Saturday, November 26, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Rumah Manis Rumah
Assalamualaikum
Masuk hari ni dah hari kedua aku menjalani kehidupan sebagai seorang student semula selepas 6 bulan menjadi pekerja yang berjaya..hehe
First day class pon aku dah start belajar.Buat masa ni lecturer yang aku dapat semua best2 dan sporting.Memang kantoi la bila lecturer banyak tanya pasal soalan yang dah belajar time part 4 dulu.Kalo tanya pasal jemaah haji aku boleh la jawab :)
Fyi sem ni aku kena duduk luar.Yang bengangnye lepas kitorang dah dapat rumah sewa and siap bayar deposit then pihak kolej kata banyak kolej kosong.Takkan nak cancel deposit,memang tak la kan.Geram jer la..huhu.Maybe ade hikmah disebalik semua ni kan.
Housemate aku pulak memang semuanya rajin dan pandai memasak.First day lagi kitorang dah memasak.Seronok tau bila memasak dengan member2 tersayang.Selalunya kat umah masak sorang2 je.Then sehari suntuk jugak la mengemas rumah yang sememangnya besar.Penat kot..haha..
Layan jela pic yang sempat aku snap lepas kemas2 aritu :)
my room with qila n fina |
kemas tak??hehe |
ruang TV yang besar :) |
salah satu bahagian umah kitorang |
kitorang buat tempat solat |
bilik mira |
permandangan dari luar lepas hujan. |
our first dish :) |
Jadi status NR ni agak best jugak sebenarnya.Takdela terikat sangat dengan peraturan kolej.Memang best tapi yang tak bestnye dari segi kewangan la.Dengan sewa lagi transport lagi..huhu
Buat masa ni aku memang ade 1 bilik kosong.Kalau boleh aku memerlukan 2 orang lagi housemate sebab bila ramai yang sewa saving sikit la nak bayar nanti.So anyone yang study kat uitm dungun dan berminat nak cari rumah sewa boleh la contact me.Thanks :)
ni la bilik yang tengah kosong..ade sape2 berminat?? |
Friday, November 18, 2011
Welcome Dungeon Bye KL
Assalamualaikum
Malam ni merupakan entry terakhir aku kat rumah.Ini kerana esok hari aku akan menjejakkan kaki di dungun!!Lama tak bau pantai ni.Lebih 6 bulan ni..hehe
Akhirnya tadi siap jugak aku packing barang.Memang pening kepala jugak la nak cari harta benda yang aku dah lama tak sentuh selama 6 bulan dok rumah ni.Kemas punya kemas tetiba teringat kad matrik aku.Alamak kat mane pulak natang penting ni.Dah la limited edition.Yela sekarang ni student uitm semua guna kad matrik kaler kuning.Kitorang je batch last pakai kaler hijau.So ade la kan perbezaan antara senior dan junior.Itu penting!
Kemas punya kemas mak aihh larat ke tak exora ni sampai ke dungun.Mentang-mentang FAMA nak hantar kemain kat kepala otak aku ni pikir macam2 benda nak bawak.Mak aku dah warning awal2 ' esok tak muat kereta siap ko' haha dapat warning lagi tu.Mana tak nya dengan mesin basuh 6 kilo nak angkut sekali pegi dungun.Hope muat.Takpe muatan belakang adik aku 70 kg okey je selama ni.Takkan mesin basuh 6 kilo tak lepas..kan3..hehe
Semalam aku sempat singgah office aku buat kali terakhir.Bila lagi la kan nak datang lepas ni -,-
Sampai jer test jari aku lepas tak nak masuk.tibe2 teettt kaler hijau that means pintu tu still anggap aku staff situ lagi..oyeahh!!
Masuk je senyap sunyi.Mana taknya time rehat kan.Baru 3 hari tak datang office tapi rindu giler.Rindu kat orang nye ke office nyer..miahaha :)
Tapi tak bestnye tak semua ade time tu.Mi balik kelantan ade interview.Zuhdi pulak time tu la dia nak pegi klinik..haha sabar jela..tapi nasib demam dia tak serius 0_0
Plan nak singgah kejap then nak pegi Masjid Jamek tapi hujan pulak kan.So menetap la kejap kat situ.Siap ajak member aku dok situ and buat macam office tu bapak kitorang yang punya..haha
After solat asar baru la hujan dah berhenti sikit.Baru lah kitorang mengundur diri dari office buat selama-lamanya..hehe macam nak mati je kan -,-
Jalan masjid jamek amat lah tak selesa plus bau yang macam2.Erk paham2 jela kan -,-
Tapi nasib aku sempat rembat sepasang baju kurung walaupun bukan polka dot..sob3 sedih :'(
p/s: pape pon congrats Harimau Malaya lawan Indonesia tadi..1-0 pon boleh laaa :)
Tuesday, November 15, 2011
Last Day Practical 11.11.11
Assalamualaikum
Semua orang mesti tau hari jumaat baru-baru ni merupakan hari yang mempunyai tarikh yang amat cantik iaitu sekali dalam seumur hidup la dapat tarikh tu iaitu 11.11.11..Aku tengok ramai jugak blogger buat entry pasal tarikh cantik ni.Ade yang mempertikaikan nape dok bangga sangat ngan tarikh tu and ade jugak yang mengagungkan tarikh tu.Pape pon everyone have own opinion :)
Bagi aku pulak tarikh 11.11.11 ni merupakan hari yang agak sedih bagi aku walaupun terselit jugak rasa gembira.Kira macam kebahagiaan dalam perpisahan..hehe
Pada hari tu la aku last berpraktikal kat tabung haji tu.Aku berat hati nak tinggalkan orang2 kat sini sebab aku dah rasa chemistry sangat ngan dorang.Staff kat situ aku anggap macam kakak2 dan abang2 aku,yang tua2 tu aku anggap macam mak and ayah aku.Tapi terselit jugak lah perasaan gembira sebab aku dah habis praktikal selama 6 bulan.Pejam celik kejap je rasa 6 bulan.Ingat lagi tak entry first aku pasal praktikal.Then ni maybe entry aku yang last pasal praktikal.
Khamis aku buat kek batik dengan tujuan nak menjamu dorang la walaupun hasilnya tak memuaskan.Tapi dorang kata sedap..hehe.First time aku bawak makanan kat office.Selalunye dorang jer yang belanja aku.Ceh kek batik je pon nak kecoh aku ni -,-
Last day aku praktikal aku sampai agak awal.Yela last day kan :)
Hati aku memang tak tenteram jer sepanjang hari.Makan pon takde selera.Dorang ajak jalan2 pon takde mood.Time tu jugak la aku agak busy menguruskan hal elaun aku,report dan sebagainya la.
Seharian tu jugak aku asyik dok snap pic sana sini.Last day la kata kan :)
Sorang member tiba-tiba tanya aku ' Ika,ade blog eh? ' Aku dalam hati terkejut beruk ahh macam mana la dorang boleh jumpa blog aku ni.MALU!!Sebab ingat kan dorang tak minat baca blog2 ni.Aku tanya dorang macam mana jumpa.Adalah!Aku malu kalo dorang baca entry pasal aku ade la citer pasal dorang sikit2..haha kantoi disitu kan :) Ntah2 korang tengah baca entry ni kan!!hahaha ^__^
Before pukul 5 aku jumpa semua staff kat situ salam dan bagi kata-kata terakhir.Time tu hati aku hanya Allah yang tau.Nampak je luaran aku gelak2 sedangkan air mata ni dok tahan tak nak bagi keluar.Malu la oii kalo nangis..hehe.Semua orang aku jumpa tak tinggal sorang pon.Last but not least member aku bagi kata-kata terakhir kat aku pulak.Macam2 nasihat aku dapat.Thanks guys.Doakan aku grade sem depan tanpa sebarang halangan tau :)
Thanks also to kak nazleen bagi aku bracelet yang comey,staff OD bagi aku kain ela dari jakel tu,kak bell belanja aku pashmina yang aku pakai last day tu,and haji wan yang bagi aku duit.Thanks to all!Lepas ni tak boleh nak makan breakfast ngan kak bell yang nasi lemak her feveret.Tak boleh lagi nak lepak2 dengan mi,zahrin ngan zuhdi.Makin suka la korang datang office main NFS Underground kan..hahaha.My pink car jangan bagi sape2 main tau :) Eh rindu jugak lah dengan my own place.Hari tu tak sempat nak jumpa my boss haji marzaimi for the last time.Lepas ni boleh cari P.A lain k..hehee
p/s: miss u all always :)
Monday, November 14, 2011
Sekali sekala layan nasyid malam-malam ni :)
Assalamualaikum
Malam ni boleh tidor lambat sebab mulai esok aku dah tak payah bangun awal2 sebab my practical dah habes :)
Tapi sedih jugak tau sebab rindu member aku kat sana :'(
Okey la tadi jalan-jalan kat facebook then terjumpa satu nasyid kumpulan mawaddah ade orang share kat fb.Tergerak lah hati ni nak layan nasyid pulak la malam ni.Btw kumpulan Mawaddah ni aku kenal time aku sekolah rendah dulu.Kira dorang ni femes time aku muda2 dulu la but sekarang ni senyap sunyi je.
Tapi suara diorang serius sedap.Kalah najwa latiff kot..muka dorang pon semua sejuk je mata memandang.Ayu plus comel je.
Tapi aku dengar dorang ni dari golongan Rufaqa' iaitu orang Al-Arqam yang memuja Abuya Syaikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994.
Pape pon ade je lagu dorang ni memang menginsafkan aku dan korang sekali.Jom dengar ni , ni dan ni.Seriously sape yang hati dok jiwa kacau tu better layan lagu ni.Boleh tertidor la korang sambil yang lelaki tu berangan nak kawen ngan wanita macam ni.Percayalah...hehehe
Saturday, November 12, 2011
Tag from Myra
Assalamualaikum
Dah lama tak main tag2 kat blog ni.Selalunye tag2 kat fesbuk je.Ni pon sebab kena paksa ngan member aku suruh jawab tag ni..haha
First kena list kat 11 thing about me!Nak tulis ape yer -,-
1) I'm just 20
2) I'm just finish my practical at tabung haji :)
3) Aku suka berkawan dengan ramai orang..sape yang sombong tu sorry to say la -,- malas nak layan
4) Ignore pervert! *eh ade ke yg suka layan pervert ni??*
5) Suka blogging that's why i'm have my own blog :)
6) Minat memasak..lagi2 pastry *boleh kawen dah ni kan?haha*
7) Suka lelaki mata sepet ^__^
8) Suka budak-budak! Rindu ngan fatin anak kak niza :)
9) Takut serangga!
10)Tinggal 1 sem jer nak grade..yehaa!!
11)Least but not least i'm single..haha *perlu mention ker*
Yang ni pulak soklan yang wajib aku kena jawab..layan jela
1. korg akan kecik hati kalo...
member aku abaikan aku...huhu sedih woo!
2.benda yang paling korg nak buat skunk or once in a life time... sebb ?
aku nak kurus kalau boleh sekarang jugak sebab..err..err
3.korg paling x suka and benci...?
aku paling tak suka orang yg hipokrit n tak suka tgk orang lebih dari dia -,-
4. aper korg buat tyme korg paling sedih atau korg down?
tidor dan terus tidor...
5.new people that u just know/frens.. n how you know/ frens with that people?
my friend during practical kak biel,kak faizah,zuhdi,zahrin,mie and kak ida..i miss them so much!
6. weakness about me that u may share in order for me to overcome it?
ni yg aku suka..hehe..ko suka negative thinking so aku harap lepas ni kurangkan sikit la perasaan -ve thinking tu yer..hehe sorry!
7.event that korg "never say never" to forget that happen to korg
macam banyak lah..x ingat mana satu -,-
8. saper saya di hati korang ? wahaha
my sharing problem friends..haha boleh tak macam tu??
9. gift yang paling korg idam2kan..
DSLR :)
10.places yang paling korg nk pergi
Mekah and madinah..sape nak bawak!!
11. buku yg paling korg suka.
Buku tentang benda2 pelik didunia
12.minat korea x.. kalo minat citer korea aper yg korg suka
Of course!! DREAM HIGH!!
13. muzik yang paling korg layan
sekarang ni dok layan lagu shila hamzah patah seribu..sedap woo
14.barang yang wajib korg bawak time pergi mana
henfon kot
15.anime that you like the most
cardcaptor sakura
16.the best part frens with me is..??
all!
Wednesday, November 9, 2011
Detik terakhir
Assalamualaikum
Aku ingat nak buat entry countdown mulai hari ni sampai jumaat la sempena tamat praktikal aku kat sini.Nanti lepas2 ni bila aku teringat tempat praktikal aku boleh la aku baca entry ni balik..sob3 :(
9.11.11
Hari ni aku datang paling awal.Bukan second tapi orang first tu.Boss aku pon tak sampai lagi.Sampai je lantai 30 ni gelap gulita.Yela orang first kan..haha.Ayah aku hantar aku awal sangat.Aku sampai tadi pukul 7.15 pagi.Awalkan :)
Sampai jer aku tak berani nak guna pintu yang aku biasa masuk sebab gelap tak nampak langsung,so aku guna jalan kat kaunter tu.Cerah la sikit.So memberanikan diri pegi ke suis utama.Aku petik cepat2 15 suis semua.baru la terang benderang sikit :)
Misi aku hari ni nak menyiapkan 80% report aku.Yeah semoga berjaya ^__^
p/s: Countdown habes praktikal by making entry..haha
my outfit today :) |
done!
7.50 pagi
Tuesday, November 8, 2011
Happy belated Aidiladha 1432 H
Assalamualaikum
Firstly aku rasa masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan salam aidiladha 1432 H untuk semua pembaca blog aku yang beragama islam.Tak sempat pulak nak buat entry time raya baru0baru ni..hihi bajet busy la tu kan -,-
Nak tau tak ape yang aku buat raya raji tahun ni?Seriously aku tak rasa macam raya sebab aku just stay kat rumah jer.Daging korban pon aku tak merasa lagi ni..huhuhu sedih kan :(
Last aku tengok lembu kena sembelih live depan mata tak silap time aku form 5.Lama kan!Mana tak nya kat kl ni memang tak meriah langsung kalo raya haji.Bajet habis untuk raya puasa hari tu la kan..haha
Hari ni aku masuk office walaupun lambat setengah jam.Amboi mentang2 ni minggu last ko praktikal buat pala lak -,-
Ramai lak orang cuti hari ni.Sunyi sepi je.Sambung cuti la katakan :)
p/s: aku memang suka buat entry tergantung -,-
Sunday, November 6, 2011
Akibat terlalu buta IT
Assalamualaikum
Ada sorang lelaki ni. Dia nak belajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :
Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?
Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?
Lelaki : dah. Aku dah ada email pun
Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer
Lelaki : browser tu ape?
Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer
Lelaki : pastu?
Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter
Lelaki : oke! Pastu weh?
Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada
Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni
Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’
Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu
Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com
Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati
Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai lebam kasik tau ko. Rupenye rumah ko takde internet
Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye
Kawan : sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi
Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
p/s: memang sesuai dengan peribahasa katak bawah tempurung..BUTA IT!
Ada sorang lelaki ni. Dia nak belajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :
Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?
Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?
Lelaki : dah. Aku dah ada email pun
Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer
Lelaki : browser tu ape?
Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer
Lelaki : pastu?
Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter
Lelaki : oke! Pastu weh?
Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada
Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni
Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’
Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu
Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com
Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati
Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai lebam kasik tau ko. Rupenye rumah ko takde internet
Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye
Kawan : sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi
Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
p/s: memang sesuai dengan peribahasa katak bawah tempurung..BUTA IT!
Friday, November 4, 2011
Aku pon lulus la!
Assalamualaikum
Hari ni result budak2 uitm keluar.Aku confirm semalam mesti ramai tidor tak lena dok mikir pasal result yang dorang akan dapat.Tipu la kalo takde sikit pon perasaan tu.Aku yang praktikal pon dapat result tau walaupon praktikal tak habes lagi.haa camner tu..Siap lulus lagi tu :)
Wah kalo camni la gaya tak yah buat report pon takpe sebab result kata dah lulus..hehehe *pemalas punye budak*
p/s: sape2 boleh tolong bagitau aku guideline nak buat report for praktikal ni??siyes aku tak tahu nak buat camner -,-
Thursday, November 3, 2011
Perkara yang membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga ^__^
Assalamualaikum
Entry kali ni nak story pasal apa yang berlaku kat office aku hari ni.Hari ni banyak perkara yang membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga sampai kan aku tengah menaip entry ni pon still tersenyum..hehe..jom senyum ramai2 sambil baca entry aku ^__^
Hari ni aku diberitahu oleh kakak sepejabat aku yang ade jamuan sempena tamat operasi haji tengahari nanti.Wah aku dah mula senyum sebab pantang dapat makan free ni!hehe
Then hari aku rasa hari gambar sedunia sebab aku banyak amek gambar kat office tadi.Kenang-kenangan la katakan.Habes semua orang aku snap.Bermacam-macam gaya lah :)
Then rasa boring yang teramat sangat.Lepak ngan zahrin,mi ngan zuhdi.Best lepak ngan dorang ni.Ade je idea giler-giler dorang nak mengarut.So aku tersenyum lagi sampai ke telinga(siap gelak berdekah-dekah lagi -,-)
Macam biasa aku snap pic dorang.Tiba-tiba datang idea giler kat kepala otak aku.'Weh korang jom berlakon konon-konon korang jadi jemaah and jaga kaunter,dorang apelagi..giler gambar la katakan.Jom ajela.Time tu ade member dorang sape ntah nama join sekali scene tek diiktiraf tu.I'm smile again :)
Tak lama tu kitorang dipanggil masuk bilik meeting sebab jamuan nak dimulakan.Wahh tak sabar!
Lepas boss aku bagi ucapan sikit.Then dia cakap jamuan ni sempena untuk meraikan aku yang nak blah tak lama lagi dari tabung haji ni sebab cukup 6 bulan aku berkhidmat kat sini.Wahh suprise dowh!Aku memang tak sangka gak.U know what siap ade hadiah untuk aku lagi.Terharu dowh.Siyes!
ahh dorang amek gambar curik ni!! |
Cantik tak hadiah aku??hehe..Kotak kecik ni ade coklat handmade tau!Secretary boss aku yang buat,siyes sedap dowh..boleh buat bisnes ni.Macam cadbury pon ado.Kotak yang bawah tu aku dapat kain ela drpd jakel tu.Kaler pepel.Cantik..boleh buat baju cantik :)
Kemaluan jugak lah aku kat situ.Jadi tumpuan la katakan.Ceyh dalam hati hanya aku yang tahu..miahahaha
Seriously sedih gak biler nak habes praktikal ni.Aku dah mula sayang kerja kat sini.Best.Staff anggap aku macam adik2 diorang so aku anggap dorang macam kakak and abang2 aku.Rindu jugak kat kak bell yang sangat lembut dan innocent,rindu jugak kat mi ngan bakal isteri dia tak lama lagi iaitu kak faiezah(bercinta dijabatan 30 tu..hehe) kisah percintaan dorang ni boleh buat buku tau..haha..Tak lupa jugak kat Zahrin yang muka memang hensem ala-ala arab tapi siapa sangka biler dah datang mood giler dia memang lari orang..haha..dia ni kelakar dowh.Haa last but not least of course la Zuhdi.Dia ni mula-mula nampak jer innocent but lama2 kenal suka sangat mengusik orang.Nakal sikit la but nice..suka tolong aku..haha..yang sweetnye boleh lak staff kat situ skandal kan aku ngan dia..haha
Sampai sekarang aku still senyum sampai telinga.Kalau nak cerita ape yang sweet nye sepanjang aku praktikal ni memang banyak.Tak tertulis kat blog ni,
Haa one more start bulan 10 ni elaun praktikal dinaikkan sebanyak dua kali ganda.So RM15 sehari.Ni yang membuatkan aku senyum sampai ke telinga lagi.So sape yang berpraktikal kat tabung haji akan datang amatlah bertuah kerana elaun dah bertambah dar RM8.05 ke RM15.Saje je dorang ni time aku nak blah la dia nak tambahkan..grrr jeles ni..hahaha
p/s: hope elaun da masuk esok!nak jenjalan masjid jamek esok!!
Tuesday, November 1, 2011
Kebakaran di Midvalley tengahari tadi
Assalamualaikum
SATU kebakaran kecil berlaku di pawagam GSC Megamall Mid Valley awal tengah hari tadi. Bagaimanapun ia berjaya dipadamkan oleh pihak pengurusan.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Kebakaran dipercayai bermula kira-kira pada pukul 1.20pm di salah sebuah dewan pawagam namun ia berjaya dipadamkan dalam sepuluh minit kemudian.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah diarahkan keluar bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku.
Punca kebakaran masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.
Di bawah ini gambar yang sempat dirakamkan oleh salah seorang saksi di tempat kejadian. Kelihatan kepulan asap di sekitar kawasan kaunter jualan tiketpawagam GSC Megamall. Saat ini orang ramai diarahkan keluar dari dewan pawagam.
huhu semalam kebakaran kat sabah hari ni kat midvalley esok kat mana pulak kan..takut pulak nak jalan kat shopping mall sekarang ni.Kita mana nak jangka hal yang akan berlaku kan..huhu
Mintah dijauhkan la segala perkara yang tidak diingini..amin :)
sumber
awesome entry
♥NuR SyAFiQah♥
Subscribe to:
Posts (Atom)