Tuesday, September 13, 2011

Mamat Sepah playboy dan juga punca perpecahan Sepah?


Assalamualaikum


Tadi aku bukak blog then ushar dashboard.Memang menjadi kebiasaan aku la tu kan kalo dah takde keje.Then aku jumpa gosip hangat pasal mamat sepah ni.Kan dia baru jer couple ngan fida.Okey la aku tak reti nak jadi minah propa.So baca jela gosip yang aku copy dari blog purnama ni..


Mari kita ikuti luahan hati Adda yang disampaikan di dalam BiPop semalam:-

Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.

Tambah memburukkan keadaan apabila Mamat meminta Adda untuk memulangkan cincin yang pernah diberi beserta dengan bekas-bekasnya sekali.
Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya. Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu. Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai. Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia.

Namun Adda tidak langsung menuduh Fida sebagai perampas kerana baginya Fida tidak tahu langsung mengenai status perhubungannya dengan Mamat ketika itu.

Saya memang tak dapat hidu percintaan antara Mamat dan Fida, jadi saya sedih apabila dapat tahu mereka dah berkawan. Ketika Mamat bertemu Fida, saya dan Mamat masih lagi bersama. Tapi saya tak rasa Fida ini perampas. Mamat nie kalau bercakap ayat manis. Katanya mereka dah kenal enam bulan ketika penggambaran Man Sewel Datang KL. Ketika mereka terbabit dalam penggambaran, saya masih bersama Mamat. Saya yang ikut Mamat ambil skrip berkenaan. Sebab itu saya yakin, ketika dia mengenali Fida, saya masih bersama Mamat.




Ada kata-kata tersirat daripada Adda yang menyuruh Fida berhati-hati ketika bercinta dengan Mamat.
Mamat nie curang! Dia memang ada ramai perempuan! Ada juga bekas kekasih Mamat yang cari saya, nak bunuh diri kerana dia. Sebab tue saya katakan Fida bukan perampas, dia tak tahu apa-apa. Kasihan dia. Tapi saya harap Mamat berubah apabila dia dengan Fida sekarang. Jangan jadi seperti sebelum ini, lepas seorang seorang dia kenakan.

Paling mengejutkan ialah apabila Adda memberitahu punca perpecahan Sepah tak lain tak bukan kerana Mamat.

Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah. Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling. Itu yang saya bengang.






p/s: tunggu pulak jawapan dari pihak mamat sendiri :)















5 awesome comment's:

nazirulhazwan~ said...

taik rupenye perangai die, dem
aku minat jep je

Uchi kay-f @hmad said...

manusia mmg selalu ego!

mungkin ade hikmah di sebalik yg terjadi..

nelly said...

kena dengar dua2 belah pihak ~

Tanakwagu said...

tunggu terjah melodi lah baru tahu cerita sebenar

afifahpah said...

oh..kesah nya..mcm2 artis nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...