Thursday, May 12, 2011

Hari pertama praktikal ;)





Assalamualaikum korang..

Hari ni first day aku praktikal.Adakah seronok or ade perkara yang memalukan??Nak tau lebih lanjut sila lah baca entry ni sampai habis yer.Kalo ngantuk pegi dapatkan nescafe yang berdekatan dengan anda ;)

Hari ni aku bangun pukul 6 then terus siap2 sebab kalo lambat keluar dari rumah confom2 la jalan jammed ke kl tu.Standard la kan kalo kt kl.Mana2 pon sama kot kalo pagi2 ;)
Seronok tengok bebudak pegi sekolah pagi2.Teringat zaman sekolah dulu.Nasib la sekolah aku dekat ngan rumah so kalo bunyik loceng je baru la terkedek-kedek lari ke sekolah gara-gara takot kena kunci.Nak datang awal sangat memang tak la kan ;)

Then lepas hantar adik aku kat sekolah methodist laki-laki kat sentul (nama sekolah die macam dulu2 ah..hehe) barulah ayah aku meneruskan perjalanan ke tabung haji iaitu tempat aku praktikal.Alhamdulillah xdela jammed sangat sebab kuar awal kan.Sampai je sana ayah aku ajak pegi cafe.Aku memang takde selera langsung dowh.Biasela first time kan ;)

langit pon still biru time aku sampai tu..hehe

welcome to tabung haji ;)

akibat terlalu bosan lalu menangkap gambar -,-


Dalam nak dekat pukul 8 barula aku bergerak ke jabatan sumber manusia then ayah aku tinggalkan aku dengan pekerja disitu.So bermula lah tugas aku sebagai STUDENT PRAKTIKAL ;)
Firstly ade sorang mak cik ni memperkenalkan aku dengan semua staff kat jabatan tu.Ohh lupe pulak nak bagitau aku ditempatkan dijabatan haji buat sementara waktu ni oleh kerana jabatan kewangan memang penuh.Not bad la orang2 kat situ.Semua peramah dan baik2 belaka.You know what aku sorang ke student praktikal kat situ.Yang lain semua pekerja.Mula-mula memang agak malu sebab ni pengalaman first time kan but lama-lama tu dah rasa okey sikit.Memang kena buanglah perasaan malu tak bertempat tu kalo nak praktikal nanti.And aku dapat tempat yang agak kemas dan cantik..





cantik tak meja aku?ekceli ni aku tumpang salah sorang pekerja yang sedang cuti bersalin buat sementara waktu ni.
Aku sebenarnye tak tau sape majikan aku sebab dalam 1 jabatan tu ramai sangat bos die.And mulai esok aku kena belajar ngan kak lin iaitu setiausaha salah sorang bos kat situ la.Kak lin tu biler2 masa je nak bersalin so lepas ni die kena ajar aku kerja die sebab aku bakal menggantikan die tak lama lagi..huhu tak ku terjangka aku akan menjadi seorang setiausaha walopon praktikal..huhu

Okey tugas first aku iala SHRINK kertas,kakak tu mintak tolong aku shrink kan sebab die tak larat yela dah mengandung kan.Mestila xleh buat kerja berat2.Anyway best gak buat mende alah tu..ngee~
Kak lin tu memang peramah.Sambil2 aku buat kerja tu die banyak gak la bagitau aku pasal jabatan ni.Buat pengetahuan korang jabatan ni akan menjadi sangat sibuk biler nak2 dekat musim haji nanti.Dah nama pon jabatan haji kan..haha

Time lunch agak menyedihkan bagi aku pada mulanya.Aku kat meja aku sambil berharap adela someone ajak aku lunch.But ade la 2 3 orang pekerja lelaki tanya aku tak makan ke?takkan aku nak cakap ' ehh nak ikot sekali boleh tak?' tak nak aku!! aku pon mencari2 orang yang boleh diajak makan sebab perut aku ni sumpah lapar giler.Tapi malangnya semua orang dah turun.Dahla jari aku xleh nak detect then memang takleh nak pegi mana2 la.Dok je kat bilik tu.Lastly baru perasan ade 1 pintu ke toilet diorang tak tutup rapat so dengan perasaan independentnye aku menapak la sengsorang demi mencari sesuap nasi..Cewahh ayat memang tak boleh blah..haha

Aku beli bungkus je sebab segan la nak makan bawah tu.Sampai je kat pejabat adela beberapa orang kakak2 makan kat pantri then diorang ajak aku makan sekali.Malu gak mula-mula tapi biler di pikirkan ' ape ko hingat ni pejabat bapak ko ke boleh makan kat tempat kerja,so aku makan jela kat pantri tu ngan makcik2 sume.Best ;)

Then sambung buat kerja balik sampai la pukul 5 baru stop.Rasa macam cepat je masa berlalu.Tapi aku bersyukur sebab tanpa praktikal aku mungkin takkan berpeluang rasa susana kerja dipejabat macam ni.And aku jugak bakal diberi elaun..yehaa.. ;)
Maybe start esok ayah aku just hantar pagi2 then petang balik sendiri.Wahh budget dah macam pekerja betul lak kan sedangkan praktikal ke..kecoh la lu~

okeyla esok macam biase kena bangun awal lagi.terima kasih kerana sudi membaca pengalaman first time aku praktikal.Aku memang suke bercerita walopon ayat tunggang terbalik..hahaha
bye korang ;)


muke memang ngantuk kot,,tu la da biase bangun lambat,,skali kene bangun awal daa~






ahha esok belajar filing pulaks ;)




















23 awesome comment's:

haiqal said...

Best lah dapat praktikal tempat best.Kat ngan KLCC tu ke?

hana said...

waaa...
seronoknye dah praktikal..
de pengalaman jugak la nnti..
=D

kira kekuri said...

wahhh,apa pon Pika,baca kisah pengalama ko 1st tym praktikal mmg best arr..aku plak yg berdebar2 ni ;D
ke situ plak~tmpt praktikal pun best..nnti if cri keja best la,da ada pengalaman :D esok jangan lpa lunch~!! ^__^ ehee
gud luck ;j

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@haiqal


em..boleh la ade rezeki kat situ ;)

dekat la jugak

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@kira kekuri

hehe..tq for baca entry aku ni ;)

hari ni i lunch tw..hihi

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@hana

hehe..memang seronok

ain dzaya said...

praktial??seronoknyeww!!
tringat time kejew2 dulu..hehe

kira kekuri said...

@♥NuR SyAFiQah♥ yup! sama2 ! ^^ hehe jangan x makan tghari taw~ :D

BuDaK KaMPuNG said...

seronoknye praktikal, . . . heee tak sabar nak tamat belajar, hehe :D . . . . . .

Anonymous said...

salam nak tanya, elaun di tabung haji prakktikalnya berapa?

siti nurul farahin said...

Salam...macam mana nak apply praktikal Kat tabung haji tu?? Btw sy insyaallah praktikal tahun depan..mcam takut pula rasa

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@siti nurul farahin

wslm,kena call bahagian HR dia..Good luck :)

LiSa KhAiRuL said...

salam, kak...nak tanya, akk ada x biografi tabung haji? saya nak mintak softcopy boleh? nak buat rujukan sikit untuk tajuk thesis saya berkenaan pelaksanaan tabung haji...

Anonymous said...

Nak tanya, macam mana nak apply praktikal kat menara tabung haji kl tu? terima kasih

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Anonymous

boleh call hq tabung haji melalui THCC utk tanya mengenai pengambilan pelajar praktikal kat situ..

Anonymous said...

Salam. ada dapat elaun tak?

Haziqah Abdullah said...

Sis, secara amnya sis praktikal kat situ buat kerja pentadbiran / setiausaha la kan?
Satu lagi kalau boleh nak tahu, sis dulu bidang apa.?

Anonymous said...

awak praktikal di tabung haji, pihak mereka mempunyai syarat cgpa ke?

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Anonymous

Yup, minimum 3.00 tak silap saya time sy masuk dulu. Sekarang tak sure :)

Anonymous said...

Salam sis...nak tanya..dalam surat tawaran LI Tabung Haji tawarkn.. kan kene kemukan 2 salinan Laporan Latihan Amali...1 utk Bhagian sumber manusia dan kualiti ..1 lagi untuk tempat praktikal tu..maksud Laporan Latihan Amali tu macam mana ya sis?

Anonymous said...

Salam sis...nak tanya..dalam surat tawaran LI Tabung Haji tawarkn.. kan kene kemukan 2 salinan Laporan Latihan Amali...1 utk Bhagian sumber manusia dan kualiti ..1 lagi untuk tempat praktikal tu..maksud Laporan Latihan Amali tu macam mana ya sis?

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Anonymous

wslm, sorry lambat reply sis
means kena bagi report praktikal yg kita dah buat untuk hantar kt supervisor. Tapi dulu sy tak buat copy pon hantar kt HR sbb dorang pon taknak. hehe

Anonymous said...

salam sis saya nak alamat tabung haji yang sis hantar resume tu boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...