Saturday, June 23, 2012

Rahsia model muka flawless bila photoshoot



Assalamualaikum


Siapa kat sini pernah jadi model untuk mana-mana photoshoot la or jadi pelakon ke,korang mesti familiar dengan papan putih ataupun payung ke kat area camera tu.Actually aku memang tertanya-tanya sejak dulu lagi apa function papan @ payung putih tu dengan model @ pelakon tu.Nak buat backup kot-kotla terjatuh ke time photoshoot tu ke and pernah sekali aku tengok pelakon tu baca skrip yang dorang tulis atas papan putih tu.Ohh time tu terus aku ingat papan putih tu tujuan dia untuk tulis skrip tapi setahu aku photoshoot mana ade keluar dialog -,-

Oleh kerana aku takde kawan-kawan dalam bidang photographer and aku pendamkan saja persoalan ni sengsorang..sob3
But one day tiba-tiba aku ade tengok 1 behind the scene photoshoot dorang ade guna papan putih ni time amik gambar,terus terpikir secara logik.Korang rasa ape function dia?Yang photographer tak boleh teka sebab confirm dia tau :)

Aku rasa tujuan benda tu adalah untuk bagi muka model nampak putih dan flawless dari biasa oleh kerana effect daripada papan putih tu.Betul tak aku teka??hihi..Yela kalau papan hitam karang dah kurang cun pulak model tu terus orang tak minat nak tengok..haha

One more thing aku suka tengok drama korea salah satu sebabnya pelakon2 dia semua muka flawless memang tak nampak cela langsung.Baru aku terfikir dorang nampak flawless gitu sebab effect papan putih tu jugak kan..haa dah tau secret dorang.Produser korea ni tau buat effect nampak pelakon dorang cun je.Kalau produser kat Malaysia ni kurang sikit la lagi2 kalau cerita drama kat tv1 or 2 nampak habes jerawat2 pelakon tu.Kurang bernafsu sikit nak tengok drama tu =,=

Oleh kerana nak kepastian aku ada try amek gambar aku sendiri guna kertas putih pon boleh la.Agak ketara jugak la bila adanya kertas putih dengan takde.Bila ada tu nampak cerah sikit la muka kita..hehe so sape2 yang suka camwhore and nak nampak muka cun sikit boleh la guna tips ni.Takde papan putih guna kertas A4 putih tu pon boleh :)


p/s: agak kuno aku ni nak tau sesuatu benda tu dengan lambat -,-










1 awesome comment's:

Kira Kekuri said...

haaa patut lah muka kemain lg flawless. cahaya memainkan peranan yg penting! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...