Saturday, December 10, 2011

PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK


Assalamualaikum


Baru tadi aku terjumpa pasal baucer RM200 yang dorang janji nak bagi kat pelajar ipta untuk beli buku tu.Rupanya start tahun depan baru diorang start bagi.Tapi kitorang yang uitm ni dah lama start.Buku pon semua dah beli.Ni la statement yang aku copy dari facebook Datuk Seri Hj Mohamed Khalid sendiri berhubung isu baucer ni..




“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA,
IPTS DAN POLITEKNIK”



Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

  • Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
  • Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
  • Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
  • Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
  • Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
  • Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
  • Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Disember 2011



sumber 





8 awesome comment's:

Nurfarahana A.Aziz said...

bagus la takleh tebus ngan duit..takle dey all enjoy..tapi next sem LI menada buku..alaaaaaaaaa

- LIANA ASIF - said...

@Nurfarahana A.Aziz setuju.... haha.. kalau la bleh tebus duit, kompem dlm sehari bleh abis budak2 ni guna untuk beli bnda x sptutnya....

alyaclumsy said...

mmg bagus gak mcm ni, tp kalau student politeknik guna modul ja :(

Kira Kekuri said...

like2 aku suka! huhuhu, bila dapat benda ni, nak pakai dengan baekk. huhu

JaLi AsHBuRN said...

buku semester ni kita student2 uitm dah beli, . . . . jadi boleh sedia beli buku semester depan awal2 . . . . . kan ? :)

NadiRah said...

ni utk pelajar aktif je rupenyer..
nad aktif kat blog jer..
kih3

Woofer Storm said...

nasib baik sy bukan lagi stdnt..ingat kalau dapat nak beli aiskrim..hheee

Anonymous said...

dapat baucer rm2oo ni mmg seronok la kan, tapi yg x seronoknye sebab sekarang dah sem akhir, buku semua dah beli, tarikh baucer pun sekejap je, kalau nak beli buku degree pun x boleh, sebab x tau smbung kos apa, jwpnnya x guna la baucer ni, hmm, ni yg jd x sedap nak dengar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...