Thursday, December 30, 2010

Interlok dibubarkan??

Assalamualaikum

Ada tengok berita tak hari ni pasal novel sastera for tingkatan 5 start 2011 yg nama buku tu 'INTERLOK'??Aku pon baru tau ade novel baru yg kementerian pelajaran terbitkan untuk kegunaan tingkatan 5 bermula 2011.Yang cetus kontroversi pasal ni ialah buku itu tidak memberi satu gambaran tepat tentang keadaan dan fikiran masyarakat India pada masa sekarang.Memang patutlah diorang bengang.Okey baca cerita selanjutnye..


MIC minta lakukan perubahan terhadap kandungan 'Interlok'

PUTRAJAYA: MIC, parti terbesar mewakili masyarakat India di negara ini, memohon Kementerian Pelajaran melakukan perubahan dalam kandungan novel "Interlok", buku teks sastera Tingkatan Lima sebelum digunakan buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2011. 

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata prinsip asas pengunaan buku itu tidak akan tercapai kerana terdapat satu bahagian yang menyentuh isu sensitif di kalangan masyarakat India berkaitan sistem kasta.


“Interlok” adalah teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5, karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.
Subramaniam berkata beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, minggu hadapan sebelum satu surat cadangan kepada kementerian itu dikemukakan. 

Menteri Sumber Manusia itu ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama para pegawai Jabatan Pelajaran di seluruh negara yang bertanggungjawab ke atas pendidikan masyarakat India, di kementeriannya di sini hari ini. 

Subramanian berkata setelah mengambil kira pandangan masyarakat India, beliau berpendapat apa yang ditulis dalam buku itu tidak memberi satu gambaran tepat tentang keadaan dan fikiran masyarakat India pada masa sekarang. 

"Oleh itu, saya takut bahawa jika tiada perubahan dibuat kepada kandungan yang ada di dalam buku itu, ia akan memberi satu pandangan salah kepada pelajar yang akan menggunakan buku itu. 
"Ia akan diajar kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa... ini akan mengurangkan pemahaman mereka tentang apa yang sebenarnya berlaku di kalangan masyarakat India pada masa sekarang," katanya. 

"Jika ini dibiarkan ia juga akan mewujudkan satu perasaan “pahit” di kalangan masyarakat India," katanya. 

Subramaniam berkata kandungan buku itu harus diubah jika Kementerian Pelajaran tidak berhasrat menarik penggunaan buku teks sastera itu. - BERNAMA

sumber bharian

4 awesome comment's:

Admiral Hafiz said...

owh
bru taw psl ni
nice entry


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

Woofer Storm said...

ok la,blog aku pun nak dibubarkan la ni k..heheee ada org tak iklas kena tag ye??ermmmmm heheee

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Admiral Hafiz

sharing is caring :)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Woofer Storm

haha..jgnla bubarkn blog ko :)

ak ikhlas la..sje2 je tulis cenggitu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...