Wednesday, June 30, 2010

..::10 PERKARA MENARIK PIALA DUNIA::..


Piala Dunia 2010 semakin hampir penamatnya. Tinggal beberapa hari lagi untuk mengetahui siapa yang layak memegang title juara piala dunia di Afrika Selatan. Sebanyak 32 buah negara sudah menempah tiket ke Piala Dunia dan masing-masing sudah sedia.

Peminat setiap pasukan pasti sudah tidak sabar menanti pasukan kegemaran masing-masing beraksi. Inilah juga masa restoran yang beroperasi 24 jam yang menyediakan layar besar menjadi tumpuan peminat. Demam Piala Dunia sudah bermula.



[Tommy Oar dari Australia, 18 tahun, jadi pemain termuda Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.]


10 perkara yang anda mahu tahu pasal Piala Dunia 2010


1. Negara manakah yang mempunyai peminat paling ramai dalam Piala Dunia 2010?
Amerika Syarikat. Dilaporkan 160,000 tiket telah terjual di AS setakat ini.


2. Pasukan manakah datang daripada negara terkecil?
Slovenia. Populasi negara itu hanya lebih dua juta orang. Mereka menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan mengetepikan Rusia dan Republic Czeck dalam kelayakan peringkat Eropah.

3. Pasukan mana sumbat gol terbanyak peringkat kelayakan?
England. Sebanyak 107 gol dijaringkan di peringkat Eropah. England sahaja menjaringkan bilangan gol terbanyak, 34 gol.


                                                          [Nikola Zigic macam galah tingginya.]


4. Pasukan mana miliki pertahanan terbaik peringkat kelayakan?
Australia. Hanya satu gol lolos dalam lapan perlawanan peringkat kelayakan.

5. Siapa pemain paling tua?
David James. Kali ini penyertaan ketiga penjaga gol England berusia 39 tahun itu menyertai Piala Dunia.

6. Siapa pemain paling muda?
Tommy Oar dari Australia membuat kemunculan sulung Piala Dunia Afrika Selatan 2010 pada usis 18 tahun.

7. Siapa jurulatih paling tua?
Otto Rehhagel, kini berusia 71 tahun dan mengepalai Greek sejak awal abad ke-21.

8. Siapa jurulatih paling muda?
Vladimir Weiss, berusia 45 tahun dan melatih Slovakia. Dia bermain dalan Piala Dunia 1990 untuk pasukan Czechoslovakia.

9. Siapa pemain paling tinggi?
Nikola Zigic dari pasukan Serbia mempunyai ketinggian 2.03 m.

10. Pasukan mana pegang rekod Piala Dunia?
Pastinya pasukan Brazil. Mereka menang lima kali Piala Dunia. Brazil juga layak menyertai kesemua Piala Dunia sebanyak 19 kali (Hanya satu-satunya pasukan yang menyertai 19 Piala Dunia). Brazil layak ke final sebanyak tujuh kali dan menang lima kali. Brazil juga menang 64 kali perlawanan dalam Piala Dunia, jumlah kemenangan paling banyak oleh sesebuah negara. Mereka juga telah menyumbat 201 gol dalam siri Piala Dunia.

0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...