Assalamualaikum
Hari ni aku nak cerita pasal budak-budak zaman sekarang.Aku tengok budak zaman sekarang ni memang tersangatlah manja berbanding zaman aku dulu-dulu.Contoh yang paling dekat ialah adik-adik aku sendiri.Tadi merengek-rengek mintak pegi giant semata-mata nak beli alat tulis baru dengan alasan barang dah hilang.Aku tengok diorang dalam sebulan tu mesti ade je pensel la hilang,pemadam la hilang.Ape dorang ni makan ke pemadam dorang tu.
Kadang-kadang aku sebagai kakak yang mempunyai 2 orang adik perempuan ni sabar jela dengan kerenah adik-adik aku yang suka sangat amek barang-barang aku.Aku ni pulak memang jaga jugakla barang-barang aku especeli alat tulis aku.Oleh kerana aku cuti sekarang so aku memang bawak la semua harta benda aku sepanjang aku 2 tahun di uitm dungun tu.Tup-tup aku tengok sikit-sikit barang aku hilang.Dengan pensel box aku hilang sekali.Semuanya habes dikerjakan dek adik-adik aku tu.Aku punya la jaga barang aku ni pensel tekan kaler pepel yang aku beli time part 1 dulu sampai sekarang boleh digunakan.Jaga barang la katakan..hehe
Bebudak zaman sekarang ni pulak bukan reti bahasa.Macam tadi mak aku tengah tido sebab penat memasak hari ni ade open house boleh pulak merengek nak jugak pegi beli barang dorang.Kalau aku dulu kecik-kecik pandai jugaklah bertimbang rasa kalau tengok parent kite tengah sakit ke or penat takdela nak memaksa.Geram jer ngan adik aku ni.Aku dulu pun belajar jugak tapi takdela tiap2 bulan pemadam la hilang,pensel rosak la.Tu la ni la.Zaman makin maju budak pon makin banyak songeh agaknya -,-
So aku rasa sesape yang ade adik masing-masing tu mesti paham ape yang aku tengah cerita ni..hehe
Tapi kadang-kadang berguna jugak ade adik perempuan ni lagi-lagi dorang ni memang pantang dapat duit.Macam semalam baju berlambak kena lipat.Aku pon tak larat gak nak lipat semua.So datang idea nak mintak tolong adik aku yang darjah 4 ngan 6 tu tolong lipat.Nak harap dorang tolong secara sukarelawan terima kasih jela -,-
So aku bagi syarat kat diorang.Setiap helai yang dorang lipat dapat 20 sen.Tapi yang spender ngan baju dalam tu bagi murah sikit 10 sen je.Agak cepat dorang buat keje dorang tu bila aku bagi syarat camtu.So kepada kakak abang kat luar sana yang nak mintak tolong kat adik2 korang buat la cara macam ni.Memang berkesan walaupun agak tak kemas dorang lipat..hehe..Semalam aku kenalah keluarkan 3.50 bayar gaji kat adik-adik aku..haha habes bajet aku nak beli henfon baru ;)
adik-adik aku yang mengada...haha |
1 awesome comment's:
comel adik. ahah
Post a Comment