Monday, October 31, 2011

Nostalgia SPM :)




Siapa ingat time SPM dulu ade belajar pasal benda ni..hehe..*nostalgia SPM*

sumber








Cara-cara download movie dengan mudah


Assalamualaikum


Sekarang ni kan memang zaman siber kan.Kita tak yah susah payah berhabis duit pergi klcc ker,midvalley ker,ts ke semata-mata nak tengok movie yang baru keluar.Hanya tunggu dalam beberapa minggu then akan ade orang upload kat internet then laju-laju lah kita download sebab takut nanti link habis :)

Lagi-lagi kaki pengdownload tegar macam aku ni walaupun guna broadband celcom yang kadang2 baik kadang2 jahat ni -,-
Walaupun kualiti tak berapa nak cantik sangat la tapi asalkan free.Lagi-lagi lepas ade Astro First ni bertambah gembira la kaki2 pengdownload ni.Video pon kualiti jugak.Tapi kalau nak cerita hollywood terbaru kena tunggu berbulan-bulan la untuk dapatkan kualiti video yang terbaik.Kalau tak ko tengok jela movie yang kadang2 tunggang terbalik sebab perakamnyer tak professional..hehe

Member aku pon ramai yang tanya aku ni selalu download movie kat mana yer.Diorang sume mesti baru nak jadi pengdownload tegar macam aku gak kan..hehe
Aku rasa blogger ramai jer yangd ah tau nak dapat mana link nyer sebab banyak jer blogger yang letak link download kat blog masing-masing macam blog bulan purnama,norfanil dan banyak lagi la.Lupa sebab banyak sangat.Tapi aku suka download kat blog direct download movie ni.Macam-macam movie terbaru ade.Cerita dulu kala pon ade.Ada jugak yang suka lepak kat syok.org jugak kan.Pape pon internet memang menyenangkan lah.Korang google jer contoh keyword ' free download movie al-hijab ' then berderet-deret keluar link tapi kadang2 macam hampas sebab keyword je lebih tapi movie al hijab nyer tak keluar2 lagi..grrr

Tapi pape pon aku rasa IDM memang sangat penting bagi kaki downlaod ni sebab dengan idm downlaod kita akan menjadi lebih laju daripada biasa.Betul tak tipu :)
Then bila korang download yang bukan single link contohnya sampai 2 3 file korang boleh compile kan movie tu guna hjsplit.Baru lah movie korang tu boleh tengok tanpa sebarang cacat cela.Senang je kan.Tak yah keluar kan duit beli tiket wayang.Tapi sekali sekala tu boleh la layan real steel ker..hehe


Aku selalunya download movie ni hujung2 bulan sebab nak habes kan limit broadband yang still ade.Yela kita bayar mahal2 limit tak habes.Membazir woo...haha

Okeylah aku nak sambung solat isyak jap.Telekung tak cabut2 dari tadi..hehe


p/s: kalo nak download laju pakailah unifi *pesanan penaja*











Saturday, October 29, 2011

Maharaja Lawak Mega boring giler!


Assalamualaikum


Aku rasa mesti malam ni ramai jugak yang layan Maharaja Lawak Mega ni kat astro warna kan?Ramai jugakla yang tertunggu-tunggu hasil lawak luar biasa otai-otai kita yang dah biasa dengan dunia seni ni kan.Aku pon sama lah tepat pukul 10 malam tadi terus terpacak depan tv meninggalkan fb yang terkapai-kapai.Okey first performance dari kumpulan Anje dianggotai oleh Acoi ngan Joey tapi nampaknya warm up dorang tak menjadi.Dalam hati dah terdetik 'eh ni ML ker or aku salah channel ni?'

Tekan info kat remote astro tu sah channel 132.Astro warna.Rancangan ML tapi kenapa sangat membosankan.Penonton dewan s.alam tu pon nampak sangat gelak tak ikhlas..Betul kan??
Plus lawak dari indon and singapore seriously lawak yang aku rasa aku macam bodoh je pegi layan ML tu kenapa!

Adlin pulak aku tak rasa lawak langsung plus dia cerita pasal 'lawak' family dia dah macam kereta api terlaju kat dunia tu.Siap takde traffic light lagi tu.Tapi baguslah mak dia datang sokong n tolong gelak :)
Eh kenapa mulut aku macam nak kena cabai ni -,-

Tapi setiap rancangan tu mesti ade yang terbaik jugak.Bukan nak kata terbaik lah tapi orang kata boleh tahan la iaitu group Boboi yang dianggotai Afdlin ngan Harun Salim Bachik.Dorang ni boleh dikategorikan lawak menjadi la malam ni sebab suka tengok dorang bawak watak jadi budak2 :)
No wonder la Afdlin tu kan pengarah.Of cos la idea pon berlambak..

Malam ni nampaknya perang sebenar baru bermula.Tiada orang yang tersingkir malam ni bermakna still banyak lagi cabaran dorang.Bagi aku la maybe dorang semua jadi macam ni sebab first performance dorang ko untuk buat lawak secara live.Selalunya pelakon2 ni buat lawak dalam casting.Jarang la secara live ni and dorang jugak diberi dialog siap2 :)
Hope di minggu akan datang dorg boleh buat yang terbaik untuk pelanggan ML yang setia melanggan astro mustika ni :)



p/s: kembar Amir pon adela...menyampah pulak tengok -,-







Thursday, October 27, 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai



Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..






Tuesday, October 25, 2011

Fizo Omar memang tak sombong la..siap jumpa aku lagi tu..heehee



Assalamualaikum


Hari ni aku relax giler la kat office.Yela kan dah dekat penghujung musim haji so relax  la sikit.Oh ye lupa nak citer kat korang minggu lepas fizo omar datang jumpa aku.Nape tak caya ker..hehe
Actually dia datang ngan mak ngan adik perempuan dia kat lantai 30 ni sebab ade urusan haji.Mak dia nak pegi haji tahun ni.Baik kot dia ni tak sombong walaupun artis.Almost artis mesti pakai spek hitam kalau kat tempat awam sebab taknak bagi orang cam tapi dia tak siap senyum ngan orang sebelah.Mak dia boleh tahan bergaya.Yela anak artis kan..hehe

Walaupun dalam hati ni debor gak sebab aku minat gak ngan mamat ni,hensem lak tu..haha
Tapi aku mesti profesional!Kerja kan.Kalau nak ikut hati nak jer ajak dia amek gambar sekali.Rugi jer aku tak attend dia..haha sebab aku tak boleh nak terima passport -,-
Takpela asalkan dia sedar kehadiran aku kat situ sebab aku dok tepi dia jer,aku macam perasan dia dok usha2 aku..hahaha (perasan giler minah ni -,-)

Before dia keluar sempat lagi dia cakap terima kasih kat kitorang plus senyuman dia yg cute tu..boleh cair aku..haha.Bagus lah dia ni tak sombong!Lepas ni kite dating lagi yer..miahaha
Haa sape nak jumpa dia pegi la kelana jaya sebab dia mesti hantar mak dia kat sana nanti tapi aku tak sure la dia KT berapa :)

Actually hari ni aku memang tak buat pape so lepak je ngan kak faizah a.k.a PB.Sempat jugak sorang staff kat situ ajak pakai inai rani.Dah lama jugak tak pakai inai since sekolah menengah dulu :)

merah tak inai aku??hehe

Rugi jugak tak pakai lama-lama lagi kalau tak lagi merah la kuku aku nanti.Tapi kan orang kata tak elok sangat pakai inai ni sebab nanti time nikah dah tak nampak seri inai yang kita pakai tu..hehe betul ker.Sebab tu la aku stop pakai inai tu dulu.Karang kurang seri aku time kawin nanti...hehe



p/s: yay esok cuti..boleh bangun lambat!










Sunday, October 23, 2011

Maharaja Lawak Mega kini beraksi


Assalamualaikum


Kalau dulu aku memang takkan miss layan Maharaja Lawak sebab suka tengok diorang buat lawak.Raja Lawak tak berapa sangat lah lagi-lagi RL musim yang terbaru sebab peserta buat lawak tak berapa nak lawak lah!Sorry to say la..hehe

So pihak astro mungkin nak memastikan penonton tak boring dengan rancangan diorang yelah bayar mahal-mahal untuk pakej mustika takkan hasilnya tak sama dengan harganya kan.So diorang membuat rancangan Maharaja Lawak Mega pulak.Kalau dulu maharaja lawak jer sekarang ni ade MEGA belakang dia.Yela peserta-peserta ni bukan calang-calang orang tau.Nak tu siap gabung 3 negeri lak iaitu Malaysia,Indonesia ngan Singapura.Para peserta jugak terdiri daripada otai-otai tau bukan junior..hihi

Aku harap otai2 kita dapat memberikan persembahan yang luar biasa untuk peminat2 dia yang tak henti2 mengundi diorang.Siapa yang tak beli lagi pakej mustika cepat2 lah beli yer sebab ML mega ni hanya ada di astro warna.Dulu ayah aku beli pakej ni pon semata-mata nak tengok ML.Satu rumah kipas susah mati ML tau..hehe

Pengacara dia still Ac Mizal.Semuanya terdiri daripada 17 peserta iaitu kumpulan Pimai yang dianggotai oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ramlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.


Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi di antara 2 buah negara sepertik yang dilakukan oleh Ifa Raziah apabila bergabung dengan 2 pelawak dari Singapura untuk mewujudkan kumpulan yang dinamakan sebagai Syok.
Sementara, kumpulan komedi wanita dari Singapura iaitu Gebu yang dianggotai oleh Hani dan Azian pula pastinya akan menonjolkan keunikan yang tersendiri.
Dalam pada itu, Mahajara Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

p/s: nak tau lebih lanjut pasal ML mega ni jom like page Maharaja Lawak Mega ni :)
      First episod 28 October ni tau pukul 10 malam..jangan lupa!








Saturday, October 22, 2011

Macaron makanan comel yang sedap !


Assalamualaikum


Mesti ramai yang dah pernah makan macaron ni kan.Yela makanan ni kan femes plus harga nye yang memang mahal sikit.Aritu member aku belanja aku macaron yang dijual kat lrt ampang park.Pergh memang cantik ahh aku tengok style dorang susun macaron tu.Cun siot.Nak makan pon sayang je macaron ni.Beraneka colour!

Aku ingat benda ni lembut macam marshamellow tu rupanya keras sikit la macam biskut.Was-was jugak la first time nak makan tu sebab rasa macam plastik mainan je,comel sangat kan..haha.Takpe asalkan orang belanja aku ngap jer :)

Pergh sekali gigit terasa melting dalam mulut aku..MANISSS siot..boleh kena kencing manis ler jawabnya kalau makan berpuluh-puluh bijik macaron ni.Aku suka perisa blueberry and coklat dia.Takdela muak sangat.Yang kaler merah tak sedap macam luaran dia lah!

Tetiba petang ni teringin nak makan macaron gara-gara tengok benda ni kat blog cik min .Esok baru cik min bukak balik untuk sape2 yang nak order macaron.Aku ingat nak order la.Teringin siot!!


p/s: makanan ni memang comel..sape yang makan pon boleh jadi 'comel ' hihihi :)







Thursday, October 20, 2011

Pejam celik dah hampir 6 bulan praktikal



Assalamualaikum


Pejam celik dah nak dekat setengah tahun aku praktikal kat tabung haji ni.Agak lama bagi student praktikal yang lain sebab selalunya praktikal 3 or 4 bulan jer.Kira aku ni paling lama la sebab 6 bulan.Sampai staff yang uruskan elaun aku tu pelik tengok aku ade kat sini lagi.Dia siap cakap ' Eh ko ni ade lagi kat sini,aku ingat ko dah habes' Haha see betapa lamanya aku kat sini kan.

Ya sangat lah lama sampai aku rasa sayang sangat nak tinggal kan life aku yang baru ni.Kat sini aku punya kawan baru,life baru,suasana baru dan hati baru..hihi
Tapi aku rindu jugak life student aku kat uitm.Oh uitm wait for me.I'm coming 3 weeks from now!! I 'm always miss my member,my classmate yang sememangnya giler2,my lecturer,and also my redang!!Next sem kena jadi NR pulak gara-gara budak destini menyemak kat kolej kitorang..grrrrr

Ok back to my new life :)
Dalam minggu ni memang agak relax sebab jemaah dah ramai yang selamat menjadi tetamu Allah,ade jugak yang datang last2 minit ni buat rayuan.Tapi kami mintak maaf awal2 sekarang ni memang dah penuh.Kesian jugak sebab ade yang datang dari Kedah,Sabah..Kesian tau bukan tak kesian.Tapi apakan daya,aku hanyalah student praktikal -,-

So biler dah relax ni memang lepak jela.Dengan polis bantuan sekali lepak ngan kitorang.Sayang sangat ngan diorang.Tadi pon sakan lah gelak sampai terguling-guling aku atas lantai.Biasalah budak laki ni otak giler2 sikit.Ade je lawak bodoh dorang nak buat.Aku tukang gelak jela..hahaha..Plus pulak dengan kisah cinta kak faizah ngan ruzaimi.Boleh buat drama tu,cinta pandang pertama tu...hahaha

diorang ni memang best lah!

Takde pulak gambar kak faizah nak letak dalam blog ni..huhu



p/s: nanti dah habes praktikal rindu pulak dengan dia :)







Saturday, October 15, 2011

Bila jemaah haji aggresive



Assalamualaikum


Dah seminggu aku menyepi dari blog ni kerana kesibukan yang melampau.Mesti orang kata 'eleh,praktikal je pon..sibuk la sangat!' Memang kenyataan aku sibuk lagi-lagi sekarang ni musim haji.Aku kan praktikal kat jabatan haji.

Sorry la kepada blogger yang sudi jejak kaki kat blog picisan aku ni.Aku memang tak sempat nak balas balik kunjungan korang.Insyallah ada masa aku balas balik okay :)

Semalam aku bengang teramat sangat dengan sorang jemaah yang datang untuk buat rayuan haji tahun ni.Orang nya perempuan.Mula-mula aku yang attend dia.Cakap elok2 jela dia ni mula-mula.Aku tengok dia baru je daftar 2009 so memang susah la nak lulus kan rayuan dia ni.Lepas dia dengar jawapan aku terus volume dia naik.Dalam hati aku terkejut gak la.Tiba-tiba je nak naik angin apesal lak.Aku bukan ade kuasa nak luluskan ape,aku hanya memproses je..grr

Lastly aku tak tahan aku panggil la pegawai yang jaga negeri jemaah tu.Korang tau volume suara dia bukan makin menurun tapi makin tinggi siap tengking-tengking lagi.Buat malu kaum perempuan jer.Kalau macam ni la perangai dia Allah pon tak nak terima dia sebagai tetamu Allah.

Lastly dia campak je surat rayuan dia tu before dia blah.Sempat dia cakap 'I tau U nak buang je kan surat I tu,so U buang je la dalam tong sampah!' Suke hati mak bapak dia je tuduh2.Kitorang simpan jela segala surat rayuan yang jemaah bagi.


p/s: first time aku jumpe jemaah yang aggresive macam ni -,-







Sunday, October 9, 2011

Profile background Leeteuk and Kang So Ra in WGM



Assalamualaikum

Baru je selesai tengok episode 1 WGM Leeteuk ngan Kang so-ra.Lawak lah diorang ni mula-mula.Malu kemain.So-ra pon nampak sangat nebes.Leeteuk lagi la boleh pulak dia lambat sangat ajak so-ra tu duduk.
Jom layan profile background dia hasil dari pak cik google :)




Stage Name: Leeteuk, Eeteuk 이특
Real Name: Park Jung Su 박정수
Chinese Name: 李特 (Li Te), 朴正洙
Date of Birth July 1, 1983
Height: 178 cm
Blood Type: A
Family: parents, older sister Park Inyoung
Hobbies: singing, writing songs, going online, piano
Casting: Starlight Casting System 2000
First appearance: as a cameo in MBC All About Eve (2001)
MC:- Mnet Countdown [with Shindong, previously Kangin who got replaced by Eunhyuk.
DJ: 수키라 Sukira (Super Junior Kiss the Radio) [21 Aug 2006 to present]
CF:- Ivy Club with SJ- NII with SJ- 더위사냥 Heat Hunt with SJ member Donghae (2006) Watch- Pepsi (2000)Official fancafe: JS StoryMisc Information:- Got a stage name 











Kang So Ra Profile and Biography
Name: 강소라 / Kang So Ra 
Profession: Actress 
Birthdate: 1990-Feb-18 
Height: 168cm 
Star sign: Aquarius 

Kang So Ra TV Shows
The Women of Our Home (KBS1, 2011) 
Dr. Champ (SBS, 2010) 
Rude Miss Young-Ae 7 (tvN, 2010) 

Kang So Ra Movies
Sunny (2011) 
Fourth Period Murder Mystery (2009)




Adik aku yang anti-sosial


Assalamualaikum

Aku ade seorang adik lelaki.
Umur 16 tahun.
Single lagi tu -,-
Dia ni aku tengok macam anti sosial sikit.Hidup dia hanyalah semata-mata GAME.
Tak pernah lagi keluar bersosial dengan member-member dia selama yang aku perasan la.Pelik kan.
Aku ade jugak tanya  dia..ko takde ke member2 ajak lepak kat T.S ker,KLCC ke,Mid ker.Dia kata takde sebab semua dok jauh2.Ala alasan je tu.Public transport kan banyak.Ni k.l lah!
Hari ni adik aku yang lain umur dia 19 nak pegi main bowling.So aku suruh dia ajak adik aku yang anti sosial ni.Yela tak pernah lagi dia ni jejak pusat bowling.Aku nak dia lalui dunia remaja ni dengan kegembiraan.Bukan depan komputer jer!
Balik tadi muka dia happy jer yela benda baru selalunya sangat best bukan?
Walaupun tak strike satu pon tapi sekurang-kurangnya dia dah keluar dari kelompok anti sosial..hahaha


p/s: Teringin pulak nak main bowling satu family.Tak pernah lagi ni..huhu






Saturday, October 8, 2011

New couple in We Got Married after Khuntoria


Assalamualaikum


Aku memang peminat takdela tegar sangat dengan rancangan realiti korea yang famous amous iaitu We Got Married or lebih dikenali sebagai WGM.Aku jugak merupakan kipas susah mati pasangan couple Khuntoria.Siapa yang rajin singgah blog aku before ni mesti dah lali dengan entry aku pasal couple ni kan..hehe

Goguma couple pon aku suka sebab ade Yong Hwa.Dia memang lelaki yang memenuhi citarasa aku la.Haha berangan jer..puih -,-
Tapi yang membuatkan aku sedih kebelakangan ibarat mandi tak basah bil air tak bayar makan sememangnya kenyang melantak adalah KHUNTORIA COUPLE dah ditamatkan dari WGM.Yela dorang dah lama sangat bercinta dalam WGM tu.So lepas ni dorang boleh la sambung bercinta di luar lokasi yer.Bila lagi aku nak merasa nasi minyak korang.Eh sejak bila orang korea kawen makan nasi minyak -,-

So setiap yang pergi mesti ade penggantinya.Couple terbaru yang menngantikan dorang ialah..jeng..jeng *drum troll*




                                                  LEETEUK     KANG SO-RA


Pergh kali ni kumpulan Super Junior pulak.Harap-harap dorang ni best la bercouple dalam WGM tu.Tak nak la pasif semacam jer,peminat lari lah weyh..haha

First meeting dorang dalam bilik theater yang kosong.Hanya mereka berdua.First meeting macam biasa la malu2 kucing macam khuntoria dulu..lama2 baru lah tunjuk perangai sebenar..haha


p/s: macam dah malas nak layan WGM ni lepas khuntoria dah tamat -,-

Pengalaman aku berpraktikal



Assalamualaikum


Pergh lama gila la tak membebel kat belog aku ni.Entry before ni semua copy paste punye.Hari ni hari sabtu so boleh la luangkan lebih masa depan lappy aku ni dan tulis ape saja yang aku suka..miahaha

Seminggu ni tiap-tiap hari aku jaga kaunter lantai 30 tu sebab paham-paham jela time musim haji ni bermacam-macam orang yang datang tabung haji HQ dengan bermacam-macam tujuan.Ade yang datang merayu untuk pegi haji,mintak surat tawaran,mintak jadual penerbangan,hantar passport dan macam-macam lagi lah.

Aku macam biasa pagi-pagi kena online dulu cari berita terkini mengenai haji untuk diupdate ke dalam portal.Lepas tu pulak baru lah aku menyibukkan diri di kaunter.Ade yang best ade yang tak best duduk kat kaunter ni.Bermacam-macam jenis orang yang aku jumpe.Ade yang jenis tak tahan sabar,ade yang jenis cool jer.And aku penah jumpe orang tu tidor memang tak hingat dunia la siap berdengkur lagi tu..haha..memang tahan gelak jela aku dok situ.

Yang datang nye major orang tua la kan.Yang muda pon ade jugak tapi selalunye wakil untuk mak bapak diorang jugak.Bagus anak mithali!
Ade sorang mak cik tu datang sampa nangis2 depan aku dengan harapan dia dapat pegi mekah bersama suami dia.Aku memang tak sampai hati la nak handle kes menyayat hati macam tu.So aku panggil la sifu2 aku untuk menghandlenye..haha..aku kan praktikal.Ape la sangat ilmu yang aku tau :)

Ade sekali tu sepasang suami isteri jauh datang dari sabah dengan harapan dapat mengerjakan haji tahun ni jugak.Tapi apakan daya aku.Aku bukan la pegawai yang boleh meluluskan rayuan tu.Semua nya boss aku la.Aku hanya dapat mendengar luahan hati diorang je.Maafkan saya mak cik pak cik !

Ape pon aku agak bersyukur kerana diberi peluang praktikal disini sebab banyak ilmu yang aku dapat..walaupun takde kaitan langsung ngan ape yang aku belajar tapi ilmu tu kan luas..hehe


p/s: lagi sebulan je aku nak praktikal kat sini..sayang pulak nak blah dari situ..hehee






Wednesday, October 5, 2011

Tanda-Tanda Saat Kematian



100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada 

orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang 
akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti 
sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir
: Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama...



sumber facebook




Monday, October 3, 2011

Tengok secara live jemaah pergi haji di kelana jaya :)


Assalamualaikum

Aku rasa semua orang dah tau sekarang ni memang musim orang mengerjakan haji.Aku semestinya tau sebab aku tengah praktikal kat tabung haji kan.Kalau tak tau memang nak kene penampaq free je dari boss aku..hehe

Alkisahnya aku ni tak pernah la pegi kelana jaya tempat check in jemaah yang nak pergi haji tu la kan.Aku bayangkan kelana jaya tu macam klia.Tetapi rupanya tidak sama sekali..hehe
Sabtu lalu aku mengikut family aku menghantar nenek aku punye adik pergi mekah.So just hantar kat kelana jaya jela kan.Rupenye kelana jaya tu dalam kawasan perumahan.Bukan tanah lapang macam yang aku bayangkan.

Aku sampai dalam pukul 6 lebih.Jalan memang jammed la kan.Sampai je orang memang dah penuh giler.Bermacam-macam gelagat aku tengok.Ade yang bercamping,ade yang buat kelana jaya tu macam rumah die sendiri.Family sebelah aku tu siap makan tempoyak,pergh bau memang mengancam!

Muka jemaah haji yang terpilih mengerjakan haji tahun ni masing-masing penuh seri.Yela nak jadi tetamu Allah kan.Terbit dihati aku nak jejak kaki kat sana :)
Insyallah bila sampai masanya :)

Jemaah boleh check in start pukul 9 lebih.Orang pon dah beratur.Bila diorang announce jer boleh masuk.Macam2 gelagat ade,sayu jer hati biler dengar budak2 lambai atok nenek dorang sambil jerit..bye atok..bye nenek..Ade yang nangis.Ade yang meraung.Macam-macam adela :)


jemaah berpusu-pusu untuk check in :)


tunggu giliran untuk check in


semuanya orang-orang tua yang pergi mekah..hehe
Seronok rasany abiler dapat tengok sendiri jemaah yang pergi haji sebab selama ni aku tolong uruskan proses diorang untuk pegi haji jer.Dari pendaftaran sampai lah serahan passport.Walaupun tidak diberi peluang untuk join OHTA(operasi haji tanah air) tapi dapat jugaklah tengok secara live orang pegi haji :)


Sape yang tak daftar haji jom daftar sekarang di pejabat tabung haji yg berdekatan :)
Lagi cepat kita daftar lagi cepat kite berpeluang pegi mekah!
Pastikan kena bukak akaun tabung haji dulu la tw :)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...