Thursday, August 11, 2011

Ashraf Haziq cedera akibat rusuhan di london



Assalamualaikum


Baru-baru ni ade rusuhan kat london kan so salah sorang mangsanye orang Malaysia jugak iaitu Ashraf Haziq.Dia dah jadi famous woo sekarang.Walaupun gigi dia dah patah tapi dah ade orang nak sponsor macam-macam kat dia.Siap syarikat sony nak sponsor balik PSP dia yang kena curik tu.Best woo tapi mesti dia rasa trauma dengan ape yang terjadi kat dia.


Orang putih sendiri yang back up Ashraf ni.Dorang maybe rasa malu atas ape yang terjadi kat negara dorang so nak tolong ape yang mampu la tu.Baguslah camtu.Siap buat tumblr ngan page khas untuk Ashraf ni..bangga siot kalau aku yang kena..haha




Tetapi hari ini,pelajar berkenaan telah selamat dibedah dan menurutnya:-
“Orang kata saya turut ditikam, tapi mujur tak kena. Saya tak nampak pisau, tapi orang di flat berdekatan memberitahu kelompok perusuh itu bersenjatakan pisau”
Muhammed Asyraf Haziq Rossli turut menceritakan bagaimana kejadian sebenar berlaku:-
“Saya sedang mengayuh basikal ketika itu dan memang tak boleh buat apa-apa kerana mereka ramai, (ketika dikerumuni) ada yang seluk belakang baju sejuk berhud yang saya pakai dan ada ambil telefon.
“Mereka juga tarik basikal yang saya tunggang menyebabkan saya jatuh dan mulut berdarah. Masa jatuh itulah saya rasa rahang saya sudah patah dan mereka semua lari apabila nampak saya berdarah,” katanya lagi.
Asyraf yang berada di Royal London Hospital mendapat kunjungan daripada wakil Kelab Umno London kelmarin.Turut hadir ke hospital berkenaan adalah Dr Mukhriz.
Syukur kerana belajar berkenaan selamat dan perkara ini telah merisaukan ibubapa pelajar di Malaysia dan kita harapkan para pelajar Malaysia yang menuntut di England agak tidak menghampiri kawasan rusuhan dan sentiasa berjaga-jaga serta menjaga keselamatan antara satu sama lain.


~untunglah~








8 awesome comment's:

Fitrihadi said...

wah bagus ar SONY nak ganti balik PSP dia tu.. moga dia tabah hadapi dugaan ni...

TeQah Khaire said...

sape dier nih?

kalau aku jd dier aku nak psp paling canggih..haha

mynameismy said...

kesian giler kan. tak bek la doang tu buat die gitu isk

sumaiyah mokhtar said...

huhhhhh nasib baik tk di bunuhnye rakyat malaysia, bahaya betul.

syAzAnA said...

kesian dia kannn. ttbe bolej jadi pemes kat london n mesia. hehe.


eh, syaz folow kamu. tertarik dgn header.

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


ada tgk news pasal rusuhan ni dlm npaper hari ni...dahsyat jugak, siap kene rompak lg n gejala kecurian berleluasa..

SELAMAT BERPUASA

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Ain Zulaikha said...

untung mmg untung tapi harap mmg tak jadi lah kat kita ni kan, huhuhu takut gak...

Far8 budak baik said...

tu ar kan..
kesian dy..
tak bersalah pun..huh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...