Sunday, July 24, 2016

SL1M Tabung Haji

Assalamualaikum



Have you ever heard about SL1M? From your friends? Social media or from your university?
If yes good points for you but if not, let me share little info about SL1M in my entry for this time. Let me share it in Malay. Hahaha *trying to improve my english*


First SL1M stands for Skim Latihan 1 Malaysia which is a programme to enhance the emloyabiliy among graduates through collaboration with Government-Linked Companies (GLCs) and private sectors which is implement SL1M as part of their Corporate Social Responsibility (CSR).

Antara company yang offer SL1M ni ialah Tabung Haji, Celcom, Bank Islam, TM dan lain2. Memang banyak company yang offer tapi ada yang bagi elaun dan tempoh latihan yang berbeza. Actually SL1M dan GEMS under programme yang sama,bezanya dari segi tempoh dan elaun yang diberikan. Kebanyakannya GEMS tak diberi kan elaun tetapi diberi kursus yang berbaloi terutamanya skill teknikal yang kita tak belajar di Universiti. Dari segi tempoh pulak GEMS selalunya singkat dalam 2 minggu ke sebulan. Tapi semuanya bergantung kepada company yang provide.

SL1M pula lebih kepada on-job-training which is kita akan dibiasakan dengan environment pekerjaan yang sebenar. Dari segi elaun kerajaan provide RM1000 seorang kepada company untuk sebulan, tetapi ikut company jugak untuk beri elaun tambahan atau tidak. Dari segi tempoh pula selalunya dari 6 bulan ke setahun. 

Aku nak cerita mengenai SL1M di Tabung Haji since aku tengah menjalani on-job-training(ojt) as SL1M almost 2 month. Semuanya berdasarkan pengalaman aku tau sebab lain company lain pengalamannya.

Let me share it.
  1. Tempoh ojt di TH ni adalah setahun termasuk induksi. Induksi memakan masa selama 2 minggu sahaja dan pengisian sepanjang induksi sangatlah membantu kita untuk menghadapi cabaran di alam pekerjaan. Yang best nya almost 2 weeks duduk hotel free weh. Makan of course sedap. Thanks Tabung Haji, thanks jugak motivator ;)
  2. Pelatih akan diberi ojt mengikut tempat tinggal yang berdekatan,so jangan risau untuk berjauhan dari family. Tapi ada jugak yang dapat jauh sebab tiada kekosongan,tapi take it as challenge ;)
  3. Elaun yang diberikan adalah sebanyak RM 1500 sebulan. Cuti tahunan sebanyak 12 hari dan cuti sakit sebanyak 12 hari jugak. 
  4. Banyak pengalaman yang akan dapat terutamanya yang dapat di cawangan sebab korang akan dapat banyak benda terutamanya tentang haji, simpanan dan pengeluaran, marketing, pengurusan dan cara untuk handle pendeposit. Kalau di HQ pulak pengalaman berdasarkan department yang kita dapat.
  5. Environment yang sangat best,maybe sebab TH uruskan orang pegi haji kan. Banyak keberkatan yang ada kat situ. Hehe. Staff kat situ semua friendly and budaya bagi salam dan senyum bila jumpa sesama staff kat situ. Tak caya pergi la HQ. Insyallah anda akan dilayan sebaik mungkin.
  6. Sepanjang ojt ada jugak program CSR untuk pelatih SL1M ni. So disamping dapat pengalaman kerja,dapat jugak pengalaman lain yang takkan dapat korang lupakan.
  7. SL1M jugak berpeluang untuk join OHTA which is operasi haji tanah air. Korang akan berpeluang untuk menguruskan jemaah haji di kelana jaya or mana2 cawangan yang telibat. Seriously best tapi aku tak berpeluang lagi untuk join sebab boss IT tak lepaskan kitorang bertugas ;(
  8. Ada majlis graduasi kot siapa yang berjaya habis kan SL1M ni selama setahun. Means korang dah ada pengalaman selama setahun ni TH. So jangan sia-siakan masa korang selama setahun tu tanpa kutip segala ilmu yang ada kat TH tu. Jangan malu untuk bertanya dan sentiasa pro aktif dan yang penting berbuat baik dengan semua staff. Bukan mengipas ye,maksudnya bertegur sapa dengan semua orang, mungkin kita akan memerlukan pertolongan mereka suatu hari nanti. Who knows kan ;)
Rasanya takat ni je kot pengalaman yang dapat aku kongsikan. Kalau ada aku akan tambah. Last but not least walau kat mana kita bekerja ikhlaskan hati insyallah kita akan happy untuk datang kerja setiap hari ;)

Sekian, terima kasih kerana membaca ;D

my department with raya decoration

with kak kiah yang dah bersara start bulan 7 hari tu

my team during induction sl1m 





Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum


Rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog pikadiaries ni, walaupun bersawang-sawang tapi masih ada yang sudi baca. Terharu sangat. Dikesempatan ini, saya penulis blog picisan ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap, terguris rasa diatas penulisan saya selama ini. Kosong-kosong yer ;)

Tahun ni alhamdulillah dapat lagi beraya bersama family tercinta, tahun ni jugak raya kat negeri sembilan lama sikit berbanding tahun2 sebelum ni. Tapi as usual kita still raya as single lagi yer, doakan semoga tahun akan datang beraya berdua. Eh ;p

Selalu yang single mingle ni mesti akan dapat soalan cepu mas macam 'Bila nak kahwin?' 'Sepupu bawah ko ni tak lama lagi dah, kau bila lagi?' Dah kahwin pulak soalan 'Bila nak dapat anak?' 'Bila nak tambah anak?' dll. Nasib makcik2 aku semua sporting tak tanya soalan cepumas tu tapi ade sorang je yang memang tiap tahun akan tanya soalan2 ni, bila nak kahwin,kerja mana sekarang. Mentang2 anak dia bawah dari aku dah kahwin. Tapi takpela aku anggap tu soalan pembuka bicara. Just jawab dengan tenang sambil buat senyuman paling maneh :D

Orang kata biar lambat asalkan berkekalan. Semakin aku tengok bermacam-macam ragam orang berkahwin ni kadang2 buat aku takut nak kahwin. Nampak baik pijak semut tak mati padahal belakang isteri macam2 dia buat. Nauzubillah. Tapi apa2 pon aku rasa dalam perkahwinan ni dua2 kena ambil peranan dan tanggungjawab. Kalau sorang je memang rumahtangga tak bahagia sampai ke syurga. Dalam mendidik anak2 lagi la kena saling ambil tahu, bukan harap isteri je yang mengasuh anak si suami lepas tanga. No no yer awak semua. Aku ada baca artikel ni dia cakap 'Anak-anak yang rapat dengan bapanya lebih cerdik dan pandai daripada yang tak rapat' So apelagi,lepas balik kerja spent time la kejap kan dengan anak-anak. Kita semua pernah jadi anak2 kan,so alangkah bahagianya hidup bila ayah main dengan kita.

Eh dah macam motivasi rumahtangga bahagia pulak kau ni pika -,-
Tetiba malam2 macam ni mood motivasi tu datang, ambil yang baik buang yg tak baik ye. Semoga ada kebaikan dalam penulisan aku kali ni ;)

Sekian, terima kasih kerana membaca ;)

Tahun ni beraya dengan jubah Aisha Elegant from Ruccimodisch. Seriously best gilaa ;)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...