Saturday, September 10, 2011

Teknologi terkini untuk orang buta.


Assalamualaikum


Pernah tak korang perasan bila jalan di tepi jalan raya,stesen lrt ke,or tepi-tepi kaki lima ada line kuning berbonjol2.Ada yang bentuk garis lurus timbul-timbul.Pernah tak korang tiba-tiba terpikir ade function ke diorang reka benda ni or saja-saja nak nampak unik sikit jalanraya tu.Kalau korang ade terpikir samelah macam aku.Aku pernah gak terpikir diorang reka benda ni nak bagi nampak unik la tu.Tapi satu hari tu aku naik lrt ni ampang park.Then ada sorang lelaki buta teraba-raba cari arah mana satu yang perlu dia ikut.Then pengawal yang jaga tu pimpin dia bawak ke line kuning yang aku cerita tadi.Barulah orang buta tadi boleh jalan tanpa sesat.

Dush terus otak aku terpikir.Ohh ni rupanya function line kuning timbul-timbul ni direka.Sumpah aku memang tak tau langsung benda ni.Boleh dikategorikan katak bawah tempurung la ni kan??hehe
Baru-baru ni aku tanya kakak yang SLG tempat aku tu pasal ni bagi mendapatkan kepastian.Dia gelak je bila aku baru tau pasal ni.Kan aku dah cakap aku kuno..haha

Kat sini aku nak share sikit info yang aku dapat dari google pasal line kuning tu or lebih dikenali sebagai 'Braille Block'.
Braille Block merupakan petunjuk yang terdapat di jalan-jalan, Mungkin kita tidak menyedari Braille ini..
Tetapi untuk orang buta, braille block ini sangat membantu mereka..

Braille pertama kali dikembangkan oleh Seiichi Miyake pada tahun 1965. Pertama kali diperkenalkan di sebuah jalan di kota Okayama, Jepun, pada tahun 1967 dan menyebar di Jepun dan kemudian dipakai oleh seluruh dunia.







tanpa kita sedari, Setiap kali kita naik lift, di setiap angka selalu ada titik2 yang aneh..
Itu bukanlah titik aneh melainkan Braille untuk membantu orang buta agar mengenal lantai yang ingin dituju.




Untuk mempermudah orang buta membaca maka dibuat buku khusus menggunakan braille.



Pembuatan buku ini boleh manual atau menggunakan mesin taip khusus braille











Sape kata orang buta tak boleh ade henfon.Siap ade iphone lagi tu..hehe..tak tau la kat malaysia ade ke tak.
Jam pon boleh direka khas untuk orang buta.Unik kan teknologi sekarang ni :) Tapi still tak boleh mengalahkan kuasa penciptaan Allah s.w.t :)




So lepas ni sape-sape yang nampak orang buta teraba-raba cari jalan then korang tarik lah dia ke line kuning yang disediakan.Bukan line kuning kat tengah jalan raya tu pulak..hehe



11 awesome comment's:

MéuzAngelo™ XXIII said...

apesal sume gmbr hilang? ade gmbr katak.. :(

Omar said...

Naper semua gambar jadi katak?

Nwx said...

mana gambar? ilang excited nk bc post ni..

amyra said...

setuju.. kuar gambar katak jer..

amyra said...

setuju.. kuar gambar katak jer..

♥NuR SyAFiQah♥ said...

eh?jadi katak ?
semalam ok jer..huhu

CIK FERRA AWW said...

bagus lah it helps them a lot.

RoslanPutra said...

ooo... ada guna gak rupanya.... selama ni pikir menda ni menyusahkan jer utk keta motor...

ZACK ENTRY said...

baru taw ada iphone untuk orang buta..^^,

ctk said...

baguslah org buta pon boley jalani idop cm manusia biasa :)

Siti Huraizah said...

Teknologi untuk orang buta ni memang dah lama dibangunkan. Malah, di Malaysia juga, orang butapun dah maju. Line kuning tu juga dikenali sebagai tectile. Mungkin masyarakat kurang mengambil tahu +kurang sifat ingin tahu +kurang membaca sebab tu ramai yang suka berjalan di atas line kuning sehingga ada yang tanpa segan-silu menyuruh orang buta ke tepi sebab dia nak lalu. Sedangkan line tu khas untuk orang buta.

Macam saya sendiripun buta. Tapi saya boleh access internet ni sendiri. Sekarang ni, laptop, lomputer, netbook, handset, IPhone semuanya orang buta boleh guna. Ops! Bukan special laptop or what so ever, bendanya sama je macam yang korang semua guna cuma tambah satu software yang dikenali sebagai JAWS atau window eyes atau NVDA yang berfungsi untuk membacakan apa saja yang appear di screen untuk visually impaired person macam saya. Jam tangan braillepun ada. Kalau untuk produk keluaran Apple dia orang built special software in their product. Cuba korang tengok dalam IPhone korang, tapi tak ingatlah dalam apa tempatnya. Software tu namanya voice over begitu juga dalam Ipad. Cuba korang aktifkan software tu, boleh baca apa yang appear kat screenkan? Itulah software yang orang buta guna bila mereka guna produk Apple.

Orang buta macam saya dah ramai yang berjawatan tinggi, belajar sampai Ijazah, master dan PHD malah ada yang jadi profesor selain daripada izin Allah, teknologi inilah yang banyak membantu kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...