Assalamualaikum
Weekend ni aku berjaya buat 2 biji cheesecake dengan sendirinya.Bangga kejap.Sebelum ni biasa buat kek coklat and kek biasa je but kali ni rasa nak cuba masak sesuatu yang baru.Kebetulan jumaat baru2 ni kakak aku cuti so ajak la dia ngan mak aku pegi kedai bakewell iaitu kedai yg jual barang2 buat kek dan roti dekat sri gombak.Memang rambang mata aku masuk kedai tu sebab macam2 jenis barang buat kek semua ada,sebelum ni biasa dengar kat resepi internet je tapi bila tengok ngan mata baru tau rupa bentuk bahan tu :)
Siapa yang dok area gombak ke boleh la cari kedai tu kat sri gombak.Tak ingat pulak nombor berapa tapi nama kedai dia bakewell.
Before ni ade jugak aku survey2 resepi ciskek ni dengan bantuan cik google,lepas pilih yg berkenan baru la start masak.Aku ni bukan pro main hentam je buat,sebab tu nak kena berpandukan resepi :)
Mula2 aku try resepi ciskek yg unbaked punya yg diberi oleh timah adnan.Tapi problem pulak sebab aku takde whipping cream,so aku gantikan whipping cream tu ngan susu cair + 1 sudu tepung jagung.Tesktur kek tu memang cantik but bila makan je rasa macam makan puding pulak =,= Aku rasa aku dah terlebih letak gelatin..sob3 takpe la practice make perfect kan :) Anyway rasanye tetap sodap hingga menjilat sudu :p
Pastu baru tadi aku nak mencuba resepi ciskek versi baked punya.Oleh kerana mixer kat rumah aku hilang kemana terpaksa la menggunakan kudrat tenaga ni mengacau guna pemukul kek,guna tangan sendiri tau bukan guna mixer.Penat jugak la sampai nak tercabut tangan ni.Aku masak guna cara waterbath sebab internet kata cara ni dapat jadikan kek masak dengan rata tanpa ade crack2.Alhamdulillah kek takde sebarang crack.Lepas letak blueberry as topping letak balik dalam peti ais bagi sejuk beku sikit sebab ciskek ni makan sejuk2 baru sedap.
Lepas dah hidang kat family aku semua puji sedap.Adik aku pulak kata macam secret receipe punya..haha bangga kejap.Boleh bukak Pika Receipe lepas ni pulak :) Pape pon aku amat berpuas hati bila aku masak ade orang akan makan.Kepuasan tu hanya orang yang masak je tau.Habes dah separuh adik beradik aku ni makan.Aku tak leh makan banyak2 sebab kalori tinggi woo.Kena tahan nafsu sikit.Rasa sesuap boleh la
comot sikit blueberi filling yg aku letak..maklumlah tangan keras camni la..haha |
4 awesome comment's:
vahhh merahberi niiii.. ihhhii
hye salam ziarah
@hajiMete
biru beri la..haha
@Blogberry Emry
hye..thanks :)
Post a Comment