Tuesday, December 13, 2011

Belajar dreamweaver


Assalamualaikum



Hari ni last class aku pukul 4.30.Class far 310.Dalam banyak2 class,class far la aku tak rasa nak tido langsung.Maybe khusyuk sangat belajar kot..hihi

Actually sem ni aku ade belajar dreamweaver.Korang tau tak ape tu dreamweaver?Siapa budak it confirm tau kan.So semester2 lepas aku belajar banyak coding but sem ni takde coding langsung.Belajar nak buat website sendiri pulak.Macam best je kan dengar.Setakat ni aku rasa best sebab project first kitorang ialah buat personal website.Alaa macam buat blog personal jugak tapi bukan guna blogspot la.Kena guna dreamweaver.

Kat lab aku guna dreamweaver cs3 tapi malangnya aku cari link download cs 3 takde.Yang ade hanyalah cs5.Lecturer aku pon ngaku yang memang orang dah tak guna cs 3 ni..hehe.Ketinggalan zaman betul la computer lab kat uitm ni :)

Aku ade masa lebih kurang 2 minggu je nak siapkan project ni sebab due date dia tak silap aku before mid term.Kejap je dah nak cuti -,-

So sape yang pandai guna dreamweaver ni boleh la tolong aku kan..nak buat slideshow camner eh..hehe ^__^








Saturday, December 10, 2011

PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK


Assalamualaikum


Baru tadi aku terjumpa pasal baucer RM200 yang dorang janji nak bagi kat pelajar ipta untuk beli buku tu.Rupanya start tahun depan baru diorang start bagi.Tapi kitorang yang uitm ni dah lama start.Buku pon semua dah beli.Ni la statement yang aku copy dari facebook Datuk Seri Hj Mohamed Khalid sendiri berhubung isu baucer ni..




“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA,
IPTS DAN POLITEKNIK”



Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

  • Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
  • Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
  • Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
  • Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
  • Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
  • Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
  • Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Disember 2011



sumber 





Friday, December 9, 2011

McDonald prosperity is back..


Assalamualaikum


Tengah-tengah dok tengok Tentang Dhia tiba-tiba iklan.Layan jela iklan dulu kan.Pergh iklan mekdi la.Prosperity lak tu.Member aku dah bising2 nak makan mende ni.Aku pon sepanjang hidup aku tak pernah lagi makan prosperity ni sebab tak minat sangat dengan beger camtu.Aku pon ape lagi tiba-tiba jugak mengidam nak makan mende tu gak.So plan la sanggup nak jalan kaki pegi bandar cari mekdi.Makan punye pasal kan :)

Tup-tup hari ni member aku datang umah sewa aku and dia pon ade motor.So alang2 tu ajak dia pei mekdi untuk melampiaskan nafsu makan kitorang ni.Tapi tak sempat la nak beli guna harga mcvalue lunch sebab sampai mekdi pon dalam pukul 3 lebih gitu.Isk3 kalo tak boleh dapat hanya dengan harga RM10 ++ Murah kan.Kentang twist dia sumpah sedap giler.Sampai makan pon bertwist2..miahaha

Aku pilih beef.Aku ingat tu air orange juice ker rupanya air gas.Ish habes lah diet aku -,-
Aku rasa berapa banyak la kalori yang aku makan tadi.Esok pagi nak kena pegi jogging ni.Jogging dalam rumah je pon...haha

So sape yang tak merasa lagi beger prosperity mekdi yang memang jarang ade cepat2 lah serbu mekdi yang berdekatan dengan tempat korang malam ni jugak yer.Bagi sape yang berdiet tu pegi esok la yer sebab tak elok makan malam..hehe.Haa then sape yang rasa tak cukup makan medium nak yang large jangan risau dengan duit korang.Hanya tambah RM1.30 sahaja!Dah macam promoter mekdi lak aku ni -,-

p/s:time aku beli tadi customer yang datang sume order beger prosperity ni..hot stuff la kata kan :)

dah selamat masuk perut aku da pon..korang biler lagi??hehe





Monday, December 5, 2011

NR??Not bad :)


Assalamualaikum


Aku rasa dah lama tak berkata-kata dalam blog ni.Lagi-lagi semenjak semester baru bermula.Dah 2 minggu jugak aku kembali menjalani kehidupan sebagai seorang student setelah 6 bulan menjadi seorang pekerja yang berwawasan..cewahh :)

Terasa rindu kepada MEREKA ditempat praktikal aku.

Sem ni aku berpengalaman merasa duduk diluar a.k.a jadi NR.Sangat best jadi NR ni walaupun banyak jugaklah rintangan yg kitorang hadapi.Alhamdulillah la housemate aku semua baik dan aku selesa ngan dorang.Tak lama lagi aku akan bakal dapat 2 orang lagi housemate baru.Kalau dorang jadi la :)

Banyak jugak hikmah bila duduk luar ni.Antaranya aku sekarang ni pegi class awal sangat.Setengah jam awal.Kalau dulu dok hostel sampai setengah jam lewat.Sangat kontra bukan -,-
Then kalau ade class pagi memang kena bangun seawal 6.15 pagi then kena bersiap2 keluar rumah sebelum 7.15 pagi sebab bas takkan tunggu kitorang.Lambat tinggal :)

Kalau dulu pegi class naik van tapi lepas tau jadual bas ni agak lega sikit sebab naik bas ni free.Naik van bayar.So mana yang lebih saving sekarang?Baru-baru ni ayah billa yang sangat baik dan rajin menolong kami memotong rumput yang memang memanjang setinggi aku.Percaya ke?Tipu la setinggi aku kan.Nampak sangat aku pendek.Actually setinggi budak darjah 6 kot.Memang penat giler la bergotong royong kemas sekeliling rumah.Peluh memang tak terkata la meleleh.Tapi tu bukan masalahnya.Yang penting rumah kitorang bersih..yay!

2 hari lepas ade 2 orang mamat MPD datang tiba-tiba dahla selamber je bukak pagar.Hey ni rumah anak dara tau!Lepas dia bagi salam member aku yang layan dorang.Mamat tu tanya kitorang dengan loghat ganu nya ' Ni nak tanya sikit..kamu ado buang dok rumput2 kat tong sampah hok kaler biru kat lua sane ' Then member aku jawab la ade.Rupanya dorang taknak terima sampah rumput tu sebagai sampah.Dorang suruh buang kat atas rumput jer.Pelik jugak aku.Maybe kat sini lain kot.Tapi kan yang peliknye camner la dorang boleh tau kitorang yang buat?Siap tau rumah kitorang lagi tu.Ade CCTV ker kat tong sampah tu??Wonder ni..huhu

Pape pon banyak pengalaman sepanjang 2 minggu duduk kat rumah sewa ni.Alhamdulillah setakat ni takde benda buruk yang berlaku.Setakat mamat2 3 singgit kacau2 tu biasela..

Okey i want stop membebel now because i have many assignment now..see yaa ^__^



di halaman rumah sewa kitorang with 'najwa latif ' :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...