Friday, November 14, 2014

Explorace ke Zoo Negara Bersama Anak-Anak Yatim Badan Siti Khadijah

Assalamualaikum

Finally esok adalah harinya. Iaitu kami under club bizcomp ade buat program explorace bersama anak-anak yatim badan kebajikan siti khadijah ke Zoo Negara. Aku terpilih untuk jadi AJK program walaupun rasa macam tak layak je,demi anak yatim sanggup ku setuju :)

Kitorang kena cari dana untuk support program ni memandangkan duit club tak cukup,bukan tak cukup padahal ade hutang lagi tu..haha. Nak dijadikan cerita kami pergi lah mintak derma dari bilik ke bilik. Muka memang tak tau nak letak mana sebab rasa segan yang amat sangat sebab tak pernah mintak derma ngan orang. Ikhlas kan hati jugak walaupun mula2 macam tak ikhlas je. Alhamdulillah orang kata rezeki anak yatim kan, kami berjaya mengutip dalam 4k jugaklah di kolej melati,mawar dan teratai.

Nak tau tak apa program yang kitorang rancang??
Just a simple program sebab umur anak2 yatim yg kitorang bawak ni antara 7 tahun hingga 14 tahun. Diorang teringin sangat nak pergi zoo negara. Risau jugak takut tak boleh nak handle diorang nanti yg seramai 40 orang ni. Hopefully everything will be okay :)

Aku pegang check point game lukisan bergantian. Ala2 running man tu la. Tak tau la bebudak tu tengok running man ke tak..haha

Last but not least semoga program esok yang kami handle ni berjalan dengan lancar dan semua orang dapat memberi kerjasama dengan baik. Insyallah :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...