Assalamualaikum
Lepas solat maghrib tadi tiba-tiba rasa sedih sebak semua
bercampur baur. Pelik jugak tetiba kan. Nak kata gaduh dengan bf tak jugak sbb bf pon takde. Stress dengan
kerja rasa macam takde la sampai nak gila kan. Hubungan dengan kawan-kawan so
far Alhamdulillah baik kot. Dengan family jugak Alhamdulillah jugak mesra
manja2 gitu (padahal adik aku menyampah dgn kegedikan kakak dia,haha).
Hmm apa ye punca dia??
Tapi sedih dia tu sampai mengalir air mata sambil istighfar
banyak2 kot2 ade dosa yang kita buat tapi kita tak nampak. Then aku meng’google’
menggunakan keyword ‘ kenapa tiba-tiba rasa sedih’. See nampak tak zaman
sekarang semua nak Google kan sebab manusia sekarang pon tak faham dengan diri
masing-masing..hehe
Sekali aku terjumpa article ni. Jom sama-sama kita baca dan
menghayati tazkirah ‘manis’ ni..
*****************************************************************************
*****************************************************************************
"Allah rindu tu.."
Pernah tak tiba-tiba rasa sebak?
Pernah tak tiba-tiba rasa sedih?
Pernah tak tiba-tiba rasa rindu?
Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa.
Saying sekalian, itu tandanya Allah rindu. Allah rindu
rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik, bila kali terakhir kita
bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah?
Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Tak pernah langsung?
Allah..Allah
Sayang, bila tiba-tiba rasa nak menangis, sebak rasa macam
tak kena. Ingatlah! Allah sedang rindu akan kamu.
Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu, padahal takde
ayat touching pon. Tapi kita yang over-over nak rasa sebak pulak. No no, itu
rasa Allah yang bagi.
Cuba kalau rasa sedih sebak nak menangis, kita cepat-cepat
pegi toilet. Cari kepala paip,bukak paip.
Mandi? Tak.. Amik wudhuk,masa amik wudhu’ tu hayati setiap
titisan air yang jatuh pada anggota wudhu. Confirm makin lebat hujan air mata. Sebab
ape? Sebab nak pegi jumpa Allah ni.
Hamparkan sejadah, solat lah..doa lah..minta lah..Allah
dengar, Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.
Nah..lepas siap mengadu mesti rasa lega. Sebab Allah dah
dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.
Sayang..walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan
rasa sedih kecewa marah tapi.. kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih
ada Allah untuk di adukan segala masalah.
Okay jangan sedih-sedih lagi ye..
La Tahzan. Innalllaha ma’ana.
*********************************************************************************
Lepas baca sampai
habis terus air mata ni lagi mengalir2 macam air terjun ulu yam. Iman kita ni
memang selalu turun naik. Adakala buat dosa macam buat benda baik je kan. So
time naik tu kita perbanyakkan la mintak ampun kan. Allah sangat Pengampun :D
0 awesome comment's:
Post a Comment