Wednesday, June 29, 2011

Perhimpunan bersih??Apa kata aku??


Assalamualaikum

Hari ni aku update blog dalam pejabat yer.Oleh kerana keje dah habis (sebab aku budak rajin) sv kasi aku relax sepuas-puasnye..hehe lawak la kakak tu tiap kali nampak aku je asyik suruh makan la tu la..minum la..haha boleh bikin berat tambah ni ;)
Air cond dalam pejabat aku ni bapak la kuat sampai menggeletar aku.Dah rasa macam duduk kat korea ni (korea jgk -,-)...esok nak kene bawak sweater ni..huhu
ok tu baru mukadimah..hehe

Semua orang mesti dah tau pasal PERHIMPUNAN BERSIH ni kan??memang lalat dlm tudung saji la sape yg tak tau pasal ni..hehe(peribahasa baru)
Ade sorang member aku ni siap suruh belikan baju t-shirt bersih yg kaler kuning tu tau.Limited edition katanye.Sebagai seorang mahasiswa dan juga seorang blogger aku mestilah tak ketinggalan untuk mengulas sedikit sebanyak tentang isu yang semakin hangat melanda kat Malaysia sekarang ni.Tapi aku tak nak cakap lebih2 sangat karang tak pasal kena tahan masuk ISA..haha

Aku pon keliru sebenarnye pasal ni.Adakah perhimpunan ni banyak kebaikan ataupun sebaliknya.Sebelah pihak kata perhimpunan ni bertujuan menjatuhkan kaum melayu sebab kaum lain tak puas hati and nak pegang Malaysia ni.Sebelah pihak yang lain pulak kata perhimpunan ni bagus la sebab tujuan dia nak bagi politik bersih dari segala permainan kotor.Lagi pulak ketua perhimpunan bersih ni pulak Amiga bukan kaum melayu and kalau korang ingat lagi dia ni merupakan orang yang mempertahankan isu Lina Joy yang nak murtad suatu ketika dulu.Dia ni jugak banyak membangkitkan isu2 perkauman dan lain2.Aku pon tak minat politik sangat so tak ingat la semua benda tu ;)

Aku tengok ade kawan aku letak pic profile dia gambar banner bersih tu la.Maybe dia setuju kot.Then kakak kat pejabat aku ni memang kutuk habis-habisan la time baca paper semalam nampak Datuk A.Samad Said join sekali perhimpunan tu.Katanya la dia ni dahla sasterawan negara sepatutnya tak boleh nak join2 mana2 perhimpunan haram yg diadakan di Malaysia ni.So aku sedikit confuse disini.Perhimpunan ni ada kebaikan untuk rakyat Malaysia ke or semua ni hanyalah perancangan seseorang untuk memecah belahkan kaum melayu??tepuk dada tanya diri sendiri la kan.Aku harap takde la berlaku pertumpahan darah macam peristiwa 13 Mei dulu.Sejarah perlu diingati walaupun aku tak minat sejarah..hehe..err tak silap aku tanda korang sokong perhimpunan ni dengan memakai t-shirt kuning..hehe apelagi kalau hangout pakat dok pakai baju kaler kuning..karang free masuk ISA..hihi ^__^

Tangan aku dah keras kematu dah ni dek air cond yang zalim tak reti nak slow kan suhu dia.Jam pun dah hampir menunjukkan pukul 5 petang..that's mean....STOP WORK AND GOING HOME!!!!yehaaa




jom naik lrt (-_-)








0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...