Assalamualaikum
Semalam dapat mesej daripada kawan aku suruh cek semula rayuan degree UiTM.Mula-mula memang tak nak mengharap dah,redha je tak dapat lagi sebab semua yg berlaku pasti ade hikmahnye kan.Lagipun boleh aku jaga adik-adik aku since parents aku nak pergi mekah hujung bulan ni.Lega dah mak ngan ayah aku ade orang nak jaga rumah.Tapi macam aku post kan facebook tu " UiTM suka buat suprise kan "
Memang terkejut beruk makyeh dah biler klik je button semak dushhh keluar ayat panjang2.Time tu macam dapat segunung emas la kot *sampai macam tu sekali*
Yang paling aku rasa nak terjun laut ialah " Kampus - Uitm Shah Alam *
Aku memang berazam dah degree ni nak rasa belajar dekat-dekat dengan rumah.Mana tak nya dari form 1 sampai la diploma belajar jauh,perlis dan jugak terengganu.Berpeluang belajar 2 budaya berbeza,yang penting makanan yg berbeza..hehe
Lepas dah discuss semua ngan parents finally diorang setuju walaupun berat hati sikit sebab takde orang nak jaga rumah sepeninggalan diorang ke mekah nanti.Alhamdulillah aku ditawarkan degree in business computing dekat UiTM Shah Alam.Walaupun tau lambat sangat iaitu tarikh tau sama dengan tarikh daftar kolej aku syukur sangat sebab hati ni rasa nak belajar lagi :)
Semua benda aku tak prepare lagi,mental aku pon tak bersedia lagi sebab dah tepu sangat otak ni tak bukak buku lebih dari 6 bulan -,-
Esok dah kena prepare apa yg patut,daftar kolej secepat mungkin sebab tak sanggup nak duduk luar :(
p/s: doakan semoga semua berjalan dengan lancar..amin :)
1 awesome comment's:
tahniah. :)
Post a Comment