Thursday, December 9, 2010

Sein dan Nana cerai??

Gossip..gossip
Ohh ni bukan gossip lagi ni cerita benar tentang rumahtangga Sein dan Nana.Ala yang penah join sehati berdansa tu la.Sein pulak aku minat giler time die berlakon dalam cite ADAMAYA tu.Sweet gilak dapat hubby macam tuh..miahaha

Okeh merapu je lebih.Ni aku dapat info dari gua.com


Bekas ahli kumpulan Ruffegde dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang tadi. Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup.

Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.

Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) &pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan.




Sayang dowh diorang ni cerai-cerai pulak.Kesian kat anak depa tuh.Biasela artis kan cerai merai ni dah jadi sebati ngan diorang.
Aku ade baca 1 info kat blog ni.Tak tau la betol ke tak tapi memang lawak ah





Rabu - penyanyi dan pelakon terkenal Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih popular dikenali sebagai Sein telah menceraikan dan men-talak-kan isterinya, Noor Diyana Muhammad dengan talak satu di shah alam hari ini.

Setelah mengetahui perkara tersebut kami telah menghantar krew gosip panas paling top di Malaysia untuk mengambil keterangan Sein dan menemubual beliau secara face-to-face benarkah dia menceraikan isterinya untuk bersama MAYA seperti dalam siri ADAMAYA dimana mereka di nikahkan atas dasar percaturan keluarga.

Semasa di temu bual Sein seakan-akan keliru dan percaya bahawa dirinya adalah ADAM dan mempunyai anak bernama AMANI. apa bila dia pulang kerumah dan menjumpai Diyana di dalam kamar dia seakan-akan keliru. ulasnya lagi, dia tak dapat terima isterinya adalah Diyana yang selama ini di anggap MAYA adalah kekasih hati juga isteri kesayangannya.
Setelah melalui muhasabah diri dan mengenal akan realiti dan fantasi, dia lebih cenderung kepada MAYA dalam siri ADAMAYA dan memutuskan untuk menceraikan Diyana. ujarnya lagi, dia hanya menikahi MAYA dan tidak pernah mengenali Diyana. 

Setelah mengambil keputusan menceraikan Diyana, dia akan mencari MAYA dan juga AMANI supaya dapat mengakhiri kisah cinta ADAMAYA seperti dalam siri television tersebut. Diyana yang dihubungi berkata 'dahulu kami gembira sangat, SEIN sangat romantik dan sweet tetapi sejak melibatkan diri dengan siri ADAMAYA dia seakan-akan keliru apabila pulang ke rumah dan memanggil anaknya sendiri dengan panggilan AMANI. saya berasa amat sedih'

Perkara sebegini biasa berlaku dan turut juga dialami Daniel Radcliffe yang melakonkan watak Harry Potter selama 7 filem berturut-turut. Daniel Radcliffe juga percaya bahawa dia adalah Harry Potter sebenar.



Fuhh bahaya gak jadi pelakon ni kan!!Lisa Surihani nak ke Sein tu??hehe
Okey juga depa dua tu sama cantik sama hensem (-__-)

















2 awesome comment's:

Alyaa said...

alahai. sedih nye. tade jodoh kan.

Anonymous said...

what is better, yahoo or google [url=http://google.com]google[/url] http://google.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...