Friday, December 3, 2010

Hidup sihat berhentilah merokok



Bilangan perokok pada masa kini kian meningkat dan tabiat tersebut terlalu sukar untuk dibuang kerana bukan mudah untuk menasihati orang ramai supaya berhenti merokok. Pelbagai kempen dan usaha telah dijalankan, dilancarkan dan dirasmikan oleh pelbagai pihak, pertubuhan, organisasi tetapi usaha ini tidak membawa sebarang maklum balas yang positif kepada pihak yang menganjurkannya dan para perokok pula menunjukkan tindak balas negatif terhadap kempen-kempen merokok seperti ini.

Perokok selalunya tidak mempedulikan kesihatan diri mereka dan orang disekeliling mereka khususnya apabila merokok di tempat awam. Ramai perokok masih lagi merokok di tempat yang mempunyai tanda tidak boleh merokok dan di hadapan keluarga yang tersayang. Tindakan kerajaan, pertubuhan dan organisasi ke atas perokok tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kemaruk dan ketaksuban kepada bahan yang tidak termasuk dalam keperluan asas kehidupan Maslow ini terus melalaikan manusia kerana hari demi hari mereka diracuni oleh rokok yang mampu mencetuskan 1001 penyakit. Hari ini Malaysia menyaksikan 50 peratus dari golongan lelakinya merokok, 30 peratus remaja lelaki merokok dan tidak ketinggalan juga golongan wanita yang juga ghairah untuk menyelitkan rokok di jari jemari mereka.

Fenomena ini terjadi akibat kewujudan pelbagai aspek seperti aspek sosiobudaya, psikologi, pengaruh iklan dan aspek pengaruh sosial dan melalui aspek-aspek ini, perokok lebih mudah terjerumus dalam kegiatan merokok ini. Memandangkan jumlah perokok di Malaysia semakin tenat dan meningkat setiap tahun dan dalam kes ini pertambahan bilangan remaja yang merokok juga semakin membimbangkan maka, kesedaran yang lebih efektif harus diberikan kepada golongan remaja supaya masalah ini dapat dibendung dengan segera.

Perokok perlu megetahui tentang bahaya tembakau kerana kesannya membawa kematian yang berpunca daripada kanser paru-paru, penyakit jantung, strok dan penyakit paru-paru obstruktif kronik. Berdasarkan kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun dan secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu dalam tempoh 5 minit.

Justeru, dengan bermulanya kempen yang akan datang, diharapkan pihak-pihak terlibat dapat memperhebatkan usaha menangani masalah pertambahan bilangan perokok di mana dengan mengambil usaha sedemikian dapat mencapai objektif utamanya iaitu untuk mewujudkan negara tanpa rokok. Bukan sahaja pihak-pihak tertentu yang perlu mengambil inisiatif, malah rakyat Malaysia juga perlu menyertai usaha bersama-sama untuk membendung masalah rokok ini.





psstt..aku tak suke laki smoke tau!!tak panjang la hidup tu nanti,huhu -,-
please berenti for your benefit too :D






0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...