Thursday, December 29, 2011

Ujian memandu guna kereta automatik Mei depan



Assalamualaikum


Sape kat sini dah ade lesen kereta?Kalau takde tu maksudnye same la dengan aku.Malu je kan dah besar panjang pon takde lesen kereta lagi.Bukan ape takde budget lagi la nak amek lesen.Nak-nak sekarang ni yuran dia dah mahal.Tak mampu den,nak mintak parents memang tak la kan.Hidup ni kena banyak independent sikit..kan3??hehe

Memang jeles la tengok member semua dah ade lesen.Hati ni meronta-ronta nak belajar jugak tapi masa je tak mengizinkan :)
Insyallah lepas aku habes belajar tak lama lagi ni aku nak amek segulung lesen kereta..hehe.Aku ade berita baik untuk korang semua yang tak suka naik kereta manual..Jom baca!



Cadangan penggunaan kenderaan transmisi  automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Katanya, cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.


“Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza,” katanya kepada Bernama.


Abdul Rahim berkata kementerian tidak terburu-buru dalam melaksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu.


“Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa,” katanya.


Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar.
Abdul Rahim berkata apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.


“Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka,” katanya.


Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.


“Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa,” katanya.


Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.
Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah digunapakai oleh banyak negara.


Katanya sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.


“Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung,” katanya.


- Bernama


sumber


p/s: berita gembira buat aku la kot..hehe



2 awesome comment's:

Kira Kekuri said...

sya da ada lesen kereta! ^..^
wahh bertuah la dapat ujian gna gear auto..sy manual je..T_T

dalila said...

akk guna manual aja dlu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...