Friday, September 30, 2011

Memasak cupcake dengan mudah dan sedap :)


Assalamualaikum


Hari ni kak ida yang praktikal ngan aku kat tabung haji tu last dia praktikal kat sana.Sedih la pulak sebab aku agak rapat ngan dia sepanjang aku praktikal kat situ.Yela sama2 praktikal kan :)
So aku ingat nak masak cupcake hasil air tangan aku sendiri sempena perpisahan dia ni.Lagipon dah lama teringin nak masak cupcake ni.

Setelah aku mintak resepi kat member aku fahimah.Semalam lepas maghrib tadi aku ajak mak aku pegi pasaraya beli bahan-bahan nak masak cupcake ni.Balik je rumah terus pegi dapur.Kakak aku bising je sebab dia kata buat ape susah-susah ko masak..beli jela..
Bagi aku..aku lagi suka masak sendiri daripada beli sebab bila aku masak ni aku rasa puas lagi-lagi kalau ade orang sudi makan masakan aku.Untung tau kawen ngan aku ni..hahaha promote diri jap -,-



sebelum dimasak


selepas dimasak..








haha nampak sedap ke tak??
biasa la baru belajar mesti ade kesilapan yg dibuat.Lepas ni nak belajar buat buttercream dia pulak.Wahh lama2 boleh bukak kedai cake ni..haha
Ade sape nak order??hehehe

Okey ni haa resepi cupcake yang aku guna.Senang and mudah je guna resepi ni

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 1/2 sudu soda bikarbonate
1/2 sudu baking powder

Bahan B
4 biji telur
1/2 sudu garam
2 cawan gula halus
1 cawan margerin
1 1/2 sudu vanilla
2 cawan air panas

Jom kita masak pulak :)

  1. Firstly campur kan semua bahan A dan ayak kan bahan tersebut
  2. Pukul gula dengan margerin sampai gebu macam mat gebu..hehe
  3. Masukkan bahan A sikit demi sikit.
  4. Selang seli kan dengan telur,air dan bahan A
  5. Letakkan garam dan vanilla
  6. Putar sampai gebu dan pastikan semua adunan diputar dengan rata.
  7. Last but not least sediakan cupcake korang yang cute mute tu and letakkan adunan kek 3/4 daripada muatan kek tu.Kalau penuh sangat nanti kek tu naik membuak-buak hingga ke ladang gandum..hahaha(iklan cococrunch kejap -,-)
  8. Masakkan cupcake tersebut dalam suhu 170 degre selama 20 minit.
okey kek sudah siap untuk dimakan...yummm :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...