Thursday, January 14, 2016

Praktikal Kali Kedua di Bahagian Teknologi Maklumat, TH

Assalamualaikum

Hmm as always dah lama tak jejak blog picisan ni. Almaklumlah blog ni pon untuk tulisan peribadi je takde sebarang entry berbayar pape okay. Mana yang boleh diambil pengajaran, silakan. Yang tak baik harap tak ambil ye ;)

Cukup dua minggu aku sudah menamatkan praktikal a.k.a latihan industri di Bahagian Teknologi Maklumat, Tabung Haji HQ. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar selama hampir 5 bulan di sana walaupun banyak kenangan pahit manis sepanjang disana. Pengalaman itu la yg mematangkan kita bukan? So segala ilmu pengalaman pahit manis aku ambil dan simpan ketat-ketat dalam hati dan ingatan untuk peringatan masa depan. Insyallah

Walaupun ini kali kedua aku berpraktikal kat Tabung Haji ni tapi pengalaman amatlah berbeza. Dari segi suasana, pengalaman kerja and kawan-kawan disana. Mungkin time diploma dulu pengalaman banyak belajar tentang proses mengerjakan Haji dari awal sampa habis. Time tu pulak umur memangla muda sangat, tak berapa nak matured sangat kan. Hehe. But pengalaman time degree ni bila intern di IT banyak belajar tentang business process Tabung Haji yang relate dengan IT. Yess of course semua benda akan guna IT. Walaupun x terlibat secara langsung tapi aku suka ambil tau tentang semua benda yang boleh aku simpan as input bila dah keluar nanti. Kuncinya ialah BANYAK TANYA!! Malu bertanya sesat jalan.

Selain itu, aku jugak buat kerja2 admin memandangkan staff kat situ kekurangan orang,so aku tolong lah selagi aku boleh tolong and benefit from that aku dapat kenal hampir keseluruhan staff di BTM ni and senang nak mintak tolong kalau ade pape problem. Kerja admin ni actually best tau, takyah guna otak. Hahaha asalkan kita willing to learn and do the job really well. Insyallah.

Sebut pasal kawan2 disana pulak, alhamdulillah aku dikurniakan kawan2 yg sangat sekepala,sporting dan always sharing each other walaupun ada yang tak puas hati sesama tapi biasa la manusia tak perfect kan, yang penting give and take tu mesti ada dgn terima kelemahan masing2. Takkanlah memanjang je dia problem kan,mesti ade kelebihan seseorang tu. Aku pulak memang suka berkawan dengan sesape je asalkan dia ikhlas berkawan dengan aku. Bak kata pepatah berkawan biar beribu, bercinta biar satu..Hihi

Last but not least, sekarang ni tengah berehat di rumah *padahal menganggur* sementara tunggu panggilan interview. Tadi adela terima call dr HP tapi terpaksa tolak sebab kerja shit and jauh dari rumah. Insyallah ada rezeki aku kat tempat lain ni ;) Sementara tu memang jadi babysitter jaga anak sedara yang makin aktif. Aku pon tak larat nak kawal dah die ni. Hahaha

p/s: Entry kali ni macam sekilas apa yang berlaku baru2 ini dalam hidup aku. Banyak benda happy sedih yg berlaku tapi apa yang patut share aku share ape yang tak patut biarlah aku simpan sendiri..hehehe



0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...