Monday, January 31, 2011

Segmen SYOK SENDIRI - 2



Assalamualaikum

Aku tertarik dengan segmen abg ben hari ni.Segmen ape??Tak lain tak bukan segmen syok sendiri la..haha..bukan selalu nak syok sendiri ni kan.

One day i'm wake up and i got one happy news.OMG i'm in DARA.COM for this edition.Wauu!!




See!! Aku mana ade main tipu2 ni kecuali entri ni..haha..dah nama pon segmen syok sendiri kan -,-
Ehh ingat diorang just snap my pic je ke.Diorang interbiu i sekali tau.Femes nyah..hihi
Jom layan perbualan panazz antara aku ngan editor DARA.COM ni..hihi

  • Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
    • nama gelemer i dalam dunia maya ni pika.tak pon u'all boleh kenal i sebagai pcar je..macam parking kereta lak kan..hihi(gelak gediks)
  • Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
    • kerana nama i panjang sangat la.pastu of cos ramai nama macam i ni so dipendekkan cerite i letak jela nama pika tu..tak sedap ke u??(gedik siall..haha)
  • Kenapa anda berblogging ?
    • Ehh soklan cepu mas ni.Hurm actually i berblogging sebab nak dapat duit dari nuffnang jer..opsss takdela u saja je gurau2 ngan u..hihi..i berblogging ni memang datang dari minat yang mluap-luap(b.m rosak sikit).Dulu2 i suke menulis gak tapi dalam buku 555 je tapi sekarang dah maju kan menaip lak dalam blog.Hidup mesti maju u..hehe
  • Siapakah pemberi semangat anda ?
    • Ehem3..of cos la my hubby my daughter..opss silap ni jawapan untuk 5 tahun akan datang kalau u'all nak interbiu i okey..hehe..i tak kawen lagi la apetah lagi nak ade anak.Pemberi semangat i dalam berblogging ni of cos la broadband ni.Kalo takde broadband tak dapek la den nak online..kan2?? Selain tu of cos la all blogger kat malaysia ni,takkan aku nak berblogging sengsorang kan..hehe..tak lupe kat achie yang jadi pembaca setia blog ni..hihi
  • Sudah berapa lamakah anda berblog ?
    • I start berblog dalam bulan June 2010.Tak sampai setahun lagi ni :)
  • Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
  • Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
    • banyak sangat antaranye dapat masuk majalah u la..hihi..ehh i dapat banyak member tau kat sini.suke!!
  • Kenangan pahit anda dalam dunia blogging ?
    • Pahit takdela banyak sangat sebab i memang tak suke cari gaduh ngan blogger lain.Tapi adela sedih bila tengok blog sendiri macam reban ayam yang boring(erk..takde kaitan langsung kan)
  • Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
    • I got 30+ follower in one night..hihi..i penah menang contest cari ayam tau and got 50 hinggit..hehee
  • Selain berblog , apakah minat anda ?
    • Mestila banyak..i suke memasak tau and mencuba sesuatu yang baru.i suke gak pegi shopping(standard la kan)
  • Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
    • Takdela tiap2 minit nak berblog kan.Kalo time cuti sem camni i selalu la online tapi kalo time study i akan utamakan study dulu..hihi(kadang2 kot -_-)
  • Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
    • I hope my blog will useful for everyone :)
  • Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
    • In my opinion dunia blog ni boleh dijadikan contoh kehidupan seharian kita semua kerana semua catatan blogger of cos la berkisah kehidupan harian diorang..kan2
  • Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
    • I harap u'all yang baru mengenali or nak mengenali lebih lanjut dunia blog ni akan sentiasa menjaga kata-kata dalam setiap penulisan u'all.Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur,terlajak menaip boleh backspace tapi terlajak post entry tak boleh diundur lepas orang dah baca entry tu..remember it!!
  • Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan ..
    • Of cos la majalah DARA.COM..ehem3 kalo ade kekosongan boleh tak i nak masuk RAPI macam abg ben tu??hihi

perghh banyak kan soklan yang aku kene jawab.dahla diorang tak kasi seteguk air pon..eh 
lupe tadi diorang ade kasi tapi aku pose la hari ni..hihi

okeyla jom pakat2 syok sendiri kat sini :)







EP 13 : Aku Seorang Blogger



...................................................................


"Kalau Ilya terima Haqim as my boyfie boleh tak?"
"Apa??? Are you serious Ilya?"
 Dengan muka simpati Ilya mengangguk macam belatuk.Ilya benar-benar terasa dengan kata-kata Haqim sebentar tadi.Dia merasakan hatinya sudah fall in love with him.
Afiq yang dari tadi tercegat melihat adegan free hanya tersenyum dengan keputusan Ilya.

"Nooo..aku tak benarkan!!" jerit Fariq sambil menendang kerusi malas yang ada kat situ.
Semua yang ada disitu terpaku bila dengar suara lantang Fariq.Ada yang berbisik2 mengata apa yang patut.


Mata Ilya sudah bergenang dek penangan abangnya tadi.Dia tak sangka abangnya marah benar dengan keputusannya itu.Apabila Fariq melihat adik kesayangannya begitu cepat-cepat dia menghampiri Ilya dan mengexplain kenapa dia tak benarkan.


"Sebenarnya Ilya..aku..aku.." tiba-tiba je Fariq diserang penyakit gagap.
"Aku ape abang??" jerkah Ilya tanpa ragu-ragu.
"Aku bukan abang kandung kau Ilya.Aku nak kau tau yang aku sayang kau lebih dari seorang adik.Aku harap kau faham itu" laju je Fariq mengeluarkan kata-kata keramat itu.


Ilya hampir-hampir memerlukan CPR mendengarkan kata Fariq tadi tapi dia bernasib baik kerana nyawanya masih panjang.
"Abang,betulke apa yang abang cakap tadi?Tolong jangan main-main benda serius macam ni." tercungap-cungap Ilya cakap macam baru lepas marathon.


"That's right my dear" dengan bangga Fariq berspeaking.
"Apa buktinya abang.Can you show me?" Ilya tak puas hati dengan statement Fariq tadi.Mana taknya baru je tadi hatinya berbunga-bunga bila Haqim menunjukkan kejujurannya tadi tiba-tiba lak Fariq buat drama telenovela kat sini..huhu


"Of cos aku akan tunjukkan buktinya." kata Fariq dengan bersunguh-sungguh.
"Dua tahun yang lepas.." tanpa sempat Fariq menghabiskan kata-kata keramat dia muncul satu suara.


"Berhenti!!!" tiba-tiba seorang wanita tua yang anggun muncul dari dapur sambil tangannya memegang senduk.


Ilya,Fariq,Afiq dan semua tetamu yang ada teruja dengan kehadiran wanita ini.Dalam hati masing-masing tertanya akan identiti wanita ini.


"Jangan kau berani meneruskan kata-kata kau lagi sebelum kau tahu apa risikonye." kata wanita misteri itu.
"Kau kenal aku siapa?"
"Tak!" serentak mereka mengeluarkan ayat yang sama.


"Aku la...(jeng3 tunggu kan sambungannya di episod 14)



psssstt : kene tengok dari episod first baru best :)..klik sini okey


Ni bukan gathering blogger tapi gathering classmate aku..hihi




Assalamualaikum


hye korang!!tangan aku ni dok gatal sangat dah ni coz dah lama tak menaip kat blog ni.takde mood la nak menulis sebab busy memanjang.ni pon baru je lepas kemas rumah sikit2 :)


Sabtu baru2 ni member aku datang dari kemaman sorang besut sorang.tujuan diorang datang ni of cos la jenjalan takkan nak merempit kot kan(melampau disitu)
So kitorang decide jumpe di T.S..tau kan kat mana tu :)
Oleh kerana aku ni tak de lesen so terpaksa la mengharapkan adik aku antar.Kene kuar awal dari umah sebab die ngan member die nak pegi shah alam pagi tu gak.Kire lepas die antar aku terus blah s.alam la.Sampai je T.S aku call member aku tengok2 diorang tak bertolak dari rumah rupenye.Takpe ade masalah teknikal disitu :)

So apelagi dari tercegat tak buat ape aku pegi la shopping sengsorang.Waahh first time kot shopping sensorang kat T.S..Dah takde orang nak temankan..huhu
Anyway best gak jln2 sorang ni.Sampai penat la kaki aku ni menapak semua tingkat.Dapat la beli fipper pink 1,pashmina hijau and inner syria.Bestt wooo.Pastu sempat gak la beli bedak compact and eyeliner baru kat watson..hihi

Okey story kat atas ni baru mukaddimah (-_-)

Sampai je member2 aku, kitorang decide pegi makan dulu sebab perut aku yang dok menyanyi lagu mee sedap dari tadi.Mana taknye dari pagi aku tak makan sampai la tengahari.So kitorg just makan kat McD je.Paling cepat and senang nak makan sebab aku dah beli tiket khurafat pukul 2.Kang lambat rugi je tiket tu -,-
Meluat giler tengok kapel dok meraba raban dpan aku.Berbulu mata aku tengok.Kentang mcD yg aku makan pon jadi tak sedap.Budget dieorg je ade kapel.Aku tengok umur macam budak  skolah menengah tapi perangai macam orang dah kawen.Memang tak dinafikan berlambak je adegan mesra kat mana2 tempat pon tapi aku memang sakit mata je tengok.Harap2 la aku tak terdorong nak buat perangai cenggitu..aminn

okey back to story.lepas tengok muvie member aku ajak main cosmoworld.Mule2 berat je hati nak pegi sebab mahal kot.RM 37 hinggit tapi kesian lak kan member nak main.Okey aku follow je.First aku main 'DNA'..Giler ahh aku tak dapat nak ungkapkan ngan kata2 betapa ngeri main binatang ni..huhu..before main tu pon da cuak tak terkata apelagi tengah main.


okey ade nampak kecuakan disitu tak??hahaha




Giler ah time die berpusing tu memang jerit tak ingat dunia ahh sampai tak terkeluar suara aku ni.Sampai nak tercabut la tudung aku ni nasib sempat cover..haha
Lepas mainan tu berenti memang aku terus pegi toilet takut2 ade bende je nak terkeluar nanti.Kepala ni tak yah cakap la pening gilak ahh..
Pastu member aku ajak main roller coster tapi sumpah aku tak larat nak main dah -,-
Last2 ajak member aku main game yg kene masuk token tu.Selamat tapi membazir..haha
Hampir semua game aku main.Paling best gem kene gol kan bola.Aku berjaya mengalahkan pijah dengan 1 mata..haha

ekceli yg ni first time main..second time yg mng ngan pijah 29 mata..huahua










kanak2 riang bermain dengan riang sekali..hehe..nak dekat sepuloh hinggit la main semua bende ni.kalo makan kfc pon lepas ni :)
kitorang main gak tau 'bang boom'..ala yg main langgar2 orang naik kete tu la.best woo..aku naik sampai 2 kali..haha



okey tak larat nak menaip banyak2 dah ni.korang gak yg boring nak baca nanti kan..hihi
nak kene masak lak ni..babai :)














Friday, January 28, 2011

Bila niat tu salah



Assalamualaikum


Sape yang rasa die berjantina lelaki and beragama islam cepat pegi masjid skang solat jumaat!!

Actually aku baru sampai je rumah dalam pukul 5 pagi tadi.Nasib la aku terbangun elok2 time die lalu tepi rumah aku.Sempatla aku suruh die berenti kat tepi jalan je tu kalo tak parent aku terpaksa la amek kat hentian putra.Jauh lak kan..huhu

Tau tak semalam buat pertama kali nye aku pegi klinik uitm yg baru tu dengan tujuan sakit and mintak MC.Ini cerite serius tau.Mana ade tipu2 kalo sakit ni kang tak pasal sakit betol2 kang baru tau.Tau tak pagi khamis dalam pukul 4 pagi aku diserang sakit perut yang amat sangat sampai nak tahan pon tak sanggup.Oleh itu toilet la jalan penyelesaiannye.Bukan setakat sekali aku pegi tapi nak dekat 10 kali kot.Terpaksa memberanikan diri pegi toilet pagi2 buta sampai 3 4 kali dowh sampai toilet tu pon boring tengok muke aku je -,-

Aku pon tak tau la nape kene serang penyakit ni.Semalam tu aku adela pegi makan kat hotel uitm ngan classmate aku tapi tak mungkin la makanan sana kotor sebab hotel kot.Aku rasa mybe aku tak biase ngan makanan kat situ kot.Doktor tu pon macam syak wasangka je kt aku.Die igt aku main tipu2 la tu nak mintak MC.Ape barang tipu2 aku serius dowh.

Okeyla aku terus terang..Ekceli aku memang ade berniat nak monteng khamis tu sebab keje maf tak siap..hihi..maybe ni balasan aku sebab berniat nak monteng.Last2 dapat sakit betol2 and dapat MC.Ade hikmah gak aku sakit ni sebab aku tak dikira monteng sebab dapat MC.Aisehh kepochi je aku ni dapat MC kan :)





Ni la MC aku buat petama kalinye seumur hidup aku.Nak kecoh jap kat blog..haha..Yang aku bengangnye ade ke die tulis aku cos DIA..aku DAIS la..suke2 je tuka cos orang.marah ni!!
Takpela asalkan dapat MC takdela kene marah ngan lecturer nanti..hihi


pssstt : sape ade idea tempat aku nak pegi praktikal nanti?nak area kl tau!!major course accounting,computer or management..contact me okey :)









Attention please..Tolong sebarkan !!



Salam jumaat semua :)

Info ni aku dapat dari blog mat gebu.Die pon dapat info ni dr blog ben ashaari.Aku pon tak sure lebih lanjut pasal ni just boleh copy paste je.Siape yang baca harap2 la tolong copy paste kan skali :)

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diareaPuchong..keprihatinan anda amat dihargai ni berita benar..sila sebarkan.. 


















Thursday, January 27, 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool



Assalamualaikum

Night korang.Malam ni nak join 1 contest lepas di tag oleh achie kite ni :)
Memang banyak keje rumah yang aku dapat ni.Biasela budak rajin memang suke buat keje rumah banyak2..kan achie??hehe

Agak susah gak nak pilih gambar yg tak nampak muka yang agak cool.Korek punye korek jumpe gak gambar yang aku rase la cool sikit walopon pic die tak clear mne.Gambar ni diambil baru-baru ni time aku pegi besut tido umah member aku.Time ni kitorang jenjalan kat bendang.Bukan selalu dapat jenjalan cenggini :)




Ade bakat tak kitorang ni?hehe

haa apelagi jom pakat ramai2 join contest ni.Nak join klik banner kat bawah ni okeh











Wednesday, January 26, 2011

Lelaki temui ajal dalam tali air













ALOR SETAR - Hajat seorang tukang kebun Istana Anak Bukit untuk menghantar kuih seri ayu di sebuah kafeteria hospital berkecai apabila dia maut selepas diserang sakit jantung ketika dalam perjalanan ke premis itu di Hutan Kampung di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan motosikal yang ditunggang Roslan Hashim, 52, terbabas ke dalam tali air hingga menyebabkan berpuluh kuih seri ayu yang dibawa di dalam bakul bertaburan.
Mayat yang lengkap beruniform dengan logo istana tersebut ditemui di sisi motosikalnya oleh orang ramai sebelum menghubungi polis.
Difahamkan mangsa yang menetap di Taman Aman, Anak Bukit di sini menggunakan batas ban yang merupakan laluan pintas untuk menghantar kuih yang dibuat isterinya untuk dijual di kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak enam tahun lalu.
Isteri Roslan, Remlor Rejab, 50, memberitahu, suaminya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira dua jam kemudian.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.










Monday, January 24, 2011

Jumpa pengarah kampus yang buang masa


Assalamualaikum

Actually dalam class AIS 310 ni tapi keja dah siap so amek kesempatan update entri pasal semalam jap.Semalam uitm dungun ade buat malam bersama pengarah.Tiap2 sem mesti ade punye event camni.Tak tau la kampus korang camner.Ade tak buat camni??
Malam bersama pengarah ni bukan tidor sama2 la..haha tapi malam ni la student boleh luahkan ape rasa tak puas hati kat uitm ni or ade pape cadangan yang nak kemukakan.Yang pentingnye merit wajib tau!!Tu la ramai yang TERPAKSA pergi sebab kalo takde merit ni memang tak dapat la kolej for next sem.

Antara isu yang dikemukakan malam tadi ialah isu penngabungan kolej antara siswa and siswi.Isu ni memang dapat perhatian hangat dari semua student.isu yang lain2 termasuklah isu aurat,makanan dining mahal ngan tak cukup,kecurian time solat jumaat yang kerugian hampir RM4000 ++ and function tak cctv kat uitm ni,dengan beruk yang suke mengganggu warga redang,adakan bengkel basikal,tarikh sebenar start sem for student praktikal and banyak lagi isu yang lain tapi tak larat nak sebut semua.

Korang tengok die punye isu punye la banyak kan tapi jawapan dari pengarah memang tak jawab soklan langsung.Pastu bagi ceramah free pulak.memang ramai giler la student yang tak puas hati malam tadi dengan aku2 sekali..huhu..dah la lama giler sampai pukul 11 lebih malam baru habes.
Time bagi merit tak yah cakap ahh.Bak kata junior aku nak amek merit macam main ragbi.Berebut2 sebab masing2 nak balik awal.Lastly aku gak yang tak dapat merit semalam sebab habis.Ape daa bengang giler ahh!!nasib aku sabar je..claim nanti kat pejabat redang :(

okey class nak habes ni..babai :)













Friday, January 21, 2011

Bercuti di Besut !!


Assalamualaikum

Night korang.Tau tak entri malam ni aku tulis live dari besut.Now aku ngan member aku bercuti kat umah pijah.Best tau biler dapat jenjalan tempat yang kite tak penah pegi :)
Aku sampai malam semalam dalam pukul 9 lebih.Sampai je terus pegi KFC sebab perut masing2 dah nyanyi macam2 lagu dah..hihi..Sampai je rumah jumpe parents die and kemas2 ape yg patut and makan.Tau tak bagi aku KFC kat dungun better dr kat sini.Bukan nak mengata tapi ni FAKTA..hehe aku tengok berdasarkan servis die la.Ade ke member aku mintak air revive tapi die kasi air rasa macam air kosong + letak gas.Erk..aku punye burger pon tak sama cam kat dungun punye.Betul..aku tak tipu!!

Pagi tadi kitorang yg jakun nak sangat pegi bendang turun la kejap sana.Ekceli nak bergambar je lebih..kan korang!!hehe..





Haa best kan?Saje je nak jeles kan korang yang tak penah pegi tu.Kalo dah penah buat2 tak nampak jela gambar tu eh..hehe..
Nak tau 1 cite tak.Tadi lepas jalan kat bendang or org kelate panggil ' baghuh ' aku,qila,fina,mira and bila lalu 1 umah ni.Ingatkan member kitorg ade kat situ tapi malangnya 2 ekor lembu yang ade kat situ.Mula2 buat berani je nak jalan lepas lembu tu.Qila lalu..pass! Fina lalu..pass! Aku lalu..pass! tapi pusing belakang bagi peace sikit kat lembu tu tapi malangnya die nak kejar aku and baru perasan tali die tak diikat time tu.Aku apelagi angkat kaki seribu langkah la nak lari.Memang lembu ni jeles betul ngan aku.huh -,-

Okey lepas pegi bendang ngan tak mandinya kitorg pegi pasar kat mana ntah,ala orang mana tau kite tak mandi kan..hehe..Kat sana aku ade jumpe kuih yang unik ngan kek yang nampak sedap..nak tengok??
jom!!

nampak sedap kn kek ni!!atas tu caramel tw..sedap tp tawar skit..hehe

haa..cube teka kuih ape ni..comel giler kuih ni weh..1st time nmpak..hehe

Lepas habis semua beli barang kitorg betolak g umah mak cik die for masak and mandi sungai!!Rumah mak cik die memang lain dari lain sebab jauh dari jiran.Seram kot kalo malam2..hehe..Walopon mandi lewat sikit tapi still seronak.Opss pic mandi tak boleh diupload..hehe biarlah untuk tatapan aku saje :)
Adela time berenang tu aku tertelan air sungai dengan banyak sampai naik biul aku sikit..hehe..

Okey lpas mandi manda kat sana kitorg pegi Bukit Keluang.Pijah kata tempat ni memang femes kat besut ni.Tempat die memang cantik.Tadi pon ramai je orang datang.ade ngan kapel ade ngan famil ade gak ngan member sama cam aku :)





See?Best kan..kalo nak rasa sendiri meh datang besut..promote tempat member kejap..hehe
Aku harap aku dapat pegi lebih banyak tempat kat terengganu ni before aku grade nanti.Boleh la buat2 kenangan sikit bile dah tak blaja kat sini nanti..huhu
Pape pon thanks banyak2 kat pijah and family coz sudi terime kitorg yang banyak menyusahkan korg sekeluarga kat rumah ni.Biasela kitorg suke buat kecoh sikit :)
thanks bebanyak.esok pijah nak bawak beli keropok lekor pulak..hihi

Okey aku nak tido mata dah ngantuk.Seee uuuu!! :)







Wednesday, January 19, 2011

AGM Faccys



Assalamualaikum
Morning semua.Wahh dah lama tak tuis entri pagi2 camni.Actually pagi ni aku ade class pukul 8 nanti tapi sementara tu online kejap la kan..hehe
Semalam kalo korang nak tau Faccys ade buat AGm(Annual General Meeting) kat dewan jasmin.Part 4 dais yang ramai datan awal..ngeh3 rajin kan kitorang (-_-)
Dewan tu lak memang of cos nye kecik so nasibla datang awal dapatla tempat duduk sorang 1.Majlis mula dalam pukul 8.50 malam.Malam semalam gak secara rasminye Puan Salwa letak jawatan sebagai penasihat faccys.Bukan Puan Salwa je yang letak jawatan tapi ajk lama faccys semua letak sekali.Mogok ramai2 ape..hehe..ekceli memang la every year akan tukar ajk..kan3??
Haa lupe lak nak bagitau faccys tu pebende la kan.Faccys tu ialah nama kelab under fakulti perakaunan.Ala mesti la setiap fakulti ade club masing2 kan.So Faccys tu gabungan Faculty of accountacy and Information System.Tak tau la sape yang mereka nama club ni tapi emmang best gak la nama die.

ni antara ajk lama yang tengah bgi ucapan buat kali terakhir..hihi


Lepas semua ucapan2 tibalah masa pemilihan untuk ajk baru.Time ni memang best la.Mulanya presiden budak akaun yang pegang tapi malangnya diorang datang lambat and jawatan tu dibagi ke Afiq budak dais.Memang patut pon Afiq yang dapat sebab selalunye diorang je jadi presiden.Kire kitorang pecah tradisi sem ni..hihi..(tumpang bangga jap afiq :)

Mus pulak terpilih jadi bendahari.Die memang layak okey.Sape takde duit nak beli eskem pegi jumpe die okey..haha.Seterusnye ajk setiap biro lak.Time ni la best sebab boleh bagi nama calon sendiri.So kitorang bagi nama Adam ngan Jue.Guys u all memang layak la.Haa ummi pon jadi biro gak tau tapi tak sure la biro ape.Memang bagus ahh die jadi senang la nak suruh orang pegi dinner sem ni nanti..haha(asset penting tu die ni ^_^)

ajk baru yeye :)



ummi,jue ngan adam ngah discuss.mesti ngah sumpah seranah kitorg kan..haha


Kesimpulannye first time aku pegi AGM ngan gembira sekali..hehe dah part 4 kan.Okey la jam skang pukul 7.28.Nak siap2 pegi class ni.Nanti aku rajin insyallah hupdate lagi..hehe
Okey bye korang!!
Sape yang pegi keje tu elok2.Jangan monteng2.Sape yang ade class pagi ni jangan gatai nak monteng gak..babap kang..haha

^_^






Monday, January 17, 2011

Follower BloG Review Oleh Jejaka Terhangat



Assalamualaikum

Ade nampak header macam dragonball kat atas ni?Kalo korang nak tau ni la header jejaka terhangat.Memang hangat la sampai terbakar tangan die tu..hehe
Ingat aku suke suki je ke nak letak header die kat situ.Of cos la ade tujuan.ni bukan sebarang tujuan.bukan jugak tujuan tak baik..hehe
Actually aku nak di review oleh die la.Yela aku tau blog aku ni banyak lagi kekurangan so haraplah lepas di review aku akan memperbaiki lagi mutu keunggulan blog ni..hehe
Nak gak la tu blog korang kene review kan..hehe senang je klik je header die kat atas tu and of cos la kene jadi follower die and bagitau 2 point yang best kat blog jejaka terhangat ni..first semestinye dengan kehangatan blog ni,so nak gak tumpang sikit kehangatan blog ni(ape yg aku melalut ni -,-) second aku suke entri kat sini..manyak info lu olang tau tak..hehe..thirdly aku rasa aku suke la ngan header die ni..awww panass..haha

okey done :)






Sunday, January 16, 2011

Mesin fotostat tercanggih di uitm dungun..canggih ker??

Assalamualaikum

Hari ni banyak class cancel.Best giler tapi kena bangun gak pukul 8 pagi sebab ade class far yg tak di cancel..huhu tapi takpe far punye pasal aku sanggup harungi..haha

Now ngah planning ngan member aku for hangout cuti raya cina ni.Classmate aku dari kemaman ngan besut nak datang umah aku so skang ni nak plan nak bawak diorang jalan gi mana.Korang ade idea mana2?tapi yg penting mesti ade kemudahan transport la..hehe

Start sem ni kat library ade sediakan mesin fotostat yg guna kad.Wah macam maju je dengar kan..haha..Tapi sape yang ade kad metrik baru kaler kuning tu tak yah nak beli kad prabayar.Just tambah nilai je kat kad tu.Sape yang takde kene la beli kad kaler putih.Jom check it out sesi penggambaran tadi..haha


member aku ngah uji bakat jadi pekerja fotostat..haha

ade bakat tak??hehe


macam henfon touch skrin lak kan..haha


yang ni la alat nak detect kad kite tu..just lalukan kad korang atas ni je and dye akan detect...hihi


Haa dah layan belum?Lepas berjaya fotostat soklan past year(budak rajin belajar macam ni la..hehe) kitorang teruskan sesi penggambaran dalam toilet library lak..







okey lepas habes semua baru la kitorang kembali ke pangkal jalan..haha..before balik bilik sempat la singgah beli nasi kukus kat sa din..sedap :)
Nak rasa meh datang sini aku belanja..hehe

okey bateri lappy aku nak habes so nak tak nak terpaksa la stop sini dulu.Nanti esok aku hupdate lagi okey :)
Night korang ^_^

psst: sori tak sempat nk BW and reply comment korang sebab masa yg tak mengizinkan..lain kali insyallah aku buat ye..babai





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...