Tuesday, July 17, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum


Macam yang aku dah mention kat entry sebelum ni aku akan cerita pasal jalan-jalan ke danga bay weekend yang lalu.Sekali lagi aku mention disini ini adalah pertama kali aku jejak kaki di danga bay selama 21 tahun aku hidup dimuka bumi Allah ini.Bukan setakat danga bay tau negeri johor la senang cakap :)

Lepas habes majlis kenduri belah Hilal ni,dalam tengahari terus kitorang bertolak balik ke rumah penginapan memandangkan masing-masing kepenatan + kesejukan akibat hujan yg agak lebat tengahari tu.Sampai je rumah semua orang ketiduran termasuklah aku,dengan sejuknya sape yang terlelap ok!

Malam tu hantar Syakir adik kepada Syitah ke stesen bas larkin yg terletak kira-kira 20 minit dari rumah.Luaran Larkin ni nampak macam uzur je tapi dalam macam-macam ade.Dah macam pasar payang pon ade,CoolBlog pon ade tau.Dapat jugak tuyah lepas gian dia kat coolblog tu :) BTS pon takde coolblog tau..haha

Lepas balik dari Larkin kitorang memang plan nak jalan-jalan sekitar johor malam tu.Memang rugi la kan kalau dah sampai sesebuah tempat tu tak explore.Mula-mula plan nak keluar dengan Hilal ngan Syitah tapi kesian tengok pasangan pengantin baru tu masing-masing kepenatan.Yela majlis sehari suntuk.Alhamdulillah la Fahmi a.k.a TMF(gelaran diberikan oleh Hilal) sudi membawa kitorang ke destinasi yang dituju iaitu Danga Bay.Was-was jugak mula2 nak ikut dia sebab dia macam baru sikit kat johor ni takut la sesat ke ape tapi we suprising sebab sampai ke danga bay tu dengan jayanya.Cayalah.

Teruja jugak tengok Danga Bay ni sebab banyak lampu cantik-cantik tapi tak boleh mengalahkan ICity la..hihi..Nasib Fahmi bawak Ipad  boleh la tolong snap kan pic kitorang,camera aku bateri dah kong.


snap buat kali terakhir sebelum melangkah keluar

belakang tu ala2 pearl harbour :)

nice bukan?

merry go round..2 ringgit tak silap sekali naik tapi kalau kitorang naik confirm jatuh saham..just for children ok!

supper time,berhampiran rumah penginapan..thanks Fahmi for the supper :)

kinah yang cute

tuyah and his bro

Ain 'kembar' kinah

Mahal jugak la permainan yang ade kat sana so kitorang hanya bergambar kenang-kenangan je.Sempat jugak la borong asam and beli otak-otak.Sedap jugaklah :)

Dalam pukul 11 lebih maki selamat sampai ke rumah penginapan dan sebelum tu sempat singgah kat restoran yg berdekatan untuk membeli makanan yg dipesan oleh kak nasirah.Sambil tu ade orang belanja kerang.Serius sedap tapi makan tak banyak sangat sebab perut tak sedap :(

Sekian saje coretan pengalaman aku sepanjang di Danga Bay.Sorry la tak reti nak mengarang macam orang lain.Tulis ikut sesedap hati je..hihi

Have a nice day and thanks for reading my entry.Bye!



Monday, July 16, 2012

Kenduri belah Johor serba hijau


Assalamualaikum


Weekend ni memang amat menyeronokkan bagi aku sebab dapat berjalan2 sekitar johor setelah hampir 4 jam lebih perjalanan berliku-liku dalam bas.Takdela tak selesa sangat sebab dah biasa dari kl ke dungun 7 jam dok atas bas.Alah bisa tegal biasa.Eh betul ke peribahasa aku ni =,=

Dalam pukul 10 lebih kami selamat sampai buat pertama kalinya di Johor atau lebih tepat Skudai.Tunggu dalam 10 minit barulah syitah jemput kami di shell seri puteri bersama suami barunya Hilal.Kemain berseri-seri muka syitah selepas bergelar isteri orang.Dalam kereta memang masing2 gelak jer ngan gelagat pasangan mempelai ni.Romantik sungguh.Masing2 guna pelat utara padahal sorang johor sorang kl.Terselit jugak korea sikit2 effect daripada abang diorang,Fahmi kot ;)

Sampai je terus singgah kat rumah Hilal dulu mengisi perut yang lapar.Ayam kicap dia serius sedap.Ain makan pon sampai bertambah :) Besar rumah Hilal.Khemas serba hijau dah siap dipasang.Cantik!
Lepas selesai makan terus pergi ke rumah penginapan yang disediakan.Serius cantik rumah tu.Dalam hati terdetik banyak kali "Alangkah bestnyer kalau ni rumah aku" haha berangan sekali sekala.Bilik kitorang siap ade air cond lagi.Dalam 3 hari ni aku,kinah ngan ain jadi separuh daripada family tengku jugak..haha.Diorang semua sporting :)

Keesokan harinya pagi-pagi dah kena bangun sebab kena ada tepat pukul 11.30 pagi kat rumah Hilal.Tugas aku ngan kinah kat johor ni ialah jadi pre mak andam syitah.Bukan make up yer kawan2 sebab serahkan je kuasa makeup di tangan kak nasirah.Confirm jadi natural beauty :) Kami tolong pakaikan tudung dia je.Hilal pon ade je sebelah syitah ni,memang taknak pisah langsung walaupun seminit(hiperbola sikit)

serba hijau

buat pengetahuan korang gambar ni hilal yg amek..focus kat syitah je tau..haha

amek berkat :)


Lepas pasangan pengantin dah siap2 kitorang cepat2 bertolak ke rumah hilal kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah penginapan.Ramai tetamu dah sampai.Ahli-ahli kompang pon dah menunggu dengan kompang mereka siap ade drum lagi tu.Macam pasukan brassband pon ade.Cuaca mendung je,macam nak hujan.Sebelum pengantin berarak ke meja makan sempat dulu snap sekeping dua

selamat pengantin baru :)

syitah bersama kembarnya,Tuyah

flower girl yang comel2 belaka

hilal n syitah diapit oleh kak nasirah ngan adam(pengantin baru la jugak)

ain dibelakang buat ape tu
sempat berpeace :)


Habis sesi perarakan sesi menjamu selera pulak kan.Perut masing2 memang lapar sungguh walaupun dah sarapan kat rumah..hihi.Kitorang duduk meja VVIP sebab tumpang family tengku 3 hari ni kan.Makan semeja dengan adik beradik tuyah.Makana pergh spesel2 semua.Siapa yang tolak memang rugi.Time tu dah tak peduli dengan pengantin semua menghadap makanan je :)

cuba teka apa ade dalam besi tu?

mai segelas

desert pulak

Kali ni pengantin tak potong kek 3 tingkat tapi potong pulut kuning.Maybe johor memang pulut kuning kot.Kalau salah mintak maaf.

nampak tak deretan udang disitu :)

Layan jela gambar2 berikutnye okay.Aku tau korang bukan nak baca sangat ape yang aku nak tulis.Nak tengok gambar je kan :p

datang jugak pika montasir kenduri belah johor ni..first time jumpa dia since spm dulu

family tengku..susunan kat belakang tu memang nice :)

kami gen 14 yang datang hari tu,timah K ngan Seha tak sempat nak amik sekali
ceroboh bilik pengantin :) besar giler macam ruang tamu rumah aku je 

Cukup takat ni nanti akan ku update jalan2 di danga bay pulak.Cantik jugak Danga Bay ni,macam ala2 teluk cempedak beza takde pantai je.

Selamat malam dan assalamualaikum semua.Have a nice day and thanks for reading my entry.Bye!


Sunday, July 15, 2012

Novel motivasi Hilal Asyraf yang terbaru!



Assalamualaikum

First of all thanks very much to Hilal sebab bagi free buku ni kat kitorang.Ingatkan main2 je rupanya dapat betul2.Dahla buku ni tak keluar kat pasaran lagi tapi dapat kat tangan kami dulu :)

Akan aku tunaikan permintaan syitah supaya menghabiskan bacaan buku ini..hihi.Since dah masuk zaman U ni makin malas aku nak baca buku2 ni novel pon same.Tapi oleh kerana buku free ni confirm la kena habiskan.

Dahla dapat buku pastu buat muka tak malu mintak sign.Tapi sign dia lain macam je..haha.Asalkan ade sign sudah.Last but not least thanks jugak Hilal and Syitah sebab sudi ambil dan hantar kami ke stesen Larkin :)
Korang memang sweet + romantik giler.Tengok korang kawin terasa nak kawin jugak =,=


p/s: entry seterusnya nak stori mori pasal jenjalan di johor :)





Monday, July 9, 2012

Walimatul Urus Hilal & Syitah



Assalamualaikum


Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan saya Tengku Masyitah dan juga pasangannya Hilal Asyraf yang merupakan senior saya juga semasa sekolah menengah dulu di matri.Memang tak sangka antara kami dia yang kawin dulu.Time sekolah menengah dulu takde pulak tanda2 nak kawin awal kan.Dah sampai seru and jodoh dia dengan hilal pon kuat :)

Syitah tugaskan aku dengan teha menjadi mak andam kedua dia,nasib badan dia kecik senang nak pakai.Makeup pon simple but nice je,semua orang yang datang terpesona dengan keayuan wajah dia.Cewah..kalau dia baca ni confirm kembang..haha..




Lepas siap2 semua kitorang bertolak ke masjid dekat2 ngan tmn melati,tak ingat pulak nama masjid tu.Sampai je  masjid orang dah mula ramai.Detik2 terakhir syitah nak bergelar isteri orang..



Alhamdulillah syitah sah menjadi isteri hilal dengan sekali lafaz je.Ingat syitah nak nangis ke time tu,boleh aku snap tunjuk kat dia tapi tak nangis pulak.Lambat sikit dia nangis,hehe

Bila first time diorang nak bergambar bersama memang nampak malu2 je tapi memang sweet,tergelak kitorang biler syitah terhulur tangan dulu time nak sarung cincin.Gabra sangat dah tu kot :)

Habes sesi bergambar lepas nikah terus cepat2 balik rumah nak tukar baju untuk persandingan pulak.Theme pulak kaler biru.Nice je baju kawen syitah ni,tak mahal sangat pon walaupun tempah sendiri je :)



Walaupun kepenatan tapi sangat berbaloi sebab dapat jumpa kawan2 matri setelah hampir 5 tahun tak jumpa lagi2 orang jauh.Kalau yang kt kl ni selalu la jumpa :)
Perangai dan muka semua tak berubah,hehe.Memang mengimbau kenangan lalu betul weekend ni.Tapi rasa sedikit kesal tak keluar sekali ngan dorang semalam sebab badan terlalu letih dan perut sakit secara tiba2.I'm sorry guys!

Banyak lagi yang nak diceritakan sepanjang wedding's syitah sabtu hari tu tapi tak de idea pulak nak tulis panjang2,layan gambar je la okey :)







Sunday, July 1, 2012

Cheesecake pertama ku


Assalamualaikum


Weekend ni aku berjaya buat 2 biji cheesecake dengan sendirinya.Bangga kejap.Sebelum ni biasa buat kek coklat and kek biasa je but kali ni rasa nak cuba masak sesuatu yang baru.Kebetulan jumaat baru2 ni kakak aku cuti so ajak la dia ngan mak aku pegi kedai bakewell iaitu kedai yg jual barang2 buat kek dan roti dekat sri gombak.Memang rambang mata aku masuk kedai tu sebab macam2 jenis barang buat kek semua ada,sebelum ni biasa dengar kat resepi internet je tapi bila tengok ngan mata baru tau rupa bentuk bahan tu :)
Siapa yang dok area gombak ke boleh la cari kedai tu kat sri gombak.Tak ingat pulak nombor berapa tapi nama kedai dia bakewell.

Before ni ade jugak aku survey2 resepi ciskek ni dengan bantuan cik google,lepas pilih yg berkenan baru la start masak.Aku ni bukan pro main hentam je buat,sebab tu nak kena berpandukan resepi :)
Mula2 aku try resepi ciskek yg unbaked punya yg diberi oleh timah adnan.Tapi problem pulak sebab aku takde whipping cream,so aku gantikan whipping cream tu ngan susu cair + 1 sudu tepung jagung.Tesktur kek tu memang cantik but bila makan je rasa macam makan puding pulak =,= Aku rasa aku dah terlebih letak gelatin..sob3 takpe la practice make perfect kan :) Anyway rasanye tetap sodap hingga menjilat sudu :p

Pastu baru tadi aku nak mencuba resepi ciskek versi baked punya.Oleh kerana mixer kat rumah aku hilang kemana terpaksa la menggunakan kudrat tenaga ni mengacau guna pemukul kek,guna tangan sendiri tau bukan guna mixer.Penat jugak la sampai nak tercabut tangan ni.Aku masak guna cara waterbath sebab internet kata cara ni dapat jadikan kek masak dengan rata tanpa ade crack2.Alhamdulillah kek takde sebarang crack.Lepas letak blueberry as topping letak balik dalam peti ais bagi sejuk beku sikit sebab ciskek ni makan sejuk2 baru sedap.

Lepas dah hidang kat family aku semua puji sedap.Adik aku pulak kata macam secret receipe punya..haha bangga kejap.Boleh bukak Pika Receipe lepas ni pulak :) Pape pon aku amat berpuas hati bila aku masak ade orang akan makan.Kepuasan tu hanya orang yang masak je tau.Habes dah separuh adik beradik aku ni makan.Aku tak leh makan banyak2 sebab kalori tinggi woo.Kena tahan nafsu sikit.Rasa sesuap boleh la


comot sikit blueberi filling yg aku letak..maklumlah tangan keras camni la..haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...