Sunday, June 19, 2011

Chocolate cake handmade





Assalamualaikum


Petang tadi mak aku request aku kek coklat yang selalu aku buat tu.Ape barang beli2..hahaha handmade tau ;)
Dengan penuh kerajinan aku menjalankan tugas tu memandangkan aku memang suka masak2 ni especeli masak roti or kek ni.Ade gak simpan angan-angan nak bukak kedai bakery sendiri..haha mimpi tak habis2..
Then tak sampai setengah jam dok tung tang kat dapur sampai koko terlekat sikit kat skirt aku yang baru beli semalam..haha..tapi takpe comot tu comel..hahaha haktuih


Dalam 40 minit ting! oven berbunyik menandakan kek buatan ku sudah masak.Semerbak dah bau kek tu 1 rumah..kesian jiran amik bau je..hehe and jeng jeng jeng hasilnye memuaskan.Oleh kerana malas nak buat topping so makan camtu jela.Asalkan selamat masuk perut..kan3


Resepi aku ni simple je,budak tadika pon boleh buat.Aku tau mesti kat luar sana berlambak resepi kek coklat yang sodap2 yang boleh buek den terliur


Resepi aku sonang jo.Nak tau tak??Mana nak tau ade budak tadika yang berminat nak main masak2 sebab aku bagitau budak tadika pon boleh masak kan..haha


Bahan:


2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
~bahan kat atas ni ayak dulu tau!!


1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan air sejuk


Topping:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
Cara-caranya:


Kacau telur dengan gula sampai gebu.Then masukkan vanilla,kacau lagi.Then masukkan tepung dan koko yang diayak tadi.Jangan la masuk semua sekali.Selang seli kan dengan susu,air dan minyak tadi.Selang seli kan sampai habis semuanya.Done..cepat dan mudah kan..dan hasilnye amat memuaskan..tak muak tau makan kek ni.Bagi aku kek ni lagi sedap if disimpan semalaman.Bakar dalam 40 minit dalam suhu 180'C


Topping pulak korang just campur semua then panaskan atas api sampai naik mendidih.Lepas kek masak baru la boleh salutkan kek tu supaya menjadi kek yang sempurna..hehe





err sejak biler blog aku ni jadi blog masakan..hahahaah





3 awesome comment's:

kinn said...

nanti rajin boleh buat nih. hihi ;D

watermark baru :)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Sejak akhir akhir ni adik Shag suka sangat buat kek. Entah apa yg rasuk dia tak tau lah. Sebab sebelum ni dia malas gila nak masuk dapur. Nanti resepi ni boleh kasi dia buat. Kiki :P

Puan Besar Shag Yahaya said...

Jap jap SPAM!

Yeay. Shag no 700! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...