Monday, July 16, 2012

Kenduri belah Johor serba hijau


Assalamualaikum


Weekend ni memang amat menyeronokkan bagi aku sebab dapat berjalan2 sekitar johor setelah hampir 4 jam lebih perjalanan berliku-liku dalam bas.Takdela tak selesa sangat sebab dah biasa dari kl ke dungun 7 jam dok atas bas.Alah bisa tegal biasa.Eh betul ke peribahasa aku ni =,=

Dalam pukul 10 lebih kami selamat sampai buat pertama kalinya di Johor atau lebih tepat Skudai.Tunggu dalam 10 minit barulah syitah jemput kami di shell seri puteri bersama suami barunya Hilal.Kemain berseri-seri muka syitah selepas bergelar isteri orang.Dalam kereta memang masing2 gelak jer ngan gelagat pasangan mempelai ni.Romantik sungguh.Masing2 guna pelat utara padahal sorang johor sorang kl.Terselit jugak korea sikit2 effect daripada abang diorang,Fahmi kot ;)

Sampai je terus singgah kat rumah Hilal dulu mengisi perut yang lapar.Ayam kicap dia serius sedap.Ain makan pon sampai bertambah :) Besar rumah Hilal.Khemas serba hijau dah siap dipasang.Cantik!
Lepas selesai makan terus pergi ke rumah penginapan yang disediakan.Serius cantik rumah tu.Dalam hati terdetik banyak kali "Alangkah bestnyer kalau ni rumah aku" haha berangan sekali sekala.Bilik kitorang siap ade air cond lagi.Dalam 3 hari ni aku,kinah ngan ain jadi separuh daripada family tengku jugak..haha.Diorang semua sporting :)

Keesokan harinya pagi-pagi dah kena bangun sebab kena ada tepat pukul 11.30 pagi kat rumah Hilal.Tugas aku ngan kinah kat johor ni ialah jadi pre mak andam syitah.Bukan make up yer kawan2 sebab serahkan je kuasa makeup di tangan kak nasirah.Confirm jadi natural beauty :) Kami tolong pakaikan tudung dia je.Hilal pon ade je sebelah syitah ni,memang taknak pisah langsung walaupun seminit(hiperbola sikit)

serba hijau

buat pengetahuan korang gambar ni hilal yg amek..focus kat syitah je tau..haha

amek berkat :)


Lepas pasangan pengantin dah siap2 kitorang cepat2 bertolak ke rumah hilal kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah penginapan.Ramai tetamu dah sampai.Ahli-ahli kompang pon dah menunggu dengan kompang mereka siap ade drum lagi tu.Macam pasukan brassband pon ade.Cuaca mendung je,macam nak hujan.Sebelum pengantin berarak ke meja makan sempat dulu snap sekeping dua

selamat pengantin baru :)

syitah bersama kembarnya,Tuyah

flower girl yang comel2 belaka

hilal n syitah diapit oleh kak nasirah ngan adam(pengantin baru la jugak)

ain dibelakang buat ape tu
sempat berpeace :)


Habis sesi perarakan sesi menjamu selera pulak kan.Perut masing2 memang lapar sungguh walaupun dah sarapan kat rumah..hihi.Kitorang duduk meja VVIP sebab tumpang family tengku 3 hari ni kan.Makan semeja dengan adik beradik tuyah.Makana pergh spesel2 semua.Siapa yang tolak memang rugi.Time tu dah tak peduli dengan pengantin semua menghadap makanan je :)

cuba teka apa ade dalam besi tu?

mai segelas

desert pulak

Kali ni pengantin tak potong kek 3 tingkat tapi potong pulut kuning.Maybe johor memang pulut kuning kot.Kalau salah mintak maaf.

nampak tak deretan udang disitu :)

Layan jela gambar2 berikutnye okay.Aku tau korang bukan nak baca sangat ape yang aku nak tulis.Nak tengok gambar je kan :p

datang jugak pika montasir kenduri belah johor ni..first time jumpa dia since spm dulu

family tengku..susunan kat belakang tu memang nice :)

kami gen 14 yang datang hari tu,timah K ngan Seha tak sempat nak amik sekali
ceroboh bilik pengantin :) besar giler macam ruang tamu rumah aku je 

Cukup takat ni nanti akan ku update jalan2 di danga bay pulak.Cantik jugak Danga Bay ni,macam ala2 teluk cempedak beza takde pantai je.

Selamat malam dan assalamualaikum semua.Have a nice day and thanks for reading my entry.Bye!


11 awesome comment's:

sea_lavender said...

ok sye terus khatamkan entry tntg pasangan bahagia ni hehe =D terus berkongsi :) pnglaman2 mnjadi teman yg berkahwin

taqiy said...

waaa syoknyee.. pernh g rumah hilal tp time form2 dlu tk engat dh. pegi ngn mak. haha. mmg besa oo rumah diaa

Hanamiko Sakura said...

memang sweet tengok pasangan bahagia ni.. :D

Anonymous said...

saya berminat dengan fesyen tudung pengantin perempuan. boleh bagi tutorial? empat segi sama atau selendang? cantik ton warna selendangnya.

wani

rsbgurl@yahoo.com

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@sea_lavender

tu la untung sape yg kawen awal ni..hihi

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@taqiy

kan2..untungla..hehe

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Hanamiko Sakura

tau takpe..sweet mcm gula2 kapas pon ade :)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Anonymous

haha sy tak reti la buat tutorial..pakai shawl biasa tapi just labuhkan didepan,kat belakang akan jd pendek sikit tapi dah tutup ngan veil tak nampak sangat..

meraes said...

sweet^^

siti fatimah said...

ok fine.gambo ak takde.BYE!
[terus tekan pangkah] :P

NuRFaRiSHa said...

woah... seronok baca post nieyh.. tumpang copy gamba pengantin ye.. macehh.^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...