Assalamualaikum
Aku rasa setiap orang dah tau effect kepada sape yang suka merokok ni hatta perokok sendiri pon.Siap dekat kotak rokok tu dah tampal gambar kesan negatif kepada perokok tegar ni.Tapi diorang hanya buat-buat tak nampak dan tak tau.Aku pon tak tau la ape la yang sedap sangat dengan rokok tu.Yang aku tau sekali hisap pasti nak lagi..ye dop??
Tapi kepada yang tak merokok tu aku nak ucapkan tahniah especially for guys la sebab perempuan jarang merokok.Tahniah kerana korang merupakan ciri-ciri bakal suami paling sesuai untuk dibuat laki..hehe..
Perempuan mana yang nak dengan laki perokok tegar.Tapi tak dinafikan ramai je pasangan suami isteri yang dah beranak pinak tapi suaminya perokok tegar.Tu dah jodoh kita tak boleh nak sangkal la kan.Nak dinasihat memang tak jalan la kan.Tak pasal-pasal nanti kakimu dibibir ku -,-
Entry aku ni bukan bertujuan nak kondem para perokok ni tetapi hanyalah untuk menyatakan ketidakpuasan hati aku kepada perokok2 ni.Merokok memang tersangatlah banyak kesan negatifnya berbanding positif.Eh ade jugak eh kesan positif merokok ni?Haa positif kepada pengusaha tembakau la kan..
Alhamdulillah setakat ni family aku pon semua tak merokok.Sebab tu aku amat tak suka kepada para perokok ni.Bukan benci tapi tak suka.Lain kan maksudnya.Nak kata benci tu macam tak sesuai sebab sape lah kite nak benci2 orang tak tentu pasal.Aku pon ade je kawan yang merokok.Nak nasihat takkan jalan punye.So aku harap satu hari diorang akan berhenti merokok ni demi menjaga alam sekitar dan kesihatan diorang jugak.
Kat sini aku nak share kan kesan-kesan buruk terhadap perokok tegar ni.So guys check it out!!
1. Selaput bawah mata dan katarak mata
Jangan anda benci kalau anda tidak boleh nyenyak tidur malam kerana merokok dan anda akan kelihatan tidak cukup tidur.
Menurut kajian John Hopkins perokok 4 kali lebih besar kemungkinan tidak boleh berehat dibandingkan yang tidak merokok.
Katarak adalah sejenis kerusakan mata yang menyebabkan lensa mata berselaput dan rabun. Lensa mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya, bervariasi sesuai tingkatannya dari sedikit sampai keburaman total dan menghalangi jalan cahaya.
Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak. Hati-hati, kawan, katarak boleh menyebabkan buta.
2. Kulit bersisik
Kulit bersisik boleh menimpa sesiapa sahaja termasuk yang tidak merokok. Tetapi resiko kulit bersisik amat tinggi bagi perokok.
Menurut sebuah kajian tahun 2007, jika anda mengisap satu bungkus rokok sehari selama 10 tahun atau kurang, risiko kulit bersisik meningkat 20%, 11-20 tahun risiko anda adalah 60% lebih tinggi, dan bagi mereka yang merokok lebih dari 20 tahun resiko meningkat 50 %,(malah kesan merokok semasa hamil atau masa kanak-kanak dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi.)
3. Gigi kuning
Apakah anda tida suka gigi yang putih? Kalau anda merokok sila ucapkan selamat tinggal buat gigi putih.
4. Penuaan awal dan berkedut
Pakar sepakat bahawa merokok mempercepat proses penuaan, sehingga perokok kelihatan 1,4 tahun lebih tua daripada kebanyakan bukan perokok.
Mengapa wajah berkedut? Merokok menghimpit kumpulan darah yang menjadikan jaringan kulit kelihatan kenyal.
5. Jari Kuning
Nikotin dalam asap rokok tidak hanya dapat membuat gigi anda (dan dinding rumah anda) coklat, tetapi juga membuat jari dan kuku anda kuning.
6. Rambut tipis
Selain kulit berkedut merokok juga merosakkan rambut anda . Menurut para pakar, kimia beracun dalam asap dapat merosakkan DNA pada folikel rambut dan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel.
Perokok memiliki rambut nipis yang cenderung gugur dan lebih cepat botak dari yang bukan perokok.
Menurut kajian di Taiwan tahun 2007 , lelaki perokok dua kali lebih cepat botak dari bukan perokok, disamping faktor genetik.
7. Bekas luka
Nikotin menyebabkan vasokonstriksi, penyempitan pembuluh darah yang dapat menghalang aliran darah kaya oksigen ke pembuluh darah di muka atau bahagian lain dari tubuh.
Ini bererti luka anda akan memakan waktu lebih lama untuk sembuh dan anda akan mempunyai parut luka yang lebih besar dan lebih merah daripada orang yang tidak merokok.
8. Gigi rosak
Merokok menempatkan anda pada risiko yang lebih besar untuk semua jenis masalah gigi, termasuk kanser mulut dan penyakit gusi.
Malah, menurut satu kajian di England tahun 2005 dalam Journal of Clinical Periodontology, perokok beresiko sehingga enam kali lebih besar dibanding bukan perokok untuk penyakit gusi, yang akan mengakibatkan hilangnya gigi.
9. Hilangnya aura semulajadi
Pernah perhatikan bagaimana kulit perokok 'kadang-kadang nampak seakan-akan mati? Satu kajian pada tahun 1985 datang dengan istilah Smoker's Face untuk menggambarkan karakter wajah tertentu, seperti berkedut, dan penampilan kulit kering, yang disebabkan oleh merokok.
Asap rokok mengandung karbon monoksida, yang menggantikan oksigen pada kulit anda, dan nikotin, yang mengurangi aliran darah, meninggalkan kulit kering dan berubah warna. Merokok juga menghabiskan banyak nutrion, termasuk vitamin C, yang membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit.
10. Penyembuhan luka lama
Pakar menemui kesimpulan bahawa perokok memerlukan masa lebih lama untuk sembuh selepas pembedahan atau rawatan seperti face-lift, ekstraksi gigi, dan prosedur periodontal.
See semuanya negatif kan.So kepada para pembaca blog aku ni yang tengah merokok,baru mencuba merokok ni or rokok tu dah jadi teman sejati segeralah berhenti or kurangkan merokok usaha paling minimum la demi maslahat sejagat..hehe
p/s: bakal suami aku mestila seorang yang bebas dari rokok!
KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!
sumber
1 awesome comment's:
banyaknya kesan negatif rokok nie kan..
Post a Comment