Sunday, October 23, 2011

Maharaja Lawak Mega kini beraksi


Assalamualaikum


Kalau dulu aku memang takkan miss layan Maharaja Lawak sebab suka tengok diorang buat lawak.Raja Lawak tak berapa sangat lah lagi-lagi RL musim yang terbaru sebab peserta buat lawak tak berapa nak lawak lah!Sorry to say la..hehe

So pihak astro mungkin nak memastikan penonton tak boring dengan rancangan diorang yelah bayar mahal-mahal untuk pakej mustika takkan hasilnya tak sama dengan harganya kan.So diorang membuat rancangan Maharaja Lawak Mega pulak.Kalau dulu maharaja lawak jer sekarang ni ade MEGA belakang dia.Yela peserta-peserta ni bukan calang-calang orang tau.Nak tu siap gabung 3 negeri lak iaitu Malaysia,Indonesia ngan Singapura.Para peserta jugak terdiri daripada otai-otai tau bukan junior..hihi

Aku harap otai2 kita dapat memberikan persembahan yang luar biasa untuk peminat2 dia yang tak henti2 mengundi diorang.Siapa yang tak beli lagi pakej mustika cepat2 lah beli yer sebab ML mega ni hanya ada di astro warna.Dulu ayah aku beli pakej ni pon semata-mata nak tengok ML.Satu rumah kipas susah mati ML tau..hehe

Pengacara dia still Ac Mizal.Semuanya terdiri daripada 17 peserta iaitu kumpulan Pimai yang dianggotai oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ramlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.


Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi di antara 2 buah negara sepertik yang dilakukan oleh Ifa Raziah apabila bergabung dengan 2 pelawak dari Singapura untuk mewujudkan kumpulan yang dinamakan sebagai Syok.
Sementara, kumpulan komedi wanita dari Singapura iaitu Gebu yang dianggotai oleh Hani dan Azian pula pastinya akan menonjolkan keunikan yang tersendiri.
Dalam pada itu, Mahajara Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

p/s: nak tau lebih lanjut pasal ML mega ni jom like page Maharaja Lawak Mega ni :)
      First episod 28 October ni tau pukul 10 malam..jangan lupa!








1 awesome comment's:

Solihin Zubir said...

owhh.. rupanya maharajalawak mega ni pelawak senior yg join..

tp senario tak join plak eh.. heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...