Tuesday, March 29, 2016

Impian Saya


Assalamualaikum w.b.t

Dear diary,

Dah lama rasanya tak bebel kat blog ni kan, nak kata busy tak jugak sebab dah 3 bulan makan anggur je kat rumah ni. Maybe mood menulis tu dibawa angin laut cina selatan *tetiba*
Tengah basuh pinggan tadi tetiba terdetik dalam hati tentang impian2 yang aku ingin capai dalam hidup ni. Sebut pasal impian confirm punya setiap orang ade impian masing2 kan. Tak kisahlah impian dalam bentuk kerjaya, rumahtangga or minat masing2.
Dan semestinya aku jugak punya IMPIAN yang aku nak kecapi dalam hidup ni sebelum sampai ajal, jika diizinkan Allah la kan. Impian aku pulak banyak jenis nya. So let’s we go one by one pika ni punya impian yang dia nak story sangat tu..kekeke

KAHWIN

Of course tiap orang mesti nak kahwin, tipu lah kalau takde kan. Cuma cepat atau lambat tu semua ketentuan Allah. Kita sebagai hambaNya kena sentiasa berdoa untuk dikurniakan jodoh yg terbaik untuk diri kita, dan Allah akan bagi pada masa yang terbaik untuk kita. Mungkin bukan didunia tetapi disyurga nanti kan. Insyallah. Kadang2 bila tengok kawan2 ramai yang dah kahwin dan masing2 update pasal anak dorang, dalam hati ni memang terdetik la jugak alangkah bestnye ada anak sendiri. Walaupun aku tau tiap2 orang ada ujian masing2, lepas dapat anak ujian nak jaga lagi kan. So aku cepat2 hilangkan perasaan negative tu dan bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang. Dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dengan perkara2 yang kalau dah kahwin agak terbatas untuk buat semua ni,contohnya mencari ilmu akhirat, baca buku2 ilmiah. Aku selalu pegang ayat ni ‘ Kalau kita nak dapat yg terbaik, kita kena jadi yang terbaik dulu’.

BISNES

Aku suka bakery. Antara impian aku sejak kecik lagi aku nak menceburi bidang bakeri ni sebab bila aku masak dan orang beli dan makan apa yang aku masak kepuasan dia hanya Allah yg tau. Siap ada plan nama bakeri lagi tu..hihi takpe berangan sekali sekala tu perlu kan. Tapi sehingga lah aku berumur 25 tahun ni aku tak berani lagi untuk menjual hasil air tangan aku lagi, kalau family or kawan2 nak makan aku akan masak untuk dorang tapi bukan untuk dijual. Bagi aku ilmu yg aku ada tak cukup lengkap lagi untuk dijual sebab takut hasil tak setimpal dengan apa yg dorang bayar. Tapi pernah baru2 ni aku try jual choc moist kek kt satu event yg member aku ajak join. Tu baru buat 50 pc dah terasa kepenatannye. Tapi still puas sebab dapat jual air tangan sendiri kan. Insyallah sekiranya Allah izinkan untuk aku memulakan bisnes ni secara serius. Banyak aspek nak kena pikir. Tapi orang lain boleh aku mesti boleh!! Nabi pon galakkan umatnya berniaga J

KERJAYA

Semestinya lepas tamat degree antara impiannya aku nak sangat mendapat pekerjaan yg sesuai dengan aku dan merasa gaji first utk bg kat parents aku. Seriously teringin sangat. Sebelum ni selalu mintak dari dorang je kan. Aku pulak x pernah buat part time kerja sepanjang hidup aku kecuali adela jd cikgu tadika kejap, tu pon kejap je tak sampai sebulan. So aku harap aku akan dapat kerja yg halal dan yg penting aku selesa dan seronok utk kerja kat situ dengan environment yang terjaga.

HUSNUL KHATIMAH

Setiap muslim mesti kena ada impian ni sebab sia2 saja kita hidup dimuka bumi ni kalau masa kita meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya kita pergi bukan dalam keadaan orang yg beriman. Alangkah beruntungnya jika kita semua pergi dalam keadaan orang yang beriman dan Allah permudahkan segalanya. Lepas solat jangan lupa doa yer semoga Allah matikan kita dalam husnul khatimah ataupun dalam kalangan orang yg beriman bukan sekadar Islam je. Amin.

Last but not least impian nak kurus. Tapi tak tau la bila nak tercapai impian tu, mana taknya lapar je pegi dapur -,-


Pstt: Semoga semua impian2 aku kat atas ni tercapai dan jugak2 impian2 korang semua. Kalau nak cerita lagi detail tentang impian aku memang sampai esok tak habis, so ni sedikit sebanyak tentang impian2 yg sangat bermakna untuk aku. Insyallah :D 







0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...