Friday, December 3, 2010

Korang suka melatah??

Dear diaries..
Opocat mak engkau..oh mak..***i mak ko..b*** engkau antara ayat melatah paling femes yang kite selalu gune..kan2?? Termasuklah aku sekali,memang pantang kalau ade orang usik pinggang aku tibe2 mesti secare otomatiknye terkeluar dari mulut.Bende tu la yang dikatakan melatah.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat.

Haa kan aku cakap tadi..siap kasi bukti lagi tu..hehe
Melatah ni kire femes dikalangan makcik2 la selalunye,aku penah tengok sorang makcik ni kalo kite pegang  die sikit je melatahnye siap bersilat-silat lagi tu..hehe.Korang nak tau ramai yang menyangka latah sering berlaku dalam kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Sedangkan hakikatnya, latah juga boleh berlaku dalam kalangan orang muda tanpa mengira jantina.Haa laki pon ade je yang melatah gak tau!

Lagi satu korang jangan ingat latah ni wanita yang berumur je tau,budak2 muda pon dah ramai melatah sekarang ni termasuklah aku tapi aku takdela teruk sangat..hehe
Aku ade sorang member yang suke melatah kalo orang dok sergah die tibe2.Perghh ayat die memang power kalo melatah.Die pon naik risau takut2 la tersebut ayat tu depan mak mentua nanti.Tak ke naya kene reject tak pasal..hehe.Die sekarang ni tengah try nak tukar ayat latah die tu bagi sopan sikit..hehe memang lawak ^_^

Bagi aku bile seseorang melatah tu die tengah buat lawak sebab gaya yang die tunjukkan tu spontan tau.Ade sorang member aku ni pulak die kalo melatah suke cakap ayat yang die akan sebut.Contonhya kalo die baru je terdetik kat hati die nak makan nasi ayam tapi time tu tibe la aku sergah die memang ayat ' aku nak makan nasi ayam ' la akan terkeluar dari mulut die..hehe,jahat kan aku -,-
Korang yang suke kacau orang melatah ni baik berenti sekarang sebab nanti jadi macam ni..



Semua ini berpunca daripada kecenderungan saya mengusik penari senior yang melatah. Pada waktu itu, saya bertugas sebagai penari di Istana Budaya (1997).

"Setiap kali waktu rehat, saya pasti mengganggu mereka. Apa lagi, mulalah mereka melatah dengan menari dan menyebut perkataan yang kurang enak didengar," jelas pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 34, ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Keasyikan mengacau orang melatah akhirnya menyebabkan virus tabiat tersebut 'menjangkiti' dirinya. Peliknya, tatkala penari senior melatah, dia pun akan turut serta. Walaupun menerima sergahan yang perlahan, Noor tetap melatah.

Bukan setakat itu, sikap latahnya semakin menjadi-jadi sejak berkawan rapat dengan pelakon, Siti Haida Abdul Moin (Ieda). Ini kerana Ieda antara selebriti yang paling teruk melatah.

Pantang dicucuk, disergah atau terdengar bunyi mengejut, pantas saja dia melatah.

Justeru, apabila kerap bertemu rakan yang juga melatah, kesannya kedua-dua mereka akan melatah tanpa henti apabila terkejut. Lebih menjadi haru-biru apabila ada orang lain yang mengetahui kelemahan mereka akan mengambil kesempatan yang membuatkan mereka terus melatah.

Ha..nanti tak pasal jadi macam die.Tak nak kan??
Mak aku selalu pesan jangan suke melatah tak elok anak dara melatah..hehe memang terasa.Tapi sekarang ni aku dah jarang melatah tau.Kadang2 je kalo ade barang jatuh adela terkeluar ayat oh mak =,-
Penulis buku American Normal: Hyperstartle Syndrome, Lawrene Osborne pernah menyatakan jika masyarakat Amerika Syarikat (AS) popular dengan penyakit anoreksia, orang Nigeria mengalami masalah kepenatan minda, bangsa Melayu pula menghidap ‘penyakit’ latah (hyperstartle syndrome).


Meskipun kumpulan perubatan masih belum menemui punca sebenar latah, tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial.

Menurut Dekan Klinikal Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Zain, sistem saraf pusat yang dimaksudkan itu berlaku di bahagian tengah otak.

Jelasnya, apabila golongan ini disergah secara serta-merta, sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut, lalu melatah. Pada saat itu, turut berlaku sedikit konflik emosi dan memori.

“Sebab itulah, jika diperhatikan individu yang melatah bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan, malah mereka tidak akan mengingati apa yang berlaku sepanjang insiden tersebut,” jelasnya.

Biasanya, sistem limbik beroperasi apabila terganggu dengan sistem endokrin dan sistem saraf. Ia merupakan sistem kompleks lintasan saraf dan jaringan dalam otak yang melibatkan naluri dan hati.Namun, Azhar berkata, sindrom melatah pada hari ini semakin berkurangan jika dibandingkan era 30 hingga 40 tahun yang lalu.


Boleh dikatakan sepanjang era itu, majoriti masyarakat kampung melatah atas faktor sosiologi kerana terikut-ikut sifat melatah yang dialami oleh orang lain.

“Jangan ganggu orang melatah kerana mereka akan keletihan memandangkan segala tindak-tanduk yang dilakukan mereka adalah di luar kawalan,” katanya.

Konsultan Psikiatrik di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd Salleh pula, menasihati orang ramai supaya jangan mengganggu atau menyergah orang melatah.

Ini kerana mereka akan mengalami kepenatan sehingga tidak bermaya. “Apabila berada dalam keadaan sedar, kita mampu mengawal pergerakan tetapi tidak ketika melatah,” tambah Dr. Nor Hamidah.

Ha..kesimpulannya jangan dok gatai usik makcik2 yang tengah berkebun ke memasak ke tak pasai2 kena baling pisau tak ke naya tu..miahaha

Bagi korang melatah tu elok ke??
tapi nak buat macam mana kan sume tu diluar kesedaran kite

Tepuk dada tanya selera -,-






10 awesome comment's:

nazirulhazwan~ said...

den x melatah.kompem
tp y melatah truk bhy la.haih boleh membhykan kesihatan o0o

Nieza Micha said...

huhu!~ nieza pun melatah la... tapi cume ckp... ouh mak kau... hehe!~XD

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@nazirulhazwan~

bagosla kalo ekau x melatah..haha

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Nieza Micha

biasela tu..hehe

ikhsanroslan said...

haha...
nice 1...
lgi 1 cter, ade la sorg mmber nie, org melatah dy pon sebok2 jugak nk melatah...dy igt melatah 2 leh jadi fames cepat, 2 yg wat2 melatah....then lastly, smpai skang dy mmg betul2 kne penyakit melatah 2...haha...
yg paling lawak nye, beliau ialah lelaki...
wawawa....
2 la akibat suke ngajuk2 org...hahaha
next cter ade la dgr2 mmber cter, de sorg minah nie, melatah dy tahap extrim...cocok slit then soh la dy wat pape, konpem dy buat... 1 hari pompuan 2 dok kt tepi balkoni, dekat umah flet tingkt bape tah...tapi mmg tggi la en...yg mmber dy pulak niat nk gurau, skali dy cocok nye pompuan 2 then soh terjun...yg si mangse pulak mmg g terjun betul2 la,,,last skali mati sbb terjatuh...xsilap penah msuk berite kot...

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@ikhsanroslan

cite 1 mmg lawak..tu la pekena org je tw..xdpt bygkn mcm mne boys melatah..hehe

cite 2 pulak tragik sungguh..takziah buat mangsa..huhu

Nur Azila Ismail said...

wah menarik entri nie , sy x mlatah . :D

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Nur Azila Ismail

bagosla kalo awk x melatah..hehe

Sky b4 Pinky said...

tergelak tengok pic yang last tu...

saya pown ade gak member camtu ... skali kene habis sume yang member suruh dia buat..bahya betul

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Sky Before Pinky

mmg bhye..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...