Tuesday, April 4, 2017

Review produk O.S.T Original Pure Vitamin C20 Serum

Assalamualaikum

Entry kali ni aku nak share sikit mengenai produk korea yang famous kat Korea dan sekarang menular kefemesan di Malaysia. Lain tak bukan produknya itu ialah OST Original Pure Vitamin C20 Serum. Ianya sejenis serum yang berasal dari Korea. Memang kita semua dah tahu yang Korea memang banyak produk kecantikan yang berkesan.

Kenal serum ni pon kat FB, ada orang share produk yang berkesan untuk hilangkan parut, kecil kan jerawat dan lain-lain *ertikata flawless kan muka ;p*. Since memang takda guna pape serum buat masa sekarang so terus bukak Lazada survey harga. Sebelum tu ada jugak Google review betul ke tak berkesan produk ni. Dan hasil Google semua bagi positive review. So tanpa teragak-agak terus search serum ni kat Lazada dan kebetulan tengah buat sale. Dapat harga RM50 free postage dekat Lazada. Harga asal almost RM100 tu. Supplier pulak dari Natta Cosme. Ada jugak Google Natta Cosme ni mana nak tau produk dia tak ori ke kan sebab murah semacam. But rupanya Natta Cosme ni salah satu trusted seller yang jual produk Korea ni. So apa lagi grab la sebotol. Keesokan hari nya tengok balik harga kat Lazada jadi RM 60++. Nasib sempat grab awal. Hahaha.

Comel kan packaging dia :)


Packaging Natta Cosme ni sangat cute. Siap berkotak lagi. Boleh tengok kecomelan packaging dia kat bawah ni. Botol serum ni pon sangat comel dan senang nak guna. Dia siap bagi tempat untuk picit serum untuk memudahkan kita nak letak kat tangan. Takdela terlebih letak ke kan.

Malam tu before tidur apply dalam 2-3 titik serum dan sapu dekat muka. Untuk siapa yang ada jerawat maybe akan rasa pedih sikit tapi tak sepedih letak lemon kot. Hehehe. Tapi jangan risau bila rasa pedih tu sebab tu proses tindakbalas kulit muka kita dengan serum tu. Yang bestnya bila apply tu cepat je meresap and rasa muka tegang sikit plus glowing. So biar je takyah basuh sampai pagi, bangun tengok muka tak berminyak and still glowing. Dan based on my experiences, kalau ada jerawat baru nak naik tu dia akan kecutkan dan lama2 akan hilang tanpa tinggalkan kesan. Maybe proses tindak balas tu berbeza mengikut muka masing2 so cepat atau lambat diharap bersabar. Hehe.

So dah masuk 2 minggu aku guna serum ni dan tiap2 malam jugak tak lupa nak apply untuk kesan yang cepat. Nampak dah perubahan parut2 jerawat lama makin pudar, jerawat tak naik, kalau naik pun cepat kecut dan muka glowing. Bukan nak puji diri sendiri tapi ada orang tegur tu so betul la kan. Hahaha *angkat bakul*

Lepas habis sebotol nanti aku akan update balik whether betul2 berkesan dan muka jadi Song Ji Hyo ke idok :D. Tips untuk beli dengan harga yang berbaloi kan,sebelu beli suvey dulu harga dari Lazada,Shopee,Hermo dan lain-lain. Kadang2 website masing2 ada tawaran diskaun yang tinggi. So sebagai pengguna yang bijak lagi2 zaman najib ni kena lah berjimat cermat kan. One more rasanya serum ni hanya dijual secara online. So just online jela ye,dekat farmasi ke Watson ke Guardian ke tak jual serum ni.

Last but not least kat bawah ni aku share info mengenai serum ni. Haa untuk pengetahuan korang, serum ni kena elakkan dari cahaya matahari or tempat yang atas suhu bilik sebab boleh effect kan kualiti serum ni. Macam aku letak dalam peti ais je tapi belah bawah la. Jangan letak dalam freezer sudah, beku kang ;p

Product details of C20 Original Pure Vitamin C20 Serum (20% Vitamin C)

[ Description ]
Wonderfully formulated as a replenishing facial treatment infused with vitamin C, this serum features a superb concentration of 20% L-ascorbic Acid, plus plenty of natural antioxidants to dramatically fight signs of aging, giving you radiant, bright and youthful looking skin.

[ How to Use ]
1. After cleansing and toning, apply 2-3 drops gently all over face everyday night as Serum. 
    Recommend to use at night. Applying sunblock is essentially needed during daytime.
2. Slight stimulus may be experienced at the first time to use Vitamin C 20 Serum. 
    Mixing with several drops of serum and toner makes your skin refresh without sticky feeling.
3. Afterwards, apply lotion and cream as your daily skincare routine.

* You may see sendiment at the neck of the bottle, but rest assured that the product can be used safely and amazingly.
   Browning liquid represents the natural phenomenon of highly concentrated pure Vitamin C.

[ Ingredients ]
Water, Ascorbic Acid, Sodium Lactate, Butylene Glycol, Glucose, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Sodium Hyaluronate, Bis-PEG-18 Methyl Ether Dimethyl Silane, Methylparaben, Diethoxyethyl Succinate, Phenoxyethanol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Xanthan Gum, PEG-180, Gluconolactone, Alcojol, Camellia Sinensis Leaf Extract, Beta-Glucan, Rosa Davurica Bud Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Oil, Zinc PCA, Panthenol, Niacinamide, Carthamus Tinctorius (Safflower) Flower Extract, Glycerin, Tocopheryl Acetate, Lecithin, Caprylic/Capric Triglyceride, Ubiquinone, Diisopropyl Adipate

[ Size ]
 30ml

[ Country of Origin ]
 Made in Korea


8809046294563_C20_1.jpg

8809046294563_C20_2.jpg

OST-Original-Pure-Vitamin-C20-Serum-2.jp

OST-Original-Pure-Vitamin-C20-Serum-3.jp

8809046294563_C20_4.jpg

8809046294563_C20_5.jpg

Sunday, July 24, 2016

SL1M Tabung Haji

Assalamualaikum



Have you ever heard about SL1M? From your friends? Social media or from your university?
If yes good points for you but if not, let me share little info about SL1M in my entry for this time. Let me share it in Malay. Hahaha *trying to improve my english*


First SL1M stands for Skim Latihan 1 Malaysia which is a programme to enhance the emloyabiliy among graduates through collaboration with Government-Linked Companies (GLCs) and private sectors which is implement SL1M as part of their Corporate Social Responsibility (CSR).

Antara company yang offer SL1M ni ialah Tabung Haji, Celcom, Bank Islam, TM dan lain2. Memang banyak company yang offer tapi ada yang bagi elaun dan tempoh latihan yang berbeza. Actually SL1M dan GEMS under programme yang sama,bezanya dari segi tempoh dan elaun yang diberikan. Kebanyakannya GEMS tak diberi kan elaun tetapi diberi kursus yang berbaloi terutamanya skill teknikal yang kita tak belajar di Universiti. Dari segi tempoh pulak GEMS selalunya singkat dalam 2 minggu ke sebulan. Tapi semuanya bergantung kepada company yang provide.

SL1M pula lebih kepada on-job-training which is kita akan dibiasakan dengan environment pekerjaan yang sebenar. Dari segi elaun kerajaan provide RM1000 seorang kepada company untuk sebulan, tetapi ikut company jugak untuk beri elaun tambahan atau tidak. Dari segi tempoh pula selalunya dari 6 bulan ke setahun. 

Aku nak cerita mengenai SL1M di Tabung Haji since aku tengah menjalani on-job-training(ojt) as SL1M almost 2 month. Semuanya berdasarkan pengalaman aku tau sebab lain company lain pengalamannya.

Let me share it.
  1. Tempoh ojt di TH ni adalah setahun termasuk induksi. Induksi memakan masa selama 2 minggu sahaja dan pengisian sepanjang induksi sangatlah membantu kita untuk menghadapi cabaran di alam pekerjaan. Yang best nya almost 2 weeks duduk hotel free weh. Makan of course sedap. Thanks Tabung Haji, thanks jugak motivator ;)
  2. Pelatih akan diberi ojt mengikut tempat tinggal yang berdekatan,so jangan risau untuk berjauhan dari family. Tapi ada jugak yang dapat jauh sebab tiada kekosongan,tapi take it as challenge ;)
  3. Elaun yang diberikan adalah sebanyak RM 1500 sebulan. Cuti tahunan sebanyak 12 hari dan cuti sakit sebanyak 12 hari jugak. 
  4. Banyak pengalaman yang akan dapat terutamanya yang dapat di cawangan sebab korang akan dapat banyak benda terutamanya tentang haji, simpanan dan pengeluaran, marketing, pengurusan dan cara untuk handle pendeposit. Kalau di HQ pulak pengalaman berdasarkan department yang kita dapat.
  5. Environment yang sangat best,maybe sebab TH uruskan orang pegi haji kan. Banyak keberkatan yang ada kat situ. Hehe. Staff kat situ semua friendly and budaya bagi salam dan senyum bila jumpa sesama staff kat situ. Tak caya pergi la HQ. Insyallah anda akan dilayan sebaik mungkin.
  6. Sepanjang ojt ada jugak program CSR untuk pelatih SL1M ni. So disamping dapat pengalaman kerja,dapat jugak pengalaman lain yang takkan dapat korang lupakan.
  7. SL1M jugak berpeluang untuk join OHTA which is operasi haji tanah air. Korang akan berpeluang untuk menguruskan jemaah haji di kelana jaya or mana2 cawangan yang telibat. Seriously best tapi aku tak berpeluang lagi untuk join sebab boss IT tak lepaskan kitorang bertugas ;(
  8. Ada majlis graduasi kot siapa yang berjaya habis kan SL1M ni selama setahun. Means korang dah ada pengalaman selama setahun ni TH. So jangan sia-siakan masa korang selama setahun tu tanpa kutip segala ilmu yang ada kat TH tu. Jangan malu untuk bertanya dan sentiasa pro aktif dan yang penting berbuat baik dengan semua staff. Bukan mengipas ye,maksudnya bertegur sapa dengan semua orang, mungkin kita akan memerlukan pertolongan mereka suatu hari nanti. Who knows kan ;)
Rasanya takat ni je kot pengalaman yang dapat aku kongsikan. Kalau ada aku akan tambah. Last but not least walau kat mana kita bekerja ikhlaskan hati insyallah kita akan happy untuk datang kerja setiap hari ;)

Sekian, terima kasih kerana membaca ;D

my department with raya decoration

with kak kiah yang dah bersara start bulan 7 hari tu

my team during induction sl1m 





Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum


Rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog pikadiaries ni, walaupun bersawang-sawang tapi masih ada yang sudi baca. Terharu sangat. Dikesempatan ini, saya penulis blog picisan ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap, terguris rasa diatas penulisan saya selama ini. Kosong-kosong yer ;)

Tahun ni alhamdulillah dapat lagi beraya bersama family tercinta, tahun ni jugak raya kat negeri sembilan lama sikit berbanding tahun2 sebelum ni. Tapi as usual kita still raya as single lagi yer, doakan semoga tahun akan datang beraya berdua. Eh ;p

Selalu yang single mingle ni mesti akan dapat soalan cepu mas macam 'Bila nak kahwin?' 'Sepupu bawah ko ni tak lama lagi dah, kau bila lagi?' Dah kahwin pulak soalan 'Bila nak dapat anak?' 'Bila nak tambah anak?' dll. Nasib makcik2 aku semua sporting tak tanya soalan cepumas tu tapi ade sorang je yang memang tiap tahun akan tanya soalan2 ni, bila nak kahwin,kerja mana sekarang. Mentang2 anak dia bawah dari aku dah kahwin. Tapi takpela aku anggap tu soalan pembuka bicara. Just jawab dengan tenang sambil buat senyuman paling maneh :D

Orang kata biar lambat asalkan berkekalan. Semakin aku tengok bermacam-macam ragam orang berkahwin ni kadang2 buat aku takut nak kahwin. Nampak baik pijak semut tak mati padahal belakang isteri macam2 dia buat. Nauzubillah. Tapi apa2 pon aku rasa dalam perkahwinan ni dua2 kena ambil peranan dan tanggungjawab. Kalau sorang je memang rumahtangga tak bahagia sampai ke syurga. Dalam mendidik anak2 lagi la kena saling ambil tahu, bukan harap isteri je yang mengasuh anak si suami lepas tanga. No no yer awak semua. Aku ada baca artikel ni dia cakap 'Anak-anak yang rapat dengan bapanya lebih cerdik dan pandai daripada yang tak rapat' So apelagi,lepas balik kerja spent time la kejap kan dengan anak-anak. Kita semua pernah jadi anak2 kan,so alangkah bahagianya hidup bila ayah main dengan kita.

Eh dah macam motivasi rumahtangga bahagia pulak kau ni pika -,-
Tetiba malam2 macam ni mood motivasi tu datang, ambil yang baik buang yg tak baik ye. Semoga ada kebaikan dalam penulisan aku kali ni ;)

Sekian, terima kasih kerana membaca ;)

Tahun ni beraya dengan jubah Aisha Elegant from Ruccimodisch. Seriously best gilaa ;)






Friday, April 8, 2016

Backpacker Trip ke Penang [Part 1]

Assalamualaikum


Memandangkan Umobile dah aktifkan free internet 1GB so boleh la nak upate blog tanpa stress bila tak lepas nak upload gambar sebab quota dah habis. Thanks Umobile dengan power pack anda pasti tak menyesal dengan pilihan ini *iklan tak berbayar*

Actually dah lama dok peram entri pasal trip ke Penang baru2 ni dengan member TH. Plan kononnyer sampai kl nak update takut terlupa memori2 indah gitu last2 terperam sampai lah ke harini. Panjang cerita nya untuk trip buat pertama kali nya aku tanpa family. Nampak macam anak manja gitu kan, selalu pergi dengan family or trip class je tapi kalini dapat permission untuk trip dengan Erin n Afwa je merangkap member time intern dekat Tabung Haji memandangkan kami sama2 single dan sama2 takde komitmen time tu so terjadilah plan last minit gitu ;p

Fyi, kitorang buat trip ala2 backpacker gitu sebab tengok ramai orang dok share bp ke situ sini so nama pon darah muda kan, perasaan teringin tu meluap2. So plan punya plan decide nak ke penang memandangkan masing2 tak pernah jejak lagi kesana dan banyak tempat menarik kat situ especially untuk backpacker2 ni.

Destinasi : Georgetown, Penang
Tarikh : 27 - 29 Jan 2016
Pengangkutan : ETS, Feri, Bas, Kaki
Penginapan : Hotel Mingood
Calon yg terlibat : Aku, Erin n Afwa
Misi : Cari tempat makan yg sedap, mural yg unik dan tempat menarik kat penang

27 Januari 2016


Pagi2 lagi kitorang dah kumpul kat kl sentral memandangkan masing2 nak naik ETS yg baru tu, laju kot. 4 jam je dah sampai butterworth dari kl. On time pulak tu sampai, dah macam jepun aku rasa. Siap die display lagi kelajuan tren tu and apa yg aku dapat bezakan dr tren ktmb yg lama ialah first dari kelajuan, kebersihan, toilet, fasiliti dan of cos harga nya..hihi..lagi laju lagi mahal maa.

Sampai butterworth kebetulan ada van free yang memang ada setiap setengah jam kat stesen tren tu untuk pegi ke jeti. Nama pon free janganla expect dapat seat yg selesa, mmg berhimpit kot dengan beg besarnye. Actually stesen tren dgn jeti takdela jauh mana tapi memandangkan panas terik n kitorang pon first time jejak situ so gunalah public yg ada.

Sampai je jeti terus beratur nak bayar, punyalah beratur nk bayar tiket ingatkan dapat kupon ke ape rupanya beratur lama2 tu untuk tukar syiling. Untuk bypass naik ke feri bukan guna kupon ke ape tapi duit syiling sebanyak RM 1.20. Murah kan ;)

Sempat lagi time tunggu feri

Dalam feri, rezeki kitorang tak ramai sgt time ni sbb pegi time weekdays kan..hihi

Sampai je Georgetown terus on gps untuk cari hotel yg kitorang dah book melalui Agoda n korang nak tau tak punyalah nak jimat kitorang jalan kaki dengan panas terik time tu. Memang bakar habis lemak terkumpul dlm badan tu..hihi..dgn berpandukan gps Erin dan perjalanan kira2 nak dekat sejam jugak lah plus minus berenti rehat kejap finally jumpa hotel kitorang iaitu Hotel Mingood. Kebetulan dekat dengan Line Clear yg femes tu terus makan dulu kat situ before gerak ke hotel.

Kepoyoan terserlah..keke

Dapat triple room, bolehlah dengan harga dia dengan servis yg kitorang dapat. Recommended!!


Lepas rehat2 kejap, terus gerak ke Bukit Bendera aka Penang Hill. Utk pengetahuan korang bg yg plan nak kesana, korang jgn risau dengan transport kt sana sebab banyak bas dekat sana n orang kat sana semua mesra2. Kitorang tak tau tanya je sesapa yg terjumpa tepi jalan sampaikan takut jugak nak tegur someone ni sbb muka macam india rupanya cakap utagha habaq ang..keke

Akibat tak plan dgn betul sebab plan kalini dinamakan trip kasi terjah, terstuck dlm jammed hampir sejam jugaklah sebab kuar time peak hours org balik kerja. Padan muka kami..haha. Sempatlah tertido dgn sejuk hujan + letih kan. Takpe semua tu experience ;)

Entrance penang hill, tak ramai orang since kitorg sampai pon nak dekat pukul 7 mlm ;(

Yg bestnye nak ke atas tu kena nak tren, seriously best giler scenery sepanjang nak ke atas, kebetulan sampai atas dah gelap dan dapat lah tengok whole Georgetown malam2. Dengan angin sejuk macam kt cameron pergh siyes best!





Masing2 melayan perasaan..kahkah

Peace yaww oghang penang ;)

Sedih jugaklah tak dapat pergi banyak tempat sebab dah tutup..sob3..tapi tu pon tak terlarat nak jalan semua tempat. Next time kena datang lagi tapi kena pegi pagi2 boleh lepak lama2 kat atas tu. Ingat tuu!!

Menjunam kot nak turun tu..selawat mcm2 dlm hati time ni,,haha

Isi perut kt mamak tepi jalan dekat dengan hotel, Actually org perempuan kt penang tak nampak berkeliaran malam2 kat bandar dorang, so org pandang kitorg pelik je..hahaha


Alhamdulillah first day berjalan dengan selamat tanpa ade pape yg terjadi. Haa lupa nk bagitau, time gerak kuar dari feri tengah2 jalan beg erin tetiba zip terbukak sendiri, alhamdulillah org tu tak sempat nak amik pape, mmg kalau leka sesaat je mmg dah hilang dah dompet die. Alhamdulillah ;) So korg hati2 biler dtg tempat yg xbiasa ni lagi2 tempat ramai2 org cmtu. Ok done first day. Continue next entri untuk next day pulak ok..penat dah menaip ni ;D


pss: utk list kos perbelanjaan sepanjang kat sana next entri aku share okeh..see u ;)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...