Monday, December 26, 2011

Tragedi ombak besar di dungun


Assalamualaikum


Semalam Malaysia digemparkan dengan ombak rindu yang terjadi pantai teluk lipat di dungun terengganu iaitu tempat aku menuntut ilmu dalam masa 3 tahun ni.Agak terkejut jugak dengar berita ni sebab ombak besar tu mengakibatkan jalan raya yang berdekatan retak dan hancur macam oreo.

Memang semenjak dungun mengalami musim tengkujuh ni ombak kat pantai memang mengganas sampai kan kitorang yang biasa lepak kat batu tepi pantai gadung tu dah tak berani nak dekat2 sebab pernah sekali tu ade orang habes basah baju dek ombak yang tiba2 datang.

Rumah sewa aku pon memang berdekatan jugak la dengan pantai.So malam2 selalu dengar ombak macam rumah depan pantai je..huhu.Pagi-pagi pulak kalau tunggu bas uitm datang mesti stamina kena tough kalau tak sure dengan korang-korang kena terbang dek angin pantai yang ganas..hehee hiperbola sikit kan.

Siapa yang tak tengok lagi gambar terkini tentang keadaan jalan raya berdekatan dengan sekolah imtiyaz tu boleh la tengok sama yer :)












sumber

Buat pengetahuan korang kawasan tu memang selalu air naik especially musim2 macam ni.Benteng yang dorang bina pon rendah jer.Mana la air tak senang naik.Aku harap MPD akan lebih mengambil berat lepas ape yang terjadi sekarang.Hampir separuh jalan jugak yang hancur.Nak2 jalan tu memang orang selalu guna untuk ke bandar.


p/s: aku perasan la kalau ade something bad happen kat dungun mesti time tu student tengah cuti..ni la tanda2 Allah sayangkan kitorang semua :)










4 awesome comment's:

Woofer Storm said...

jaga diri bebaik ye..

#jangan nak mandi laut pula..

Kira Kekuri said...

bahaya wooo, sikit hari tuh nak ambik degree kat sana. hehe, angin kuat kdg2 best..sejukk..ehhe =p

Zinedine Zaiddin said...

Kronik jugak ombak membantai jalan tu. Tak tahu menahu pun pasal cerita ni..

Bila Karipap Boleh Bercakap

nazc said...

bumi ni dah tua...maka hati-hati lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...