Thursday, December 6, 2012

My convocation story

Assalamualaikum



Hye peeps,dah lama kita tidak ketemu ngak?hihi,tetiba berspeaking indon pulak kan,haa sebut pasal indon tak lupa congrats kepada pasukan harimau malaya yang menang time lawan ngan indonesia baru2 ni :)

Entry kali ni bukan nak cerita pasal bola ke indon ke ape,tutup semua cerita kat atas tu yer.Tujuan saya menulis entry ni adalah *skema pulak ayat*.. sebenarnya nak story pasal konvokesyen uitm sabtu baru2 ni dan salah seorang graduate uitm pada tahun ini tak lain tak bukan aku la a.k.a nur syafiqah bte abd mutalib.

Malam rabu lagi kitorang daripada uitm shah alam gerak sama2 ke dungun,sampai dungun khamis pagi and kena amek jubah n raptai pagi tu jugak.Beratur nak amek jubah mak aihh penat dan panjang giler la,dengan ketidaksabaran aku potong queue beberapa orang..hihi sorry! Finally dapat jugak jubah setelah hampir 3 jam beratur.Penat tau! Lepas tu pergi ke D.A sesi raptai padahal bukan dengar pon,pakat dok sembang ngan member je time tu.

Habis sesi raptai daftar kolej redang then plan nak photoshoot pre convo la sangat kan kat pantai.Yela ape function uitm tepi pantai tapi tak photoshoot tepi pantai :) Destinasi yang dituju ialah teluk gadung dan jugak teluk bidara.








kuala terengganu pon ade i-city tau ;)

Gambar2 kat atas ni antara yang sempat kitorang photoshoot hanya menggunakan camera canon digital aku je,takde DSLR bagai ni ;( but hasil dia agak memuaskan..kan..kan..

Lepas puas bergambar dengan jubah convo yang dah macam jubah harry potter tu next destination ialah menghantar mira razmi ke k.terengganu sebab family dia stay kat primula beach hotel.Driver lain tak bukan mestilah adam sebab menggunakan kereta dia.Sampai k.t pon nak dekat malam,so just sempat lepak sekejap dengan jue and jalan2 i-city terengganu :)

                             ************************************************************

Keesokan harinya pergi ke mesra mall yang merupakan satu-satunya pawagam yang ade di terengganu.Tujuan sebenar ialah nak cari wedges sebab kasut yang aku bawak untuk convo tak memenuhi citarasa sebab tak tinggi and flat je.Terpaksa la beli jugak and wedges verns yang menjadi pujaan hatiku.

Lepas berjimba bagai kat MM tu next destination kami ialah PANTAI KEMASIK.Siapa orang terengganu mesti kenal sangat tempat tu kan,cantik pantai tu tapi tak berapa komersial sangat la.Nak tau kami buat apa kat situ?Bukan mandi..bukan memancing..tetapi kami BERGAMBAR sekali lagi yer dengan jubah harry potter itu ya!Mula-mula memang muka tebal je sebab sampai2 je sana ramai pulak makhluk Allah kat situ.Kebetulan pulak time kitorang shoot dengan bantuan abang billa ade jugak pasangan pengantin tengah photoshoot kat situ jugak.

Pengunjung kat situ semua ushar kitorang yang tengah bajet pantai tu macam kitorang yang punya.Eh ke kitorang yang perasan di ushar?haha






Kemuncak entry aku lain tak bukan of course la hari convocation aku iaitu pada hari sabtu bersamaan 1/12/2012.Perasaan gumbira pada hari tu memang tak terkata la.Yela setelah 3 tahun aku ambil diploma and hasilnya aku dapat jugak convo on time.Sepanjang tempoh 3 tahun ni macam2 pengalaman pahit manis aku rasa.Belajar erti persahabatan,mana satu musuh mana satu teman,tunggang terbalik bagai,pendek kata macam-macam ado la..hihi

Tak lupa juga kepada umi dan ayah ku yang sentiasa memberi kata-kata perangsang dan of course la selalu ade semasa financial problem aku especially nak dekat2 hujung sem.Apela kan budak akaun pon tak reti nak manage financial sendiri -,- Tanpa mereka tak lahir la aku kat dunia ni :)
Thanks umi ayah!!

Pagi-pagi lagi aku dah bangun and bersiap2.Yela hari bahagia aku kan,eh bukan kawin ok!Sarung jubah bagai then snap dulu dalam bilik sementara muka masih berseri-seri..ececeh

outfit aku hari convo tu..takde baju lawa2..sedih ;(

Dalam pukul 2 macam tu kitorang dah start masuk dewan aspirasi.Time nak masuk tu kena la beratur kan.Panjang giler line dia habaq ang.Dahla tengah panas terik + pakai jubah harry potter memang cair ler makeup tu.Nasib aku pakai naturactor je.Takdela rasa muka ni tak bernafas je.Eh tetiba rasa nak review naturactor yang best ni :)

Kali ni Datuk Sahol yang sampaikan sendiri skrol diploma tu kat kitorang.Rasa terharu la jugak sebab dia sanggup datang dari jauh,and aku sangat adore him sebab dia sangat friendly and sangat mementingkan ibubapa.

Teringat lagi time nama aku diumumkan and naik pentas dari jauh lagi dia dah bagi senyuman kat aku dan panggil nama aku.Walaupun dia buat macam tu kat semua student tapi aku still rasa terharu :)
Time naik pentas tu memang hilang segala tips dan pesanan dorang suruh pandang camera ke,tunduk ke,cara pegang skrol ke.Memang lupa habes la.Macam mana la hasil gambar convo aku.Mesti buruk sebab senyum aku lebar giler atas pentas and kot-kotla time dia snap tu aku tengah ternganga ke.2 minggu lagi baru siap gambar tu :)

Sebelum majlis tu tamat kitorang yang dah pon bergelar graduan dan alumni uitm terengganu semangat menyanyikan lagu tema uitm yang sangat harmoni lagunye.Kalau nyanyi dengan semangat tu kira boleh naik la bulu roma tu..hehe..Habis je lagu negaraku terus kitorang bergerak keluar dewan mencari parents masing-masing.Yeahh and finally i'm meet my family.


bunga hati saya..takde orang lain dah :)

my siblings tapi kakak aku takde dalam gambar..dia datang kejap je sebab rush nak balik rumah mak mentua dia 

kalau gaduh memang tak ingat dunia..tapi air yg dicincang takkan putus :)

adik aku ni memang suka bergambar..pelik kan

hero dalam family ku

with najwa my younger sister

bunga-bunga yang aku dapat daripada mak,ayah and kakak aku..first time dapat bunga tau ;)







antara classmate aku yangs sempat bergambar bersama

Walaupun hari tu sangat memenatkan tapi sangat seronok sebab dapat berconvo sekali dengan kawan2 diploma w/pun pada mulanya tak serapat macam ni tapi makin naik sem makin rapat dan hubungan kitorang ni macam adik beradik la walapun kadang2 tu terasa and terbergaduh ke..dan macam-macam ter la.Aku sayang korang semua,depan-depan memang tak terucap la ayat tu tapi jauh dilubuk hati aku ianya pasti..cewahh berjiwang pulak aku ni..sejak biler ni =,=

Sedih jugak sebab tak dapat convo sekali dengan qilah ngan mira,kalau ade dorang mesti lagi happening hari convo tu.Qilah tu pulak mesti sebulan before convo dah prepare nak pakai baju ape..biasela mek tu..hehe
Mira pulak selalu bagi kata-kata semangat kat aku and kadang2 sanggup melayan perangai aku yang pelik ni..haha..itula untungnya ade KAWAN ni.Nak cerita pasal kawan memang sampai esok la tak habis sebab i'm really appreciate my friends especially orang yang selalu ade ngan aku time diploma dulu..housemate kenangan qilah,mirror,billa,pijah,fina..pastu geng-geng adam,tasow,paeh,zu..mak datin kita asma..ida,tirah yang sekarang ni classmate degree pulak..ummi roomate time part 1,tak lupa jugak kat ain,atie,nadia,aidil,ijad,azie,aida,tiqah,faiq,tirah roslan,pipah,acap(semua classmateku) dan jugak sesape yang mengenali diriku.

Panjang pulak entry kali ni kan.Siapa yang sanggup baca sampai habes memang tabik spring la kat korang.Thanks sebab sudi baca entry aku ni yang penuh dengan gambar,yela dekat siapa lagi aku nak share kalau bukan blog kesayangan aku ni..haktuihh..haha

Akhir kata doakan aku berjaya menghabiskan degree aku ni kira-kira 3 tahun lagi.Insyallah aku nak grade on time :)


p/s: i'm officially graduate!!!!







0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...