Thursday, January 26, 2012

Berkat lecturer bawa ke exam


Assalamualaikum


Hari ni bersamaan rabu dan juga merupakan first day after cuti raya cina.So paham-paham jela bila student balik daripada cuti ni jasad je ade kat class tapi roh terbang mana ntah.But hari ni aku dan jugak classmate aku asyik kena marah ngan lecturer jer.Hari ni rasanya paling teruk sepanjang semester ni.Memang tak dinafikan la salah kitorang jugak biler lecturer marah ni.Yelaa lecturer mana yang suka marah student dia tak tentu pasal..kan2

Alkisahnya begini.Pagi-pagi lagi dah kena marah bila kitorang salah date quiz.Aku pon tak tau mana satu yang salah sedangkan before cuti aku still ingat lecturer aku cakap quiz hari rabu pagi,punya lah sanggup balik awal sebab nak study but then masuk class pagi tadi miss cakap quiz khamis petang.Dalam hati agak tertekan la sebab dah penat prepare then tak jadi.Tapi takpe kitorang still boleh terima,but then dia macam salah kan kitorang sebab ingat quiz pagi rabu..huhu apekah salah kitorang.Lain la kalo aku sorang je yang tak tau quiz hari lain but sekelas yang dengar dia cakap quiz rabu.Apekah nasib -,-

Then another class pulak kena marah jugak.Sebabnya salah kitorang jugak tak bagi kerjasama dalam class.Madam tanya tapi masing-masing tak tau jawapan dia.Aku bukan tak nak jawab tapi serious topic kali ni agak tough.Lagi-lagi macam aku ni yang lambat sikit dalam class..huhu
Mana madam tak bengang bila dia ajar tanya paham tak semua cakap paham then bila buat latihan tak reti.Madam pulak dah semangat ajar kitorang tapi kitorang ni tak reti nak menghargai langsung.Aku mengaku ni salah kitorang jugak.Memang agak terkilan sebab buat lecturer sampai keluar class.Takut tak berkat nanti ilmu yang dia ajar..huhu..test malam ni pon cancel :)


Pape pon lepas kena marah rasa macam takde semangat nak pegi class petang tu tapi still pegi gak and alhamdulillah class last tak kena marah..hihi

Kepada all my lecturer thanks for teaching me :)
Love u all <3







Tuesday, January 24, 2012

Tanggungjawab seorang doktor yang sangat besar



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu ...x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral : Never judge anyone...because you'll never know how their life is & what they're going through...



sumber facebook







Monday, January 23, 2012

Tebus baucer di kinokuniya



Assalamualaikum


Hari ni nak cakap pasal baucer 200 yang kerajaan bagi baru-baru ni lah.Aku sure semua student ipta or ipts dah dapat baucer ni daripada pihak ipt masing2.Uitm kampus dungun dah dapat 2 minggu yang lepas.Ingat kan memang dah tak dapat dah baucer ni sebab kitorang dah habes beli buku semua barula dia nak bagi.Erm takpela asalkan aku dapat,benda free beb ingat senang nak dapat walaupon aku tau tu duit rakyat jugak.

Disebabkan cuti raya cina ni banyak so nak tak nak kena balik umah jugak la sebab umah sewa aku kosong.Seram dowh nak dok sorang2 situ.So aku berniat la nak membelanjakan baucer aku ni kat kl.Aku memilih kedai buku kinokuniya yang terletak di klcc untuk menjalankan misi aku..hihi
Best masuk situ sebab semua jenis buku ade kat situ.Sape yang kipas susah mati anime pon mesti teruja tengok deretan komik yang ade kat situ.Tak percaya??Pergi la sendiri :)

Sementara menunggu member aku sampai aku round2 dulu 1 klcc tu.Boring lah shopping kat situ,semua benda boleh tengok je beli tak mampu -,-
Last2 aku masuk kinokuniya and that's amazing me because so many people here.Before ni situ memang jaranglah orang masuk situ kecuali orang cari buku.But that day many people and i think dorang semua ni mesti tujuan yang sama dengan aku iaitu TEBUS BAUCER :)

Time sibuk mencari barang kat situ aku terdengar la perbualan antara dua orang  mamat.

Mamat A: Weh ko cari lagi barang nak cukupkan 200,ambil la pensel ke pen ke.Jangan lebih!
Mamat B: Laa dah cukup 200 ker?baru sikit je aku rasa ni..
Mamat A: Tu la pasal,ni mesti barang ko yang tu mahal sangat (sambil tunjuk kat barang tu)
Mamat B: Ermm jap aku nak beli ape ni?
Mamat A: Ish ko ni cepatlah..lembap betul pikir..

Bagus dorang ni bersepakat menghabiskan baucer padahal aku tengok barang yang dorang maksudkan dah cukup 200 tu tak penuh sebakul pon.

Ramai jugaklah pasangan kapel kat situ.Si balak setia menemani si aweknya bershopping disitu.Sweet gitu.
Okey back to story..pilih punye pilih last2 cukup jugak 100 ehh lebih 1.30 -,-

Punye la panjang time nak bayar tu sebab ade 1 kaunter je dibukak untuk proses penebusan baucer ni.Tapi lama2 aku tengok dorang pandai manage kesesakan kat situ dengan just bagi dorang verify dulu kupon tu ngan cop dorang then pegi la mana2 kaunter buat penebusan.Good job kinokuniya!

Nak tau 100 lagi aku simpan untuk ape?hehe..100 lagi aku nak beli buku kat fakulti bukak cuti nanti.Nasib buku tu je ade stok lagi :)
Yang lain semua dah takde.Bukan salah kitorang tak beli buku yer..



p/s:esok balik dungun :(






Tuesday, January 17, 2012

Course terbaik untuk degree?



Assalamualaikum


Semester ni merupakan semester terakhir aku.Insyallah.Aku harap aku dapat lepas and grade on time :)
Ramai jugak la member aku yang dah pakat beli nombor pin bsn untuk daftar degree nanti.Aku maybe beli esok.Tak tau la berapa hinggit.Ahh yang tu semua tak menjadi problem..

Yang problemnye course apa yang aku patut amek nanti.Dalam dilema gak ni nak further degree in accountacy,finance or islamic banking.Kalau nak continue degree accountacy information system kena amek kat UUM sebab uitm takde lagi course tu.Ade jugak la kitorang tanya lecturer course ape yang patut diambil.Lecturer aku cakap degree accountacy sangat susah.So dia suggest amek finance or isbac.Ayah aku macam suruh amek accountacy gak tapi seriously aku tak minat sangat akaun ni.Diploma ni pon akaun aku cukup2 makan jer.Apetah lagi degree lagi la susah -,-

Nak amek IT tapi math dia terlampau la susah -,-

Mana ade benda yang senang kat dunia ni la -,-

Aku ade tanya senior praktikal aku pasal course isbac ni.Dia kata kalo minat theory better amek isbac ni.Kalau minat kira-kira amek finance.Tapi aku ni takdela more to theory sangat and takdela more to calculation sangat.So balance la otak aku ni..haa macam mana tu??

Bussiness computing okay tak??

Sape boleh suggest course yang sesuai untuk aku??And peluang pekerjaan pon okay..help mee :)



Saturday, January 14, 2012

Teruja dengan orang jepun


Assalamualaikum


Petang tadi member aku teringin nak makan cekodok pisang.Ekceli before ni aku tak pernah pon masak cekodok pisang ni,selalunya masak cucur ikan bilis jer or udang.So aku pon main hentam jela masak,alhamdulillah hasilnya amat memuaskan..hihi..

Then tengah-tengah makan tu sambil tengok tv,kalau petang-petang camtu nak study memang tak masuk.Aku terbukak la channel tv9.Cerita realiti jepun tajuknya TV Champion.Walaupun skrin agak kabur sebab line tv9 tak kuat dari umah kitorang ni tapi aku still nak tengok cerita ni sebab bagi aku ianya amat menarik.Seriously..

Punya lah orang jepun tu kreatif buat replika hanya menggunakan gula.Takde simen,batu ke ape.Aku sendiri teruja tengok diorang buat,nampak macam diorang tengah main plastesin time kecik-kecik dulu.Chef dia tu pon boleh tahan hensem :)

Yang penting kat Malaysia memang takde orang yang terer buat macam tu.Aku ade gak google tapi tak jumpa pulak gambar dia.Kalau tak boleh tunjuk kat korang.Imaginasi dorang seriously kreatif.Aku pon tak sangka hanya menggunakan gula kita boleh buat macam2 bentuk replika.Tapi kalau korang nak salah satu sedutan episod dia korang tengok kat sini TV CHAMPION.

Pape pon aku respect ngan orang jepun ni sebab pemikiran dorang tersangatlah maju walaupun kemajuan dorang tu ade buruk baiknya.Kita amek yang baik jela kan.Yang buruk takyah la amik!


p/s:tengok jangan tak tengok :)






Thursday, January 12, 2012

Terminate broadband,guna broadband skmm sekarang


Assalamualaikum


Hye korang!!

LAMA giler tak update blog.Nampak tak capslock lama disitu :)
Last aku post entry ialah 1/1/12.Sekarang dah 12/1/12.Nak dekat 2 minggu jugaklah nampaknye.Nak tau tak nape??hihi

Dalam seminggu ni aku memang BUSY giler.Tiap-tiap hari ade test or quiz.Then korang tau tak aku dah TERMINATE berukben celcom selama aku guna since aku part 2 lagi.

Now aku guna broadband skmm yang prepaid tu.Bukan postpaid.Sebulan RM25.Sangat berbaloi bagi student macam aku ni.Lepas ni kena kurangkan download sebab limit dia hanyalah 800mb tapi ade orang cakap still boleh guna lepas 800 mb pon.Setakat nak online fb je sesuai sangat lah :)

Not bad la broadband skmm ni,laju jugakla :)



Sunday, January 1, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...