah diorang bengang.Okey baca cerita selanjutnye..


MIC minta lakukan perubahan terhadap kandungan 'Interlok'

PUTRAJAYA: MIC, parti terbesar mewakili masyarakat India di negara ini, memohon Kementerian Pelajaran melakukan perubahan dalam kandungan novel "Interlok", buku teks sastera Tingkatan Lima sebelum digunakan buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2011. 

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata prinsip asas pengunaan buku itu tidak akan tercapai kerana terdapat satu bahagian yang menyentuh isu sensitif di kalangan masyarakat India berkaitan sistem kasta.


“Interlok” adalah teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5, karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.
Subramaniam berkata beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, minggu hadapan sebelum satu surat cadangan kepada kementerian itu dikemukakan. 

Menteri Sumber Manusia itu ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama para pegawai Jabatan Pelajaran di seluruh negara yang bertanggungjawab ke atas pendidikan masyarakat India, di kementeriannya di sini hari ini. 

Subramanian berkata setelah mengambil kira pandangan masyarakat India, beliau berpendapat apa yang ditulis dalam buku itu tidak memberi satu gambaran tepat tentang keadaan dan fikiran masyarakat India pada masa sekarang. 

"Oleh itu, saya takut bahawa jika tiada perubahan dibuat kepada kandungan yang ada di dalam buku itu, ia akan memberi satu pandangan salah kepada pelajar yang akan menggunakan buku itu. 
"Ia akan diajar kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa... ini akan mengurangkan pemahaman mereka tentang apa yang sebenarnya berlaku di kalangan masyarakat India pada masa sekarang," katanya. 

"Jika ini dibiarkan ia juga akan mewujudkan satu perasaan “pahit” di kalangan masyarakat India," katanya. 

Subramaniam berkata kandungan buku itu harus diubah jika Kementerian Pelajaran tidak berhasrat menarik penggunaan buku teks sastera itu. - BERNAMA

sumber bharian

Malu Betul : Kenangan 2010

Assalamualaikum dan good night everyone!

Nampaknye woofer storm nak serang balik kuasa tag kat aku sebab aku banyak serang tag kat die..hehe..Jangan nangis eh aku nak buat la ni,hehe

Actually aku memang nak join segmen ni tapi ngah perah idea nak buat entri pasal ni.Nak ingt balik kejadian yg memalukan sepanjang 2010 ni.Aku rasa banyak sangat bende yg memalukan 2010 ni.Waa malu lak bile teringat malam2 ni (ttup muka ngan bantal -,-)

Ingat lagi time minggu exam last sem.Still 2010 kan??hihi..Pagi tu aku ade paper kat dewan aspirasi,kebetulan lak hujan pagi tu.So aku bawak payung la nak ke dewan tu.Hujan pulak makin lebat.Aku decide nak gune jalan dekat ngan lalu dewan jasmin.Tapi kene lalu org ramai lak sbb masing2 sume tunggu kat luar before exam start.Aku lak terkedek2 nak tutup payung,adoii payung aku ni buat hal lak taknak tutup.Aku tak perasan la depan aku ni ade orang.Sekali aku try nak tutup last2 terlepas and 'splash'!!Korang bayangkan la kalo payung yg basah tu kalo kibas sikit je air memang terpercik habis la.Mamat kat depan aku tu jerit 'woii basah baju aku weh' Macam marah je nada die tu.Aku memang tak sempat nk tengok muka die n sempatla mntak maaf then blah sbab exam dah start time tu.Memang malu giler la time tu.Nasiblah aku tak cam muka die kalo tak mesti malu kalo jumpe..huhu
Aku kasi 2 rating jela stori ni..hehe


Okey story yg ke 2 lak.Hari tu ade pemilihan calon MPP kat dewan aspirasi so lepas vote semua aku singgah jap kat booth berukben celcom yg kat luar dewan tu.Kakak aku pesan survey harga berukbn tu.Takpela aku ajak member aku qila teman.Tengah2 dok usha pakej die smua tibe2 malang memang tak berbau.Macam mana ntah member aku ni dok tunjuk member die yg kebetulan ngah lalu time tu.Ntah macam mana la aku boleh terjelepuk masuk longkang.Aduss memang malu gilak ahh time tu.tapi aku ni kalo jatuh ade style tau..hehe..jatuh ayu je siap simpuh dalam longkang tu.Nasib longkang tu kecik kalo tak memang masuk paper la aku haritu.Orang lain??Semua pandang tapi just pandang je kot.Sape yg gelak aku sembelih 18 nnti..haha..Ala aku jatuh tak sampai 10 saat pon.Siap gelak2 lak time jatuh walopon kaki sakit gak..hihi..Yang tak boleh blahnye abg celcom tu boleh jenguk kat aku yg jatuh ni.Adoii dahla hensem abg ni.janganla tengok aku jatuh,habes saham aku..haha -,-...Sepanjang perjalanan balik kolej kitorg memang tergelak sakan la macam org gile biler teringat kejadian tadi *stop*
Hurm bagi aku ni agak memalukan,so aku kasi rating 4 kot..hehe

Okey kalo nak cerita pasal bende yg memalukan ni memang banyak tapi biarla yg lain jadi diari dalam diri aku je..hehe..

Ucapan menjelang akhir tahun ni..JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI KISAH YG MEMALUKAN!!!! hehehe

nk join segmen ni??klik banner kt bwh ni okey :)



aku tag kamu !!












Wednesday, December 29, 2010

Kerana sebijik bola itu

Assalamualaikum

Aku tau mesti ramai blogger ngah tengok bola kat tv kan.Kalo yg blogger tegar tu siap lappy depan die je sebab nak hupdate pasal bola nanti :)
Ade gak yg pegi dataran ke or restoran mana2 tengok ramai2 sbb nak amek feeling kesukanan lak kan..hihi..So arini nak tulis sejenis benda yg semestinye bulat.Macam corak n color ade kat bende ni.Yang aku peliknye punyela banyak bende ni kat dunia ni tapi dalam sesuatu game tu sebijik tu la diorang dok rebut..ish3 pelik bonar eh..
Dah tu punye la payah nak rebut,dah dapat tu pegi pulak sepak kat org lain.Laa tadi nak sangat -,-
Bende itu dinamakn BOLA -,-
Kerana bola itu jugak Malaysia n Indonesia perang dunia ke3..kerana bola itu jugak laser jadik femes.Laku la penjual laser tu kan..huhu
Kerana bola itu jugak Khairul Fahmi femes..hehe..kerana bola itu jugakla adik aku ngan ayah aku hiruk piruk tadi dok tengok tv..kerana bola itu jugaklah aku kene buat entri ni..hehe


KERANA BOLA ITU JUGAKLAH MALAYSIA MENANG ^_^
hehe


psstt : luahan hati seorg budak perempuan yg tak minat bola -,-





Ptptn tak masuk lagi la


Assalamualaikum and good afternoon eberiwan..hehe
Macam cekgu english laks aku ni -,-

Semalam punye la aku nak mintak sangat2 kat mak aku nak keluar jenjalan sebab dah keboringan tahap cipan dah aku dok rumah ni.Last2 semalam mak aku ajak pegi giant kat batu caves tu,so pegi ATM cek ade brape duit.Tau tak rupe2 nye ptptn tak masuk lagi..grrr geram gilak aku.Aritu member aku kata dah masuk.Nape aku cek takde pon.Nasib aku tak jadi kuar ngan member aku kalo tak memang tak berduit la aku..huhu

Okey jumaat ni nak kena berambus ke dungun..Poblemnye takde sape yg nak antar aku ke putra tu nanti.Waaa takkan nak jalan kaki kot!!
Ayah aku kene pegi temerloh.Mak cik aku tak berani nak jalan sampai ke putra tu.Sape2 yg baik hati nak hantarkan aku??hihi

Okey babai :)






Pengalaman first time beli ikan

Assalamualaikum

Selamat malam semua :) Macam biase budak insomnia cam aku ni memang tak reti nak tido waktu2 gini..hehe

Tadi aku mak aku pesan before pegi umah nenek aku singgah dulu pasar beli ikan ngan sayur.Aku pegi umah nenek aku sebab naak tolong kemas rumah ape yg patot sebab nak kenduri sabtu ni.Awalkan kemas..nenek aku la yg suruh kemas awal2..hehe

Takpela aku pegi ngan adik aku yg afiq tu.Kitorang singgah la 1 kedai ni dekat2 ngan kolej unikop.Aku suruh adik aku pegi beli ikan tapi die taknak.Aisehh aku gak yg kene beli.Tau tak aku tak pandai beli ikan doll..huhu..Time tu ade sorang makcik ni beli ikan gak.Mule2 ingat nak tanya die camne nak beli ikan ni tapi aku batalkan niat tu sebab malu..haha..
Berape kali da aku pusing ikan tu kononnye nak pilih ikan la tu sedangkan dok cari idea camne nak beli ikan ni..huhu..Mak aku suruh beli sekilo ikan kembung sekilo ikan sardin tapi aku tengok kat label tu 9.50 for kembung 7.9 for sardin.Aku agak yg ni kot harga ikan ni sekilo -,-

Takpela pastu aku paksa gak adik aku panggil mamat yg kerja kat situ.Mule2 die wat donno je ngan aku.Huh pekak ke ape mamat ni,sembelih kang ngan parang yg die pegang tu baru tau..hehe..Aku mintak die nak ikan kembung sekilo.Die datang bawak plastik.Aku pon pilih la ikan yg aku nampak macam segar(mak aku kata kalo mata ikan merah xsegar..) Oleh kerana tak nak mengotorkan tangan so aku just tunjuk2 je macam kuih tunjuk lak kan..hihi
Aku letak ikan,sayur n tempe kat tempat nak bayar tu,mak cik kaunter tu tanya dah habes ke beli ni?Aku teragak2 sebab sardin tak beli lagi,nak beli takut duit tak cukup.Sudah..memang malu disitu..huhu
Last2 aku suruh jela die kire n rupe2nye ade baki 7 ringgit something.So bolehla aku beli sardin pulak.Cukup2 je mak aku kasi duit tu..hehe

Okey tu memang first time aku beli ikan sendiri kat kedai or pasar.Aku cerita kat mak aku pasal ni,mak aku siap perli aku lagi tu ' Tu la tak pernah beli ikan lagi,kalo mak mentua suruh beli habisla ko'..hehe lepas ni aku dah terer beli ikan laaa..*bangga sikit*

psstt camner pengalaman korang biler first time beli ikan kat kedai??hehe -_-







Tuesday, December 28, 2010

Sengal Zone : Saya lah Perempuan itu !




Assalamualaikum

Malam ni sengal zone ade buat segmen lagi nampaknye.So aku takkan ketinggalan utk mengjoin setiap segmen die ni..hehe

Syarat nak join segmen ni sonang jo eh.Ekau lotak pic korang yg cute nak mampoih tu kat entri ni..hehe
Amek ko pic aku yg hudus ni -,-


GAYA,MUTU,KEUNGGULAN

hahaha gelak banyak sikit..dah macam iklan motor lak ni kan..hehe

Okey nak join segmen ni klik je banner kat atas ni okeh :)

Okey bye (-_-)








Berukben jadi baik sikit malam ni



Dear diaries
Assalamualaikum


Hari ni aku dapat BW ke blog2 yg dah follow aku and comment kat aku.Walopon bukan semua tapi asalkan aku tunai janji aku kan..hehe
Sebabnya berukben aku baik sikit malam ni.Pelik gak tibe2 je malam ni laju semacam sedangkan limit die memang dah nak dekat 6 gb sedangkan aku beli 5 gb je..hehe
Takpe jangan banyak soal nanti kang die tarik balik kelajuan berukben ni kang aku gak yg merana.Malam ni baru aku ade masa yg banyak utk online sebab siang tadi memang busy dok kemas rumah yg still sepah lagi tu.Tadi aku dah kemaskan sekali bilik aku.Boleh la tido dalam bilik aku malam ni sebab ayah aku dah bising aku tido dalam bilik die.Tak pasal die kene tido luar..haha
Malam tadi ayah aku amek pakcik aku yg kat negeri sembilan tu sebab esok die nak tolong ayah aku buat pagar rumah.Mana taknye semalam basikal adik aku kene curik 1..ish3 xgune tol budak tu.Aku dapat tau sape pencurik tu aku kerat 18 macam mona fendey..hehe
Sebab tu la ayah aku nak cepat2 buat pagar.

Hurm pagi tadi aku tengok blog aku and terkejut beruk aku follower aku dah 332.Before aku tido dalam pukul 12 tu aku tengok follower dalam 302.Pergh tak sangka beb :)
Major diorang datang dari blog abg ben.Tak sia2 aku join segmen abg ben ni..hehe
And for the first time aku dapat comment 20++ sekaligus..hehe nak bangga kejap -,-
Yela bukan selalu beb!Tu yg jakun sikit..heheh

Okey tiket aku sudah dibeli,bas aku 31/12 pukul 11 malam.Nasib ade lagi tiket kalo tak naya aku tak balik..huhu

Dah habes entri aku ni :)







Sunday, December 26, 2010

Pencarian 10 Header Blog Tercantik 2010

Assalamualaikum

Pernah dengar tak pasal contest ni?Kalo tak pernah dengar korang boleh cepat2 ushar blog mamat ni 

Then nak mintak tolong korang la yg baik hati kalo rasa header blog aku ni lawa or cute ke ape rajin2la vote blog aku ni eh..hehe
Saja suke suki je contest ni.Jom vote my header kat sini



Trimas semua ^_^







Tak nak cakap pasal bola

Assalamualaikum

Aku rasa ramai blogger dah tulis pasal Malaysia menang lawan bola ngan mamat indon tadi kan,so aku tak nak buat entri pasal bola.Boring lak kan korang baca nanti.Lagipon aku memang tak minat langsung bola2 ni.Tadi pon berebut ngan ayah aku nak tengok t.v..huhu
Tadi ade gak menjeling pemain bola sepak Malaysia sebab nak kenal mana satu Khairul Fahmi..hehe..Ape ingat aku minat die ke..Die dah ade awek dah pon.Blogger lagi tu tau.Cute laks tu.Ni ha awek die Elia..Ade banyak gak love story diorg dalam blog elia ni :)



Ade style dowh mamat ni..hehe
Tau tak wan aku pon minat gak tengok bola ni.Caya lah beb..haha..aku pon tak minat tapi wan aku siap marah2 kalo tak masuk gol.Macam org muda lak kan..hihi tapi tu la kenyataan :)

Alhamdulillah akhirnya follower aku dah mencapai 300 ++..So kat sini aku nak announce follower aku yg bertuah iaitu Cik Kira kita ni yg menjadi follower aku yang ke 300.tapi sorilah aku takde hadiah nak kasi..huhu
Promote blog kamu kat sini pon boleh la kan??hehe jangan marah :)

psstt ade eksiden kat raub eh hari ni..huhu selalu sangat eksiden kat situ.nasib aku dah pindah sini takdela kene lalu jalan sane dah.memang bahaye kot laluan tu lebih2 lagi kat gaung2 tu.pergh kalo salah lgkah sikit je memang masuk gaung tak jumpe dah..huhu -,-











Saya Sengal Zone VIP's







Kembali kite ke segmen Sengal Zone VIP setelah segmen ni hangat sehangat pisang goreng panazz belakang rumah aku.Oleh kerana jiran2 aku yg suke makan pisang goreng panazz tu suruh aku join segmen ni so aku pon join la dengan syarat belanja aku pisang goreng panazz 2 ringgit..haha

Okey stop melalut -,-

Saya memang nak jadi VIP sebab saya tak penah jadi VIP.Bagilah saya peluang sekali-sekala nak jadi.Nak tunggu kawen ngan datok lambat lagi sebab Datuk K dah berpunye.Saya tak sanggup nak rampas dari CT.Anak die semua dah berkapel.So kat sini jela saya berpeluang menjadi VIP yg tak diiktiraf dalam sengal zone ni..hehe


Haa sape yg tengah keboringan tu mai la pakat join segmen yg bakal menjadikan anda sengal..miahaha

500 BLOG








nampaknye abg ben memang dah tak sabar2 nak buat segmen terbaru die..hehe
so aku pon takkan lepaskan peluang untuk memunculkan diri daam segmen die kali ni.kali ni bukan 10,100 tapi 500 terus die nak.Mampuih ahh nak BW semua blog tu nanti..hehe
Okey nak join? klik sini

kali ni kena bagitau sikit mengenai diri aku and tujuan jadi blogger.
aku ni still study lagi kat uitm dungun and now menetap kat sentul.aku suke menulis mengikut ape yg dalam hati aku ni kata.bak kata aizul marcello menulis pakai hati amik gamba pon pakai hati..hehe
tujuan aku berblogging ni sekadar mahu mencuba sesuatu yg baru disamping dapat kenal ngan blogger yg lain.dari kecik lagi aku tertanya2 ape maksud blog tu.dulu aku memang bayangkan blog ni sesuatu yg buruk bile banyak kes org dok kutuk2 kat blog tapi bile rasa sendiri ade blog ni barulah aku dapat rasa kepuasan sebenar berbblogging ni.lain la orang yg berblogging tu semata-mata nak tak puas hati tengok orang lain berjaya..ish3

oyey nak lunch pulak ni..babai (-_-)










Bila blog kena hack oleh si hacker

Assalamualaikum


Korang penah tengok tak sesebuah blog tu kena hacked? Dah tu si hacker tu pulak bantai habis-habisan kat blog die.Aku tadi baru je usha 1 blog ni yang kena hacked.Kesian dowh ngan blog ni tak pasal2 jadi mangsa.Aku pon tak tau ape motif sebenar si hacker ni.Before ni aku penah tengok orang hack blog tu ngan hantar comment ntah pape gune nama kite tapi hacked kali ni lain sikit.Ala-ala macam cerite omputeh gitu..hihi
Aku ade printscreen sikit blog tu.


jiwa kacau



Cuba korang tengok ayat yang aku dah wat kotak merah tu.Aku rasa mangsa lepas ni OH MEDIA network.Memang dah takde keje la si hacker ni siap ugut2 blog orang lak.Seram lak tengok orang cenggini.Sepatutnye ilmu yg die ade tu gunakan sebaik-baiknye ni tak pegi gatai dok hack blog orang tu buek apo..huhu
Takot lak kalo blog kite sndiri kene hack nanti.Tak dapat aku nak bayangkan.Dahla blog yg kene hack ni gune domain sendiri.Yang aku tau memang banyak la si hacker ni dok tukar isi perut blog ni.


Haa teringat pulak baru-baru ni facebook aku kene hack dowh.Dahla time tu pukul 2 pagi.agak seram la disitu..huhu..Macam ni aku tengah chat ngan sorang member aku ni tibe-tibe ade 'orang' tu menyampuk perbualan member aku tu.Aku terkejut giler la sebab aku tak pegang keyboard pon time tu.Tak pasal ade ayat yg keluar kt tempat chat tu.Aku ingatkan ayat member aku tapi yg keluar bahagian nama aku.Meh nak tunjuk kalo x caye





Tengok ayat yg aku dah kotak tu.Walopon sepatah je yg keluar tapi aku still wonder.Mesti korang tak caya gak kan.Emm takpela biar aku ngan member aku tu je yg tau..huhu
Yang aku peliknye aku baru je tuka pasword baru2 ni.Sebab aku rasa pswd lama tu macam tak selamat -,- 
Tak taula ade org hack fb aku ke or ade poblem teknikal fb time tu..huhu
Tapi ini serius aku tak main2 -,-
Kakak aku pon cakap facebook skang ni memang dah tak selamat tapi nak buek camano tu jela cara paling jimat aku nak contact member2 aku..hihi


Okey..jaga-jagalah keselamatan blog anda dari dihack oleh si hacker..




Saya blogger kuala lumpur

Dear diaries
Assalamualaikum


BPM ade buat kategori untuk para blogger sekalian mengikut negeri.So aku pon takkan melepaskan peluang untuk mengjoinkan diri sekali..hehe

Nak join kategori ni? KLIK SINI

Nama aku Nur Syafiqah Bte Abdul Mutalib.Amek ko nama penoh aku bagi..hehe..Nak nama manja aku?Tak yah la aku tak suke nama2 manja ni..gedik aii..hehe
Status aku lak belum married la.Kalo aku dah married takdela seaktif berbogging camni..hehe..I'm single okey ^_^
Okey nak contact aku?Eleh2 nak la tu..buat2 malu taik ayam pulak..hihi
Korang boleh contact aku melalui twitter,formspring,facebook,ym,skype and sudah semestinye blog ni :)
YM,SKYPE guna email ni buzzlighter_89@yahoo.com

pandangan dari luar rumah aku
Oleh kerana aku baru pindah so aku tak berapa sure alamat lengkap rumah aku ni.Yang aku tau aku duduk kat sentul.Dekat2 ngan padang balang.Kenal tak??Rumah aku dkat je ngan masjid saidina ali.Haa sape yg tak penah pegi masjid tu memang confem tak tau..hehe


Erm,ekceli takde pon menarik kat tempat aku ni.Ramai bangla je aku tengok..haha
Kalo nak tempat menarik jom lawat kuala lumpur..hehe








Alhamdulillah

Assalamualaikum dan good morning to you all :)


Wah dah lama tak buat entri pagi2 gini..hihi mana taknye bangun pon pukul 11
Tapi hari ni lepas semayang subuh tadi terus tak tido2.Oleh kerana banyak bende yg tak kemas lagi so kene la habiskan dulu.Rindu giler nak tulis entri.Semalam sehari tak BW and tulis entri.Sehari suntuk kemas rumah.Pergh penat seh!


Oleh kerana barang kat rumah aku yg terlalu banyak ni so terpaksa lah buat 2 trip lori tu.Waa jiran aku smua tak sangka barang kitorang sebanyak tu -,-
2 minggu lepas dah hantar 1 lori.Kire total semua lori yg kitorg gune 3.Pasu-pasu bunge mak aku nak dekat 1 lori penuh.Boleh bukak taman bunga lagi tu..haha
Aku tak kemas lagi barang2 dalam bilik aku tu.Lampu takde lagi la -,-


Oleh kerana barang kt rumah raub tu dah banyak + ngan barang sedia ade kt kl ni total semua memang macam sardin rumah aku ni.Tak caya?Meh datang tengok..hihi
Pejam celik tak sangka jumaat ni aku terpaksa chow ke uitm dungun.Tiket pon tak dibeli lagi ni.Mintak2 la tak habes lagi :) Kalo tak terpaksa la balik awal sehari or lewat sehari..ngeh3 ni yg aku suke (-_-)


Alhamdulillah follower aku nak dekat 300.Terharu beb sebab ade gak orang yg sudi follow blog aku ni.Bukan best pon..huhu
Tapi pape pon aku harap dapat buat yg terbaik utk semua pembaca blog yg aku sayang ni :)
Okey siape yg tak bekfes lagi pegi la cepat makan.Aku dah melantak sepinggan roti canai dah tadi :)


Okey bye (-_-)






Saturday, December 25, 2010

Malam terakhir

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)


Bagi aku anugerah skrin taun ni tak best sangat.Persembahan diorang sume x gegar PWTC tu.Itu mengikut pandangan aku la,mybe bagi korang best kot ke.Tapi aku setuju ngan pemenang semua kategori.Anugerah Yasmin Ahmad pon aku rasa memang layak sam menang.Aku memang suke giler die berlakon.Semua watak die boleh bawak.Sedih..antagonis..romantik..seram..baik semua jadi lah..hihi..Walopon muke die tak sehensem remy ishak tapi bagi aku die mmang cute + giler2 :)
Bertuah sape jadi awek die..hehe


Ekceli tadi aku tolong mak aku kemas rumah ape yg patut.Esok aku kan pindah so kene la bersiap sedia before org datang amik brg.Tadi agak penat la sebab kena bungkus pinggan mangkuk,berus kotoran degil kat dapur tu,sapu2 sikit n macam2 lagi la.Dah aku sorang je anak perempuan dewasa kt umah ni so kene buat keja lebih la.Nanti kat kl biar kakak aku lak yg buat keja banyak..hihi(balas dendam ni :p)


Nak tau tak tengah2 busy kemas ade pulak pendatang haram yg tak dijemput masuk rumah aku.Tau tak ape bende tu??
Pendatang asing tu ialah seekor BURUNG.Pergh salah masuk rumah la cik kak oi!Aku ni memang tak boleh kalo ade bende2 terbang ni so apelagi aku melekat kat mak aku jap sebab takut die pegi kat aku..haha mak aku gelak je tengok aku yg penakut giler nak mati ni :)


Nak buat camne fobia still ade dalam diri ni,huhu..Tapi lepas adik2 aku balik dari pejabat ayah aku,aku suruh diorang halaukan burung tu.Nasib die nak keluar kalo tak memang tak keluar bilik la aku..hihi..


Malam ni merupakan malam last aku tidur kat rumah aku di raub ni :( Macam sedih pulak kan -,- Dah 6 tahun aku tinggal kat raub ni so dah sampai masa aku tinggalkan semua kenangan di raub ni.Cewahh macam banyak kenangan je kan..hihi..Aku syg nk tinggalkan kucing yg aku selalu bagi makan kat belakang rumah tu.Aku request kat mak aku nak bawak kucing tu balik kl tapi mak aku tak kasi sebab tak larat nak jaga nanti.Dahla anak die ade 5 ekor semua.cute-cute pulak tu..huhu..Sape la yg nak bagi korang makan kan lepas ni :(
Pandai2 la korang cari tuan baru yer.Aku dah tak boleh nak bagi korang ikan macam selalu dah.Tadi last aku bagi ikan yg aku nak makan kt ko kucing.Aku sanggup tak makan ikan tu sebab nak bagi ko makan ngan anak2 ko.Jangan lupekan aku kalo dah ade tuan baru eh..hihi ntah pape je aku ni tacing tak pasal -,-


Ni jugak entri terakhir aku malam ni kat raub.Lepas ni aku buat entri kat kl pulak eh..hihi..Tapi tak tau la kalo jap lagi aku nak join segmen ke ape..hehe
Tapi kena tidor awal sikit la malam ni..esok nak kena bangun awal :)


Okey bye :)






Friday, December 24, 2010

GiveAway Domain by KhaiZarien.com

Assalamualaikum


Giveaway again!!hihi
Giler contest aku malam ni :)


Kali ni dapat domain pulak.Wahh mestila nak..jeles aku tengok woofer storm ade domain sendiri..aku pon mesti nak gak :)
So dengan senang hati nye aku nak join giveaway dari cik khaizarien ni.Best woo sebab balak die pon dok promote contest ni untuk die.Sweet kapel gitu :)
Semoga berkekalan ke alam perkahwinan yer.Boleh lak aku bagi ucapan..haha









Nak join klik je banner tepi ni okey :)
Next kena letak pic kite paling sopan..Erk? aku rasa pic ni sesuai kot walopon macam nerd je muke aku tu..hihi





Arghh kantoi cermin tu kotor la.Mana taknye tak penah basuh..haha
Ni la hasil fon S312 aku ni :)


oKey nak tagged blogger lain pulak suruh join -_-





Done !!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...