Showing posts with label Uitm Dungun. Show all posts
Showing posts with label Uitm Dungun. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Cerita seorang pengganggur


Assalamualaikum


Setelah sekian lama jari jemari kasar ku ini tidak menari-nari di blog usang ni akhirnya pada malam yang dingin ini walaupun tak hujan tetiba hati terasa mahu menulis.Pergh intro punya la berbasa-basi.Kalau cikgu b.m aku tanda ni confirm dapat A.

Actually pernah jugak terdetik kat hati ni nak stop terus dari berblogging ni.Aku pon selama ni tak pernah kisah pon ade orang nak baca ke tak blog aku ni walaupun aku tau takde pon yang nak baca.Eh cakap macam keling la kau ni =,= Tapi masih ade rasa sayang jugak kat hati ni akan blog ni sebab ni la blog pertama dan terakhir yang pernah hadir dalam hidup aku..cewahh..haha

Alhamdulillah aku sebenarnya sekarang ni sudah bergelar graduan UiTM dan sekarang masih mencari-cari kerja part time or full time sementara intake degree bulan 9 nanti.Setelah 3 tahun berhempas pulas demi mendapatkan segulung diploma akhirnya berbalas jua.Macam-macam pengalaman yang aku dapat since diploma ni.Berpengalaman merasai perasaan repeat paper(tak boleh blah =,=),rasa macam mana amek supp paper sebab bukan semua orang merasa pengalaman repeat paper tau..haha..cuma dapat dean list tak kan rasa la =,=

Seriously bila duduk2 saje kat rumah ni memang terasa rindu suasana time belajar dulu.Awal2 sem aku punya azam confirm nak belajar rajin2 taknak ponteng class tapi naik pertengahan sem azam aku hilang tiba2 =,=
Time nak test ke final baru la rasa menyesal tak study awal2.Tiap2 sem la macam tu =.=
Pejam celik dah umur aku dah 21 ini bermakna aku dah besar ok.Kalau orang barat umur 21 ni la remaja akan dapat kunci kebebasan,tapi bagi aku,aku tak boleh lagi hidup tanpa mak bapak..sob3..Nak kawen apetah lagi,takde lagi perasaan macam tu walaupun terase jeles je tengok member yang sorang2 announce nak kawen tak lama lagi -,-

Ni la kesannye bila dah lama tak menaip banyak benda yang nak diceritakan.Malam ni kena tidur awal dari biasa tau sebab esok nak jenjalan dengan bakal pengantin..hihi
Aku pon dah lama gila tak shopping,part 6 ni langsung tak beli baju baru tau..saving punya pasal :)

okey nite's all


#quoteoftheday
"Life is written in PEN,there's no erasing what you've already written,so keep writing"



dah lama tak tempek gambar selca kat belog..hihi



Wednesday, April 11, 2012

Kenangan Part 6



Assalamualaikum


Lebih seminggu aku dah menamatkan zaman diploma aku and now dok menganggur kat rumah menunggu bulan jatuh ke riba.Actually masih mencari kerja lagi ni :D

Ini bermakna juga dah seminggu aku meninggalkan kenangan bersama classmate di dungun tercinta.Hope one day kami akan berjumpa kembali.Insyallah..

Hanya gambar menjadi bukti kenangan bahawa kita pernah mengenali antara satu sama lain.Miss u guys!








Macam mana la muka korang pada masa akan datang yer :D
Wait and see okay..

Nite and assalamualaikum (-_-)



Tuesday, April 3, 2012

Officially pre graduate :)


Assalamualaikum


Hidup jugak blog aku ni setelah hampir sebulan tak update.Seriously dah takde mood nak menulis sebab sibuk exam kot..hihi

Now i want to announce something..that now i'm officially pre graduate in diploma.Nak taknak kena tunggu result part 6 ni,hope takde la subjek sangkut..huhu

Subjek yang paling aku cuak ialah akaun.Time final tu macam tak boleh buat je tapi aku try positif kan diri aku bahawa subjek tu aku akan lepas :) Aminn

Oklah mata dah ngantuk..lepas ni kalau line berukben ni baik aku upload gambar pulak..hehe

Assalamualaikum and good night :D











Thursday, March 1, 2012

I'm officialy pre-merdeka



Assalamualaikum


Sekarang aku nak announce kat blog ni..I'm officially pre merdeka..hehe means that tak merdeka lagi,baru habes semua class,test,quiz and assignment untuk part 6 ni.Ini bermakna minggu stress aku dah berlalu lagi2 hari selasa baru2 ni.Tido 3 jam jer.Kena berkorban sikit untuk semester last ni :)

Aku harap pengorbanan aku yang tak seberapa ni akan berbaloi.Rasa takut sikit bila semester last ni sebab takut ade paper sangkut ke ape.Lagi2 sem ni aku carry 7 subjek and agak tough gak subjek nye.Semester last kan.Semester ni jugak aku agak study hard berbanding part2 sebelum ni.Kesedaran baru timbul la ni -,-

So malam ni aku nak online puas2 sebab jumaat ni baru aku nak study untuk final.Nak rehatkan minda dan fizikal puas2 baru boleh study dengan tenang :)
Esok nak plan nak karok dengan housemate.Minggu lepas plan tak jadi2 -,-

Mata dah ngantuk tapi tak nak tido lagi..hehehe


ok semua nite :)
















Saturday, February 18, 2012

Fashion Show



Assalamualaikum


Malam memang semakin larut ni.Jam lappy aku menunjukkan tepat pukul 4 pagi tapi mata aku tak ngantuk lagi.So amik kesempatan yang berharga ni nak update blog kejap.Ekceli aku nak ucap rasa terharu sangat2 kepada blogger yang sudi jejak dan drop comment kat blog aku yang dah berusang sangat ni.Walaupun aku dah lama tak berblogwalking kat blog2 korang tapi tak sangka jugak masih ade lagi yang sudi singgah sini walaupun korang silent reader jer.Trimas banyak especeli johorean boy yang mempunyai banyak nama..hehe
Tak lupa jugak kepada kamu2 yang lain.Nak jenguk sorang2 kadang2 tak sempat..lagi-lagi nak dekat final ni berlambak esaimen yang kena buat plus quiz n test.Sape student mesti paham kan :)

Ekceli tadi member aku iaitu mira n ju masuk talented show tapi nasib tak menyebelahi dorang.Takpe ade hikmahnye tu.Who knows kan :)

Ni antara pic yang diambil tadi











Thursday, February 9, 2012

Kelebihan study di uitm dungun


Assalamualaikum


Salam petang semua :)
Sekarang ni aku memang suka update blog seminggu sekali.Busy and takde idea la since start belajar ni.Ekceli macam2 terpikir kat kepala otak ni nak story kat blog tapi bila dah start tekan new post terus idea hilang -,- mencik3

Pejam celik tengok calendar rupanya lebih kurang sebulan lebih jer aku akan menamatkan zaman diploma aku setelah hampir 3 tahun aku memasuki alam universiti ni.Seriously rasa macam semalam je daftar part 1 dengan muka selekehnya macam masuk tingkatan 1..hehe

Ingat lagi time dapat tawaran upu aku dapat UITM DUNGUN.Tak terjangka pulak aku akan dapat kat pantai timur.Ingatkan dapat s.alam ker or dekat2 sikit dengan rumah ker rupanya jauh lebih.Memang dari form 1 lagi aku duduk jauh dari parents sebab dok hostel.

Bila jejak je kat dungun hati bentak2 jugak la sebab takut,takde sedara mara langsung kat pantai timur.Terasa macam dibuang negeri -,-
Tapi cepat2 pikir positif.Alhamdulillah aku dikurniakan roomate yang sangat gila-gila dan sampai sekarang kitorang still keep in touch walaupun jarang jumpa dah.Beza alam sekolah menengah dan universiti.Seriously!

Bersyukur jugak sebab dikurniakan classmate yang sangat sporting walaupun kadang2 tu ade yang terasa hati.Biasa la tu adat berkawan.Suami isteri pon selalu gaduh inikan classmate..hehe
Lama-lama study kat uitm dungun ni aku belajar banyak benda.Budaya,makanan,percakapan dan cara orang timur dan macam2 lagi la.Time tingkatan dulu aku belajar kat perlis.Aku banyak jugak belajar budaya dan percakapan dorang jugak.Dulu memang cakap kuaq abes slanga utagha tapi la ni dah lupa sikit.Skang ni lidah aku dok kecek ganu dok pung kelate.Terer da la ni kecek ganu.Kadang2 member kelate aku gelak jer dengar aku salah cakap.Berlagak macam tau sangat je aku ni..haha..ekceli best tau kecek kelate ngan ganu ni.Seriously!

Aku sebagai seorang student uitm dungun dengan ini mengaku bahawa study disini merupakan pilihan yang terbaik berbanding uitm yang lain..hehe..Student uitm lain jangan marah :)
Dengan environment kat sini yang sangat best.Kampus betul2 depan pantai yang sangat cantik.Tapi bukan time musim tengkujuh la.Kalo time tu korang mesti menyesal study kat sini..hehe






semua ni gambar latest aku amek ngan housemate aku kat pantai gadung tadi.Serious cantik.Takde DSLR camera henfon pon jadi la :)


Monday, December 26, 2011

Tragedi ombak besar di dungun


Assalamualaikum


Semalam Malaysia digemparkan dengan ombak rindu yang terjadi pantai teluk lipat di dungun terengganu iaitu tempat aku menuntut ilmu dalam masa 3 tahun ni.Agak terkejut jugak dengar berita ni sebab ombak besar tu mengakibatkan jalan raya yang berdekatan retak dan hancur macam oreo.

Memang semenjak dungun mengalami musim tengkujuh ni ombak kat pantai memang mengganas sampai kan kitorang yang biasa lepak kat batu tepi pantai gadung tu dah tak berani nak dekat2 sebab pernah sekali tu ade orang habes basah baju dek ombak yang tiba2 datang.

Rumah sewa aku pon memang berdekatan jugak la dengan pantai.So malam2 selalu dengar ombak macam rumah depan pantai je..huhu.Pagi-pagi pulak kalau tunggu bas uitm datang mesti stamina kena tough kalau tak sure dengan korang-korang kena terbang dek angin pantai yang ganas..hehee hiperbola sikit kan.

Siapa yang tak tengok lagi gambar terkini tentang keadaan jalan raya berdekatan dengan sekolah imtiyaz tu boleh la tengok sama yer :)












sumber

Buat pengetahuan korang kawasan tu memang selalu air naik especially musim2 macam ni.Benteng yang dorang bina pon rendah jer.Mana la air tak senang naik.Aku harap MPD akan lebih mengambil berat lepas ape yang terjadi sekarang.Hampir separuh jalan jugak yang hancur.Nak2 jalan tu memang orang selalu guna untuk ke bandar.


p/s: aku perasan la kalau ade something bad happen kat dungun mesti time tu student tengah cuti..ni la tanda2 Allah sayangkan kitorang semua :)










Tuesday, December 13, 2011

Belajar dreamweaver


Assalamualaikum



Hari ni last class aku pukul 4.30.Class far 310.Dalam banyak2 class,class far la aku tak rasa nak tido langsung.Maybe khusyuk sangat belajar kot..hihi

Actually sem ni aku ade belajar dreamweaver.Korang tau tak ape tu dreamweaver?Siapa budak it confirm tau kan.So semester2 lepas aku belajar banyak coding but sem ni takde coding langsung.Belajar nak buat website sendiri pulak.Macam best je kan dengar.Setakat ni aku rasa best sebab project first kitorang ialah buat personal website.Alaa macam buat blog personal jugak tapi bukan guna blogspot la.Kena guna dreamweaver.

Kat lab aku guna dreamweaver cs3 tapi malangnya aku cari link download cs 3 takde.Yang ade hanyalah cs5.Lecturer aku pon ngaku yang memang orang dah tak guna cs 3 ni..hehe.Ketinggalan zaman betul la computer lab kat uitm ni :)

Aku ade masa lebih kurang 2 minggu je nak siapkan project ni sebab due date dia tak silap aku before mid term.Kejap je dah nak cuti -,-

So sape yang pandai guna dreamweaver ni boleh la tolong aku kan..nak buat slideshow camner eh..hehe ^__^








Monday, December 5, 2011

NR??Not bad :)


Assalamualaikum


Aku rasa dah lama tak berkata-kata dalam blog ni.Lagi-lagi semenjak semester baru bermula.Dah 2 minggu jugak aku kembali menjalani kehidupan sebagai seorang student setelah 6 bulan menjadi seorang pekerja yang berwawasan..cewahh :)

Terasa rindu kepada MEREKA ditempat praktikal aku.

Sem ni aku berpengalaman merasa duduk diluar a.k.a jadi NR.Sangat best jadi NR ni walaupun banyak jugaklah rintangan yg kitorang hadapi.Alhamdulillah la housemate aku semua baik dan aku selesa ngan dorang.Tak lama lagi aku akan bakal dapat 2 orang lagi housemate baru.Kalau dorang jadi la :)

Banyak jugak hikmah bila duduk luar ni.Antaranya aku sekarang ni pegi class awal sangat.Setengah jam awal.Kalau dulu dok hostel sampai setengah jam lewat.Sangat kontra bukan -,-
Then kalau ade class pagi memang kena bangun seawal 6.15 pagi then kena bersiap2 keluar rumah sebelum 7.15 pagi sebab bas takkan tunggu kitorang.Lambat tinggal :)

Kalau dulu pegi class naik van tapi lepas tau jadual bas ni agak lega sikit sebab naik bas ni free.Naik van bayar.So mana yang lebih saving sekarang?Baru-baru ni ayah billa yang sangat baik dan rajin menolong kami memotong rumput yang memang memanjang setinggi aku.Percaya ke?Tipu la setinggi aku kan.Nampak sangat aku pendek.Actually setinggi budak darjah 6 kot.Memang penat giler la bergotong royong kemas sekeliling rumah.Peluh memang tak terkata la meleleh.Tapi tu bukan masalahnya.Yang penting rumah kitorang bersih..yay!

2 hari lepas ade 2 orang mamat MPD datang tiba-tiba dahla selamber je bukak pagar.Hey ni rumah anak dara tau!Lepas dia bagi salam member aku yang layan dorang.Mamat tu tanya kitorang dengan loghat ganu nya ' Ni nak tanya sikit..kamu ado buang dok rumput2 kat tong sampah hok kaler biru kat lua sane ' Then member aku jawab la ade.Rupanya dorang taknak terima sampah rumput tu sebagai sampah.Dorang suruh buang kat atas rumput jer.Pelik jugak aku.Maybe kat sini lain kot.Tapi kan yang peliknye camner la dorang boleh tau kitorang yang buat?Siap tau rumah kitorang lagi tu.Ade CCTV ker kat tong sampah tu??Wonder ni..huhu

Pape pon banyak pengalaman sepanjang 2 minggu duduk kat rumah sewa ni.Alhamdulillah setakat ni takde benda buruk yang berlaku.Setakat mamat2 3 singgit kacau2 tu biasela..

Okey i want stop membebel now because i have many assignment now..see yaa ^__^



di halaman rumah sewa kitorang with 'najwa latif ' :)



Tuesday, November 22, 2011

Rumah Manis Rumah


Assalamualaikum


Masuk hari ni dah hari kedua aku menjalani kehidupan sebagai seorang student semula selepas 6 bulan menjadi pekerja yang berjaya..hehe
First day class pon aku dah start belajar.Buat masa ni lecturer yang aku dapat semua best2 dan sporting.Memang kantoi la bila lecturer banyak tanya pasal soalan yang dah belajar time part 4 dulu.Kalo tanya pasal jemaah haji aku boleh la jawab :)

Fyi sem ni aku kena duduk luar.Yang bengangnye lepas kitorang dah dapat rumah sewa and siap bayar deposit then pihak kolej kata banyak kolej kosong.Takkan nak cancel deposit,memang tak la kan.Geram jer la..huhu.Maybe ade hikmah disebalik semua ni kan.

Housemate aku pulak memang semuanya rajin dan pandai memasak.First day lagi kitorang dah memasak.Seronok tau bila memasak dengan member2 tersayang.Selalunya kat umah masak sorang2 je.Then sehari suntuk jugak la mengemas rumah yang sememangnya besar.Penat kot..haha..

Layan jela pic yang sempat aku snap lepas kemas2 aritu :)

my room with qila n fina


kemas tak??hehe


ruang TV yang besar :)


salah satu bahagian umah kitorang


kitorang buat tempat solat


bilik mira


permandangan dari luar lepas hujan.


our first dish :)


Jadi status NR ni agak best jugak sebenarnya.Takdela terikat sangat dengan peraturan kolej.Memang best tapi yang tak bestnye dari segi kewangan la.Dengan sewa lagi transport lagi..huhu

Buat masa ni aku memang ade 1 bilik kosong.Kalau boleh aku memerlukan 2 orang lagi housemate sebab bila ramai yang sewa saving sikit la nak bayar nanti.So anyone yang study kat uitm dungun dan berminat nak cari rumah sewa boleh la contact me.Thanks :)

ni la bilik yang tengah kosong..ade sape2 berminat??






Friday, November 18, 2011

Welcome Dungeon Bye KL


Assalamualaikum


Malam ni merupakan entry terakhir aku kat rumah.Ini kerana esok hari aku akan menjejakkan kaki di dungun!!Lama tak bau pantai ni.Lebih 6 bulan ni..hehe
Akhirnya tadi siap jugak aku packing barang.Memang pening kepala jugak la nak cari harta benda yang aku dah lama tak sentuh selama 6 bulan dok rumah ni.Kemas punya kemas tetiba teringat kad matrik aku.Alamak kat mane pulak natang penting ni.Dah la limited edition.Yela sekarang ni student uitm semua guna kad matrik kaler kuning.Kitorang je batch last pakai kaler hijau.So ade la kan perbezaan antara senior dan junior.Itu penting!

Kemas punya kemas mak aihh larat ke tak exora ni sampai ke dungun.Mentang-mentang FAMA nak hantar kemain kat kepala otak aku ni pikir macam2 benda nak bawak.Mak aku dah warning awal2 ' esok tak muat kereta siap ko' haha dapat warning lagi tu.Mana tak nya dengan mesin basuh 6 kilo nak angkut sekali pegi dungun.Hope muat.Takpe muatan belakang adik aku 70 kg okey je selama ni.Takkan mesin basuh 6 kilo tak lepas..kan3..hehe

Semalam aku sempat singgah office aku buat kali terakhir.Bila lagi la kan nak datang lepas ni -,-
Sampai jer test jari aku lepas tak nak masuk.tibe2 teettt kaler hijau that means pintu tu still anggap aku staff situ lagi..oyeahh!!
Masuk je senyap sunyi.Mana taknya time rehat kan.Baru 3 hari tak datang office tapi rindu giler.Rindu kat orang nye ke office nyer..miahaha :)
Tapi tak bestnye tak semua ade time tu.Mi balik kelantan ade interview.Zuhdi pulak time tu la dia nak pegi klinik..haha sabar jela..tapi nasib demam dia tak serius 0_0

Plan nak singgah kejap then nak pegi Masjid Jamek tapi hujan pulak kan.So menetap la kejap kat situ.Siap ajak member aku dok situ and buat macam office tu bapak kitorang yang punya..haha
After solat asar baru la hujan dah berhenti sikit.Baru lah kitorang mengundur diri dari office buat selama-lamanya..hehe macam nak mati je kan -,-

Jalan masjid jamek amat lah tak selesa plus bau yang macam2.Erk paham2 jela kan -,-
Tapi nasib aku sempat rembat sepasang baju kurung walaupun bukan polka dot..sob3 sedih :'(



p/s: pape pon congrats Harimau Malaya lawan Indonesia tadi..1-0 pon boleh laaa :)





Friday, November 4, 2011

Aku pon lulus la!


Assalamualaikum


Hari ni result budak2 uitm keluar.Aku confirm semalam mesti ramai tidor tak lena dok mikir pasal result yang dorang akan dapat.Tipu la kalo takde sikit pon perasaan tu.Aku yang praktikal pon dapat result tau walaupon  praktikal tak habes lagi.haa camner tu..Siap lulus lagi tu :)



Wah kalo camni la gaya tak yah buat report pon takpe sebab result kata dah lulus..hehehe *pemalas punye budak*


p/s: sape2 boleh tolong bagitau aku guideline nak buat report for praktikal ni??siyes aku tak tahu nak buat camner -,-






Saturday, October 8, 2011

Pengalaman aku berpraktikal



Assalamualaikum


Pergh lama gila la tak membebel kat belog aku ni.Entry before ni semua copy paste punye.Hari ni hari sabtu so boleh la luangkan lebih masa depan lappy aku ni dan tulis ape saja yang aku suka..miahaha

Seminggu ni tiap-tiap hari aku jaga kaunter lantai 30 tu sebab paham-paham jela time musim haji ni bermacam-macam orang yang datang tabung haji HQ dengan bermacam-macam tujuan.Ade yang datang merayu untuk pegi haji,mintak surat tawaran,mintak jadual penerbangan,hantar passport dan macam-macam lagi lah.

Aku macam biasa pagi-pagi kena online dulu cari berita terkini mengenai haji untuk diupdate ke dalam portal.Lepas tu pulak baru lah aku menyibukkan diri di kaunter.Ade yang best ade yang tak best duduk kat kaunter ni.Bermacam-macam jenis orang yang aku jumpe.Ade yang jenis tak tahan sabar,ade yang jenis cool jer.And aku penah jumpe orang tu tidor memang tak hingat dunia la siap berdengkur lagi tu..haha..memang tahan gelak jela aku dok situ.

Yang datang nye major orang tua la kan.Yang muda pon ade jugak tapi selalunye wakil untuk mak bapak diorang jugak.Bagus anak mithali!
Ade sorang mak cik tu datang sampa nangis2 depan aku dengan harapan dia dapat pegi mekah bersama suami dia.Aku memang tak sampai hati la nak handle kes menyayat hati macam tu.So aku panggil la sifu2 aku untuk menghandlenye..haha..aku kan praktikal.Ape la sangat ilmu yang aku tau :)

Ade sekali tu sepasang suami isteri jauh datang dari sabah dengan harapan dapat mengerjakan haji tahun ni jugak.Tapi apakan daya aku.Aku bukan la pegawai yang boleh meluluskan rayuan tu.Semua nya boss aku la.Aku hanya dapat mendengar luahan hati diorang je.Maafkan saya mak cik pak cik !

Ape pon aku agak bersyukur kerana diberi peluang praktikal disini sebab banyak ilmu yang aku dapat..walaupun takde kaitan langsung ngan ape yang aku belajar tapi ilmu tu kan luas..hehe


p/s: lagi sebulan je aku nak praktikal kat sini..sayang pulak nak blah dari situ..hehee






Tuesday, May 3, 2011

Santai petang



Assalamualaikum..


Kl tiap2 hari hujan eh.Kalo kat dungun panas sangat.Terbalik kah??
Mak aku kata cuaca memang dah tak menentu skang,dunia kan nak kiamat -,-


Selalunye petang2 cenggini kat uitm kalo bukan hujung minggu selalunye ade class.Kalo takde class maybe online macam biase or tido!!Tapi kalo hujung minggu petang2 camni aku akan layan movie.Tak pon lepak2 kat bilik member.Cehh tak habis2 nak bandingkan kat umah and kat campus.


Ohh yaa tadi member aku bagitau yang member aku time sekolah menengah dulu dah selamat melahirkan seorang puteri baru2 ni.Waa bestnye dah dapat anak sendiri ;)
Aku lambat lagi kot..hahaha


So aku dah jadi mak cik la kan? ehh tak nak la macam tua je biler ade gelaran mak cik tu..hehe
Pape pon congrats tu zukhruful aina and her husband.Mesti comel anak diorang tu sebab zu tu pon cantik ;)


#okbai





Saturday, April 30, 2011

Officially merdeka ;)




Assalamualaikum..


Time entry ni di taip aku secara officially nye MERDEKA!!
Merdeka dari exam la..hehe
Rasa yang teramat puas sekali ;)
Line berukben aku ni pon laju je.Ni yg aku suke ni sebab ramai dah org blah dari uitm ni kan..hehe


kedua-dua roomate aku dah selamat kembali ke pangkuan keluarga diorang.Aku je yg tak selamat2 lagi ni..hehe
Insyallah esok aku bertolak 11 pagi ngan bas mara liner.Harap la selamat sampai ;)


Emm tadi time AIS 290 aku keluar awal.Habis sepatutnye 5.15 tapi aku blah 4.Yela soklan tadi pon agak bengong.Yang aku tak baca la die nak kuar.Yang aku baca tak nak lak kuar.Takpe aku redha ;)


Sedih sangat nak balik esok ni.Sepatutnye kena gembira la kan jumpe family.Memang aku gembira tapi aku sedih sebab nanti dah tak jumpe member selama 1 sem.6 bulan tu.Lama kot..Yela kan aku praktikal sem depan.Then aku dah takkan duduk kat kolej redang ni.Rindu ngan masakan dining walopon kadang2 tak sedap.Suasana harmoni kat sini and all about redang la..hehe


Time sem ni pon tak sure la dapat dok kolej ke tak sebab memang terhad giler skang ni nak dpt kolej -,-
Intake student pon semakin ramai -,-
Redha jela...


Barang memang tak kemas langsung ni.Malam ni baru start kot :)
Okey malam ni nak enjoy puas2 ngan classmate aku.Huhu siyes rasa sayang sangat nk tinggalkan sem 4 ni walopon macam2 sejarah berlaku.Hidup mesti diteruskan!!


hehe okey la...bak kata JAMBU..YANG PENTING KITE ENJOY :)















Wednesday, April 27, 2011

Makan di hidayah dapat hidayah ;)



Assalamualaikum..


Walopon mata ni agak ngantuk tapi still nak menaip sikit.Tengok blogger lain selalu je hupdate tapi aku ni malas giler kot lagi2 dlm minggu exam.Ekceli aku malam tadi ade makan2 ngan AJK DINNER ngan FAMILY DAY.Oleh kerana ade duit lebih time dinner so miss nak buat la makan sikit and lagipon kitorg kan nak pegi praktikal sem dpn,so macam meraikan la ni..hehe


Kitorang makan kat restoran HIDAYAH.Memang dapat hidayah la sape makan kat situ.Dekat tepi pantai je.Not bad la makanan situ.Aku suke telur dadar die..hahaha..Tomyam agak masam -,-
Ahh pape pon memang kenyang la makan tadi.Ala orang belanja memang sume sedap -,-


Ahha petang tadi jugak aku selamat menjawab paper FAR 260 untuk kali ke 2..haha mesti tau sebab ape aku sebut kali ke 2 kan..hehe
Ingat nak skor A tapi macam tak boleh je ;(
Kire lulus pon okey la ;)


I have 2 paper to go..Dua-dua subjek teori pulak tu.Mapuh keghah la aku jawabnye..haha


okey la nak tido  dulu bcoz my eyes very want to close right now,,haha


good night everyone ;)









Monday, April 25, 2011

Faktor-faktor blur time jawab exam




Assalamualaikum..


Good afternoon semua ;)
Hari ni aku bangun awal tau..hehe..gara-gara nak kena hantar surat tawaran praktikal kat pn Inayah.Semalam die dah mesej aku suruh hantar secepat mungkin ;)


Emm pagi2 ni aku ingat nak citer pasal exam la memandangkan sekarang musim exam.Betul kan??
Kalo uitm memang skang musim library penuh..haha paham2 jela.Ipta/ipts lain macam mana pulak??


Aku baru je lepas 3 paper start 20.4 baru2 ni then ade 3 paper lagi menunggu.Sedangkan esok ade paper tapi relax je tak bukak..huhu -,-
Aku rasa sem ni merupakan sem paling teruk bagi aku.Belajar pon main2.Semangat belajar just awal sem then makin hujung sem semangat belajar tu makin turun dan makin turun..huhu..
Aku dah hampakan perasaan parent aku.Sorry ummi sorry ayah ;(


Semalam aku agak kejam terhadap paper costing.Soklan takdela susah sangat tapi aku memang agak BLUR giler time tengok paper tu..huhu(ohh moo aku tak nak FAILED!!!)
Setelah aku membuat beberapa analisis(analisis la sgt kan..haha) antara faktor BLUR time dalam dewan exam ialah..

  • Study last minute
    • Ni memang sebab paling boleh diterima.Yela aku bagi contoh kat aku ok.Subjek costing memang subjek paling aku blur sepanjang sem ni.Kalo dalam class pun ibarat masuk telinga kanan kuar telinga kiri.Kalo paham pon dalam class je,kalo nak buat latihan memang tak la kan..haha.Then sehari before nak exam tu nak tak nak kena la carry sume subjek dlm sehari.Bayangkan la belajar 1 sem pon macam nak terberak je.Ni kan nak habiskan dlm sehari..pikir2 kan la ;)
  • Tak mintak restu mak bapak
    • Before or sehari nak exam tu pegi la call or mesej parent mintak doakan.Aku buat ni okey,tak penah miss..hehe.Yela lecturer aku sendiri kata sementara parent kite ade boleh die tolong doakan.Nanti kalo dah takde,takde sape nak doakan kite.Doa parent tu memang Allah makbulkan :)
  • Gap hari exam amat la dekat
    • Macam uitm punye hari exam sem ni memangla amat menyakitkan.Nasib la aku ade gap sehari tiap2 subjek.Ade yg berderet paper 4 hari sekaligus..tu memang sakitla..Tak tau nak study ape dulu kan -,-
huhu aku rasa ni kot sebab2 blur time exam..haa lupe lak salah satu faktor lagi air cond kuat sangat lagi2 kalo aku jawab kat dewan aspirasi..huhu memang terketar2 la otak aku -,-

okey kalo korang rasa ade lagi faktor2 yg aku tak list kan korang boleh tinggalkan kat comment box tau ;)

thanks for keep reading my blog..bye2



tibe2 semangat nak study FAR :)






















Tuesday, April 19, 2011

Can i speak english right now??hahaha


Evening u'all


Today i'm feel like i want speaking although my MUET was done and i don't take paper BEL in final because 100 % marks comes from assesment.OMG i'm so worried about my carrymark because i'm really not fluent in english like loser -,-..but i'm try to learn english very much ;)


Actually this time i'm feel so nervous..actually very sleepy just now -,-
but i can't sleep now because not done prayer yet ;)
So i want writing something in my blog.Like "membebel" litle bit.It's okey kan??opss malays not allowed..hahahaha


Ohh i forgot to tell you all why i'm so nervous.It is because tomorrow is our first paper.It was AIS 300..this subject was litle hard to score because our madam very strict in marking our paper..dush3


So to all my reader i want apologise to u all if i have any wrong during reading my blog..wish me luck babe ;)
I think i will very busy start tomorrow until my exam was finish.But i'm still approved your comment.Maybe not always update blog like usual ;)


i think i must stop now..because my bed was calling me..hahah
See u guys..bye ;)








ohh..long time no put my picture alone here..hahaha



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...