Friday, April 8, 2016

Backpacker Trip ke Penang [Part 1]

Assalamualaikum


Memandangkan Umobile dah aktifkan free internet 1GB so boleh la nak upate blog tanpa stress bila tak lepas nak upload gambar sebab quota dah habis. Thanks Umobile dengan power pack anda pasti tak menyesal dengan pilihan ini *iklan tak berbayar*

Actually dah lama dok peram entri pasal trip ke Penang baru2 ni dengan member TH. Plan kononnyer sampai kl nak update takut terlupa memori2 indah gitu last2 terperam sampai lah ke harini. Panjang cerita nya untuk trip buat pertama kali nya aku tanpa family. Nampak macam anak manja gitu kan, selalu pergi dengan family or trip class je tapi kalini dapat permission untuk trip dengan Erin n Afwa je merangkap member time intern dekat Tabung Haji memandangkan kami sama2 single dan sama2 takde komitmen time tu so terjadilah plan last minit gitu ;p

Fyi, kitorang buat trip ala2 backpacker gitu sebab tengok ramai orang dok share bp ke situ sini so nama pon darah muda kan, perasaan teringin tu meluap2. So plan punya plan decide nak ke penang memandangkan masing2 tak pernah jejak lagi kesana dan banyak tempat menarik kat situ especially untuk backpacker2 ni.

Destinasi : Georgetown, Penang
Tarikh : 27 - 29 Jan 2016
Pengangkutan : ETS, Feri, Bas, Kaki
Penginapan : Hotel Mingood
Calon yg terlibat : Aku, Erin n Afwa
Misi : Cari tempat makan yg sedap, mural yg unik dan tempat menarik kat penang

27 Januari 2016


Pagi2 lagi kitorang dah kumpul kat kl sentral memandangkan masing2 nak naik ETS yg baru tu, laju kot. 4 jam je dah sampai butterworth dari kl. On time pulak tu sampai, dah macam jepun aku rasa. Siap die display lagi kelajuan tren tu and apa yg aku dapat bezakan dr tren ktmb yg lama ialah first dari kelajuan, kebersihan, toilet, fasiliti dan of cos harga nya..hihi..lagi laju lagi mahal maa.

Sampai butterworth kebetulan ada van free yang memang ada setiap setengah jam kat stesen tren tu untuk pegi ke jeti. Nama pon free janganla expect dapat seat yg selesa, mmg berhimpit kot dengan beg besarnye. Actually stesen tren dgn jeti takdela jauh mana tapi memandangkan panas terik n kitorang pon first time jejak situ so gunalah public yg ada.

Sampai je jeti terus beratur nak bayar, punyalah beratur nk bayar tiket ingatkan dapat kupon ke ape rupanya beratur lama2 tu untuk tukar syiling. Untuk bypass naik ke feri bukan guna kupon ke ape tapi duit syiling sebanyak RM 1.20. Murah kan ;)

Sempat lagi time tunggu feri

Dalam feri, rezeki kitorang tak ramai sgt time ni sbb pegi time weekdays kan..hihi

Sampai je Georgetown terus on gps untuk cari hotel yg kitorang dah book melalui Agoda n korang nak tau tak punyalah nak jimat kitorang jalan kaki dengan panas terik time tu. Memang bakar habis lemak terkumpul dlm badan tu..hihi..dgn berpandukan gps Erin dan perjalanan kira2 nak dekat sejam jugak lah plus minus berenti rehat kejap finally jumpa hotel kitorang iaitu Hotel Mingood. Kebetulan dekat dengan Line Clear yg femes tu terus makan dulu kat situ before gerak ke hotel.

Kepoyoan terserlah..keke

Dapat triple room, bolehlah dengan harga dia dengan servis yg kitorang dapat. Recommended!!


Lepas rehat2 kejap, terus gerak ke Bukit Bendera aka Penang Hill. Utk pengetahuan korang bg yg plan nak kesana, korang jgn risau dengan transport kt sana sebab banyak bas dekat sana n orang kat sana semua mesra2. Kitorang tak tau tanya je sesapa yg terjumpa tepi jalan sampaikan takut jugak nak tegur someone ni sbb muka macam india rupanya cakap utagha habaq ang..keke

Akibat tak plan dgn betul sebab plan kalini dinamakan trip kasi terjah, terstuck dlm jammed hampir sejam jugaklah sebab kuar time peak hours org balik kerja. Padan muka kami..haha. Sempatlah tertido dgn sejuk hujan + letih kan. Takpe semua tu experience ;)

Entrance penang hill, tak ramai orang since kitorg sampai pon nak dekat pukul 7 mlm ;(

Yg bestnye nak ke atas tu kena nak tren, seriously best giler scenery sepanjang nak ke atas, kebetulan sampai atas dah gelap dan dapat lah tengok whole Georgetown malam2. Dengan angin sejuk macam kt cameron pergh siyes best!





Masing2 melayan perasaan..kahkah

Peace yaww oghang penang ;)

Sedih jugaklah tak dapat pergi banyak tempat sebab dah tutup..sob3..tapi tu pon tak terlarat nak jalan semua tempat. Next time kena datang lagi tapi kena pegi pagi2 boleh lepak lama2 kat atas tu. Ingat tuu!!

Menjunam kot nak turun tu..selawat mcm2 dlm hati time ni,,haha

Isi perut kt mamak tepi jalan dekat dengan hotel, Actually org perempuan kt penang tak nampak berkeliaran malam2 kat bandar dorang, so org pandang kitorg pelik je..hahaha


Alhamdulillah first day berjalan dengan selamat tanpa ade pape yg terjadi. Haa lupa nk bagitau, time gerak kuar dari feri tengah2 jalan beg erin tetiba zip terbukak sendiri, alhamdulillah org tu tak sempat nak amik pape, mmg kalau leka sesaat je mmg dah hilang dah dompet die. Alhamdulillah ;) So korg hati2 biler dtg tempat yg xbiasa ni lagi2 tempat ramai2 org cmtu. Ok done first day. Continue next entri untuk next day pulak ok..penat dah menaip ni ;D


pss: utk list kos perbelanjaan sepanjang kat sana next entri aku share okeh..see u ;)







2 awesome comment's:

aida azni abd razak said...

Part 2 bila nak update dik.. :D

Budak Letrik said...

Cun ! Eh maksud abang seronok baca ! Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...