Tuesday, November 30, 2010

Tanda-tanda awal kiamat sudah muncul



Assalamualaikum para blogger yang tengah baca blog ni.
Seperti yang korang belajar time sekolah dulu tanda2 akhir kiamat ni seperti :-


  • Lahirnya dajjal
  • keluar asap tebal
  • turunnya nabi Isa
  • kemunculan imam al mahdi
  • matahari terbit daripada barat
  • keluarnya yakjuj dan makjuj
  • 3 kali gempa bumi di barat,timur dan semenanjung Arab
  • runtuhnya ka'bah
  • ada azan yang tak dijawab
  • Al quran diangkat dengan perkara yang baik

Yang ni pulak antara contoh tanda2 awal kiamat

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalel
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Ekceli banyak lagi tanda-tanda awal ni tapi aku nak tekan kan kat sini banyak dusta or fitnah yang berleluasa.
Seperti yang korang selalu dengar kat berita2 tentang fitnah sana sini.Aku bagi contoh yang paling latest la iaitu fitnah atas Permaisuri Aishah yang difitnah ade scandal ngan Unkel Seekers tu.Kita pon tak tau berita tu benar or tak.Sebenarnye banyak lagi yang aku nak cakap ni tapi aku tau aku bukan orang yang layak nak gitau semua ni.Tapi sekurang-kurangnye kita hendaklah sentiasa memperingatkan diri kita bahawa hari qiamat semakin dekat.Aku ngaku amalan aku pon tak banyak mana nak bandingkan dengan dosa yang aku buat..huhu rasa diri ni kerdil je -,-

Aku harap kita boleh ambil sikit masa yang ada untuk muhasabah sikit diri kita yang selama ni leka ngan dunia..ish3 aku ni cakap je lebih =,=

Okey..renung-renungkan..selamat beramal ^_^













0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...