Monday, October 31, 2011

Nostalgia SPM :)




Siapa ingat time SPM dulu ade belajar pasal benda ni..hehe..*nostalgia SPM*

sumber








Cara-cara download movie dengan mudah


Assalamualaikum


Sekarang ni kan memang zaman siber kan.Kita tak yah susah payah berhabis duit pergi klcc ker,midvalley ker,ts ke semata-mata nak tengok movie yang baru keluar.Hanya tunggu dalam beberapa minggu then akan ade orang upload kat internet then laju-laju lah kita download sebab takut nanti link habis :)

Lagi-lagi kaki pengdownload tegar macam aku ni walaupun guna broadband celcom yang kadang2 baik kadang2 jahat ni -,-
Walaupun kualiti tak berapa nak cantik sangat la tapi asalkan free.Lagi-lagi lepas ade Astro First ni bertambah gembira la kaki2 pengdownload ni.Video pon kualiti jugak.Tapi kalau nak cerita hollywood terbaru kena tunggu berbulan-bulan la untuk dapatkan kualiti video yang terbaik.Kalau tak ko tengok jela movie yang kadang2 tunggang terbalik sebab perakamnyer tak professional..hehe

Member aku pon ramai yang tanya aku ni selalu download movie kat mana yer.Diorang sume mesti baru nak jadi pengdownload tegar macam aku gak kan..hehe
Aku rasa blogger ramai jer yangd ah tau nak dapat mana link nyer sebab banyak jer blogger yang letak link download kat blog masing-masing macam blog bulan purnama,norfanil dan banyak lagi la.Lupa sebab banyak sangat.Tapi aku suka download kat blog direct download movie ni.Macam-macam movie terbaru ade.Cerita dulu kala pon ade.Ada jugak yang suka lepak kat syok.org jugak kan.Pape pon internet memang menyenangkan lah.Korang google jer contoh keyword ' free download movie al-hijab ' then berderet-deret keluar link tapi kadang2 macam hampas sebab keyword je lebih tapi movie al hijab nyer tak keluar2 lagi..grrr

Tapi pape pon aku rasa IDM memang sangat penting bagi kaki downlaod ni sebab dengan idm downlaod kita akan menjadi lebih laju daripada biasa.Betul tak tipu :)
Then bila korang download yang bukan single link contohnya sampai 2 3 file korang boleh compile kan movie tu guna hjsplit.Baru lah movie korang tu boleh tengok tanpa sebarang cacat cela.Senang je kan.Tak yah keluar kan duit beli tiket wayang.Tapi sekali sekala tu boleh la layan real steel ker..hehe


Aku selalunya download movie ni hujung2 bulan sebab nak habes kan limit broadband yang still ade.Yela kita bayar mahal2 limit tak habes.Membazir woo...haha

Okeylah aku nak sambung solat isyak jap.Telekung tak cabut2 dari tadi..hehe


p/s: kalo nak download laju pakailah unifi *pesanan penaja*











Saturday, October 29, 2011

Maharaja Lawak Mega boring giler!


Assalamualaikum


Aku rasa mesti malam ni ramai jugak yang layan Maharaja Lawak Mega ni kat astro warna kan?Ramai jugakla yang tertunggu-tunggu hasil lawak luar biasa otai-otai kita yang dah biasa dengan dunia seni ni kan.Aku pon sama lah tepat pukul 10 malam tadi terus terpacak depan tv meninggalkan fb yang terkapai-kapai.Okey first performance dari kumpulan Anje dianggotai oleh Acoi ngan Joey tapi nampaknya warm up dorang tak menjadi.Dalam hati dah terdetik 'eh ni ML ker or aku salah channel ni?'

Tekan info kat remote astro tu sah channel 132.Astro warna.Rancangan ML tapi kenapa sangat membosankan.Penonton dewan s.alam tu pon nampak sangat gelak tak ikhlas..Betul kan??
Plus lawak dari indon and singapore seriously lawak yang aku rasa aku macam bodoh je pegi layan ML tu kenapa!

Adlin pulak aku tak rasa lawak langsung plus dia cerita pasal 'lawak' family dia dah macam kereta api terlaju kat dunia tu.Siap takde traffic light lagi tu.Tapi baguslah mak dia datang sokong n tolong gelak :)
Eh kenapa mulut aku macam nak kena cabai ni -,-

Tapi setiap rancangan tu mesti ade yang terbaik jugak.Bukan nak kata terbaik lah tapi orang kata boleh tahan la iaitu group Boboi yang dianggotai Afdlin ngan Harun Salim Bachik.Dorang ni boleh dikategorikan lawak menjadi la malam ni sebab suka tengok dorang bawak watak jadi budak2 :)
No wonder la Afdlin tu kan pengarah.Of cos la idea pon berlambak..

Malam ni nampaknya perang sebenar baru bermula.Tiada orang yang tersingkir malam ni bermakna still banyak lagi cabaran dorang.Bagi aku la maybe dorang semua jadi macam ni sebab first performance dorang ko untuk buat lawak secara live.Selalunya pelakon2 ni buat lawak dalam casting.Jarang la secara live ni and dorang jugak diberi dialog siap2 :)
Hope di minggu akan datang dorg boleh buat yang terbaik untuk pelanggan ML yang setia melanggan astro mustika ni :)



p/s: kembar Amir pon adela...menyampah pulak tengok -,-







Thursday, October 27, 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai



Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...