Showing posts with label betul ke. Show all posts
Showing posts with label betul ke. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Pasukan bolasepak Malaysia setaraf pemain luar negara??


Assalamualaikum

Semalam pasukan bola sepak Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara bila menang dengan Taiwan.Kalau korang perasan la sejak kebelakangan ni pasukan bolasepak negara semakin lama semakin menunjukkan taringnye.Dulu sikit pon orang tak pandang dengan pemain bola sepak negara kita ni.Sikit-sikit Man U la,Chelsea la dan sebagainya la.Pasukan Malaysia pandang sebelah mata jer.Yang aku kenal pon aidil zafuan ngan aidil zaquan sebab diorang hensem..hik3

Tapi semenjak dua menjak ni pasukan bola sepak negara memang feymes la nak kata sampai kisah peribadi diorang pon terbongkar.Dengan awek and isteri diorang tumpang feymes sekali..hihi
Sape tak kenal Khairul Fahmi..Safee Sali..cakap sape yg tak kenal sah duduk dalam gua ni.Nak kata duduk bawah tempurung tak muat la pulak kan..hihi..Adik aku siap pesan kat ayah aku 'Ayah tutup jela astro ESPN..jarang dah tengok sekarang lagipon pasukan bola sepak Malaysia pon dah semakin mantap.Sedap sikit nak tengok' Amboii pandai diorang memilih yer..hehe

Pape pon aku tumpang gembira la atas kecemerlangan diorang semua ni yang telah menaikkan nama Malaysia..tak ke bangga namanye tu..hihi

ok bai ;)












Wednesday, June 15, 2011

Amaran ANONYMOUS untuk kerajaan







Assalamualaikum


Wauu Malaysia kini menjadi hot dek si hacker yg bernama ANONYMOUS.Aku sebenarnye pon baru tau je pasal kes ni sebab semalam tido awal la.Tak sempat nak BW.Setakat ni apa yang aku paham la start kelmarin kerajaan ni terlebih rajin mengBLOCK beberapa website file sharing yang sememangnye famous dikalangan pengdownload2 dan pengupload2 tegar di malaysia ni.Aku pon termasuk sekali la..hehe

Apa yang aku tau la kan punca diorang block2 kejadah ni gara-gara stesen televisyen kat malaysia ni rugi dari segi pengiklanan sebab orang ramai sekarang ni lebih berminat mengdownload movie2 terbaru di website2 berkaitan berbanding membeli cd samada ori or cetak rompak.Hal ni memang aku tak nafikan sebab aku rasa dah lama aku tak beli cd,aku lebih banyak mendownload movie2 yg terbaru.Aku rasa ramai orang berpendapat macam ni gak kan??Sebab yang lain aku tak berapa sure sangat kenapa diorang nak block..

So akibat perbuatan kerajaan yang memblock beberapa website famous ni adela pihak yang tak puas hati dengan tindakan kerajaan ni.So dengan kelebihan bijak IT yang diorang ade so diorang hantar amaran kepada kerajaan yang diorang akan block website www.malaysia.gov.my dan dinamakan sebagai OPERATION MALAYSIA.Macam sedap je kan bunyiknye..haha..macam gambar kat atas tulis diorang akan hack website kerajaan tu pagi ni pukul 3.30 a.m.So semua programmer kat Malaysia ni mesti tak tidur malam ni dok jaga website tu.Amek ko kan dah terhantuk baru terngadah.Betul ke tak peribahasa aku ni ;)

Baru tadi website tour malaysia kena hack then diorang buat gimik kata website politeknik mangsa seterusnye sedangkan takde pon.Maybe diorang akan buat tapi tak tau biler.Jangan diorang takde keje hack website uitm sudah.Kang aku gak yang merana..hahah

yang ni antara website yang diblock oleh kerajaan setakat ni


Yang ramai tak puas hatinye kenapa la kerajaan tak block website2 lucah bagai tu.Berlambak kot video lucah kat internet ni..ape nak jadi la~

So sape nak kenal2 ngan hacker yang tengah hangat di malaysia ni boleh la like page diorang okeh..dah macam artis diorang ni..



Dan jom like page ni ramai2 sebagai tanda kita membantah kerajaan block website2 yang tak bersalah  ni


Oh Media pon tak ketinggalan buat liputan pasal kes ni.Mana taknye sampai masuk berita kat t.v malam tadi.Aku jer yang tak tengok berita tadi..hehe


sama-samalh kita tunggu dan lihat pagi nanti apa yang bakal terjadi dengan website kerajaan dan semestinya aku takkan ketinggalan untuk update esok..yehaa ;)..tadi aku try bukak video yang anonymous upload kat utube tapi die dah delete -,-




kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ;)










Saturday, June 4, 2011

Jayesslee artis youtube suara kalah Najwalatiff







Assalamualaikum..


Korang kenal tak ngan salah sorang artis youtube tapi kali ni bukan kat Malaysia tapi kat omputeh sane nun..jeng..jeng..jeng tak lain tak bukan semestinye JAYESSLEE.
Aku dah kenal dorang lama dah,cehh bajet macam sedara je kan..Aku tau blogger kat Malaysia ni confem punye ramai dah kenal dorang.Dorang pemes kot sampai ade buat concert tu.Jadi artis youtube pon boleh buat concert kan..hehe

Jayesslee ni terdiri daripada sepasang kembar yang lahir dan menetap di Sydney tapi parents dorang asal Korea.Patutla muka ade iras2 korea.Dorang memang influent giler english.Tak macam korea langsung..yela keluar2 dari perut mak die terus dengar doktor tu speaking..'hye..you got twin cutie daughter!!..kan2..so nak anak terer cakap omputeh time lahir tu terus la speaking ngan die okeh..try dulu kalo jadi habaq mai kat aku..hehe..Sorang tu nama die Sonia sorang lagi Janice.Muka memang sejibik,memang boleh tukar orang time nak jawab exam nanti..haha

Dorang ni ade cover lagu orang tau,yang paling aku suke lagu cover tajuk officially missing you nyanyian asal tamia.
Boleh terlentuk dengar suara dorang tu,,haha

Then baru2 ni dorang ade buat vlog untuk jawab beberapa soalan yg dorang dapat dari peminat dorang.Korang layan je vlog ni,aku ingat nak upload dalam entri ni tapi apelah nasib bukak fb pon lembab tahap cipan ni apela lagi upload video..tahap babun agaknye..grrrr
So sape nak tau lebih lanjut pasal diorang boleh ushar vlog ni..sumpah yang lelaki tak tido malam la jawabnye tengok kecomelan diorang..hahaha

Jom ramai2 like page dorang ;)











Maharaja Lawak malam ni sumpah tak best!!

















Friday, June 3, 2011

Paris Hilton masuk islam??





Paris Hilton telah masuk islam,perkara ini disahkan oleh Ian Brinkham iaitu jurucakap Paris pada CBS News.

“Dia memikirkan hal tersebut sejak lama dulu dan ketika ia dipenjara di Pemulihan Penahanan Century Regional pada tahun 2007, ia telah menemui beberapa orang yang memeluk islam ” Ujar Brinkham.

Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah memutuskan untuk menghindari kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas dan berfoya-foya.

Ketika bercakap dari pusat  Islam di Jeddah, ia berkata: “Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenal sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah.. “

Hilton akan  kembali ke Los Angeles minggu depan untuk mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang glamour itu.

“Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yg wajib dianuti. dan saya akan menyebarkan ayat ayat Al-Quran kepada semua orang, “kata Paris Hilton bersemangat.

Paris Hilton juga akan mengubah namanya menjadi ‘Tahirah’. sebuah kata dalam bahasa Arab yang bererti’murni, atau suci’.

Sekolah Islamnya akan dimulai pada bulan Julai akan datang dan pastinya akan terpaksa mencuri tumpuan artis Hollywood lain. 



Sumber : Paris Hilton Sah Peluk Islam? | Segalanya Disini. . . 










dari liar bertukar suci ;)












Wednesday, May 11, 2011

Melangkah ke alam pekerjaan ;)



Assalamualaikum


Hye korankkk.Ehh tak nak lah buat gaya ni nanti ade orang kutuk..haha..
Aku baru je balik dari Giant tadi shopping sikit.Bukan beli banyak sangat pon.No money la.Ni pon pinjam duit adik aku afiq.Die kaya woo semenjak eksiden ni banyak die dapat duit.So dengan muka tak tau malu mintak duit kat die.Tapi pinjam je la..hehe

Macam esok nak raya je shopping sakan ni.Bukan raya tau tapi esok aku start praktikal.Wahh terkjut tak??Ciss aku syok sendiri je rupenye -,-
Ekceli time aku sedap2 tidor tibe2 mak aku kejut aku sambil kecoh2 cakap ' ika,tabung haji panggil esok kerja kat sana.Setuju tak?'
Aku memang still mamai lagi then mak aku cakap ' ala setuju jer ' aku pon ye kan jela..then sambung tidor balik tak lama tu baru tersedar 100%
Ehh ape yang berlaku tadi??Aku start kerja esok??OMG taknak!!!Ekceli aku start praktikal 1/6 tapi tibe2 je die suruh datang awal -,-
Nak buat camne terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tak leh nak nak undur dah.Ini bermakna start esok aku kena bangun awal!!!Tak nak!!!

Bukan pukul 7 macam aku selalu buat kat kolej tu tapi pukul 6 pagi dowhh.Yela aku kerja kat ampang sana tu.Jauh woo then nasib la pagi esok bapak aku yang hantar aku,kire bapak aku mintak masuk pejabat lambat sikit.Then hari selepas2 nye aku kena pegi sendiri!!
Naik lrt dari sentul then turun kl sentral.Kena pulak tukar lrt ke ampang.Ini sangat menyusahkan!!
Nak buat macam mana kan terima la seadanya.Maybe ni rezeki aku dapat masuk kat tabung haji ni.Kakak aku yang dah interview pon tak lepas2,walopon aku just praktikal je kat sana tapi kalo ade rezeki maybe die serap aku nak keja nanti ke kan,,hehehe..

Aku pon tak tau ape yang bakal terjadi esok.Adakah akan terjadinye peristiwa yg seronok or memalukan.Wait and see saje la.Ni first time aku melangkah ke alam pekerjaan.Bukan syarikat kecik woo..tabung haji kot yang ade bangunan besar tu.Harap2 aku akan mendapat ramai kawan baru disana walopon aku rasa aku yang paling muda kat sana.Cehh perasan siot.Sebab aku rasa tak ramai student diploma yg ade praktikal.Ramai yang degree la tak silap aku..huhu

Okey mak ngan ayah aku dah bising suruh tido skang,Esok kena bangun pukul 6 pagi okeh!!
Dah la aku sememangnye seorang anak dara yang amat susah bangun tido..har har har..
Nanti aku hupdate entry malam esok yea,kalo aku ade mood la..heh

bye korang ;)
wish me luck ^_^











Saturday, May 7, 2011

Haram sambut Mother's Day??



Assalamualaikum


Esok mesti ramai yang dah plan nak celebrate Mother's Day bersama ibu yang tercinta kan termasuklah aku sekali..hehe..Semalam aku ade terbaca 1 artikel dari facebook tentang hari ibu ni.Agak memeranjatkan sebab selama ni aku memang tak pernah dengar pasal artikel ni.So tak salah kan nak share benda baik ngan korang.Ce bace..ce bace.. ;)

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

P/S Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah.













Tuesday, May 3, 2011

Santai petang



Assalamualaikum..


Kl tiap2 hari hujan eh.Kalo kat dungun panas sangat.Terbalik kah??
Mak aku kata cuaca memang dah tak menentu skang,dunia kan nak kiamat -,-


Selalunye petang2 cenggini kat uitm kalo bukan hujung minggu selalunye ade class.Kalo takde class maybe online macam biase or tido!!Tapi kalo hujung minggu petang2 camni aku akan layan movie.Tak pon lepak2 kat bilik member.Cehh tak habis2 nak bandingkan kat umah and kat campus.


Ohh yaa tadi member aku bagitau yang member aku time sekolah menengah dulu dah selamat melahirkan seorang puteri baru2 ni.Waa bestnye dah dapat anak sendiri ;)
Aku lambat lagi kot..hahaha


So aku dah jadi mak cik la kan? ehh tak nak la macam tua je biler ade gelaran mak cik tu..hehe
Pape pon congrats tu zukhruful aina and her husband.Mesti comel anak diorang tu sebab zu tu pon cantik ;)


#okbai





Monday, April 18, 2011

Kasut yang paling mahal didunia..










Petang-petang ni aku malas giler nak bukak buku.Kalo study pon of cos tak masuk sebab otak tengah blur2..haha(ekceli sume tu alasan je -,-)
Then tadi BW kejap and terjumpe la 1 artikel ni.Tak salah kan kalo aku nak share ngan korang sume.


Cantik tak kasut kat atas tu.Agak2 korang berapa riban la aharga die kan.Plus ngan bling2 kat kasut tu.Nampak je simple tapi ngko harga die beriban kot.Harga die kalo di indon Rp 1,97 miliar,tak sure la kalo convert ke malaysia dalam berapa juta.Agak membazir la bagi aku smata-mata sepasang kasut dengan harga cenggitu.Gigit jari jela jawabnye -,-


Nak tau lebih lanjut boleh pegi ke blog ni :)







Friday, April 8, 2011

Tujuan word verification dibuat adalah untuk...



Assalamualaikum..


Time aku menulis ni orang tengah solat jumaat lagi lainla ade yang tengah monteng kan :)


Ekceli aku baru je lepas menjawab test far 260 pagi tadi.Agak malu sebab kitorang pegi lepak class budak cs.Mana la kitorang tau sebab miss bagitau class kat 8C so pegi la masuk awal2 lagi.Dengan yakinnya kitorang bagitau diorang yg tu class kitorang.Rupenye miss suruh tukar class last minute sebab diorang lagi ramai,so dengan muka tebalnya keluar class and berdepan ngan bebudak tu tanpa rasa bersalah tapi MALU yg amat sangat -,-


Emm korang perasan tak kalo nak sign up email or pape jela mesti kene ade WORD VERIFICATION kan??Ala yang suruh letak huruf kadang2 ade nombor sekali tu.Huruf tu pulak die bagi dlam bentuk yang agak susah nak baca.Kena perhati betul2 baru jelas.Aku memang tak tau la ape motif die suruh buat cenggitu.Yela kite bukan masuk password tapi huruf je.Macam buang masa pon ade -,-


Sampai la baru2 ni aku nak sign up PHOTOBUCKET then time nak letak word verification tu die keluar ayat cenggini 






Rupe-rupenye tujuan die nak detect yang kite ni bukan robot..haha baru aku tau ^_^
Memang gelak terguling2 la time kuar ayat tu.Ape die ingat robot tak reti baca huruf ke.Robot pon belajar tadika ape..hahaha *tipu je*


okey2 nak out dulu.Nak solat then buat esaimen ais 310.Korang dah solat belum?? :)


bye








Thursday, April 7, 2011

Rupa sebenar anime PIKACHU




Tau tak pikachu bukan rekaan semata-mata.Jom layan rupa sebenar pikachu :)







jeng..
jeng..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
>>>

heheheeh...same kan ;)

sumber OMG







Friday, April 1, 2011

Kisah manusia yang tidak diterima bumi


Assalamualaikum..


Salam jumaat semua.Kepada yang bergelar lelaki tu sila-sila lah jejakkan kaki anda dimasjid yg berdekatan okeh :)


Hari ni aku nak share something ngan korang.Aku bw kt blogger ni and terjumpa 1 artikel yg first time aku dengar.Mesti kata aku ni malas baca buku kan tu ygtak tau pasal sejarah2 lama ni -,- *ok aku ngaku*


Artikel yg aku nak share ni mengisahkan seorang manusia yang mati tidak diterima bumi.Nama nya Mustapha Kamal Ataturk.Kenal tak??
Meh kita baca kisah disebalik kejadian yang menimpa dirinya...




takde keje ke si najib tu bertafakur kat makam kamal ataturk



Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"


Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Wallahua'lam. Benar ataupun tidak....sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui kebenarannya. Seeloknya kita mengambil iktibar dari kisah ini.



credit to zul







Friday, March 25, 2011

Cik epal blogger berani mati




Hye korang..
Mesti korang kenal kan ngan trademark sorang blogger cun ni kan.Ape??tak kenal..ish nak kene pelempang laju-laju ni..haha
Sape lagi kalo bukan cik epal.Ni memang nak kene pelempang dabel kalo x kenal.Ekceli nak kata aku ni pembaca blog tegar die pon tak gak sebab kadang2 je aku baca especeli pasal gosip antara blogger ke or sape2 jela..haha..aku suke berita gosip2 nih -,-


Aku bukan nak cakap ape pasal cik epal ni sebab aku rasa ramai dah kot yang kenal die.So memang membazir air liur je membebel kat sini(bukan menaip ke aku ni -,-)..Satu je aku nak cakap pasal die ni..satu je..janji2!!


Die punye entry memang banyak yang berani mati punyer!!
Memang tabik spring gak kat die ni sebab die ni style kalo xsuke someone tu terus tulis direct plus bubuh pic lak tu.Perghh memang sodap ahh..
Secara automatik boleh jadi femes korang.Nak femes secara free??Senang je..pegi lah cari gaduh ngan cik epal of cos tak lama tu korang jadi femes biler muke korang melekat kat blog comel die tu..hehe


Bukan semua berani buat cenggitu.Aku nak mention kat someone pon berape kali menaip backspace.Takut kang tak pasal ade yang kene saman nanti..haha
Antara entry terbaru die yang memang berani mati ialah ni.Free je ex die tu pemes kan??dengan2 awek baru die pemes sekali..muahaha


Last but not least aku pelik gak ngan style tudung cik epal ni..hehe
Tak penah dibuat dek orang..hahaha..jangan marah cik epal..just kidding :)








Friday, March 11, 2011

Ayah..tu orang miskin -,-


Hello..
Dah lunch?Aku dah :)


Agak geram ngan menu arini.Baru je amek sambal belacan sikit die caj 30 sen.Ahh mahal giler.Kalo aku tau la die charge memang aku takkan amek dah -,- Sabo jela







Teringat kisah lawak semalam time tunggu nak balik kolej.Kejadian ni berlaku depan 7E.Aku ngan beberapa member aku duduk la depan 7E,bukan duduk mencangkung pon okey.Adela tempat tinggi sikit untuk kitorang duduk.Memang sampai naik pening la aku dok situ sebab dok pandang orang yang lalu lalang kat situ.Nama pon kaki lima kan..hehe


Tak lama tu ade sebuah kete berenti kat depan 7E tu.Keluarlah sorang budak laki comel dalam umur lingkungan 5-6 tahun.Die dok ushar la kitorang tak berkelip.Mule perasan la sikit budget comel ade orang ushar,haha.Aku memang perhati je budak ni sebab aku dapat rasakan pandangan die kat kitorang lain macam je.Then dengan yakinnya die cakap ngan bapak die sambil tangan die tunjuk arah kitorang "Ayah..tu orang miskin" hahah wadefak punyer budak la..haha aku memang gelak tak berenti la biler budak tu cakap camtu.Ade ke die cakap kitorang ni orang miskin.Hello aku ade kad bank,ko budak kecik hado??hahaha


Aku citer la kat member aku yang lain then sume pakat gelak ramai2 sebab diorang tak perasan budak ni.Budak tu memang takde perasaan besalah betul cakap camtu,ayah die ade gak marah die cakap camtu.Padan muke ko budak -,-
Tapi ade betul gak budak tu cakap camtu.Yela dah nama pon budak mesti die cakap berdasarkan ape yang diorang nampak tanpa pikir pape.Kitorang pon duduk depan 7E macam mintak sedekah kan..just pakai baju comel then takde la tadah2 tangan mintak duit.Pengemis kan style duduk tepi kaki lima sambil tadah tangan.So pengajarannye jangan la duduk kat tepi kaki lima kang tak pasal kena cop orang miskin..hahaha


lawak la sangat kan -,-






Pergi pasar malam dengan bas free



Assalamualaikum..




Aku baru tahu yang uitm ade sediakan bas untuk pergi ke pasar malam!!Memang duduk bawak tempurung la aku ni.Kalo aku tak pegi pasar malam ngan diorang semalam memang sampai biler2 pon aku tak tahu..haha..sangat menjimatkan naik bas ni.Jimat 1.50..hehe..free of charge je tau naik bas ni.Walopon sampai lambat sikit sebab die ikut jalan jauh tapi amat berbaloi..hehe


So sape2 student uitm dungun yang tak tahu lagi aku just nak inform yang kalo korang nak naik free pegi bandar tapi yang aku tau skang just hari khamis jela.Hari lain tak tahu lak.Korang just kena tunggu kat tepi ATM bank islam dalam lepas asar gitu.Elok2 la pegi solat dulu before jenjalan tu..hehe


Then kalo nak balik pon die hantarkan.Tapi kena cepat la.First come first serve.Time nak balik tu tunggu kat depan pok eng teng dalam pukul 7.50 bas datang la.Tu mengikut ape yang aku nampak.Kalo salah tu harap maaf la yer..hehe




wah..uitm ku makin maju larh :)








Semua itu fitnah rupanya..



Assalamualaikum..
Morning all..
Pagi ni kat campus aku ade buat aktiviti BIGWALK.Menurut sumber yang dipercayai tu merupakan aktiviti riadah yang dianjurkan oleh uitm dungun.Memang bagus la diorang ni buat aktiviti camni.Tak nak bagi student tido lepas subuh la tu..haha.tapi aku tak pegi pon sebab malas nak kuar pagi2 ni.Sejukk..haha*alasan je tu*







Rupanya hal yang tengah kecoh kat campus dungun aku ni VC pon dah tau.Wah memang cepat betul tersebar.Then malam semalam TP buat meeting tergempar ngan student kolej redang sebab redang la paling gempak citer nye.Standard la kan pompuan kuat bergossip -,-


Rupanya selama ni khabar angin je.Pergh memang tiptop la campus aku ni punye student.Khabar angin memang laju je masuk tapi kalo study tu lambat lak nak masuk..haha.TP dah jelaskan sume yang pasal saman mengarut contohnye sehelai rambut jumpe kat bilik RM50,spender kena lipat elok2,takleh ade gambar langsung ngan laki hatta pic ngan family.Kalo tak kena saman..and macam2 lagi la and banyak gak yang tak logik.Aku pon just caya 50-50 je..huhu


Yang sume tu memang ngarut tapi sape yang tak bayar letrik and bawak bende haram memang sah2 kena saman.Tinggi lak kena charge tu..huhu
Yang lawaknye TP cakap yang kalo ade orang buat spotcek selain RS ngan TP jerit kuat2..haha memang lawak.Macam kena rogol je kan :)
Ade orang cakap sebalik kejadian ni ade orang nak sabotaj TP.Sebab khabar angin ni bagitau yang TP yang arahkan buat spotcek pelik2 ni.Wallahualam la kan.Yang benar pasti benar yang salah pasti salah.Then aku terpikir sejenak..tanda2 akhir zaman antaranya FITNAH berleluasa.Contonhye macam ni la.Semua ni fitnah je kot.Sape yang lemah iman and mudah terpedaya je akan senang tertipu termasuklah aku yang cepat percaya ni -,-
Harap2 la lepas ni campus aku kembali harmoni tanpa sebarang khabar angin yang berleluasa.Dari cerita yang sikit ditokok tambah sampai jadi besar,contonhye la ade eksiden kereta langgar motor.Then ade orang tokok tambah kereta langgar motor tu sampai masuk gaung.Then ade orang tambah lagi kereta langgar motor then kereta tu sekali masuk gaung.See biler cerita ditokok tambah macam2 ni la jadi nye.So lepas ni harap kita semua terlindung dari semua fitnah2 ni :)









Thursday, March 10, 2011

Super Junior cakap arab!!



Hye korang..
Minat korea tak?
Sape artis yang korang minat?
Wondergirl?Girl Generation?SS501?or..super junior??hehe


Ape ingat diorang pandai cakap korea je ke.Arab pon pandai tau..tak caya??
Usha video ni.Jom tengok super junior cakap arab..memang cute gilak ahh diorang ni and aku respect diorang rajin belajar bahasa orang :)







See..comel kan??hehe
kalo gini aku pon nak belajar arab balik la.Dah lama tinggal sejak masuk u ni..hehe




sumber fitrihadi











Wednesday, March 9, 2011

Marshanda nak kahwin aku biler lagi??



TIGA tahun menyulam cinta, sudah cukup buat aktres sinetron popular Indonesia, Marshanda mengambil keputusan berkahwin pada usia muda dengan kekasihnya, Ben Kasyafani. Malah, pasangan sejoli itu khabarnya akan bernikah pada April ini.
Mesra dengan panggilan Chacha, gadis yang baru berusia 22 tahun itu berkata tarikh tepat untuk majlis ijab kabul antaranya dan Ben hingga kini masih belum diputuskan. Ini kerana mereka berdua sibuk dengan karier lakonan masing-masing.



"Namun tidak dinafikan kami sudah membuat perancangan untuk majlis pernikahan ini. Bagaimanapun, sehingga kini kami belum mendapatkan tarikh yang sesuai.

"Justeru, kami tidak boleh membuat pengumuman lagi hingga keputusan muktamad dibuat.



"Apapun, keluarga Ben memang sudah melamar saya. Bahkan, kami berdua juga secara jujurnya kini bersiap sedia untuk bergelar suami isteri. Cuma, tarikh pernikahan belum diperoleh dan kemungkinan besar majlisnya berlangsung tahun ini juga.


"Bertepatan dengan kehendak agama, mengapa perkara yang baik seperti ini (perkahwinan) hendak ditangguhkan lama-lama.

"Saya juga berharap apa yang kami hajatkan untuk melayari kehidupan bersama akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

"Saya tidak bimbang bergelar isteri pada usia muda kerana sudah bersedia dan hubungan kami pun direstui keluarga.

"Ben juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan semestinya ia tiada paksaan atau kami terburu-buru.

"Kami juga memilih majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Majlisnya tidak mahu terlalu mewah dan ikut kemampuan. Bagi kami, yang paling utama majlis akad nikahnya," kata Marshanda ditemui media Indonesia di Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Bintang sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang kini disiarkan TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang itu beraksi di samping bekas kekasihnya, Baim Wong dan bakal suami, Ben. Dalam sinetron itu cintanya dan Baim mendapat halangan keluarga.

Senario seorang gadis menjadi rebutan tiga jejaka agak sinonim dengan kebanyakan sinetron Indonesia. Malah, selalunya 'cinta pertama' akan berjaya dan dengan rela pencinta kedua dan ketiga mengundur diri demi kebahagiaan si kekasih.

Begitu juga dengan jalan cerita Sejuta Cinta Marshanda yang mengetengahkan percintaan dua darjat antara pemuda kaya, Delvin lakonan Baim dan gadis golongan sederhana, Marshanda. Turut membintangi sinetron itu Ashraf Sinclair dan Alice Norin.

Sementara itu, Ben pula ketika ditemui media Indonesia di lokasi penggambaran kuiz, Katakan Kataku, baru-baru ini turut memaklumkan majlis resepsi pernikahannya dan Marshanda bukanlah pentas menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sebagai selebriti.

Katanya, ia majlis biasa-biasa saja yang mana bersesuaian dengan situasi serta kemampuan mereka.

Ujar Ben, apa yang penting semua tetamu yang hadir merasakan kegembiraan pernikahan itu. Malah, apa yang bermakna buat mereka tentunya doa.

"Apapun, busana pernikahan dan segala yang berkaitan pernikahan kami berdua sudah dipersiapkan namun bagaimana perjalanan adatnya belum difikirkan lagi. Di pihak lelaki, saya lebih senang dan selesa mengikut sebelah Chacha saja.

"Terpulanglah, jika Chacha mahu ikut adat Minangkabau. Saya tiada masalah memenuhi keinginannya kerana saya juga berasal dari Palembang. Kami sama-sama dari Sumatera, jadi rasanya tidaklah terlalu susah untuk menjalankan adat itu," katanya.

Menyentuh soal persiapan majlis resepsi pernikahan itu, Ben berkata, mereka lebih selesa memilih untuk menguruskan sendiri.

Setakat ini, katanya, mereka dibantu oleh keluarga dan rasanya ia sudah cukup.

Menurutnya, mereka mungkin tidak menggunakan perancang perkahwinan.

Ben berkata, dia sendiri sentiasa mengawasi persediaan untuk majlis bersejarahnya dengan Marshanda.

Bagaimanapun, katanya dia dan Marshanda selesa membuat keputusan bersama.
Ujarnya lagi, Marshanda mempunyai lebih banyak keinginan untuk memilih.

Apapun, Marshanda dilaporkan membuat keputusan bertudung ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-21, tahun lalu.

Kata Marshanda, hasrat itu muncul selepas terbaca satu hadis dan diterima baik Ben.


>PROFIL
NAMA: Marshanda Irwan Yusuf
PANGGILAN MESRA: Chacha
AGAMA: Islam
ASAL: Jakarta, Indonesia
TARIKH LAHIR: 10 Ogos 1989
USIA: 22 tahun
KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik
KARIER: Aktres sinetron, penyanyi
SINETRON: Antaranya Bidadari, Puteri Yang Terbuang, Keluarga Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih Di Sekolah, Kisah Kasih Di Sekolah II, Adam Dan Hawa, Manis Dan Sayang, Benci Bilang Cinta, Sejuta Cinta Marshanda
ALBUM SOLO: Bidadari, Marshanda (2005)
ALBUM KOMPILASI: Allah Yang Kucintai (2002), Best of Female Idol, Broken Heart, Now And Forever, Dua Belas Lagu Islamik Terbaik
FILEM: Pendidikan Bahasa Inggeris dan Petualang 100 Jam
STATUS: Bujang
KEKASIH: Ben Kasyafani
USIA: 28 tahun







sumber : metro














Sunday, March 6, 2011

Corruption is against the law


Assalamualaikum

Just short update from me :)
Now kat lab time class bel ni.Alang2 miss Amalia suruh cari info kat internet pasal assesment yg ke 3 ni so aku pon curik2 la menulis entry ni..hehe
For assesment yg ke 3 ni aku pilih topic CORRUPTION..gempak kan tajuk die..hehe

Hari tu role play aku dah berlakon watak pekerja yang amek rasuah..haha..so kali ni nak amek gak corruption sebab aku dah serasi dengan tajuk ni.haa jangan pikir aku suke amek rasuah okeh..haha..mana de la..just for study je.Kalo tajuk corruption ni banyak main point nak cari nanti.Okey la nak teruskan mencari info..see u next entry :)


semalam tido lambat gara-gara chat ngan someone ^_^











Friday, March 4, 2011

Boleh caya ke beli online tu??



Assalamualaikum


korang penah beli online tak?bagi yang pernah beli online tu best tak?puas hati tak??
Bagi aku beli online memang best.Betul..tak tipu(aku tak penah tipu korang kan)
Selain dapat menjimatkan tenaga kite bershopping,kite dapat gak cuci mata dengan usha blogshop kat online.Best woo
Aku mula menjinakkan diri ngan beli online ni dalam tahun ni je.Lambat kan aku ni -,-
Bukan ape dulu2 aku tak berapa caya sanga ngan beli online ni.Takut kena tipu ke ape kan,tak ke naya nanti..huhu
But sejak aku aktif ngan dunia blog ni aku jumpe banyak blogshop yang jual baju,bag,lens ngan barang2 lain dengan harga berpatutan.Yang harga postage tu lain citer la kan :)
Tapi setiap orang taste lain2.Ade je yang tak puas hati kalo beli kat online sebab tak dapat pegang sendiri barang yang kite nak tu.Kadang2 nampak model tu pakai dress tu cun je tapi sekali kite pakai macam monster da ~,~


Barang first yang aku beli online ialah kat ayunar.Aku beli inner die.Bagus tau cik ayun ni,die memang layan customer walopon aku kacau die time maghrib sekalipon.Camni la kalo nak maju.Customer is always right kan..hehe


Then aku suke gak cuci mata kat fb yang jual dress.cantik2 siot.Kalo korang tengok mesti tak puas :)
Tapi yang aku peliknye tak ramai yang jual barang laki.Nape eh??Ke laki tak suke bershopping??hehe


Sejak aku biase ngan beli online ni aku selalu gak promote kan kengkawan aku suruh beli online gak.Diorang pon macam kau mula2 dulu.Tak caya sangat.Then lama2 macam caya je aku tengok siap suruh aku bagi link blog lagi tu :)
Boleh jadi promoter tak aku ni?hehe


Now aku still mencari lagi dress vintage for our dinner faculty nanti.Tak jumpe lagi yang berkenan dihati -,-
Ramai yang suggest suruh balik je kl tu,pegi round t.s nanti jumpe la.Tapi aku pikir 2 3 kali nak balik.Pegi balik je dah 60 + tiketnye.Baik aku beli online save budget :)


So sape yang baru2 nak try beli online ni welcome to online shop :)
Sape yang dah taiko beli online aku mintak tolong ajar :) Biasela aku ni baru belajar.Mana nak tau aku salah pilih ke kan..ajar aku okeh :)


~Tata~






dear diary: alah membeli menang memakai :)














Tuesday, March 1, 2011

Misteri kepala kucing terbongkar


Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
ermm ade macam anwarhadi x??ngee :)


Anyway aku menaip ni time tengah2 malam.Roomate aku dah tido and aku sorang je yg sedar lagi ni.Member aku cakap maybe malam ni ade spotcheck macam hari tu.Nyampah aku -,-


Pagi tadi time nak pegi class akaun kecoh redang 5 penemuan kepala misteri.Cer teka cer teka kepala ape??hehe
Jeng..jeng..





Sila muntah diluar..jangan disini okeh :)
Memang agak mengerikan plus simpati yang amat sangat.Aku peminat setia kucing2 sedunia tau >_<


Member aku kata maybe bapak die sendiri yang makan die.Tinggal kepala je die tak makan.Maybe keras sangat kot..haha


Tak gune punye bapak pegi makan anak sendiri,patutla kalo ayah yang rogol anak sendiri dilabel sebagai binatang sebab perangai same je.Penat2 buat anak pegi makan lak anak tu sendiri -,-




macam peapatah haruan makan anak -,-






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...