Friday, June 25, 2010

A.K.U. P.E.L.I.K. B.E.T.U.L.

Aku pelik betul, kalau aku bawak duit RM50 ke masjid, rasa macam banyak sangat la nak masukkan dalam lubang tabung masjid. Tapi, kalau bawak ke shopping complex, rasa macam nak beli pencungkil gigi pun tak cukup."

"Aku pelik betul, kalau azan Subuh berkumandang, rasa macam badan aku berada dibawah runtuhan gempa bumi. Susah betul nak bangun. Tapi kalau ada perlawanan bola sepak walaupun jam 3 pagi, tak payah set jam loceng pun takpe. Tambah-tambah kalau yang lawan pagi tu MU pulak, tak tidor malam la jawabnya."

"Aku pelik betul, kalau ada tayang cerita komedi kat TV, aku rasa TV tak patut siarkan sekadar 3o minit saja. Mana puas gelak, tonton kejap sangat.Tapikan kalau ada siarkan Forum Perdana Hal Ehwal Islam, pasti hati aku akan terdetik, "hei penceramah dalam TV ni, awat la hang ceramah lama sangat".

"Aku pelik betul, kalau ada orang ajak pergi majlis tambah ilmu, rasa macam ada gam cap gajah kat bawah kaki. "Tak boleh pergi" kata kaki juga hati. Tapi, kalau kalau orang ajak jalan-jalan tambah dosa di tengah kesibukan kota, memang tak payah ajak pun aku pergi. Kaki dan hati siap advice lagi "jalan la lama sikit""


"Aku pelik betul, mata ni kalau nak baca Kitab suci Al-Quran, memang confirm aku malas. "Aku dah khatam 10 kali dah" ungkap mulutku yang lancang ini. Tapi , kalau esok nak terbit novel "Cintan Islamic", confirm esok aku la orang first akan terpacak di depan bookstore nak beli novel terbabit. Takut habis la katakan."Pastu siap ulang baca banyak kali. Nak menjiwai la kononnya."


"Aku pelik betul, aku memang suka makan. Cakap je makanan halal kat dunia, selagi aku nak makan, maka akan makanlah oleh aku. Kadang-kadang sampai tak cukup space dalam perut ni. Tapi, kenapa aku tak rasa apa-apa bila aku dengar ramai fakir miskin tak dapat rasa macam aku rasa".


"Aku bertambah pelik keatas diriku ni, bila sebut saudara-saudaraku di Palestin, Iraq dan negara-negara islam yang lain dipijak umpama sampah, aku akan sumpah seranah mereka yng bertindak zalim itu sepuas hati aku. Kadang-kadang aku akan join demonstrasi menetang kekejaman keatas saudaraku. Tapi, aku guna jugak barang-barang cap SYAITAN .Pastu duit tu guna untuk beli bom untuk bunuh saudara aku."

"Aku terus heran, aku dah dengar macam-macam cerita pasal syurga. "Syurga itu ada banyak pintu. Syurga juga terdapatbanyak lapisan. Syurga jugak ada banyak sungai mengalir di bawahnya. Sungai arak, madu, susu. Masuk syurga nanti , kita mati sebab sakit tua kat dunia pun masuk syurga nanti jadi muda balik. Best betul!!". Tapi amal aku kat dunia tak pun macam aku ni nak masuk syurga yang best tu. Pelik betul aku ni."


"Hairan aku bertambah,aku juga sudah mendengar macam-macam cerita pasal neraka. "neraka tu dibakar selama 3000 tahun apinya, 1000 tahun apinya berwarna kuning, 1000 tahun apinya berwarna merah, dan 1000 tahun lagi apinya berwarna hitam. Bahan bakar neraka itu terdiri daripada jin dan manusia yang ingkar terhadap Tuhannya. Jamuan kerai'an di neraka ialah buah Zaqqum. Ahli neraka akan memakan dengan lahapnya kerana lapar sehingga buah itu tersangkut di kerongkong. Kemudian akan ditelan air dari nanah dan cairan tembaga sehingga......" tak sanggup aku nak sambung. Tapi aku hidup kat dunia enjoy je. Tiap hari aku bersenang-lenang dan tiap hari jugak aku menambah stok dosa aku yang sudah berlonggok aku kumpul. Macam tak takut adanya seksa neraka tu."

"Macam mana nak buat ni?..Aku rasa aku ni macam ada problem jek. Tapi aku tengok hidup aku OK je. Makan cukup, rumah ada, kawan ramai, belajar pun pandai, badan pun sihat, mak ayah siap orang kaya lagi tu. Boleh kata perfect la hidup aku ni. Tapi satu jer, hati aku ni tak pernah tenang . Macam ada sudut kosong yang patut aku isi sesuatu. Tapi sejujurnya aku tak tahu nak isi dengan apa. Aku rasa rasa dah lama dah aku cuba nak cari benda apa yang patut aku isi.tak jumpa-jumpa sampai sekarang. Musykil...Musykil..."


Mungkin kite kene muhasabah balik diri kite masing2..:D  

                                                                                                                            http://yahooemo.com

4 awesome comment's:

Fatimah Azahra said...

jom sama2 kita muhasabah syg! (:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

okey..:D

Anonymous said...

hebat2! kena btg idong ak sndri.ngee~ ;p

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hehe...tw xper..
mmg kene btol..tp lebih terarak ke bdk laki je ann~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...