Tuesday, July 17, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum


Macam yang aku dah mention kat entry sebelum ni aku akan cerita pasal jalan-jalan ke danga bay weekend yang lalu.Sekali lagi aku mention disini ini adalah pertama kali aku jejak kaki di danga bay selama 21 tahun aku hidup dimuka bumi Allah ini.Bukan setakat danga bay tau negeri johor la senang cakap :)

Lepas habes majlis kenduri belah Hilal ni,dalam tengahari terus kitorang bertolak balik ke rumah penginapan memandangkan masing-masing kepenatan + kesejukan akibat hujan yg agak lebat tengahari tu.Sampai je rumah semua orang ketiduran termasuklah aku,dengan sejuknya sape yang terlelap ok!

Malam tu hantar Syakir adik kepada Syitah ke stesen bas larkin yg terletak kira-kira 20 minit dari rumah.Luaran Larkin ni nampak macam uzur je tapi dalam macam-macam ade.Dah macam pasar payang pon ade,CoolBlog pon ade tau.Dapat jugak tuyah lepas gian dia kat coolblog tu :) BTS pon takde coolblog tau..haha

Lepas balik dari Larkin kitorang memang plan nak jalan-jalan sekitar johor malam tu.Memang rugi la kan kalau dah sampai sesebuah tempat tu tak explore.Mula-mula plan nak keluar dengan Hilal ngan Syitah tapi kesian tengok pasangan pengantin baru tu masing-masing kepenatan.Yela majlis sehari suntuk.Alhamdulillah la Fahmi a.k.a TMF(gelaran diberikan oleh Hilal) sudi membawa kitorang ke destinasi yang dituju iaitu Danga Bay.Was-was jugak mula2 nak ikut dia sebab dia macam baru sikit kat johor ni takut la sesat ke ape tapi we suprising sebab sampai ke danga bay tu dengan jayanya.Cayalah.

Teruja jugak tengok Danga Bay ni sebab banyak lampu cantik-cantik tapi tak boleh mengalahkan ICity la..hihi..Nasib Fahmi bawak Ipad  boleh la tolong snap kan pic kitorang,camera aku bateri dah kong.


snap buat kali terakhir sebelum melangkah keluar

belakang tu ala2 pearl harbour :)

nice bukan?

merry go round..2 ringgit tak silap sekali naik tapi kalau kitorang naik confirm jatuh saham..just for children ok!

supper time,berhampiran rumah penginapan..thanks Fahmi for the supper :)

kinah yang cute

tuyah and his bro

Ain 'kembar' kinah

Mahal jugak la permainan yang ade kat sana so kitorang hanya bergambar kenang-kenangan je.Sempat jugak la borong asam and beli otak-otak.Sedap jugaklah :)

Dalam pukul 11 lebih maki selamat sampai ke rumah penginapan dan sebelum tu sempat singgah kat restoran yg berdekatan untuk membeli makanan yg dipesan oleh kak nasirah.Sambil tu ade orang belanja kerang.Serius sedap tapi makan tak banyak sangat sebab perut tak sedap :(

Sekian saje coretan pengalaman aku sepanjang di Danga Bay.Sorry la tak reti nak mengarang macam orang lain.Tulis ikut sesedap hati je..hihi

Have a nice day and thanks for reading my entry.Bye!



2 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...