Monday, March 5, 2012

Pengalaman pertama belajar memandu kereta




Assalamualaikum


Sebenarnya dah lama aku nak belajar drive kereta ni tapi selalu tak berkesempatan je.So pagi tadi aku ajak member aku ajar aku drive setelah sekian lama aku mengatakan hasrat aku nak belajar dengan dia..hehe
Nasib kancil je senang sikit.First belajar drive ni.Dalam hati cuak gak sebab ni kereta orang kan.Takut gak kalau jadi pape hal.

So member aku ajar yang paling basic dulu iaitu main clush,brek,gear and minyak.Perghh memang berdebar jugak la bila duduk kat seat pemandu tu.Tapi kena beranikan diri jugak drive ni.Kalau tak sampai mati pon tak reti2 nak drive.Jeles je tengok orang lain drive kita hanya mampu jadi penumpang je -,-

Rupanya memang susah nak main clush ni.Aku memang fail kat clush je.Asyik mati jer enjin.Tadi pon member aku just ajar kedepan kebelakang..hehe takat tu je boleh.Tu pon aku dah tak sabar nak keluar dari kereta tu..hehe..Tapi lama kelamaan best jugak drive ni.Rasa nak pergi lagi jauh..hehe

Lepas ni member aku nak ajar kat kawasan lapang sikit,takdela cuak sangat kereta takde.Aku plan nak amek lesen lepas diploma ni.Nanti nak keje senang sikit :)

Setelah lebih kurang setengah jam belajar aku dapat simpulkan bahawa drive manual ni kena pandai main clush.Kalau tak memang terbang la kereta korang tu..hehe.Lepas habes drive tu aku rasa kaki aku ni lenguh semacam jer,memang camtu eh??Patutlah ayah aku cakap drive manual ni penat lagi2 time jammed.Ok aku baru paham perasaan orang drive ni :)

So pengalaman korang first time belajar memandu macam mane??mestila lebih baik dari aku kan..





0 awesome comment's:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...