Sunday, December 30, 2012

Mimpi


Assalamualaikum


Morning semua..

Ok aku straight to the point,takde ayat pembuka kata bagai ok..hehe

Pernah tak korang mimpi orang yang tak pernah kita terpikir langsung atau jumpa.Mesti semua orang pernah kan.Ke korang ni style susah nak mimpi.Orang kata tidur berkualiti la kan.Kalau korang nak tahu(kalau la kan) aku ni seorang yang senang sangat mimpi.Sampai kan tidur kejap macam take a nap pon boleh mimpi.Nampak sangat tidur aku tak berkualiti kan -,-

Orang-orang tua selalu cakap mimpi tu mainan syaitan.So segala mimpi tu tak payah la nak pikir panjang2 ke nak sambung2 cerita mimpi tu ke.Macam semalam aku tidur dalam lepas subuh tu sampai pukul 11 lebih (alamak kantoi) then aku sempat bermimpi 2 situasi.Pertama mimpi lecturer aku,kedua mimpi maria elena.Yeahh MARIA ELENA blogger yang baru kawin tu.Ade orang pernah cakap kat aku yang kalau kita mimpi orang tu maksudnye dia tengah masuk mimpi kita.So to Maria Elena adakah kamu memasuki mimpi saya semalam..kekekeke

Tapi orang ade kata juga (semua kata orang) kita mimpi seseorang tu sebab kita tengah ingat kat dia.Tu yang menjadi persoalan aku selama ni.Kalau dapat mimpi yang best takpe jugak,pernah jugak dapat mimpi yang menakutkan macam kena kejar hantu la,lawan ngan hantu la,kena rasuk la dan macam2 lagi la.Bangun2 je penat and kepala pening sebab baru lepas lawan ngan hantu kan -,-
Pernah jugak dapat mimpi kawin.Wah ini seronok..keke..Dah la muka laki dalam mimpi aku tu hensem tapi aku tak kenal langsung dia.Adakah ini namanya jodoh..hehehe

Mimpi makan jugak sangat best terutamanya kalau tengah puasa,terbatal tak puasa kita??takkan??
So macam2 jenis mimpi la yang pernah aku alami dan mesti korang jugak pernah alami mimpi yang sedemikian kan(ayat sekema btoii).Haa ni paling best la mimpi terutamanya kpd student degree yg bakal menduduki exam tak lama lagi.Boleh pulak malam sebelum exam aku mimpi soalan ape yang keluar.Bangun2 je terus bukak soalan tu tapi tak ingat semua la apa yg dalam mimpi tu.Tup3 adela jugak keluar lebih kurang.Thanks to Allah.Hopefully exam kali ni dapat jugak la mimpi camni..hehe..Aminn ;)

okeyla nak sambung study Math Logic.Exam semakin dekat ;(
Jumpa lagi tahun depan ^__^








Tuesday, December 11, 2012

Congratulation acu!

Assalamualaikum


Good morning peeps..

Oleh kerana semalam dah terlebih tidur dan alhamdulillah pagi ni aku tak tidur lepas subuh walaupun cuti hari ni.Haa anyway hari ni merupakan hari keputeraan sultan selangor.So sapa yang rasa dia dok selangor je layak bercuti hari ni yer.Negeri masing-masing tunggu turn ye kecuali KL..nasib aku tak study kat KL..keke

Anyway masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat pengantin baru kepada mak cik ku yang bongsu dan merupakan terakhir menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya yang juga merupakan orang ganu kite.So family besar aku dah ade terengganu,kelantan(acik aku punya laki),johor(abang ipar aku),negeri sembilan(my dad),melaka(memang tanah kelahiran mak aku),pahang(kak ija)..yang lain2 negeri aku tak sure.Kira dah 1Malaysia la ni kan.

Malam berinai aku terpaksa jadi pengapit terjun oleh kerana kawan acu ku yang tak boleh hadir last minit.And first time kot jadi pengapit.Mula-mula rasa malu jugak sebab kena senyum je kan dok depan tu tapi last2 seronok bila ramai orang amik gambar,ceyh padahal diorang amek gambar pengantin bukan pengapit..wakakaka





p/s: semua orang dah kawen..sobs3 ;(



Thursday, December 6, 2012

My convocation story

Assalamualaikum



Hye peeps,dah lama kita tidak ketemu ngak?hihi,tetiba berspeaking indon pulak kan,haa sebut pasal indon tak lupa congrats kepada pasukan harimau malaya yang menang time lawan ngan indonesia baru2 ni :)

Entry kali ni bukan nak cerita pasal bola ke indon ke ape,tutup semua cerita kat atas tu yer.Tujuan saya menulis entry ni adalah *skema pulak ayat*.. sebenarnya nak story pasal konvokesyen uitm sabtu baru2 ni dan salah seorang graduate uitm pada tahun ini tak lain tak bukan aku la a.k.a nur syafiqah bte abd mutalib.

Malam rabu lagi kitorang daripada uitm shah alam gerak sama2 ke dungun,sampai dungun khamis pagi and kena amek jubah n raptai pagi tu jugak.Beratur nak amek jubah mak aihh penat dan panjang giler la,dengan ketidaksabaran aku potong queue beberapa orang..hihi sorry! Finally dapat jugak jubah setelah hampir 3 jam beratur.Penat tau! Lepas tu pergi ke D.A sesi raptai padahal bukan dengar pon,pakat dok sembang ngan member je time tu.

Habis sesi raptai daftar kolej redang then plan nak photoshoot pre convo la sangat kan kat pantai.Yela ape function uitm tepi pantai tapi tak photoshoot tepi pantai :) Destinasi yang dituju ialah teluk gadung dan jugak teluk bidara.








kuala terengganu pon ade i-city tau ;)

Gambar2 kat atas ni antara yang sempat kitorang photoshoot hanya menggunakan camera canon digital aku je,takde DSLR bagai ni ;( but hasil dia agak memuaskan..kan..kan..

Lepas puas bergambar dengan jubah convo yang dah macam jubah harry potter tu next destination ialah menghantar mira razmi ke k.terengganu sebab family dia stay kat primula beach hotel.Driver lain tak bukan mestilah adam sebab menggunakan kereta dia.Sampai k.t pon nak dekat malam,so just sempat lepak sekejap dengan jue and jalan2 i-city terengganu :)

                             ************************************************************

Keesokan harinya pergi ke mesra mall yang merupakan satu-satunya pawagam yang ade di terengganu.Tujuan sebenar ialah nak cari wedges sebab kasut yang aku bawak untuk convo tak memenuhi citarasa sebab tak tinggi and flat je.Terpaksa la beli jugak and wedges verns yang menjadi pujaan hatiku.

Lepas berjimba bagai kat MM tu next destination kami ialah PANTAI KEMASIK.Siapa orang terengganu mesti kenal sangat tempat tu kan,cantik pantai tu tapi tak berapa komersial sangat la.Nak tau kami buat apa kat situ?Bukan mandi..bukan memancing..tetapi kami BERGAMBAR sekali lagi yer dengan jubah harry potter itu ya!Mula-mula memang muka tebal je sebab sampai2 je sana ramai pulak makhluk Allah kat situ.Kebetulan pulak time kitorang shoot dengan bantuan abang billa ade jugak pasangan pengantin tengah photoshoot kat situ jugak.

Pengunjung kat situ semua ushar kitorang yang tengah bajet pantai tu macam kitorang yang punya.Eh ke kitorang yang perasan di ushar?haha






Kemuncak entry aku lain tak bukan of course la hari convocation aku iaitu pada hari sabtu bersamaan 1/12/2012.Perasaan gumbira pada hari tu memang tak terkata la.Yela setelah 3 tahun aku ambil diploma and hasilnya aku dapat jugak convo on time.Sepanjang tempoh 3 tahun ni macam2 pengalaman pahit manis aku rasa.Belajar erti persahabatan,mana satu musuh mana satu teman,tunggang terbalik bagai,pendek kata macam-macam ado la..hihi

Tak lupa juga kepada umi dan ayah ku yang sentiasa memberi kata-kata perangsang dan of course la selalu ade semasa financial problem aku especially nak dekat2 hujung sem.Apela kan budak akaun pon tak reti nak manage financial sendiri -,- Tanpa mereka tak lahir la aku kat dunia ni :)
Thanks umi ayah!!

Pagi-pagi lagi aku dah bangun and bersiap2.Yela hari bahagia aku kan,eh bukan kawin ok!Sarung jubah bagai then snap dulu dalam bilik sementara muka masih berseri-seri..ececeh

outfit aku hari convo tu..takde baju lawa2..sedih ;(

Dalam pukul 2 macam tu kitorang dah start masuk dewan aspirasi.Time nak masuk tu kena la beratur kan.Panjang giler line dia habaq ang.Dahla tengah panas terik + pakai jubah harry potter memang cair ler makeup tu.Nasib aku pakai naturactor je.Takdela rasa muka ni tak bernafas je.Eh tetiba rasa nak review naturactor yang best ni :)

Kali ni Datuk Sahol yang sampaikan sendiri skrol diploma tu kat kitorang.Rasa terharu la jugak sebab dia sanggup datang dari jauh,and aku sangat adore him sebab dia sangat friendly and sangat mementingkan ibubapa.

Teringat lagi time nama aku diumumkan and naik pentas dari jauh lagi dia dah bagi senyuman kat aku dan panggil nama aku.Walaupun dia buat macam tu kat semua student tapi aku still rasa terharu :)
Time naik pentas tu memang hilang segala tips dan pesanan dorang suruh pandang camera ke,tunduk ke,cara pegang skrol ke.Memang lupa habes la.Macam mana la hasil gambar convo aku.Mesti buruk sebab senyum aku lebar giler atas pentas and kot-kotla time dia snap tu aku tengah ternganga ke.2 minggu lagi baru siap gambar tu :)

Sebelum majlis tu tamat kitorang yang dah pon bergelar graduan dan alumni uitm terengganu semangat menyanyikan lagu tema uitm yang sangat harmoni lagunye.Kalau nyanyi dengan semangat tu kira boleh naik la bulu roma tu..hehe..Habis je lagu negaraku terus kitorang bergerak keluar dewan mencari parents masing-masing.Yeahh and finally i'm meet my family.


bunga hati saya..takde orang lain dah :)

my siblings tapi kakak aku takde dalam gambar..dia datang kejap je sebab rush nak balik rumah mak mentua dia 

kalau gaduh memang tak ingat dunia..tapi air yg dicincang takkan putus :)

adik aku ni memang suka bergambar..pelik kan

hero dalam family ku

with najwa my younger sister

bunga-bunga yang aku dapat daripada mak,ayah and kakak aku..first time dapat bunga tau ;)







antara classmate aku yangs sempat bergambar bersama

Walaupun hari tu sangat memenatkan tapi sangat seronok sebab dapat berconvo sekali dengan kawan2 diploma w/pun pada mulanya tak serapat macam ni tapi makin naik sem makin rapat dan hubungan kitorang ni macam adik beradik la walapun kadang2 tu terasa and terbergaduh ke..dan macam-macam ter la.Aku sayang korang semua,depan-depan memang tak terucap la ayat tu tapi jauh dilubuk hati aku ianya pasti..cewahh berjiwang pulak aku ni..sejak biler ni =,=

Sedih jugak sebab tak dapat convo sekali dengan qilah ngan mira,kalau ade dorang mesti lagi happening hari convo tu.Qilah tu pulak mesti sebulan before convo dah prepare nak pakai baju ape..biasela mek tu..hehe
Mira pulak selalu bagi kata-kata semangat kat aku and kadang2 sanggup melayan perangai aku yang pelik ni..haha..itula untungnya ade KAWAN ni.Nak cerita pasal kawan memang sampai esok la tak habis sebab i'm really appreciate my friends especially orang yang selalu ade ngan aku time diploma dulu..housemate kenangan qilah,mirror,billa,pijah,fina..pastu geng-geng adam,tasow,paeh,zu..mak datin kita asma..ida,tirah yang sekarang ni classmate degree pulak..ummi roomate time part 1,tak lupa jugak kat ain,atie,nadia,aidil,ijad,azie,aida,tiqah,faiq,tirah roslan,pipah,acap(semua classmateku) dan jugak sesape yang mengenali diriku.

Panjang pulak entry kali ni kan.Siapa yang sanggup baca sampai habes memang tabik spring la kat korang.Thanks sebab sudi baca entry aku ni yang penuh dengan gambar,yela dekat siapa lagi aku nak share kalau bukan blog kesayangan aku ni..haktuihh..haha

Akhir kata doakan aku berjaya menghabiskan degree aku ni kira-kira 3 tahun lagi.Insyallah aku nak grade on time :)


p/s: i'm officially graduate!!!!







Thursday, November 22, 2012

Malang tidak berbau


Assalamualaikum



Lama dah tak menaip dalam blog ni,dah bersawang-sawang agaknye :)

Okey back to story..hari ni aku ade present CTU 553 iaitu hubungan etnik.Sape student Uitm confirm kenal sangat dengan subjek ni kan.Aku bukan nak cerita pasal CTU ke ape kat sini tapi nak share pasal cerita sedih yang aku kena sendiri.Cerita dia bermula begini *cewahhh

*drumroll

Elok-elok time turn aku nak dekat present laptop yang kitorang guna tu habes bateri pulak.Member aku pulak terlupa nak bawak charger.Time tu hati aku memang dah takde mood nak present tapi pape pon perjuangan mesti diteruskan..haha..tapi sangat terkilan sebab aku buat slide ni sampai nak dekat pukul 4 pagi kot..huhu

Yang paling menyedihkan semua point aku ade dalam slide tu..yang explanation aku salin dalam kertas,tapi 90 % la isi yang aku nak present tu ade dalam slide.Nak taknak kena bukak buku baca dalam buku.Dah la ayat buku memang panjang giler dan ayat skema nak mati.Last-last memang aku buat ayat sendiri -,-

Yang tak boleh blah tu kesimpulan yang aku buat senang je..politik zaman sekarang lagi kotor dari politik zaman dulu.ambik engko ayat tak boleh blah.Pastu ustazah mintak bukti pulak..sentap aku nak jawab.Aku pon jawab la dengan tanpa perasaan bersalah.'Yang tu pada pandangan kitorang je ustazah' Ustazah pon perli balik kitorang.Sejarah mesti kena ada fakta mana boleh main pandang-pandang je =,=

So kesimpulan yang aku dapat hari ni jangan la bergantung 100% dengan slide biler present.Pastu kalau boleh print out la slide before nak present tu and yang paling penting pasti kan lappy mempunyai power supply yang mencukupi.Kalau tak perkara yang sama akan berulang kembali sebab malang memang tak berbau kan :)



p/s:nasib baik CTU je :)


Wednesday, October 24, 2012

Cuti mid sem dan raya haji =)

Assalamualaikum


Good night peeps!
Nak tidur dah ker?Relax dulu..malam masih muda..hihi..bagi klon burung hantu macam aku ni confirm la masih muda kan.Jangan tiru aksi ini yer anak2 dara sekalian =)

Actually malam ni warga uitm shah alam dah ramai meninggalkan kampus untuk kembali ke halaman masing-masing,roomate aku pulak tinggal sorang yang tak balik lagi sebab terbeli tiket awal.Aku pulak plan nak balik esok pagi,malas pulak nak balik awal2.Ceyh mentang-mentang rumah dekat kan,berlagak jer lebih =,=

Dulu kat dungun memang pikir macam2 kalau cuti mid sem or semester,tapi since dah duduk dekat ni takyah pikir bebanyak.Nak balik just amek bas rapid U80 turun kl sentral pastu terus naik lrt sampai taman melati.See mudah dan cepat kan..hihi

Pejam celik dah nak dekat sebulan parents aku mengerjakan haji,oleh kerana aku duduk kolej tak rasa sangat,adik2 aku maybe rasa.Kesian kat diorang.Aku pon tak boleh balik selalu,weekend ade je event tu event ni =,= Nasib cuti mid sem ni lama sikit.12 hari beb!Jangan jeles yer ipta lain..hihi

Ape yang aku membebel panjang2 ni kan.Dah nak stop!bye =)



Saturday, October 13, 2012

Explorace Bizz Comp yang best!

Assalamualaikum

Hai semua!Dah lunch?Kalau belum cepat2 makan nanti perut kosong kena gastrik.Aiseh tetiba jadi caring pulak kan =,= Ni nak ceghita sikit kat hangpa boleh naa.Tak boleh takpe boleh cepat2 klik button X ;)
Pagi tadi club biz comp ade buat explorace dengan tema jalinan ukhuwah antara junior dan senior.Macam best je kan tema dia.Event ni start pukul 8 tapi biasa la janji melayu kan,start nak dekat pukul 9 jugak.Pape pon majlis still berjalan dengan lancar.

Kehadiran amat la mendukacita kan sebab tak ramai yang datang.Bajet 8 kumpulan yg ade tapi buat 4 kump je sebab tak ramai.1 group ade 6 orang je.Alhamdulillah aku dapat group yg sangat sporting.Senior pulak semua suppotive bak kata YDP kitorang Yusof Firdaus.Semua ade 5 checkpoint tak silap la.Yang menarik nye ade check point tu dia buat macam ala2 runningman.Kreatif !

Anyway program berjalan dengan lancar dan kemuncak aktiviti ni buat menara paling tinggi dan kukuh menggunakan paper.Group kitorang dapat tempat ke 2 lepas runtuh dalam sesi testing bila letak file plastik + ade barang dalam tu.Memang tak kukuh pon sebab kitorang bukan budak arkitek ok ;)

Yang paling penting dalam explorace ni ialah kitorang dapat banyak hadiah!


Ade lagi hadiah yg lain tapi dah selamat masuk perut :) Yang paling penting confirm la yang ini untuk KI


 Pape pon kitorang as junior sangat seronok event kali ni sebab senior sangat sporting.Paling suka ngan awan nano..haha *eh dia tak suka org panggil dia awan nano :)*

p/s: yeay dapat PC subjek CSC 401 =)







Friday, October 12, 2012

Budak HOT

Assalamualaikum



Dah lama jugak tak menaip kat blog ni,bukan setakat berusang siap dah ade worm beranak pinak kat blog ni.Tak tau nak menyahaktifkan natang ni..haha..Pape pon trimass kepada sesiapa yg sudi menjenguk blog ni walaupun sebulan sekali baru nak update.

Sape ade account twitter kat sini angkat mouse!Aku pon ade jugak.Tu pon nak habaq sekampung -,-
Bukan nak cerita macam mana nak guna twitter ni ke ape tapi nak cerita pasal PENGGUNA twitter jugak.Kalau korang rajin tengok trending kat tepi kiri sidebar tu perasan tak baru2 ni ade trending Barbie Malaysia.Aku pon wonder jugak ingatkan barbie nak datang Malaysia ke ape kan.Saje la klik tengok ape yang twitterians ni dok kecoh2.Ceyh rupanyer ade sorang budak perempuan ni bajet hot and perasan dia ni barbie.Respon pertama aku " Cantik sangat ke minah ni " Respon ke 2 " Mesti bebudak sekolah lagi "
So terajin la tangan ni terstalk profile twitter dia.Usha gambar but....tak sama langsung okey macam barbie.Bukan nak kutuk ape la sebab aku taknak la tambahkan pahala kat budak tu lagi kan sebab banyak orang kutuk dia.Sesedap je dia dapat pahala free kan -,-

Stalk punya stalk rupanya dia ni member kepada Hafiz Rahim yang dulu pernah femes kat twitter gara-gara bajet hot camtu jugak la.Budak-budak kan *geleng kepala
Ala biasa la budak2 tak matured sangat pemikiran,nanti dah matured sikit biler tengok post2 lama confirm malu tak tau nak letak muka kat mana.Pernah gak dulu tengok post2 lama kat facebook memang tak caya yang aku tulis ayat camtu =,=

So biarla budak2 ni menghabiskan masa remaja diorang tanpa kutukan *padahal aku pon kutuk jugak tapi dalam hati la* Doa-doa la mereka ade kesedaran dan tak anggap alam maya ni tempat mereka luahkan perasaan.Kat blog takpe =)

p/s:laparrrr ;(







Monday, September 24, 2012

My story..my student life begin :)

Assalamualaikum


Pejam celik rupanya dah hampir 2 minggu aku bergelar pelajar UiTM Shah Alam dengan mengambil jurusan pengkomputeran perniagaan atau nama omputehnye business computing.Course aku ni memang tidak berapa famous dikalangan student2 mahupun lecturer,kalau aku sebut course aku confirm orang akan angguk buat2 paham padahal nak amek  hati je kan.Takpe aku pon tak berapa nak kenal sangat dengan course aku ni,kira baru nak berjinak2 la dengan course baru ni and fakulti pon baru tau.Dulu aku time diploma belajar under faculty perakaunan,but now time degree faculty science computer.

Pada mulanya memang kitorang akan terus masuk part 3 sebab dapat buat pc tapi ade problem dalaman sikit and sekarang ni tak sure sama ada boleh terus masuk part 3 or kena mula dari part 1 terus.Sangat sedih sebab baru nak cepat habes belajar :( Doakanlah supaya aku dapat terus masuk part 3.Cepat sikit habes belajar cepat jugak aku kawen nanti *berangan* =)

Alhamdulillah jugak sem ni aku dapat roomate yang sangat baik dan jugak sporting.Anyway setakat ni aku tak pernah ade problem ngan semua roomate aku since diploma lagi.Alhamdulillah!Ahli roomate aku kali ni terdiri daripada 2 orang kelate sorang dari selangor.Yang dari kelate tu amek course biology.Yang selangor tu same faculty ngan aku sains komputer jugak just lain course.Sekurang-kurangnye ade jugak member boleh ajar math logic nanti..hihi

Belajar dalam campus ni memang agak memenatkan sebab banyak tangga plus berbukit bukau tapi sangat la bagus untuk orang yg tak sempat exercise macam aku ni,pegi class pon sambil tu boleh fit sebab naik turun tangga tu memang dah jadi rutin harian.Kalau sehari tak berpeluh memang tak sah.Kadang-kadang sampai class baju habes lencun,nasib ade air cond!Oleh itu sesapa yang nak badan yg sihat marilah belajar di Uitm Shah Alam yer ;p

Last but not least just nak inform selasa ni my parents akan selamat menunaikan haji dan ini bermakna kami akan ditinggalkan dan sekaligus beraya haji tanpa mereka..sob3 sedih giler :'( Hopefully kesihatan diorang tak terjejas kat sana nanti dengan cuaca yg agak luar biasa panasnye.Insyallah Allah jaga :D


p/s: beranikan diri balik sorang2 dari shah alam ke kl sorang2 :) first time tau!


new specky..white is very mencapap right??hehe ;p







Tuesday, September 18, 2012

Sekali lafaz


Assalamualaikum


16 September 2012..
Majlis perkahwinan my only my sis iaitu kak nisah yang baru berumur 23 tahun.Dia kahwin dengan umur yang agak muda.Tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat dia ngan suaminye iaitu abang ipar aku jugak namanye ehsan.
Alhamdulillah akad nikah berjalan dengan sempurna dan hanya dihadiri oleh family yang terdekat.Kenduri akan diumumkan tahun depan yer :)

Tak sempat nak tengok time akad nikah sebab terlambat,sempat dengar khutbah lepas akad jer.Masjid tu jugak merupakan tempat kawan ku syitah dan hilal berkahwin 3 bulan yang lepas dah tahniah mereka bakal dikurniakan cahaya mata.Untung syitah jadi ibu muda :)

Banyak peristiwa yg berlaku sepanjang haritu.Antaranya yg berlaku keatas mak aku sendiri.Penat mak aku pakai lawa2 tapi izin Allah cousin aku yang kecik lagi tiba2 muntah atas baju mak aku,habislah bau masam and terpaksa la aku bawak baju ganti,sebab tu la mak aku tak sempat nak tengok anak first dia akad nikah sebab sibuk basuh baju yang kena muntah tu.Kesian mak saya :(

Antara peristiwa yang lawak bagi aku ialah first time aku tengok pengantin makan sama dengan lauk tetamu yg lain dan takde langsung hiasan2



Biar la semuanya kecil-kecilan asalkan mendapat keberkatan sebab mendirikan masjid Allah ni amat disukai Allah :)

Jom zass adegan-adegan panas sepanjang majlis ini..hehe

























Simple je kan sebab ni baru akad nikah.Kenduri nyer belum tau lagi :)
Last but not least aku harap kakak aku akan jadi seorang isteri yg lebih bertanggungjawab,rajin2 la diri tu ke dapur yer..hihi :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...