Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

Impian Saya


Assalamualaikum w.b.t

Dear diary,

Dah lama rasanya tak bebel kat blog ni kan, nak kata busy tak jugak sebab dah 3 bulan makan anggur je kat rumah ni. Maybe mood menulis tu dibawa angin laut cina selatan *tetiba*
Tengah basuh pinggan tadi tetiba terdetik dalam hati tentang impian2 yang aku ingin capai dalam hidup ni. Sebut pasal impian confirm punya setiap orang ade impian masing2 kan. Tak kisahlah impian dalam bentuk kerjaya, rumahtangga or minat masing2.
Dan semestinya aku jugak punya IMPIAN yang aku nak kecapi dalam hidup ni sebelum sampai ajal, jika diizinkan Allah la kan. Impian aku pulak banyak jenis nya. So let’s we go one by one pika ni punya impian yang dia nak story sangat tu..kekeke

KAHWIN

Of course tiap orang mesti nak kahwin, tipu lah kalau takde kan. Cuma cepat atau lambat tu semua ketentuan Allah. Kita sebagai hambaNya kena sentiasa berdoa untuk dikurniakan jodoh yg terbaik untuk diri kita, dan Allah akan bagi pada masa yang terbaik untuk kita. Mungkin bukan didunia tetapi disyurga nanti kan. Insyallah. Kadang2 bila tengok kawan2 ramai yang dah kahwin dan masing2 update pasal anak dorang, dalam hati ni memang terdetik la jugak alangkah bestnye ada anak sendiri. Walaupun aku tau tiap2 orang ada ujian masing2, lepas dapat anak ujian nak jaga lagi kan. So aku cepat2 hilangkan perasaan negative tu dan bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang. Dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dengan perkara2 yang kalau dah kahwin agak terbatas untuk buat semua ni,contohnya mencari ilmu akhirat, baca buku2 ilmiah. Aku selalu pegang ayat ni ‘ Kalau kita nak dapat yg terbaik, kita kena jadi yang terbaik dulu’.

BISNES

Aku suka bakery. Antara impian aku sejak kecik lagi aku nak menceburi bidang bakeri ni sebab bila aku masak dan orang beli dan makan apa yang aku masak kepuasan dia hanya Allah yg tau. Siap ada plan nama bakeri lagi tu..hihi takpe berangan sekali sekala tu perlu kan. Tapi sehingga lah aku berumur 25 tahun ni aku tak berani lagi untuk menjual hasil air tangan aku lagi, kalau family or kawan2 nak makan aku akan masak untuk dorang tapi bukan untuk dijual. Bagi aku ilmu yg aku ada tak cukup lengkap lagi untuk dijual sebab takut hasil tak setimpal dengan apa yg dorang bayar. Tapi pernah baru2 ni aku try jual choc moist kek kt satu event yg member aku ajak join. Tu baru buat 50 pc dah terasa kepenatannye. Tapi still puas sebab dapat jual air tangan sendiri kan. Insyallah sekiranya Allah izinkan untuk aku memulakan bisnes ni secara serius. Banyak aspek nak kena pikir. Tapi orang lain boleh aku mesti boleh!! Nabi pon galakkan umatnya berniaga J

KERJAYA

Semestinya lepas tamat degree antara impiannya aku nak sangat mendapat pekerjaan yg sesuai dengan aku dan merasa gaji first utk bg kat parents aku. Seriously teringin sangat. Sebelum ni selalu mintak dari dorang je kan. Aku pulak x pernah buat part time kerja sepanjang hidup aku kecuali adela jd cikgu tadika kejap, tu pon kejap je tak sampai sebulan. So aku harap aku akan dapat kerja yg halal dan yg penting aku selesa dan seronok utk kerja kat situ dengan environment yang terjaga.

HUSNUL KHATIMAH

Setiap muslim mesti kena ada impian ni sebab sia2 saja kita hidup dimuka bumi ni kalau masa kita meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya kita pergi bukan dalam keadaan orang yg beriman. Alangkah beruntungnya jika kita semua pergi dalam keadaan orang yang beriman dan Allah permudahkan segalanya. Lepas solat jangan lupa doa yer semoga Allah matikan kita dalam husnul khatimah ataupun dalam kalangan orang yg beriman bukan sekadar Islam je. Amin.

Last but not least impian nak kurus. Tapi tak tau la bila nak tercapai impian tu, mana taknya lapar je pegi dapur -,-


Pstt: Semoga semua impian2 aku kat atas ni tercapai dan jugak2 impian2 korang semua. Kalau nak cerita lagi detail tentang impian aku memang sampai esok tak habis, so ni sedikit sebanyak tentang impian2 yg sangat bermakna untuk aku. Insyallah :D 







Wednesday, August 26, 2015

Past story

Assalamualaikum.



Long time no see my blog. Almost forgot that I have a blog -,-
So let me start with what I have be done recently. Oh ya can I writing in English just for this entry because I wanna practice my English. Although my English is actually Manglish but I will try as I can. Don't judge me as 'Melayu lupa diri' tau!! hehe ;p


1) Alhamdulillah, recently I was finished my degree (but not fully) in Business Computing at UiTM Shah Alam. Thanks Allah for helping me especially in exam whereby I'm always have a problem to remember all the things and also the assignment/project. Yeah I'm was a very last minute student.
I'm passed my exam in part 6 and got the highest GPA for the first time even though my CGPA not really much but I'm syukur with that.

2) Today is my third day as Trainee in Tabung Haji for the second time but with the different department. So I was placed at IT Department under IT Administration. Almost three day I got no job or task to be done except learn about the admin things. I hope I will learn more soon from staff here related from what I'm learn before.


That's all. Suddenly I was blank. Don't know what to write anymore, -,-

See again until I rajin nak update. *macamlah ade orang nak baca*

Sincerelyby Pika



Selfie dalam lif tabung haji.Canggih da th la ni. Naik lif kena pakai pass. Kehkeh









Sunday, May 31, 2015

Final Year Story

Assalamualaikum


Kembali lagi ke sesi luahan rasa di pikadiaries ini.

Entry hanya ditulis bila ada masa, wifi yang laju dan idea! Oh kadang2 takde idea pon boleh merapu disini jugak -,-

*********************************************************************************

Masa makin suntuk. Pejam celik lebih kurang tak sampai sebulan je lagi nak kena present FYP yang memang kalau student last year dengar ibarat igauan yang bukan malam je siang pon terkena tempiasnye. To junior, selamat melalui zaman last year dan kepada senior yang tengah melalui zaman last year ni good luck for all your FYP tak kisahla VIVA ke ape ke. Good luck. I'm feel you :)

Sebut pasal FYP i'm really blur on how to do with my system. Really! Really! I'm really need who are good with programming will help me to solve a algorithm. Seriously! Nak tanya senior memang takde senior dah.

Oh ya, next sem dah start praktikal. Masih mencari2 tempat praktikal yang sesuai untuk aku yang dalam bidang IT ni. Ade jugak hantar resume kat some company yg agak besar tapi probability nak di reject tu agak tinggi sebab result takde la gempat sangat. Hopefully i get a better company for practice what are we learned before in university. Insyallah.

*********************************************************************************

Ok good night! Sambung balik edit video ethic ni yang memang memerlukan kesabaran. HAHAHAHA

Wednesday, February 18, 2015

Pengalaman itu

Assalamualaikum


Pernah tak korang berpengalaman hampir2 nak accident tapi tak accident. Time tu korang tawakal je apa yg jadi. Maybe semua orang tak pernah rasa,tapi aku pernah rasa. Meh nak story sikit..kalau korang berminat la kan ;p

One day, aku follow my sis pegi giant. Bawak aqil(my nephew) skali peluk dia kat depan. My sis yg drive. Tengah kat 3 junction, my sis nak masuk kanan tapi macam mana ntah tetiba ade satu kereta ni laju giler bawak lalu depan kitorang. Time tu perasaan dia aku hanya mampu mengucap dan harap yg ni semua mimpi sambil peluk kuat2 aqil. But alhamdulillah Allah masih sayangkan kami dan berkat umi selalu doakan kitorang kalau keluar mana2, my sis sempat mengelak dan memang rapat gila time tu . Lambat sesaat je boleh accident bebila. Betul la orang cakap naik kereta je nyawa kita 99%.

Sekian saje cerita kita kali ni. See you :)
Have a nice day.

Wednesday, December 31, 2014

Welcome 2015

Assalamualaikum


Jam menunjukkan 2.19 pagi.
Sem ni exam 3 paper saje, 3 subjek lagi takde exam Tapi project, assignment memang berlambak. Study week pun tak macam study week. Sampai tak rasa nak exam until duduk dalam DAG tu bukak soalan baru sedar dari mimpi rupanya aku tengah exam ni -,-

 Next paper tahun depan. Yela tahun depan. 5 Jan 2015. Bukan tahun depan ke..ok tak lawak

Actually nak cakap 2014 dah nak habis. Boleh tak nak putar masa balik sebab nanti 2015 kita dah jadi 24. Macam tua je dengar. Tapi perangai macam bebudak.

Lastly, semoga dengan 2015 bakal menjelma amalan makin bertambah. Especially orang yang tengah menaip ni :)

Good bye 2014, Hyee 2015 :)


selfiaq sikit ..tahun depan dah 24 oii  ;p







Saturday, September 27, 2014

Final Year Project

Assalamualaikum


Pejam celik semester ni dah sem 5 dah. That means sem ni aku dah start proposal FYP. Terasa kejap je hidup ni,baru je haritu rasa masuk sem 1. Now dah 2 tahun setengah study kat Uitm Shah Alam ni. Many experience i got it here. Pahit manis perit getir semua bercampur la.

Minggu lepas memang stress dok pikir tajuk untuk FYP. Itu baru tajuk belum buat lagi. Memang kena pikir idea and tajuk yang bernas untuk FYP ni sebab kalau buat tajuk macam gempak je tapi nak buat nanti keluar air mata darah pon tak dapat nak putar masa balik. See how's important the TITLE of FYP ni.

Alhamdulillah, dapat SV yang sporting dan tak kedekut idea. Siap bagi idea kat aku system apa yang aku patut buat. Mula2 nak buat research,tapi bila pikir2 hati kearah nak buat system. Apa guna kita belajar 3 tahun buat system tapi tak apply time FYP. And i take it as challenge for myself also. Hopefully everything will be fine.

Mesti korang tertanya2 ape kebende la tajuk minah ni,mesti tak best kan. Ke takde orang kesah langsung.hewhew

Actually tajuk aku ialah

Title : Documentation Notification System
Stakeholder : Unknown

Now my problem is takde lagi stakeholder. Karang buat stakeholder sendiri baru tahu..haha

So next week dah kena hantar form 2 which is problem statement bagai tu. Esok baru nak pikir. Malam ni nak main farmville sampai puas. Dah lama tak sentuh game ni,but since sentuh je memang takleh tinggal,dok pikir tanaman kita tak petik lagi,lembu kambing kuda tak bagi makan lagi dan macam2 lagi la.

Okay see you soon :)

Monday, July 14, 2014

Unforgettable Moment

Assalamualaikum


Sudah lama jugak tak menghupdate blog ni.Lupa kejap yang kita ni ade belog lagi.Update selang 3 or 4 bulan pon boleh la kan.Reader entah ade entah takde.

Walaupun skill menulis dah memang hilang entah kemana akan ku cuba sedaya upaya mengarang akibat terlalu rindu nak aktif balik belog macam dulu.

Entry kali ni nak cerita sikit apa yang telah berlaku dan berlalu sepanjang beberapa bulan ni.Banyak cerita tapi akan ku ringkaskan sebaik mungkin sebab mungkin jugak terlalu boring untuk dibaca.

19 Mei 2014

Genap umurku 23 tahun dan hidup di bumi Allah ni.Dan memang kebetulan sangat hari yang sama aku bergelar seorang MAK CIK kerana kakak ku selamat melahirkan seorang baby lelaki yang sangat comel tak terhingga.Nak jugak dia lahir sama tarikh dengan aku.Kita geng kan..hehe.Nama nya Aqil Firas.Since dah cuti semester ni memang aku ambil alih jaga dia.Praktis jaga anak sedara,nanti anak sendiri takdela kekok sangat kan..hihi



7 Jun 2014

Teha a.k.a member since matri lagi menamatkan zaman bujangnya.Congrats again teha and husaini.Semoga berkekalan hingga akhirat.Aku ditugaskan untuk menjadi bridemaid untuk raja sehari ni.Actually malu tu ade jugak tapi demi member sanggup jugak,sekali seumur hidup kan..hehe
Teha member kedua yang kawin lepas Syitah.Next we just wait and see ya.

Will you??hehe

tinggal yang ni je single lagi..hewhew

teha yang cun

congrats babe

barisan bridemaids yang cecomel semua


Antara gen 14 sahibah yang datang..

spot me :)

done my job as your bridemaids :)

14 Julai 2014

Today i'm official got my driving license car.Selepas 3 kali ambil *2 kali gagal* finally dengan segala semangat yang ada aku teruskan jugak nak ambil lesen ni.Ada jugak rasa nak give up sebab yang gagal nye dekat 3 penjuru iaitu test yang last sekali and paling senang.Mungkin ade hikmahnya.Redha.Bila dah legal bawak kereta ni barulah berani nak pegang stereng.Nak kena banyak praktis lagi ni.Ahh tak sabarnye nak bawak kereta :)






Rasanya itu je kot antara moment yang paling diingati sepanjang beberapa bulan ni.Alhamdulillah atas segalanya walaupun ada turun naik dalam hidup ni.Pernah rasa gagal dan pernah rasa kejayaan.Dengan kegagalan tu lah kita dapat merasai kemanisan kejayaan tu.Remember it.Jangan kita rasa Allah tak sayang kita bila tak dapat apa yang kita nak,mungkin Allah gantikan dengan perkara lain yang kita mungkin tak sedar.Antaranya kebahagiaan dan kasih sayang :)


p/s: Jom doakan kejayaan umat Islam di Palestin,Gaza yang tengah berperang dengan Israel laknatullah.Semoga kejayaan berada di pihak kita. Amin #FreePalestine #FreeGaza #PrayForGaza



Monday, April 7, 2014

New Semester New Chapter



Assalamualaikum

Hai blog. Lama tak jejak sini kan. Untuk 2014 maybe first time kot.
Banyak benda nak buat so nak menulis pon dikebelakangkan. Actually dah malas.

Sem ni kitorang pilih buat business online untuk subjek ITS 544 memandangkan kitorang pon ambil course business computing kan. So maybe dengan cara ni boleh dipraktikkan, teori dah puas dah belajar. So moh la mempraktikkan yer. Dah lama tinggal dunia blog ni so kena belajar dari bawah mula macam mana nak set up blog and design bagi comel2. Bukan susah pon tapi kena rajin menggodek. Mana ade manusia terus pandai tanpa praktis kan. Let's we start and make something new and different. Takut jugak sebab business ni memang berisiko but TAK CUBA MAKA TAK TAU kan :)

p/s : Any idea untuk buat url blog yang unique and orang senang ingat -__-

Saturday, November 30, 2013

Story of Semester 3 at UiTM Shah Alam

Asslamualaikum


Salam malam jumaat :)
Macam biasa ayat aku..dah lama tak bukak blog -,-

Actually nak cakap pejam celik kejap je dah nak habis semester 3.Rasa macam baru je masuk haritu.Semester 3 ni memang agak relaks sikit sebab ambil 6 subjek je.Tapi penat + stress dengan projek je.Biasalah life student ni memang tak boleh lari daripada assignment + project kan.

Tapi time cuti semester rindu pulak nak busy dengan assignment bagai,sumpah tak tipu.Time belajar pulak rasa penat + stress ngan study.Haii manusia..manusia..

Semester 3 ni je aku belajar 2 subjek programming.XML and JAVA.Meh nak cerita sikit ape yang best dan tak bestnye subjek ni..

XML Programming.Nama pon programming kan.Confirm berlambak programming.Kena strong dengan computer language ni.Aku pon tak tau apa yang aku belajar satu sem ni dengan puan sharifah n sir bakri..haha..yang aku tau lecturer XML dua2 sporting :) Tapi kalau korang nak tau kat UiTM je tau yang ajar subjek XML ni.IPTA lain rasanya takde subjek ni.Tak silap aku la.,kalau ade jangan marah pulak ye..hewhew..Disamping belajar ni jugak of course la dapat praktis kan n got a knowledge about how to make a programming and built a system that user friendly.Kitorang decide pilih e-catering system.Jangan ingat catering takde system okay.Maybe 10 tahun lagi semua benda ade system tersendiri termasuklah beli kuih kat tepi jalan kan..haha.Memang kena banyak belajar lagi subjek ni memandangkan memang basic programming amat lemah.

Let's talk about JAVA.Actually i think JAVA is easy but after learn i'm feel like from HERO to ZERO..haha
Tapi yang bestnye belajar jugak camner nak buat interface guna Eclipse.Maybe i will update later about our project..err maybe later??

Sem ni jugak aku ambil BEL 492.Lect aku india perempuan.She's very sporting but very strictly.Baru2 ni kena marah sebab topic yang aku bagi tak kena citarasa dia,adoi.Next week kena hantar outline.Hopefully dia tak marah2 dah macam haritu,tapi aku boleh terima dia marah sebab kitorang jugak yang salah -,-
Dah la subjek ni takde exam.100% depend on the presentation.First topic aritu pilih why Android is the most popular mobile OS? Memang ntah pape isi aku.Topic ke 2 ni tak tau nak buat ape.Padahal lagi seminggu nak kena present.Biasalah student suka buat kerja last minute kan =,=

Subjek E-Business pulak paling relaks.Masuk class sir memang suka cerita jer.Lagi2 aku memang minat sikit dengan e-commerce n e-business ni.Baru2 ni kitorang ade buat site visit dekat Zalora.Memang best dapat pengalaman yang banyak sepanjang site visit tu.

Esok pulak nak pergi site visit dekat Beryls tapi bukan under subjek yang aku ambil,tapi saje2 nak ikut budak class,tujuan sebenar nak beli coklat je..haha

Okeyla dah ngantuk nak tidur.Kang esok kena bangun awal,kalau tak kena tinggal bas -,-

Assalamualaikum
Good Night :D


Tuesday, August 27, 2013

Intersessi done :)

Assalamualaikum


Pejam celik kejap je dah habis intersessi.Nasib paper 1 je.Kalau tak mahu stress jugak study paper dekat2 ni.Mula2 start intersessi rasa macam lama lagi exam tambahan pulak kolej ni wifi dia sangat tiptop ape lagi kemain la aku online and download bermacam2 movie and drama.

Tapi study untuk subjek tu sehari setengah je.Tu pon ade yang fikiran melayang kemana ntah.Nak dekat2 exam ni la macam2 hal jadi.Antaranya aku tercicir dompet dalam bas,time turun baru perasan tangan macam kosong rupanya dompet tertinggal.Terus pergi bus stop tanya abang driver tu.Bila dia cek rupanya dompet tu dah takde.Siasat punya siasat rupanya last kitorang turun tu pastu kat baiduri ade 3 orang mamat naik.Ahh sudah confirm hilang ni.Bukan nak tuduh apa.Tapi terpulanglah.Aku selalu doa semoga si pengambil dompet tu lembut hati pulangkan balik.Report polis pon dah buat.

Haa sebut pasal report polis.Sebelum ni aku dengar banyak cerita tak best pasal buat report polis ni.Polis itu la polis ini la.But then rupanya ada jugak polis yang baik hati,urusan aku alhamdulillah dipermudahkan.Just tunggu nak buat IC baru je ni.So sekarang ni memang aku jadi warganegara tak sah la..hehe

Lama jugak tak membebel kat blog kan.Yela cakap dengan orang pon tak nak layan ;p

p/s: nak sambung main farmville 2..sape main jom join community :)

p/ss: lepas ni nak update entry member kawin pulak..hehe

Thursday, July 18, 2013

Kembali muncul

Assalamualaikum


Dah lama rasanya tak menaip entry,lately ni mood nak menulis memang hilang langsung sebab terlalu busy dengan dunia nyata.So dunia maya ditinggalkan kejap.

So semua orang tau sekarang kita dalam bulan ramadan bulan yang penuh keberkatan,so all muslim and muslimah jangan tinggal2 puasa tau!hehe.

UiTM pon tengah cuti semester sekarang ni tapi aku terpaksa korban cuti kali ni untuk intersessi.Semuanya demi menaikkan pointer yang sedia rendah ni ;)
Ingatkan bulan puasa ni tak ramai yang amik intersessi tapi ramai jugak yang amek.Bas pon sentiasa ada.Kira cuti tak cuti live kat uitm shah alam ni sama je.Tetap ramai.Just kat cafe tu takdela sesak macam time student ramai dulu.

Okey dah takde idea nak tulis apa.Oh ya hari ni kecoh pasal Ashraf Muslim kahwin dua,so sebagai perempuan aku memang 101% tak setuju.Yela perempuan mana yang sanggup dimadukan kecuali dia memang2 betul2 berhati mulia dan ikhlas.

ps: madu memang sedap dan manis tapi amat pahit bagi seorang insan bernama wanita :)

Thursday, May 30, 2013

Persiapan wedding my sis

Assalamualaikum


Good night korang..eh ade yang tak tidur lagi ker?Same with me..saja nak online kejap before tidur sebab esok bangun pagi confirm busy kemas apa yang patut memandangkan kenduri kawin kakak aku ahad ni je.So aku sebagai anak kedua and perempuan pulak tu kena menolong apa yang patut.Tak sanggup nak tengok mak aku buat kerja sorang2.Tu la untung kawin awal ni ade orang boleh tolong siapkan apa yg patut.Aku nanti time kawin kakak aku confirm sibuk ngan family dia dah..huhu

Hari ni je sehari suntuk buat kerja.Bangun pagi kemas rumah yang memang asyik sepah je memandangkan adik ade yg kecik lagi *padahal darjah 5* suka sangat sepahkan buku2 dia tu.Bila suruh kemas tak ngaku dia punya padahal terang2 nama dia kat depan tu.Sabor jela..haha..Lepas kemas rumah beralih pulak ke dapur.Mak aih berlendir lagi2 bahagian sinki tu.Aku pon jarang balik rumah,mak aku mane la sempat nak buat semua ni.Kakak aku pulak balik kerja penat.So sekali sekala aku balik rumah memang ni la kejenye :)
Aku suka biler rumah kemas macam bilik hotel..cewahh..haha

Malam tadi pulak pergi giant cari tudung untuk adik aku yg 2 orang ni.Perempuan la kata kan nak jugak pakai belit tu belit ni.Terpengaruh ngan kakak dia la ni..keke
Aku pulak dah beli awal2 shawl half moon ala2 radiusite tu tapi bukan brand radiusite la.Tapi mahal la jugak.RM80.First time la aku beli shawl paling mahal sepanjang hidup aku,baju pernah la jugak beli dalam RM100 gitu.Tapi takpe baju nampak la jugak.Ni shawl kan..takpe sekali seumur hidup je..hihi

Sekarang dah pukul 3 pagi.Kalau tak tidur sekarang ni memangg esok pagi bangun lambat ler jawabnye.Esok mak aku dah cakap awal2 suruh pasang langsir..nasib baik aku tinggi ;p

Plan nak ponteng class hari isnin bukak cuti gawai ni sebab kenduri ahad so mana sempat nak balik malam tu jugak.Tapi class multimedia dah skip lebih 3 kali.Masuk ni dah 5 kali kot..haha..first time sepanjang aku belajar ni ponteng class lebih 3 kali.Nak buat camner class dia boring giler kot -,-

Okeyla mata dah makin layu ni.Nanti lepas kenduri kakak aku nanti kalau rajin update..kalau rajin..*macam ade orang nak baca je kan -,-*

p/s: ade yg nak datang ke kenduri kakak aku ni..hehe


peace yoo..snap time boring2 menunggu lecturer dlm class lab..keke

Thursday, February 14, 2013

Present and Future

Assalamualaikum

Lama betul tak menaip kat blog ni kan.Dah macam blog berhantu dah.Tak berpelawat.Bersawang.Eh macam mana blog tu boleh bersawang ek? =,=

Ekceli hajat nak update lama and banyak kali jugak tekan new post but bila klik je new post tetiba idea terbang pegi mana ntah.Last2 tekan button X sambung tengok running man walaupun dah beratus kali ulang episode yang sama..keke

Pejam celik esok result degree akan keluar.Agak cuak sebab kali ni degree okay.Bukan diploma.Lagi kena serious.Aku taknak mengharap yang tak baik untuk esok.Taknak terlalu yakin sebab banyak kali dah terkena sebab terlalu yakin boleh jawab.Last2 kantoi jugak.Teringin nak dapat result yang membanggakan parents aku.Diploma result sangat tak membanggakan.Sampai mak aku kata mana ika yang pandai time PMR ngan SPM dulu.Aku mengaku since melangkah ke alam IPT ni semua kena independent.Tak boleh nak mengharap kat lecturer macam kita mengharap kat cikgu time sekolah dulu.Sampai kan jawapan pon cikgu tolong jawabkan.

Mungkin sebab itula aku terlalu manja and mengharapkan lecturer tolong itu ini last2 hasilnya tak membaguskan.Sob3 ;( Melangkah ke alam degree ni bertambah la kita kena independent.Memang tak boleh nak bergantung 100% ape yang lecturer bagi.Kena usaha cari sumber2 lain walaupun baru semester 1.Minggu first je terus dah belajar,kalau diploma dulu bulan pertama still boleh memain lagi.Based on my experience :)


Aku ni pulak kalau nak study memang ikut mood.Kalau time rajin tu memang rajin tapi ade je gangguan contohnye member ajak sembang ke or sewaktu dengannye.Kesudahannye tutup balik buku. #hampeh
Umur semakin meningkat.Tahun ni dah 22 okay.What??? I cant believe it.Believe or not =,= Umur macam ni seharusnya dah ada misi dan visi untuk masa depan.Takkan nak macam ni sampai bila2.Ade la terlintas beberapa misi dan visi kat kepala aku ni tapi segan lah nak tulis.haha..

Yang penting degree aku 3 tahun okay..member sebatch semua 2 tahun setengah.Ni semua gara-gara masuk course lain time diploma dulu.Takpe ada hikmahnya :) Maybe aku berjaya genggam ijazah dalam umur 24.Macam dah tua sangat kan time tu.Mission kahwin umur 23 macam tak kesampaian sebab tak habis belajar lagi..wakaka.Alkisahnya sebab mak and kakak aku kahwin time umur 23.So nak jugakla jejak langkah dorang.Padahal calon pon takde..haha..Takpe aku percaya jodoh semua Allah dah tentukan sejak azali lagi.So siapa yg single tu tak payah la sedih2 bajet forever alone ke apa okay.Single is better than one..eh sapo cakap..haha


p/s: pray for me got 3 pointer above in my result tomorrow..insyallah :)

Saturday, January 12, 2013

Self-Esteem bukan Setem Diri ok!


Assalamualaikum


Selamat malam semua.Ada yang tak tidur lagi ke?Kalau tak boleh tidur jom baca entry aku yang kononnya datang dari ilham time cuci muka kat toilet tadi.Tengah-tengah dok belek muka sambil cuci ngan sabun taharah tetiba ada idea nak ditulis dalam blog untuk hari ni.Padahal baru bangun tidur tadi.Apa pon tak boleh -,-

Self-esteem.Pernah dengar kan ayat tu?Self esteem ni lebih kurang macam maksud dia kepercayaan yang kita mesti boleh dalam diri kita la.Eh ye ke dok ni..keke main hentam kromo je kan.Kalau salah tolong ajarkan ;)

Entry ni bukan aku nak bagi ceramah motivasi ke apa memalam buta ni kan tapi saje nak share tentang pengalaman aku pasal self esteem ni memandangkan suatu ketika dahulu aku merupakan seorang budak hingusan yang amat pemalu.Sila percaya okay.Ini FAKTA.Mungkin siapa yang kenal aku since tadika lagi mungkin tau perangai hingusan aku dulu.Tapi itu dulu,tiada dah budak hingusan dalam diri aku.Cewahh macam sailormoon transform nak lawan orang kan -,-


Aku sure punya ramai je yang before ni malu-malu kucing or malu tak bertempat sebab kekurangan self esteem ni.Yess aku pon begitu jua.Sob3 ;( Haa ni nak cik kiah nak ceghita ni.Nak dengar meh sini.
Since aku tadika aku seorang budak yg pemalu.Mak aku yg story.Aku tak ingat aih zaman tadika dulu.Sampai orang datang approach aku(biasela aku comel dulu..keke) confirm aku akan masuk bawah tudung mak aku.Paling kurang pon akan main sembunyi2 dengan apa jenis yang boleh dibuat sembunyi.Yang paling tak boleh tahannya time kecik dulu sampai la aku tingkatan aku ade fobia seorang pakcik ni iaitu kawan ayah aku sendiri.Alkisahnya dari kecik lagi dia suka tegur2 aku.Main cak2.Pantang jumpa aku mesti panggil2.Kesannya aku memang fobia tak boleh jumpa dia or dengar suara dia langsung.Ade jugak orang perangai gini kan.Tapi tu DULU.Sekarang ni kalau orang dok panggil2 aku tanpa berfikir terus berlari-lari itik ke arah si pemanggil itu.Erk teghuk benor bunyiknye.

Okey tu baru mukaddimah.Sila ikhlaskan hati baca sampai habes ok.(berharap) Ok back to story,perangai kemaluan tak bertempat ni still tak blah dari hidup aku sampai la aku ditawarkan program diploma lepas SPM iaitu di Uitm Dungun.Ingat lagi time minggu MMS.Bila first time intro kan pasal diri masing-masing,nampak je cool kan padahal hati dup dap macam lava nak meletup dowh.Since hari itu juga aku mula menanam sifat berani dalam diri.Buang perangai malu tak bertempat tu.Ingat lagi time sekolah menengah dulu sampaikan nak beli air pon malu sebab orang laki ramai.Last2 kering la tekak tu minum air paip je(ok ni hiperbola).

So normal kan dah masuk dunia diploma ni banyak presentation.Kalau sekolah dulu ade jugak present tapi tak banyak and kalau present dulu aku memang pandang lantai yang tak pernah dimop tu la kan -,-
Dengan present bagai ni jugak la yang membantu aku dari segi self esteem aku.Lagi-lagi yg kena present dalam english tu kan.Memang lintang pukang la grammar.Ingat lagi time part 3 kena buat lakonan but bila dok depan nak berlakon tu time tu la script dalam otak hilang tang mana ntah.Memang buat ayat sendiri yang tak berupa ayat la.Dok ade la la kat belakang tu.Tapi tu la tu,pengalaman memang susah nak dapat tepi2 jalan ni kan.Aku bangga jadi student Uitm yang banyak melatih aku jadi seorang yang berani bercakap didepan.First experience aku duduk dpan orang ramai ialah time present ape ntah time part 1dulu.Walaupun tak cakap apa2 just tunjuk muka kat depan still rasa nervous tu ada :)


Although ade jugak la rasa gementar everytime nak present tu tapi still boleh dikawal.Bak kata Beto dalam cerita Aku Dia dan Tong Sampah.Siapa yang tak tengok cerita ni sila tengok ok.Jalan cerita yang menarik tertarik ko memang debomb la.Lately amat suka lakonan Beto sebab nampak macam natural and ayat dia pergh sempoi abaq ang.Tapi sayangnye dia laki orang =,= Okey tutup cerita pasal Beto.Eh macam panjang sangat je entry ni,Ade lagi ke orang yg still baca sampai sini??Kalau ade tahniah kerana korang memang HEBAT!

Sekarang alhamdulillah perasaan malu tak bertempat tu beransur-ansur pergi dari hidup aku.Kadang2 ade je terlintas rasa malu nak beli makanan sebab abang hensem yg jual.Tapi bila pikir2 balik abang tu ade kisah ke kat aku yang takde langsung muka macam emma maembong ke.So terus tanpa rasa apa2 beli and kesannya aku kenyang.Yeay itu yg penting.Aku ada sorang kawan yang pemalu dia tahap 100% la sampaikan nak order padahal duduk depan owner kedai ni je ha tapi malu nak cakap.Dia pandang owner tu,owner tu pandang dia.Last2 aku la dok cakap kan.Aiseh ade emas ke dalam mulut tu..keke

Lagi-lagi masuk degree ni aku semakin yakin dengan diri aku yang kalau malu tak bertempat susah hidup.Contoh paling senang la kan,aku balik rumah sendiri la dengan bas rapid and tukar tren kt kl sentral.Time awal2 dulu memang tak reti sangat naik bas rapid ni.Tapi aku rajinkan mulut tanya kat orang.Biarla orang nak kata kita potpet ke apa tapi sekurang-kurangnya kita tak sesat jalan.Bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan" Tapi tu la dalam class still tak boleh buang perasaan malu nak tanya lecturer benda apa yg tak paham sebab memang tak paham langsung..keke.Bila madam tanya ade soalan tak  laju je cakap takde padahal tak sabar nak keluar awal =,=

Okey last but not least kepada sesapa yang masih ade perasaan kekurangan self esteem ni mari la kita beramai-ramai berubah demi kebahagiaan sejagat.Ayat tak boleh blah -,-
Kadang-kadang kita je berfikirang terlalu negative.Kalau aku buat ni mesti orang tu cakap gini begitula sebaliknya.Abaikan apa orang cakap and let's be a real you.Jadi diri sendiri.Tapi jangan la sampai over confident sangat kan.Menyampah pulak tengok nanti.Tak pasal2 ade musuh dalam selimut nanti,keke


ok..gadis konfident bersama kotex!!


p/s: malu tu wajib ade dalam semua orang perempuan tapi janganla sampai malu tak bertempat ok :) smile always!!

kami konfiden dengan diri kami..anda??

12/1/13
4:35 a.m


Sunday, December 30, 2012

Mimpi


Assalamualaikum


Morning semua..

Ok aku straight to the point,takde ayat pembuka kata bagai ok..hehe

Pernah tak korang mimpi orang yang tak pernah kita terpikir langsung atau jumpa.Mesti semua orang pernah kan.Ke korang ni style susah nak mimpi.Orang kata tidur berkualiti la kan.Kalau korang nak tahu(kalau la kan) aku ni seorang yang senang sangat mimpi.Sampai kan tidur kejap macam take a nap pon boleh mimpi.Nampak sangat tidur aku tak berkualiti kan -,-

Orang-orang tua selalu cakap mimpi tu mainan syaitan.So segala mimpi tu tak payah la nak pikir panjang2 ke nak sambung2 cerita mimpi tu ke.Macam semalam aku tidur dalam lepas subuh tu sampai pukul 11 lebih (alamak kantoi) then aku sempat bermimpi 2 situasi.Pertama mimpi lecturer aku,kedua mimpi maria elena.Yeahh MARIA ELENA blogger yang baru kawin tu.Ade orang pernah cakap kat aku yang kalau kita mimpi orang tu maksudnye dia tengah masuk mimpi kita.So to Maria Elena adakah kamu memasuki mimpi saya semalam..kekekeke

Tapi orang ade kata juga (semua kata orang) kita mimpi seseorang tu sebab kita tengah ingat kat dia.Tu yang menjadi persoalan aku selama ni.Kalau dapat mimpi yang best takpe jugak,pernah jugak dapat mimpi yang menakutkan macam kena kejar hantu la,lawan ngan hantu la,kena rasuk la dan macam2 lagi la.Bangun2 je penat and kepala pening sebab baru lepas lawan ngan hantu kan -,-
Pernah jugak dapat mimpi kawin.Wah ini seronok..keke..Dah la muka laki dalam mimpi aku tu hensem tapi aku tak kenal langsung dia.Adakah ini namanya jodoh..hehehe

Mimpi makan jugak sangat best terutamanya kalau tengah puasa,terbatal tak puasa kita??takkan??
So macam2 jenis mimpi la yang pernah aku alami dan mesti korang jugak pernah alami mimpi yang sedemikian kan(ayat sekema btoii).Haa ni paling best la mimpi terutamanya kpd student degree yg bakal menduduki exam tak lama lagi.Boleh pulak malam sebelum exam aku mimpi soalan ape yang keluar.Bangun2 je terus bukak soalan tu tapi tak ingat semua la apa yg dalam mimpi tu.Tup3 adela jugak keluar lebih kurang.Thanks to Allah.Hopefully exam kali ni dapat jugak la mimpi camni..hehe..Aminn ;)

okeyla nak sambung study Math Logic.Exam semakin dekat ;(
Jumpa lagi tahun depan ^__^








Thursday, December 6, 2012

My convocation story

Assalamualaikum



Hye peeps,dah lama kita tidak ketemu ngak?hihi,tetiba berspeaking indon pulak kan,haa sebut pasal indon tak lupa congrats kepada pasukan harimau malaya yang menang time lawan ngan indonesia baru2 ni :)

Entry kali ni bukan nak cerita pasal bola ke indon ke ape,tutup semua cerita kat atas tu yer.Tujuan saya menulis entry ni adalah *skema pulak ayat*.. sebenarnya nak story pasal konvokesyen uitm sabtu baru2 ni dan salah seorang graduate uitm pada tahun ini tak lain tak bukan aku la a.k.a nur syafiqah bte abd mutalib.

Malam rabu lagi kitorang daripada uitm shah alam gerak sama2 ke dungun,sampai dungun khamis pagi and kena amek jubah n raptai pagi tu jugak.Beratur nak amek jubah mak aihh penat dan panjang giler la,dengan ketidaksabaran aku potong queue beberapa orang..hihi sorry! Finally dapat jugak jubah setelah hampir 3 jam beratur.Penat tau! Lepas tu pergi ke D.A sesi raptai padahal bukan dengar pon,pakat dok sembang ngan member je time tu.

Habis sesi raptai daftar kolej redang then plan nak photoshoot pre convo la sangat kan kat pantai.Yela ape function uitm tepi pantai tapi tak photoshoot tepi pantai :) Destinasi yang dituju ialah teluk gadung dan jugak teluk bidara.








kuala terengganu pon ade i-city tau ;)

Gambar2 kat atas ni antara yang sempat kitorang photoshoot hanya menggunakan camera canon digital aku je,takde DSLR bagai ni ;( but hasil dia agak memuaskan..kan..kan..

Lepas puas bergambar dengan jubah convo yang dah macam jubah harry potter tu next destination ialah menghantar mira razmi ke k.terengganu sebab family dia stay kat primula beach hotel.Driver lain tak bukan mestilah adam sebab menggunakan kereta dia.Sampai k.t pon nak dekat malam,so just sempat lepak sekejap dengan jue and jalan2 i-city terengganu :)

                             ************************************************************

Keesokan harinya pergi ke mesra mall yang merupakan satu-satunya pawagam yang ade di terengganu.Tujuan sebenar ialah nak cari wedges sebab kasut yang aku bawak untuk convo tak memenuhi citarasa sebab tak tinggi and flat je.Terpaksa la beli jugak and wedges verns yang menjadi pujaan hatiku.

Lepas berjimba bagai kat MM tu next destination kami ialah PANTAI KEMASIK.Siapa orang terengganu mesti kenal sangat tempat tu kan,cantik pantai tu tapi tak berapa komersial sangat la.Nak tau kami buat apa kat situ?Bukan mandi..bukan memancing..tetapi kami BERGAMBAR sekali lagi yer dengan jubah harry potter itu ya!Mula-mula memang muka tebal je sebab sampai2 je sana ramai pulak makhluk Allah kat situ.Kebetulan pulak time kitorang shoot dengan bantuan abang billa ade jugak pasangan pengantin tengah photoshoot kat situ jugak.

Pengunjung kat situ semua ushar kitorang yang tengah bajet pantai tu macam kitorang yang punya.Eh ke kitorang yang perasan di ushar?haha






Kemuncak entry aku lain tak bukan of course la hari convocation aku iaitu pada hari sabtu bersamaan 1/12/2012.Perasaan gumbira pada hari tu memang tak terkata la.Yela setelah 3 tahun aku ambil diploma and hasilnya aku dapat jugak convo on time.Sepanjang tempoh 3 tahun ni macam2 pengalaman pahit manis aku rasa.Belajar erti persahabatan,mana satu musuh mana satu teman,tunggang terbalik bagai,pendek kata macam-macam ado la..hihi

Tak lupa juga kepada umi dan ayah ku yang sentiasa memberi kata-kata perangsang dan of course la selalu ade semasa financial problem aku especially nak dekat2 hujung sem.Apela kan budak akaun pon tak reti nak manage financial sendiri -,- Tanpa mereka tak lahir la aku kat dunia ni :)
Thanks umi ayah!!

Pagi-pagi lagi aku dah bangun and bersiap2.Yela hari bahagia aku kan,eh bukan kawin ok!Sarung jubah bagai then snap dulu dalam bilik sementara muka masih berseri-seri..ececeh

outfit aku hari convo tu..takde baju lawa2..sedih ;(

Dalam pukul 2 macam tu kitorang dah start masuk dewan aspirasi.Time nak masuk tu kena la beratur kan.Panjang giler line dia habaq ang.Dahla tengah panas terik + pakai jubah harry potter memang cair ler makeup tu.Nasib aku pakai naturactor je.Takdela rasa muka ni tak bernafas je.Eh tetiba rasa nak review naturactor yang best ni :)

Kali ni Datuk Sahol yang sampaikan sendiri skrol diploma tu kat kitorang.Rasa terharu la jugak sebab dia sanggup datang dari jauh,and aku sangat adore him sebab dia sangat friendly and sangat mementingkan ibubapa.

Teringat lagi time nama aku diumumkan and naik pentas dari jauh lagi dia dah bagi senyuman kat aku dan panggil nama aku.Walaupun dia buat macam tu kat semua student tapi aku still rasa terharu :)
Time naik pentas tu memang hilang segala tips dan pesanan dorang suruh pandang camera ke,tunduk ke,cara pegang skrol ke.Memang lupa habes la.Macam mana la hasil gambar convo aku.Mesti buruk sebab senyum aku lebar giler atas pentas and kot-kotla time dia snap tu aku tengah ternganga ke.2 minggu lagi baru siap gambar tu :)

Sebelum majlis tu tamat kitorang yang dah pon bergelar graduan dan alumni uitm terengganu semangat menyanyikan lagu tema uitm yang sangat harmoni lagunye.Kalau nyanyi dengan semangat tu kira boleh naik la bulu roma tu..hehe..Habis je lagu negaraku terus kitorang bergerak keluar dewan mencari parents masing-masing.Yeahh and finally i'm meet my family.


bunga hati saya..takde orang lain dah :)

my siblings tapi kakak aku takde dalam gambar..dia datang kejap je sebab rush nak balik rumah mak mentua dia 

kalau gaduh memang tak ingat dunia..tapi air yg dicincang takkan putus :)

adik aku ni memang suka bergambar..pelik kan

hero dalam family ku

with najwa my younger sister

bunga-bunga yang aku dapat daripada mak,ayah and kakak aku..first time dapat bunga tau ;)







antara classmate aku yangs sempat bergambar bersama

Walaupun hari tu sangat memenatkan tapi sangat seronok sebab dapat berconvo sekali dengan kawan2 diploma w/pun pada mulanya tak serapat macam ni tapi makin naik sem makin rapat dan hubungan kitorang ni macam adik beradik la walapun kadang2 tu terasa and terbergaduh ke..dan macam-macam ter la.Aku sayang korang semua,depan-depan memang tak terucap la ayat tu tapi jauh dilubuk hati aku ianya pasti..cewahh berjiwang pulak aku ni..sejak biler ni =,=

Sedih jugak sebab tak dapat convo sekali dengan qilah ngan mira,kalau ade dorang mesti lagi happening hari convo tu.Qilah tu pulak mesti sebulan before convo dah prepare nak pakai baju ape..biasela mek tu..hehe
Mira pulak selalu bagi kata-kata semangat kat aku and kadang2 sanggup melayan perangai aku yang pelik ni..haha..itula untungnya ade KAWAN ni.Nak cerita pasal kawan memang sampai esok la tak habis sebab i'm really appreciate my friends especially orang yang selalu ade ngan aku time diploma dulu..housemate kenangan qilah,mirror,billa,pijah,fina..pastu geng-geng adam,tasow,paeh,zu..mak datin kita asma..ida,tirah yang sekarang ni classmate degree pulak..ummi roomate time part 1,tak lupa jugak kat ain,atie,nadia,aidil,ijad,azie,aida,tiqah,faiq,tirah roslan,pipah,acap(semua classmateku) dan jugak sesape yang mengenali diriku.

Panjang pulak entry kali ni kan.Siapa yang sanggup baca sampai habes memang tabik spring la kat korang.Thanks sebab sudi baca entry aku ni yang penuh dengan gambar,yela dekat siapa lagi aku nak share kalau bukan blog kesayangan aku ni..haktuihh..haha

Akhir kata doakan aku berjaya menghabiskan degree aku ni kira-kira 3 tahun lagi.Insyallah aku nak grade on time :)


p/s: i'm officially graduate!!!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...