Monday, June 12, 2017

My first business [Cookies Amous]

Assalamualaikum


Salam 17 Ramadhan uolls :)

Lama dah tak menjengah blog ni kan. Rindu tak ;p
Saja nak share apa aktiviti kita sekarang ni. Since mid of May baru2 ni kontrak SL1M dengan Tabung Haji dah ditamatkan. So sekarang ni kita jadi penganggur kehormat. Hahaha. Tapi tapi bukan goyang kaki saje ye.

After fikir semasak-masaknye sampai hangit, kita ajak umi kita buat bisness since kita memang dah lama berazam nak berbisnes tapi tak jalan2 lagi. Macam2 kena pikir dari segi modal, komitmen dan lain2. But kalau kita tak start sekarang sampai bila nak berjaya kan. So since tak buat apa2 bulan ramadhan ni, kita menjinakkan diri berbisnes COOKIES. Yee since tak lama lagi nak raya kan, so kuih raya of course menjadi permintaan ramai.

Menggunakan resepi turun temurun umi kita, berhasil lah satu produk cookies a.k.a chocolate chip cookies yang dinamakan COOKIES AMOUS. Nama tu kita yang bagi tau. Siap ada design lagi, adik kita yang design kan. Hehe. Dari segi kewangan semua kita uruskan. Tak sia2 belajar akaun time diploma dulu, berguna jugak ilmunya walaupun sikit.

Haa cantik tak logo kita? Hahaha. Untuk harga permulaan ni kita tak letak tinggi2 pon sebab first timer kan. Untuk target tahun ni tak banyak pon sebab first time kan. Kurang dari 100 balang, dan alhamdulillah target dah tercapai. Next year plan naikkan sikit target cecah 100++ balang. Hehe. Nak perkenalkan produk kita ni kena banyak usaha sikit sebab ramai orang jual cookies ni tapi apa yang buat dia lain dari lain ialah kita kena fikirkan sesuatu.

Alhamdulillah so far ramai yang puji dengan keenakkan cookies amous kita ni, rasa hampir2 seperti famous amous. So kenapa perlu berbelanja lebih mahal sedangkan yang lebih murah ada. Hehe. Tepuk dada tengok dompet masing2 ye :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...