Showing posts with label dunia it. Show all posts
Showing posts with label dunia it. Show all posts

Friday, August 5, 2011

CEO termuda didunia






Khalis dapat merasa jadi peniaga pada usia 22 tahun iaitu masa buka kedai makan. Tapi nak dibandingkan dengan si budak kecil berusia 14 tahun dan menjadi CEO bagi syarikat animasi cukup menakjubkan. Memiliki kemahiran dalam bidang animasi 2D dan 3D, Sindhuja Rajaraman,14 diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk menguruskan syarikat yang beroperasi di Hyderabad, India ini.

Kalau di Malaysia, Khalis selalu jumpa anak cina di ajar dari kecil untuk jaga kedai mak dan ayah mereka. malah. Khalis ada kenal beberapa orang yang tidak bersekolah kerana di ajar supaya menguruskan bengkel motor.Hasilnya, bila dalam usia muda ayah mendapati anaknya sudah mahir mengenai pengurusan kedai, maka sebuah kedai akan diberikan..maka berkembanglah perniagaan keluarga.

Dalam fakta ini, syarikat yang diberi nama , NASSCOM (National Association of Software and Services Companies)bukanlah sebuah syarikat yang kecil. Ianya mendapat banyak tender dari stesen tv malah syarikat permainan untuk menghasilakan animasi. Malahan syarikat ini mempunyai hampir 160 orang pekerja


Wednesday, August 3, 2011

My first camera digital



Assalamualaikum

Hari ni aku rasa letih sangat.Tak tau la nape.Nak kata aku kerja buruh memang tak la.Keje dok dalam ekon lagitu..hehe..tapi kepala ni dah pening,hurm 5 hours to come ;)

Okey aku memang sejak kecil lagi dah mengidam camera digital sendiri.Cewah dari kecil tu..tipu je,dari form 2 lagi biler aku tengok member aku twinz kumpul duit dorang beli camera digital sendiri.Family aku ni pon bukan lah senang sangat kan nak camera mintak kat parents terus dapat.Banyak gadget yang aku beli ni guna duit aku.Kalau dari parents pon just topup duit bagi cukup je..hehe..macam laptop dell aku beli gune ptptpn.Henfon sony ni adela mak aku topup sikit..hehe.Orang kata ape kita nak beli pape ni better berdikari kumpul duit sendiri then beli la ape yang ko nak beli,beli apartment ke untuk akan datang..hehe melampau tu ;)

Semalam kakak aku ade gak suggest ushar kat mudah.my cari camera digital.Cari punya cari then terjumpa la camera yang harga dia pon not bad,spesification pon berbaloi la untuk orang yg minat bergambar ni.Tak dapat DSLR pon takpela -,-

ni la yang menarik minat aku

then lepas contact ngan dealer tu dia cakap kalau nak bank in guna maybank.Adoii problem pulak..aku ade cimb ngan bank islam jela.Sayang jugak kalau tak jadi beli.Harga dia murah kot.RM390 dapat free tripod ang memory card 2 gb.Not bad la kan.Harga kat pasaran RM399..hehe beza gak 90 ringgit tu ;)

Then aku decide ingat nak survey dulu kat Ampang Park ni.Kalau harga dia lebih kurang baik aku beli kat sini je..lagi selamat..

Harap dapat beli before raya ni.Takdela dok amek gambar guna henfon sony aku tu je.Gambar tak berapa clear la.Terpaksalah jugak aku batalkan hajat aku yang dulu iaitu beli henfon baru gara-gara nak beli camera ni..hehe

hope hajat aku tercapai la kan.nak doa la sempena bulan ramadhan ni doa cepat makbul..hehe aminn ;)

ok..selamat berbuka ;)







Tuesday, July 26, 2011

Top 15 Antivirus



Assalamualaikum

Korang guna ape software antivirus ape untuk pc or lappy korang?Ade yang guna software yang free je kan macam aku ni and ade jugak yang berbayar beratus-ratus sebab sayang pc punye pasal ;)
Aku pulak suke guna yang free ni je..hehe sape yang taknak benda free kan ;)

Aku sekarang guna Avast je.Boleh download dari internet je..tu yang aku suka..haha..Dulu aku guna avira but then lama-lama avira macam tak kuat dah,yang tu avira free punye la -,- Dulu kemain puji avira kuat menangkis sume jenis virus ape but then finally buang jauh2 ganti yang baru lak..hihi

Okey kat sini aku nak listkan Top 15 Antivirus

1. Kaspersky version 7.0.0.43 beta - 99.23%
2. Kaspersky version 6.0.2.614 - 99.13%
3. Active Virus Shield by AOL version 6.0.0.308 - 99.13%
4. ZoneAlarm with KAV Antivirus version 7.0.337.000 - 99.13%
5. F-Secure 2007 version 7.01.128 - 98.56%
6. BitDefender Professional version 10 - 97.70%
7. BullGuard version 7.0.0.23 - 96.59%
8. Ashampoo version 1.30 - 95.80%
9. eScan version 8.0.671.1 - 94.43%
10. Nod32 version 2.70.32 - 94.00%
11. CyberScrub version 1.0 - 93.27%
12. Avast Professional version 4.7.986 - 92.82%
13. AVG Anti-Malware version 7.5.465 - 92.14%
14. F-Prot version 6.0.6.4 - 91.35%
15. McAfee Enterprise version 8.5.0i+AntiSpyware module - 90.65%





See Avast masuk kategori gak la walopon tangga ke doblas pon okey la..hehe
Anyway setakat ni aku guna avast ok je.Kalo bukak je website or software yang ade virus dia akan detect and tak bagi bukak.Nak update dia pon cepat je.So aku bagi rank 4 star..hihi (suke ati makbapak ko je letak star -,-)


okey korang punye antivirus macam mana pulak??













Friday, July 22, 2011

Group sahabat blogger bertukar nama??



Assalamualaikum


Baru-baru ni aku bukak sahabat blogger punyer group dengan bertujuan nak promote entry la kan.Then aku terkejut yang amat sangat sebab sahabat blogger dah bertukar nama menjadi BLOGGER FRIEND.Dalam hati terpikir jugak,biler masa lak sahabat blogger ni main speaking2 ni.Muet lambat lagi la..haha

Then tengok comment masing-masing sume dok speaking2 plus malay sikit la.Ala-ala rojak buah sikit.Dalam hati tergerak jugak la nak speaking jugakla camni..haha
Yang lawaknya biler speaking tu tak berapa nak jadi seolah-olah ditranslate oleh google translate je..hehe

Rupa-rupanya.............................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
 tipah tertipu la pulak -,-


See rupa-rupanya google chrome da tolong translate tanpa kebenaran aku...haha nyaris aku tertipu ni.Then lepas-lepas tu tiap kali jadi semacam je page yg aku bukak tu terus aku tengok belah atas.Ade kuar macam kat gambar tu tak.Sume habis die translate kan.Camner nak tukar setting eh kat browser GC aku ni?huhu
Tapi seriously kadang-kadang lawak dia translate lebih2 lagi bile comment tu orang kelantan punye ayat.Memang tunggang terbalik la english + klantanese..hehe


just for fun ;)










Wednesday, July 13, 2011

Bagai tikus membaiki labu..haha

Assalamualaikum

Morning kepada sume pembaca blog aku ni walaupun tak ramai.Aku hargai sangat korang yang rajin jenguk blog aku walaupun banyak merapu meraban..hehe
Lama gak tak update blog ni.Nak tau sebab ape??Baca sampai abes yaa ;)

Oleh kerana aku dah boring menggunakan OS Vista kat lappy aku so aku rasa macam nak tuka Win 7 sebab lagi best and lagi laju and lagi-lagi best(mcm iklan myvi x??hehe)
So aku ni memang mempunyai habit suka mencuba sesuatu yang baru lebih2 lagi dalam bidang it ni.Aku teringin la nak format lappy sendiri.Sebab menjimatkan dan bukan susah pon format ni.Kalau pegi kedai confirm 30 keatas terbang duit aku.Then atas bantuan member aku dia banyak bagi aku software and tolong aku format ni but!!

Aku tak tau la mana salah silapnye step aku tu..time tengah install boleh lak stop ang bagitau file corrupt ape ntah.Ahh aku dah mula gabrass.Hope takde pape la yg berlaku.Then install lg semula and member aku tu suruh buang partition C tu sebab nak buat partition baru.Then lepas je buang sume and install balik bermula kejadian ngeri sepanjang lappy aku hidup kat tangan aku ni.Tak leh nak on langsung and suruh restart and keluar ayat BOOTMGR IS MISSING..wadefak la berapa kali da aku restart but stil same.Sabar2 kalo x memang hancur dah keyboard tu dek aku ;)

And setelah beberapa hari jiwa aku terseksa tanpa lappy aku yang tak hidup2 finally aku membuat keputusan yg muktamad!!Hari ni jugak aku pergi hanta lappy aku ke klinik komputer.Aku hantar ke ampang park je sebab dekat sikit ngan tempat kerja aku.Uncle tu bagitau dia charge format lappy RM60.Aku rasa macam mahal tapi aku sanggup la keluarkan duit untuk lappy aku..hihi

Okey kerja aku disini semakin bertambah dan aku sangat suke sebab takdela nampak macam tunggul je duduk kat pejabat ni.Baru nampak macam orang bekerja sikit..hehe

okbai nak pegi brekpes...







Wednesday, July 6, 2011

Jom try benda ni..best tau!!


Assalamualaikum


Hari ni aku nak share korang something mengenai dunia keunikan dunia it ni.Maybe ade yang dah tahu pasal ni and ade jugak yang tak pernah tahu.Saje nak seronok-seronok ngan korang la..hehe
Ikut step kat bawah ni okey..

First copy coding ni..

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("img"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);

Then paste kn ke url brower korang and tekan enter.Tau tak url browser tu ape??Tak tau tengok gambar kat bawah ni okey..




Ok bagitau aku ape yang korang nampak??hehe
Don't worry benda ni takkan effect kan browser korang.Percayalah~



                                                                    ~sharing is caring~














Tuesday, March 8, 2011

Yeyeye domain baru :)


Assalamualaikum korang :)

  • Now aku kat library ni becoz lecturer suruh cari info pasal assesment 3 ni,so alang2 tu hupdate kojap la..hehe
  • Aku dah ade domain baru..yehaaa :)
  • tak pernah terpikir langsung nak ade domain sendiri ni.Just gune blogspot je skang but now dah ade .com..hehe.Yang penting ade someone yang give domain to me.Nak harap aku beli sendiri memang lambat lagi la..hehe
  • Thanks bebanyak..bebanyak giler kat Achie becoz sudi hadiah kan domain kat aku.I'm really appreciate that.And the new url aku ni pon die yang suggest kan.Ekceli aku tak nak letak nama sendiri sebab nama aku bukan glemer pon macam benashaari ke,hanis zalikha ke tapi oleh kerana die yang suggest aku terime je.sebab die kata kalo letak nama sendiri tu mesra SEO sikit..hehe..ape bende SEO tu pon aku tak tahu -,-
  • Time nak tukar domain ni pon aku banyak menyusahkan die sebab tak reti.yela aku just pandai menaip je..huhu
  • Trimas bebanyak yer awak :)
  • malu pon ade gak ni...ngeee~
  • Ade gak tanya pendapat member nak bagi nama baru url aku ni,macam2 diorang bagi terutamanya mira.Die paling banyak suggest kat aku.Antaranye pikapending.com..pikamatabulat.com and macam2 lagi la..haha..memang tak masuk akal aku nak letak sume tu :)
  • Emm tak cakap apelagi eh??
  • Haa ternyata tukar domain takdela susah mana.Senang je tapi aku still tak reti..ngeh3
  • sob3..tadi dapat test law and aku fail..waaaaaa sedihnye(tu la tak study rajin2 -,- )



malam ni takleh nak chat ngan die :(







Friday, March 4, 2011

Boleh caya ke beli online tu??



Assalamualaikum


korang penah beli online tak?bagi yang pernah beli online tu best tak?puas hati tak??
Bagi aku beli online memang best.Betul..tak tipu(aku tak penah tipu korang kan)
Selain dapat menjimatkan tenaga kite bershopping,kite dapat gak cuci mata dengan usha blogshop kat online.Best woo
Aku mula menjinakkan diri ngan beli online ni dalam tahun ni je.Lambat kan aku ni -,-
Bukan ape dulu2 aku tak berapa caya sanga ngan beli online ni.Takut kena tipu ke ape kan,tak ke naya nanti..huhu
But sejak aku aktif ngan dunia blog ni aku jumpe banyak blogshop yang jual baju,bag,lens ngan barang2 lain dengan harga berpatutan.Yang harga postage tu lain citer la kan :)
Tapi setiap orang taste lain2.Ade je yang tak puas hati kalo beli kat online sebab tak dapat pegang sendiri barang yang kite nak tu.Kadang2 nampak model tu pakai dress tu cun je tapi sekali kite pakai macam monster da ~,~


Barang first yang aku beli online ialah kat ayunar.Aku beli inner die.Bagus tau cik ayun ni,die memang layan customer walopon aku kacau die time maghrib sekalipon.Camni la kalo nak maju.Customer is always right kan..hehe


Then aku suke gak cuci mata kat fb yang jual dress.cantik2 siot.Kalo korang tengok mesti tak puas :)
Tapi yang aku peliknye tak ramai yang jual barang laki.Nape eh??Ke laki tak suke bershopping??hehe


Sejak aku biase ngan beli online ni aku selalu gak promote kan kengkawan aku suruh beli online gak.Diorang pon macam kau mula2 dulu.Tak caya sangat.Then lama2 macam caya je aku tengok siap suruh aku bagi link blog lagi tu :)
Boleh jadi promoter tak aku ni?hehe


Now aku still mencari lagi dress vintage for our dinner faculty nanti.Tak jumpe lagi yang berkenan dihati -,-
Ramai yang suggest suruh balik je kl tu,pegi round t.s nanti jumpe la.Tapi aku pikir 2 3 kali nak balik.Pegi balik je dah 60 + tiketnye.Baik aku beli online save budget :)


So sape yang baru2 nak try beli online ni welcome to online shop :)
Sape yang dah taiko beli online aku mintak tolong ajar :) Biasela aku ni baru belajar.Mana nak tau aku salah pilih ke kan..ajar aku okeh :)


~Tata~






dear diary: alah membeli menang memakai :)














Saturday, January 8, 2011

Padah online 24 jam



Saban hari lahir pelbagai teknologi serba moden yang diwujudkan demi memudahkan kehidupan manusia ERA ini. Walau bagaimanapun ada segelintir manusia masih tidak bijak menggunakan kemudahan yang ada ini secara bijak sana. 


Kehadiran Internet ternyata menjadikan kehidupan kita hari ini jauh lebih mudah. Mahu mencari informasi tentang apa pun, hanya perlu menaip pencarian kamu itu di papan kekunci dan ‘klik,’ jawapan akan langsung terpapar di skrin komputer atau telefon bimbit pintar milikmu. Ingin berkomunikasi atau berhubung dengan rakan-rakan lama? Kamu boleh mengaplikasikan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan banyak lagi. Malah jika kamu ingin berbelanja, muat turun lagu, urusan pembayaran/perbankan mahupun memaparkan foto, semuanya boleh kamu lakukan secara online dengan Internet!

Jadi tidak hairanlah jika kehidupan hari ini dirasakan begitu sukar jika tiada Internet. Lebih-lebih lagi semenjak penggunaan BlackBerry semakin rancak diperkatakan. Tidak salah jika kamu ingin menggunakan Internet ini, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ketagih kerana ia akan menyusahkan diri kamu sendiri. 



KETAGIHAN?
Individu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih Internet jika seluruh kehidupannya tertumpu untuk menggunakan Internet sahaja sehingga mengganggu kehidupan peribadi, sosial dan bermasyarakat. Istilah ketagihan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jika individu cuma membuka Internet sekali-sekala, perlakuan tersebut masih dikategorikan wajar. Ketagihan hanya boleh dilabelkan kepada individu yang tidak boleh bekerja atau bersosial kerana terlalu sibuk dengan internet sepanjang masa. Contohnya, mangsa akan memulakan aktiviti hariannya dengan Internet sejak dari awal pagi sehingga membuatkannya malas ke kolej atau pejabat. Ataupun, sepanjang berada dalam mesyuarat, si mangsa tidak pernah lekang dengan telefon pintar miliknya. Perlakuan tersebut memang tidak wajar. 

REALITI YANG TAK INDAH
Rata-rata mereka yang ketagihan Internet ini berpunca daripada rasa ‘puas’. Kepuasan itu hanya akan mereka peroleh menerusi dunia maya! Secara realitinya, si mangsa mungkin memiliki keperibadian yang agak pemalu. Namun di alam maya, karakternya adalah sebaliknya. Tidak memiliki ramai teman dalam kehidupan nyata? Segala-galanya boleh berubah menerusi Internet. Mangsa boleh berbual dengan ratusan atau ribuan teman baru setiap hari. Ingin menghiburkan diri ke luar negara tetapi tiada simpanan yang mencukupi? Hanya dengan melayari laman-laman web tertentu sesiapa sahaja boleh menikmati gambar-gambar indah negeri atau negara yang ingin dilawati tanpa perlu berbelanja. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah browsing.

PENURUNAN KUALITI HIDUP

Jika sudah ketagihan, tentu banyak impak negatif yang bakal terjadi. Baik dari kesihatan, ekonomi hinggalah kehidupan sosial individu. Terlalu lama merenung komputer sewaktu menggunakan Internet, boleh mengakibatkan computer vision syndrome iaitu pandangan menjadi kabur serta timbulnya gangguan lain pada mata.




sumber remaja








Friday, December 17, 2010

Khas untuk pengguna profile facebook yang baru



Dear diaries
Assalamualaikum

Okey semalam aku dah tunjuk kelebihan bagi pengguna facebook yang baru kan.I think men are more interested this function than women right??hehe
Sampai adik aku yang lelaki tu pon minat nak buat cenggini.So atas jasa baik member aku ni merangkap pengguna facebook yang telah membuat profile begini dia dengan baik hati nya telah share video cara-cara nak buat profile facebook yang cool :)
Nak tak??
Mula-mula aku agak tak paham video ni tapi bila dah diexplain berkali-kali baru lah aku paham..hehe.Biasela aku ni lampi sikit -,-
Okey sebelum itu bagi sesiapa yang nak buat mestilah mempunyai Adobe Photoshop.Tak kisahlah versi mana pon sebab dalam tutorial ni dia menggunakan Adobe Photoshop.
Check it out guys!!










Amacam?Faham tak?Kalau korang tak faham boleh la tinggalkan comment kat bawah ni yer.Tak pon pegi tanya orang yang dah try ni AbC

Selamat Mencuba (-_-)










Thursday, December 16, 2010

Tujuan sebenar profile facebook di tukar

Dear diaries
Assalamualaikum

Tahu kah korang apa punca facebook tukar new profile kepada penggunanya?Jawapannya ada disini!!

PARIS - Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.
Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.
Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.
Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi


versi paris punyer






yang ni versi melayu punyer..masuk mata je pon boleh la..haha
http://www.facebook.com/ab.chic





So korang dah boleh nampak kan apa tujuan facebook buat new profile macam ni.So 
stop marah-marah facebook yer.Nanti tak dapat lah mamat2 kat atas ni nak buat gambar macam ni :)


Apalagi korang kat luar sana mesti lebih kreatif dan teringin nak buat macam ni.
Jangan lakukan aksi ini tepi jalan.Lakukan didepan pc anda ataupun laptop yer :)


note leg : yang versi melayu tu first time kot kat malaysia ni :)
















Wednesday, December 15, 2010

Saya mahu buat survey itu

Assalamualaikum
Aku nak buat sikit survey yang dibuat oleh blogger ni


Nak join??Klik je link blogger ni kat atas tu :)



1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
    a) Nokia
    b) iPhone
    c) Sony Ericsson
    d) Samsung
    e) LG
    f) HTC
    g) Blackberry
    h) Motorola
    i) CSL

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
   a) Acer
   b) Hp
   c) Dell
   d) Lenovo
   e) Sony
    f) Apple
   g) Compaq
   h) Fujitsu
   i) Toshiba
   j) MSI

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
    a) Nikon
    b) Sony
    c) Casio
    d) Canon
    e) Kodak
    f) Samsung
    g) BenQ
    h) Panasonic
    i) Olympus
    j) Fujifilm

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
    a) Streamyx
    b) P1
    c) Maxis
    d) Celcom
    e) Digi
     f) Yes
    g) Time
    h) Jaring
    i) U Mobile
    j) Tune Talk

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
    a) Zara
    b) Padini/PDI
    c) CK
    d) AX
    e) Guess
     f) Adidas
     g) Levi's
     h) Prada
     i) D&G
     j) Romp
     k) Soda
      l) LV
     m) GAP
  
6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
    a) Starbuck
    b) Old Town White Cafe
    c) Mcdonald
    d) KFC
    e) Pizza hut
     f) Chiken Rice Shop
     g) Nando's
     h) Dunkin Donut
     i) Teppanyaki
     j) Sushi King
     k) Big Apple
     l) Secret Recipe 

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
    a) Tesco
    b) Jaya Jusco
    c) Giant
    d) Carrefour
    e) Pakson
    f) Clod Storage
    g) Mydin
    h) Metrojaya
    i) SOGO
    j) ISetan
    k) Ikea

8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
    a) HotFM
    b) EraFM
    c) SuriaFM
    d) SinarFM
    e) HitzFM
     f) RedFM
    g) ThrFM
    h) FlyFM
    i) MuzikFM
    j) KlasikNasionalFM
    k) XFM
    l) IKIMFM
   m) MIXFM

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
     a) TV1
     b) TV2
     c) TV3
     d) Ntv7
     e) 8TV
      f) TV9
      g) Astro Ria
      h) Astro Prima
      i) Astro Oasis
      j) Astro Citra
      k) Astro Warna
      l) Astro Ceria
     m) AFC

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
     a) Dunhill
     b) Burberrys
     c) Gucci
     d) Bvlgari
     e) Channel
     f) Calvin Klein
     g) Christian Dior
     h) Hugo
     i) Davidoff
     j) DKNY
     k) D&G
     l) Escada
     m) Estee Lauder
     n) Giorgio Armani
     o) Lacoste
     p) Lancome
     q) Tommy Hilfiger
     r) Versace
     s) Ralp Lauren

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
     a) Remaja
     b) Media Hiburan
     c) Mangga
     d) Intrend
     e) Wanita
      f) Pesona Pengantin
     g) Hai
     h) Pa & Ma
     i) Maskulin
     j) Majalah PC
     k) Impiana
     l) Arena Bola Sepak
     m) Nona
     n) URTV
     o) Majalah Saji
     p) Mastika
     q) Novel

Aku dah buat survey ni.Korang bila nak buat??hehe -_-















Friday, November 26, 2010

Cara senang download video kat youtube

Salam jumaat semua.Kepada yang rasa die jantina laki and dah cukup umur yang beragama islam jangan segan2 pergi masjid yang berdekatan anda yer.
Hari ni saya(ari jumaat kene sopan sikit..miahaha) nak share la sikit dengan u all pasal REAL PLAYER SP GOLD ni.Kalo sape dah tau pon tolongla betulkan pape info yang saya bagitau ni.Mana nak tau korang tau lebih pro dari saya ke..hehe
Meh nak habaq mai sikit ape beza real player sp gold ni dengan real player yang biasa punye.Beza nya tang ni haa 



haa nampak tak ayat download this video kat bahagian kanan video tu.Function die memang best sebab korang just klik ayat tu je and korang boleh download video kat youtube terus.Tak yah dah guna youtube downloader yang leceh tu.Dulu saya guna bende leceh tu la sebab tak tau lagi pasal real player sp ni.Ingatkan function die just boleh baca movie je rupanya ade function lain.
Kalo u all berminat nak dapatkan software ney korang klik link kat bawah ni.Tak berat pon software ni just 571 kb jer..ringan kan??


Nanti kalau u all nak install software ni kat pc or laptop u all pastikan ade sambungan internet tau.Kalau tak nanti tak jadi.And 1 more thing ayat [ download this video ] tu akan kuar kalau u all bukak gune internet,mozilla and google chrome.Yang lain tu tak sure la tapi u all try2 la yer.Bagi saya function die ni okey la sebab senang je nak download video yang best especially video kat facebook.Sekarang ni kan banyak video yang best kat facebook.So,kalo nak tunggu die buffer sampai habis lambat la kan.Dengan real player sp ni kite boleh download dulu pastu kalo ade masa terluang u all boleh tengok balik video tu.Dah macam promoter tak bertauliah pulak aku ni..hihi

Okeh la kalau u all ade pape problem time nak download software ne ke or ayat keramat tu tak kuar ke tanya la kat bahagian comment kat bawah ni or ask me on facebook.

Sharing is caring ^_^





Wednesday, November 24, 2010

Detect balak or awek korang kat mana melalui no fon





Wahh..memang best kalo dapat detect orang yang kita sayang tengah buat ape la kan..Aku baru je jumpe satu website yang dapat detect orang melaui no fon diorang je..Mudah bukan..well teknologi sekarang di hujung jari je kan..


klik sini mobile tracker


Guna kan untuk kebaikan tau..hehe








Jom belajar photoshop

Selamat malam sume.Yela sekarang kan dah malam,aku jer yang tak reti2 nak tidor -,-

Ekceli aku ngah blajar photoshop dari sorang blogger ney.Kat blog die banyak tutorial tentang macam mana nak gune photoshop.Best sangat-sangat sebab aku memang dah lama nak belajar benda ney tapi tak tau nak belajar dari sape.

Hari ni dah 2 project aku buat.Nak tengok tak??Tapi jangan kutuk ek..siap korang kalo kutuk..haha


Amek korang!! 






Jangan gelakk..aku je boleh..haha
Ish2 ntah pape je aku edit ney,baru belajar kan..lepas ney nak edit lagi la..
Mak aku dah bising suruh pegi tido..tak mau!!

nota kaki: kalo nak belajar photoshop ney korang pegi blog ney Ezhan Artwork


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...