Thursday, January 6, 2011

Ana Raffali menanyi untuk membantu keluarga




Dilahirkan daripada keluarga yang sederhana, pemilik suara merdu ini tidak pernah berasa menyesal malah menguatkan semangatnya untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impiannya untuk membantu keluarga tercinta. Memulakan perjalanan seninya secara perlahan-lahan dengan menggubah lagu sendiri lalu memuat turun nyanyiannya ke dalam laman youtube, tidak disangka rezekinya bermula daripada situ.

Muzik menepati jiwa Ana


Walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang formal berkaitan dengan muzik namun penyanyi yang lebih mesra dipanggil Ana ini tidak menjadikan ia sebagai satu masalah. Graduan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini tidak menafi kan bahawa semua ahli keluarganya amat meminati muzik maka tidak mustahil Ana pandai bermain gitar dan menyanyi secara sendiri. Hobinya yang suka menggubah lagu dan mendendangkannya kepada kawan-kawan atau pun kadang kala melalui persembahan secara percuma, membawa tuah untuknya apabila disunting oleh Aidit Alfian sehingga menjadi popular sekarang ini.

Perkembagan terbaru.


Sekarang ini, Ana boleh berasa lega apabila sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Ana Raffali Muzik Enterprise dan masih lagi dalam proses membina studio fotografi miliknya untuk kemudahan. Selain itu, Ana yang popular dengan lagu Hujan di Kuala Lumpur sedang rancak mempromosikan single terbarunya bersama Sohaimi Meor Hassan, Kalau Berpacaran selepas pelancaran album pertamanya, Ketika Aku Kecil. Seperti mana artis lain, Ana tidak terkecuali meminati bidang lakonan sebagai kerjaya seterusnya tetapi Ana lebih gemar berlakon teater. Jika diberi peluang dan mendapat tawaran yang bersesuaian tidak dinafi kan kemungkinan Ana akan menerimanya.





psstt: suara die memang mantop ahh..dahla ayu ngan bju kebaya n kurung die tu..i loikee ^_^





7 awesome comment's:

Cik Kira said...

wahhh best dpat tolong family :D

MéuzAngelo™ XXIII said...

dia mmg boleh berlakon.. tgk la video klip lagu dia.. boleh tahan la.. lame2 nnt sure mantop.. hehe

Woofer Storm said...

jom nyanyi2 bantu sy..ahahaaa

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Cik Kira

hurm..tu la :)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@MéuzAngelo™ XXIII

tunggu je cerita dr die..hehe

♥NuR SyAFiQah♥ said...

@Woofer Storm

hehe..nk bantu awk cmne tu

k-artz chasez said...

wah ana rafalli is teslians and we as teslians so proud with her,, sudi follow la blik http://khaiartzfar.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...