Showing posts with label bebelan aku. Show all posts
Showing posts with label bebelan aku. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Kepentingan breakfast



Assalamualaikum,


Good morning semua.Jam sekarang menunjukkan 7:16 am dan aku rasa mesti ramai masih lena dalam selimut masing2 kan.Lagi-lagi pagi ni sejuk sikit la dari biasa,sape yang taknak lepas peluang beb..hihi
Yang dah bangun ni semua dah breakfast??Lapar pulak kalau bangun pagi-pagi ni then tak breakfast kan.Aku ni memang mementingkan breakfast kalau bangun awal pagi la,kalau tak memang brunch terus la :)

Tahukan korang bahawa breakfast amat penting untuk badan kita.Tapi ade jugak member aku yang tak boleh nak makan pagi2 ni,lepas pukul 10 baru boleh sentuh makanan kalau awal dari tu dia akan muntah.Cewahh dah macam pakar pemakanan tak aku ni :)

Ada orang kata breakfast ni jugak boleh membantu orang yang tengah berdiet macam aku ni(kdg2 je) sebab dengan breakfast ia dapat membantu membakar kalori tapi jangan la amek yang berat2 macam lantak nasi ayam pepagi ni ke takpon burging king sebijik memang tak membantu sangat la nak diet tu oii.Tapi aku suka makan nasi lemak pagi2..hihi same je la banyaknye kalori nye oi =,=


Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.



So mari ramai2 kita serbu kedai roti canai yang berhampiran...yeahhh :)




p/s:rindu pulak nak makan roti canai dekat RC SELEKOH kat dungun..huhu











Friday, June 8, 2012

Pagi ini


Assalamualaikum dan selamat pagi semua :D

Macam pelik je aku update blog pepagi ni kan.Kira setahun sekali la kalau nak dikira.Sekarang ni pon ekceli rasa jugak ngantuk sikit2 yela sebab dah biasa tidur lepas subuh kan =,= (anak dara x guna..haha)
Ingat aku sesaja bangun awal pagi ni.Aku bangun ni sebab....kejap lagi aku nak deting..hihi..dating ngan perempuan la :)

Saja je nak menaip pepagi ni kan,amik berkat katakan.Mak aku cakap kalau bangun pagi ni rezeki senang masuk.Mak aku selalu perli aku susah nak dapat kerja sebab suka tidur lepas subuh,sebab tu la rezeki susah nak masuk.Tokono den =,=

Aku bukan ape,try jugak tak nak tidur lepas subuh tapi apekan dayo den,memalam tidur pon lambek.Kekadang nak dokat subh baru den tidor.Mano taknyo sambong pas subuh tidurnya..haha kan dah speaking nogori pepagi ni =,=

Sekarang ni aku aktif jugak usha2 kerja kat mudah.my.Memang rambang mata oii kerja(macam shopping pulak) tapi problem aku transport..huarghhhh
Nak kena harapkan ehsan daripada adik beradik ataupun ayah aku la kot kalau nak pegi kerja nanti :(
Tu la padahnya taknak amek lesen awal2 =,=

Okey la aku nak pergi siap.Tak sabar nak pergi shopping..yuuhuuu

#pesananpagi

"Kepada anak dara diluar sana,janganlah selalu amalkan tidur lepas subuh nanti susah nak kahwin..hihi(pesanan utk diri sendiri jugak) anak lelaki takpe =,="










Sunday, September 4, 2011

Cerita budak zaman sekarang yang terlampau manja


Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita pasal budak-budak zaman sekarang.Aku tengok budak zaman sekarang ni memang tersangatlah manja berbanding zaman aku dulu-dulu.Contoh yang paling dekat ialah adik-adik aku sendiri.Tadi merengek-rengek mintak pegi giant semata-mata nak beli alat tulis baru dengan alasan barang dah hilang.Aku tengok diorang dalam sebulan tu mesti ade je pensel la hilang,pemadam la hilang.Ape dorang ni makan ke pemadam dorang tu.

Kadang-kadang aku sebagai kakak yang mempunyai 2 orang adik perempuan ni sabar jela dengan kerenah adik-adik aku yang suka sangat amek barang-barang aku.Aku ni pulak memang jaga jugakla barang-barang aku especeli alat tulis aku.Oleh kerana aku cuti sekarang so aku memang bawak la semua harta benda aku sepanjang aku 2 tahun di uitm dungun tu.Tup-tup aku tengok sikit-sikit barang aku hilang.Dengan pensel box aku hilang sekali.Semuanya habes dikerjakan dek adik-adik aku tu.Aku punya la jaga barang aku ni pensel tekan kaler pepel yang aku beli time part 1 dulu sampai sekarang boleh digunakan.Jaga barang la katakan..hehe

Bebudak zaman sekarang ni pulak bukan reti bahasa.Macam tadi mak aku tengah tido sebab penat memasak hari ni ade open house boleh pulak merengek nak jugak pegi beli barang dorang.Kalau aku dulu kecik-kecik pandai jugaklah bertimbang rasa kalau tengok parent kite tengah sakit ke or penat takdela nak memaksa.Geram jer ngan adik aku ni.Aku dulu pun belajar jugak tapi takdela tiap2 bulan pemadam la hilang,pensel rosak la.Tu la ni la.Zaman makin maju budak pon makin banyak songeh agaknya -,-

So aku rasa sesape yang ade adik masing-masing tu mesti paham ape yang aku tengah cerita ni..hehe
Tapi kadang-kadang berguna jugak ade adik perempuan ni lagi-lagi dorang ni memang pantang dapat duit.Macam semalam baju berlambak kena lipat.Aku pon tak larat gak nak lipat semua.So datang idea nak mintak tolong adik aku yang darjah 4 ngan 6 tu tolong lipat.Nak harap dorang tolong secara sukarelawan terima kasih jela -,-
So aku bagi syarat kat diorang.Setiap helai yang dorang lipat dapat 20 sen.Tapi yang spender ngan baju dalam tu bagi murah sikit 10 sen je.Agak cepat dorang buat keje dorang tu bila aku bagi syarat camtu.So kepada kakak abang kat luar sana yang nak mintak tolong kat adik2 korang buat la cara macam ni.Memang berkesan walaupun agak tak kemas dorang lipat..hehe..Semalam aku kenalah keluarkan 3.50 bayar gaji kat adik-adik aku..haha habes bajet aku nak beli henfon baru ;)

adik-adik aku yang mengada...haha








Wednesday, June 22, 2011

Apa yang kita suka tak semestinya terbaik untuk kita








Sedar tak sedar nak hampir 2 bulan aku melangkah kealam perkerjaan ni.Walaupun sebagai seorang student praktikal tetapi aku amat merasakan bahawa aku dah jadi seorang pekerja bukan student..hehe(sekali sekala berangan ape salahnye)

Dulu time belajar tiap2 kali tension belajar asyik cakap “ hish biler la nak grade ni tak sabar nak kerja,penat la belajar ni!” Then semasa tempoh praktikal ni tiap2 hari aku akan cakap “ hish biler la nak habis praktikal ni,tak sabar nak sambung belajar balik!”

See!! Kat sini I’m just wanna say MANUSIA MEMANG TAK PERNAH NAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIA ADA macam aku ni..huhu..
Seriously dulu2 aku memang tak caya biler lecturer aku cakap “ hargailah peluang belajar kamu dengan sebaik-baiknye sebab bila kamu dah melangkah kea lam pekerjaan mesti kamu akan merindui zaman itu” and now aku memang mengakui kata-kata keramat itu..

Maybe ramai je kengkawan aku yang suka kerja diorang tu, baguslah kalau macam tu.Aku bukan tak suka langsung bekerja  ni tapi ntah la..skang ni kerja kat pejabat pon tak banyak sangat tu punca aku boring kot.Nak sembang pon tak tau nak sembang ngan sape.Kakak yang sekali praktikal ngan aku tu skang ni die dah ditukarkan ke bahagian kewangan.Bestnye die dapat kerja kat situ.Relate gak ngan ape yang kite belajar.Aku ade gak try mintak sana aritu tapi nak buat camner rezeki aku takde kat situ.Syarat nak masuk sana kena ade pure account.Aku punye course kan system maklumat perakaunan.Bukan major account.Hurm takpe la maybe rezeki aku kat jabatan haji ni.Lagipun ape yang kita suka tak semestinye baik untuk kita kan ;)  I’m try to think positive now ‘__’

Kakak tempat kerja aku cakap okey la dapat sini boleh belajar system haji.Macam mana step dari orang nak daftar haji sampai orang tu berlepas ke Makkah.Suatu pengalaman yang memang susah nak dapat kan??
Satu hari nanti insyallah aku nak try mitak kerja kat sini..hehe sebab sini suasana kerja die best ;)

Okeyla nak baca novel pulak la..hehe
See u ;)














Thursday, May 12, 2011

Hari pertama praktikal ;)





Assalamualaikum korang..

Hari ni first day aku praktikal.Adakah seronok or ade perkara yang memalukan??Nak tau lebih lanjut sila lah baca entry ni sampai habis yer.Kalo ngantuk pegi dapatkan nescafe yang berdekatan dengan anda ;)

Hari ni aku bangun pukul 6 then terus siap2 sebab kalo lambat keluar dari rumah confom2 la jalan jammed ke kl tu.Standard la kan kalo kt kl.Mana2 pon sama kot kalo pagi2 ;)
Seronok tengok bebudak pegi sekolah pagi2.Teringat zaman sekolah dulu.Nasib la sekolah aku dekat ngan rumah so kalo bunyik loceng je baru la terkedek-kedek lari ke sekolah gara-gara takot kena kunci.Nak datang awal sangat memang tak la kan ;)

Then lepas hantar adik aku kat sekolah methodist laki-laki kat sentul (nama sekolah die macam dulu2 ah..hehe) barulah ayah aku meneruskan perjalanan ke tabung haji iaitu tempat aku praktikal.Alhamdulillah xdela jammed sangat sebab kuar awal kan.Sampai je sana ayah aku ajak pegi cafe.Aku memang takde selera langsung dowh.Biasela first time kan ;)

langit pon still biru time aku sampai tu..hehe

welcome to tabung haji ;)

akibat terlalu bosan lalu menangkap gambar -,-


Dalam nak dekat pukul 8 barula aku bergerak ke jabatan sumber manusia then ayah aku tinggalkan aku dengan pekerja disitu.So bermula lah tugas aku sebagai STUDENT PRAKTIKAL ;)
Firstly ade sorang mak cik ni memperkenalkan aku dengan semua staff kat jabatan tu.Ohh lupe pulak nak bagitau aku ditempatkan dijabatan haji buat sementara waktu ni oleh kerana jabatan kewangan memang penuh.Not bad la orang2 kat situ.Semua peramah dan baik2 belaka.You know what aku sorang ke student praktikal kat situ.Yang lain semua pekerja.Mula-mula memang agak malu sebab ni pengalaman first time kan but lama-lama tu dah rasa okey sikit.Memang kena buanglah perasaan malu tak bertempat tu kalo nak praktikal nanti.And aku dapat tempat yang agak kemas dan cantik..





cantik tak meja aku?ekceli ni aku tumpang salah sorang pekerja yang sedang cuti bersalin buat sementara waktu ni.
Aku sebenarnye tak tau sape majikan aku sebab dalam 1 jabatan tu ramai sangat bos die.And mulai esok aku kena belajar ngan kak lin iaitu setiausaha salah sorang bos kat situ la.Kak lin tu biler2 masa je nak bersalin so lepas ni die kena ajar aku kerja die sebab aku bakal menggantikan die tak lama lagi..huhu tak ku terjangka aku akan menjadi seorang setiausaha walopon praktikal..huhu

Okey tugas first aku iala SHRINK kertas,kakak tu mintak tolong aku shrink kan sebab die tak larat yela dah mengandung kan.Mestila xleh buat kerja berat2.Anyway best gak buat mende alah tu..ngee~
Kak lin tu memang peramah.Sambil2 aku buat kerja tu die banyak gak la bagitau aku pasal jabatan ni.Buat pengetahuan korang jabatan ni akan menjadi sangat sibuk biler nak2 dekat musim haji nanti.Dah nama pon jabatan haji kan..haha

Time lunch agak menyedihkan bagi aku pada mulanya.Aku kat meja aku sambil berharap adela someone ajak aku lunch.But ade la 2 3 orang pekerja lelaki tanya aku tak makan ke?takkan aku nak cakap ' ehh nak ikot sekali boleh tak?' tak nak aku!! aku pon mencari2 orang yang boleh diajak makan sebab perut aku ni sumpah lapar giler.Tapi malangnya semua orang dah turun.Dahla jari aku xleh nak detect then memang takleh nak pegi mana2 la.Dok je kat bilik tu.Lastly baru perasan ade 1 pintu ke toilet diorang tak tutup rapat so dengan perasaan independentnye aku menapak la sengsorang demi mencari sesuap nasi..Cewahh ayat memang tak boleh blah..haha

Aku beli bungkus je sebab segan la nak makan bawah tu.Sampai je kat pejabat adela beberapa orang kakak2 makan kat pantri then diorang ajak aku makan sekali.Malu gak mula-mula tapi biler di pikirkan ' ape ko hingat ni pejabat bapak ko ke boleh makan kat tempat kerja,so aku makan jela kat pantri tu ngan makcik2 sume.Best ;)

Then sambung buat kerja balik sampai la pukul 5 baru stop.Rasa macam cepat je masa berlalu.Tapi aku bersyukur sebab tanpa praktikal aku mungkin takkan berpeluang rasa susana kerja dipejabat macam ni.And aku jugak bakal diberi elaun..yehaa.. ;)
Maybe start esok ayah aku just hantar pagi2 then petang balik sendiri.Wahh budget dah macam pekerja betul lak kan sedangkan praktikal ke..kecoh la lu~

okeyla esok macam biase kena bangun awal lagi.terima kasih kerana sudi membaca pengalaman first time aku praktikal.Aku memang suke bercerita walopon ayat tunggang terbalik..hahaha
bye korang ;)


muke memang ngantuk kot,,tu la da biase bangun lambat,,skali kene bangun awal daa~






ahha esok belajar filing pulaks ;)




















Tuesday, May 3, 2011

Santai petang



Assalamualaikum..


Kl tiap2 hari hujan eh.Kalo kat dungun panas sangat.Terbalik kah??
Mak aku kata cuaca memang dah tak menentu skang,dunia kan nak kiamat -,-


Selalunye petang2 cenggini kat uitm kalo bukan hujung minggu selalunye ade class.Kalo takde class maybe online macam biase or tido!!Tapi kalo hujung minggu petang2 camni aku akan layan movie.Tak pon lepak2 kat bilik member.Cehh tak habis2 nak bandingkan kat umah and kat campus.


Ohh yaa tadi member aku bagitau yang member aku time sekolah menengah dulu dah selamat melahirkan seorang puteri baru2 ni.Waa bestnye dah dapat anak sendiri ;)
Aku lambat lagi kot..hahaha


So aku dah jadi mak cik la kan? ehh tak nak la macam tua je biler ade gelaran mak cik tu..hehe
Pape pon congrats tu zukhruful aina and her husband.Mesti comel anak diorang tu sebab zu tu pon cantik ;)


#okbai





Monday, May 2, 2011

Menaip di rumah


Assalamualaikum..


Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke rumah manis rumah aku petang tadi and ni merupakan entri first yg aku taip dirumah time cuti.Actually nak menaip malam semalam kire last day aku kat dungun sebab kena berpisah ngan dungun selama 6 bulan tapi semalam memang penat kemas barang sampai tertido kat atas katil member aku.Sian die tak tido malam tu..huhu


Dapat je katil memang lupe sume..haha
K.l skang memang musim hujan eh?Baru tau sebab sepanjang duduk dungun memang panazz terik ahh.Sampai malam2 time nak study(study la sgt kan -,-) pon tak selesa.Bahang giler kot.Dah bukak baju pon still rasa kepanasannye..hehe


Result akan kuar dalam 2 minggu je lagi..huhu sangat cuak -,- tapi nak buat camano eh nak cuak pon tak buleh da bak kato pepatoh nasik dah jadi bubur ;)
Wait and see jela..


Aritu kan aku ade citer pasal adik aku eksiden kan.Tadi aku tengok die dah sihat banyak sikit la just jalan still kene gune kerusi roda or tongkat.Best pulak main kerusi roda die sampai kena marah ngan kakak aku..ahh skema la die tu -,-


Okey la episode 44  we got married dah kuar.Aku nak layan jap..buhbye ;) 







Saturday, April 16, 2011

Kesibukan yang melampau



Assalamualaikum..


Wahhh dah lama giler tak menaip kat blog ni.Rindu giler!!!
Asyik menaip esaimen je kan.Tak boleh nak mengarut2..hehe
Ekceli dalam minggu ni memang aku busy giler nak mati la.Macam mati hidup semula la org kata..haha buat hiperbola sikit -,-


Ekceli aku baru je habes menjawab paper MUET tengahari tadi.So memang rasa agak lega la sikit tapi tak boleh nak lega lama2 sebab ade 6 paper lagi yang memanggil2 aku..hahaha..tunggu yer kamu semua ;)


Nak tau tak aku sibuk giler sampai tidur pon tak sampai 6 jam sehari.Ape lagi nak hupdate blog.Kadang2 sempat la bukak dashboard moderate comment tapi memang sorry to say la aku emmang tak sempat langsung nak visit korang balik.Dengan berukben buat hal(padahal tak bayar bil,ni pon baru lepas bayar je -,-) memang susah nak online la.Dok busy pulak buat esaimen ais 300.Memang pecah kepala la dok pikir buat esaimen tu.Then quiz..test berlambak.Memang tiap2 hari busy la org kata,dengan meeting angklung..faccsys :)


Haa selasa baru2 ni aku ade speaking muet.Korang macam mana?Mesti penah rasa kan.Kebetulan pulak aku memang sorang2 je yg kena hari tu.Member aku 2 org kena kat sekolah sains and member aku yg lain dah lepas.Then menapak la sorang2 ke stadium dalam pukul 7.30 pagi.Agak cepat la gak berjalan sebab rasa macam dah terlambat jer 0_0..Then sampai je sana tengok kosong je bilik tu.Time tu wonder gak.Aku tak salah tempat kan.Kot2 la kan.Tak lama tu ade sorang mamat datang kat aku tanya aku amek muet ke.Aku jawab la a'ah.Then kitorang pon agak pelik sebab time tu dah pukul 7 lebih tapi macam takde org je.Sempat jugakla sembang sikit2..hehe..kebetulan lak die ni org kl and rumah die dekat2 ngan aku je.Greenwood jer ;)


Tak lama tu datangla 4 org mamat.Rupenye diorang ni sume budak akaun part 4.Ade gak la yg aku kenal sebab organize dinner gak.Then examiner panggil masuk.Agak lambat gak kitorang start,rupenye kitorang je yg test aritu.Aku sorang je pompuan ngan 5 org laki.Ala-ala boys over flower kan..hahahahaha
Kitorang dibahagi 2 kmpulan.So 3 org 1 group.Dapat lak ngan senior yg aku jumpe first tu ngan arif budak akaun.Pape pon aku syukur sebab dapat kumpulan yg agak best,siap debate2 lagi tu ;) Mule2 tu memang agak cuak la sebab aku sedar english aku memang slow giler.Tapi dengan group yg best camtu hilang terus rasa cuak tu.Agak seronok biler dapat point yg agak senang.Senior tu siap agree ngan point aku lagi tapi arif yg dok bangkang..hahaha memang lawak ahh time tu.Siap aku boleh kata kat examiner tu biler die kata 'okey done!' aku kata..laa dah habis ke??nak cakap lagi boleh tak??hehehe


Lepas habis jawab muet reading,writing ngan listening memang lega ah then pegi menternak lemak kat mcd..hehehe


okey la jap lagi aku citer pasal party yg aku buat ngan budak class aku baru2 ni okeh..bye korang ;)











Monday, March 28, 2011

Masalah yang aku hadapi dekat2 exam -,-


Assalamualaikum.
Selamat petang semua ;)


Final exam bakal menjelma tak lama lagi.Tak sampai sebulan rasanya.Sebut je final mesti korang yang bergelar student akan terasa kedebarannya.Terutamanya subjek-subjek yang kita lemah -,-




Tadi my lecturer bagitau ade test 5/4 nanti.Geram betul sebab ade 2 test hari yang sama.4/4 tu pulak ade present law ngan DINNER.Nak mintak lecturer post pone hari lain pon tak boleh.Kenapa la para lecturer yang sangat baik hati ni tak boleh buat test awal2 sikit,ni tak sume pakat buat test dekat2 tarikhnye..huhu
Otak aku bukan computer la -,-


Okey aku boleh terima alasan mana boleh buat test awal2 sebab silibus tak habis belajar lagi tapi tak kesian ke kat kitorang yang kena bahagi masa nak study 2 subjek dalam 1 masa :(


Aku tau ade yang agree with me and ade yang bangkang seketat-ketatnya tapi it's just my opinion right??
Tadi dapat markah quiz AIS 310 and alhamdulillah tak fail kalo tak fail je memanjang..haha
Aku akui aku memang seorang yang pemalas menghafal lebih2 lagi subjek teori.Ahh bagi aku cara nak jadi rajin sikit wehh -,-


Sekarang pulaj ade 3 assignment yang nak kena buat and due date pon semakin hampir.Ehh 4 la semua termasuk law -,-
Ahha kire tiap2 subjek ade esaimen la.Tak suke esaimen!!!!!












ESAIMEN = STUDENT -,-











Sunday, March 27, 2011

Jadi composer lagu pulak kan :)


Assalamualaikum..


Sementara nak tunggu masuk isyak ni sempatla kot menaip sikit.Tak nak cakap banyak pon sebab banyak merapu je nanti -,-




Hari ni our miss amalia suruh buat lagu berdasarkan tajuk yg kite pilih baru2 ni.Contohnye aku pilih corruption then kena la buat lagu mengenai corruption.Siap suruh cari minus one then reka la lagu ape2 pon.Wahh dah macam ajai aku ni bikin lagu sendiri.Actually bukan aku sorang je la,ngan group aku gak..hehe


Now pening lak camano la ek nak buek lagu ni.Dengar lagu tau la den..huhu
Nak pulak latest ni bertimbun2 lak eseimen aku.Tiap2 subjek ade kot..adoii -,-
Salah aku gak sebab buat kerja last minute (ade page for sape yg suke study last minute tw..hehe)


Haa ekceli nak bagitau kat korang yang mulai 29 mac ni ade ekspo kerjaya kat uitm dungun.So sape nak datang,datanglah ramai2 okeh.Macam2 ado..hehe
Aku pon tak tau ape tujuan sebenar ekspo ni tapi rasanye la dah nama pon ekspo kerjaya mesti la diorang memperkenalkan dunia kerja kepada para senior yang nak grade tak lama lagi..kan2??


Tak silap aku la buat kat stadium gemilang..tak pon dewan aspirasi je kot :)




Alaa tak sempat nak jumpe pemain bola sepak dari uitm penang baru2 ni..hehehe











Thursday, March 17, 2011

Kejadian yang mengharukan dan menyampahkan


Assalamualaikum..


Dari semalam dungun kesejukan dek hujan non stop.Memang memerlukan semangat yang kuat untuk pergi ke class.Setan baik mana yang rasuk aku bagi rajin pegi class hari ni pon aku tak tau.Aku berjaya pegi ke class hari ni!!hehehe
Walopon hujan and katil memanggil-manggil suruh sambung balik tido tapi semangat aku nak pegi class lebih kuat..memang tak boleh blah -,-


Time nak pegi class,kat cafe sa-din aku ternampak 1 insiden yang betul2 menyentuh perasaan aku..huhu
Ade sorang mamat ni eksiden time kat bonggol tepi cafe tu..huhu..cuak gak aku time tu mana la nak tau teruk ke eksiden tu kan.Mula-mula dengar gak bunyik yang kuat dari belakang,then toleh nampak mamat tu dah tercampak kira-kira semeter dari motor die.Yang buat aku tersentuh tu semangat die nak pegi class gak walopon dah eksiden.Die bangun balik angkat motor die then pegi class dalam sakit-sakit tu.Waa tabik sama lu la :)
Kalo aku dah nangis2 then tepon mak nak balik umah..haha (tu beza laki ngan pompuan -,- )


Alhamdulillah takde bende buruk yang berlaku.Maybe semua tu ade hikmahnya :)




haa nak citer pasal perangai budak level aku yang tak matured langsung..grr rasa nak penampar pon ade.Semalam ade kecoh2 kat level aku bilik member aku gak tapi die jarang dah duduk sana.Aku wonder ahh pesal kecoh2 tu then pegi la sana.Biasa la perasaan ingin tahu tu meluap-luap..hehe
Rupa-rupanya budak tu taknak bukak pintu bilik sedangkan roomate die dah merayu2 mintak bukak sebab kakak tu nak study esok ade test.Boleh lak minah tu cakap camni ' ala kakak kan dah pandai tak yah study la '..kalo aku la memang dah kerat 16 macam monalisa buat tu..huhu
Aku pon tak tahu punca die mengamuk pasal ape tapi memang menjerit-jerit gak die malam tu.Gile meroyan ape.And aku pon tak tau die marah ngan roomate die or member die sebab time tu member die ade kat luar tu suruh die bukak pintu gak.Tibe2 terpikir jap " macam mana la kalo die gadoh ngan laki die..die kunci pintu bilik la jawapnya..hahaha "


Memang tak matured langsung minah ni.Dari info yang dipercayai la aku dapat tahu budak ni memang budget giler and memang tak matured -,-
First time la aku jumpe budak u cenggini..huuu


Buat pengetahuan korang berukben aku dah koma jap gara-gara aku tak bayar bil akibat kekeringan buat masa ni.Sorry bebanyak kat korang2 yang dah visit blog aku tapi aku tak visit korang balik.Insyallah ade masa terluang aku akan visit korang balik eh..hehe..




yeeehaa esok ade bengkel angklung :)







Friday, February 11, 2011

Modul part 5



Hye korang :)


Dah lama x membebel kat sini.Kalau korang perasan la ade entri sebelum ni tapi dah di delete atas sebab2 tertentu*fullstop*


Actually hari ni aku ade modul yang sebenarnya diambil time part 5.But aku kan praktikal part 5 nanti so kena la amek awal sikit.Kang tak pasal2 repeat modul extend 1 sem..tak sanggup den :)
Kat uitm ni modul memang wajib,kalau tak ambil tak leh nak graduate.Sanggup ke korang??Modul hari ni just duduk dalam D.A sambil menadah telinga dengar orang bagi ceramah.Pagi tadi die cakap pasal pakaian ngan cara kita nak berinteraksi ngan orang time kerja nanti.Die ajar gak tatacara makan kat hotel,cakap ngan bos camne nati and banyak lagi la.Best jugak la ceramah tadi.Pastu rehat jap makan nasi lemak :)
Then sambung ceramah pasal MAA TAKAFUL.Cehh aku ingatkan pasal kerjaya ke ape rupa2 nya nak promote insurans kat kitorang and nak offer sape nak keje kat sana.Not bad gak pendapatan yang dapat kalau jual insurans ni tapi kau nak dapat ingat senang ke.Mulut mesti mau manis kak!Bukan manis makan gula2 kapas tapi mesti pandai cakap maa.Barulah orang tertarik nak beli insurans yang diorang tawarkan.Betul kan??


Ehh aku ni dah macam penjual insurans pulak kan..hihi
Skang ni rehat jap sebab ade solat jumaat kan hari ni.Jap lagi pukul 2.30 sambung lak.Tak tau la slot ape jap lagi.Jangan cakap pasal politik sudah.Boring kot -,-


Actually aku tengah mencuba membeli secara online skang ni..toink3
before ni memang tak caya sangat ngan barang online ni tapi start berblogging ni aku makin confident nak beli secara online ni.Banyak gak kelebihan die salah satunye korang tak yah susah2 pegi mall cari barang yang korang nak.Just google je barang tu and berderet blogshop yang kuar nanti.Percayalah~ :) Korang just scroll bawah je sampai jumpe barang yang korang nak tu.


So first time ni aku beli bende murah je kot..hehe
Money pon takda skang ni.Kena berjimat cermat sikit bulan ni.So pasni kalo barang okey aku nak try lagi.Aku just order inner kat ayunar dulu.Tengok nisa kay pakai macam best je so nak try gak la :)
Lepas ni nak beli lens lak..hehe


psstt : nak bukak akaun cimb la :)


















Saturday, February 5, 2011

Bas buruk


Assalamualaikum


Dah dua hari tak hupdate blog gara-gara sibuk yang teramat sangat :)..sedangkan banyak benda nak story kat sini tapi takde mood nak citer.Sepanjang perjalanan dalam bas tadi banyak giler la idea nak tulis pe entri hari ni tapi skang ni idea tu hilang lak.Adoii kan bagus biler ade idea tu secara automatiknye tertulis sendiri kat entri ni.Ade tak software cenggitu?Kalo ade aku orang first nak beli..hehe

Actually nak bagitau kat korang yang aku dah sampai dungun ni.Yehaa!!Seronak la sangat -,-
Tau tak esok ade presentation bel tapi relax je aku ni tak prepare pebende siap boleh main blog lagi(blog punye pasal aku sanggup..haha)

Tau tak tadi aku naik bas t***s.Dapat lak tingkat atas so agak pening sikit la.Dah tu panaz giler ah sebab air cond hanya tipu semata-mata.Bunyik je lebih tapi haram pon takda.Tapi yang uniknye major dalam bas tu budak uitm.Haa memang kebetulan kan..hehe so pak cik bas yg baik hati tu nak hantarkan kitorang sampai depan uitm.Dalam hati ni cakap kalo pak cik ni antar sampai redang memang nak bagi kiss sikit ahh..haha ade hati dowh -,-
Kire syukur la dihantar sampai uitm jimat 2 ringgit kitorang :) Dah lupe pasal bas buruk tadi(baik kan aku ^_^)

Okey aku sebenarnye still pening + nak muntah effect naik bas tadi..huhu..macam nak mintak MC je esok..boleh x??hihi

Bye korang :)






Thursday, February 3, 2011

Menternak lemak


Assalamualaikum


Just short entry from me :)
Semalam BBQ kat rumah pak long aku sangat best sebab dapat makan banyak2.Ahh habis diet aku(sejak biler lak berdiet ni)..Baru ingat semalam besday bangcik aku jugak.Kire 2 in 1 la semalam.Macam-macam ade semalam.Mak aku yang perap ayam and jangan terkejut,mak aku buat sate sekali tau..hihi..yang jadi mangsa mencucuk sate aku ngan adik aku la.Sampai kuning2 tangan aku -,-

Ape ingat aku tolong makan je ke..aku tolong bakar ayam sekali tau.Aku jaga last2 jela sebab first2 orang lain yg masak :)
Okeyla tu tolongla jugak kan..
takde pic untuk diupload gara-gara henfon ku dibawak lari..

mood : tengah blogwalking :)







Monday, January 31, 2011

Ni bukan gathering blogger tapi gathering classmate aku..hihi




Assalamualaikum


hye korang!!tangan aku ni dok gatal sangat dah ni coz dah lama tak menaip kat blog ni.takde mood la nak menulis sebab busy memanjang.ni pon baru je lepas kemas rumah sikit2 :)


Sabtu baru2 ni member aku datang dari kemaman sorang besut sorang.tujuan diorang datang ni of cos la jenjalan takkan nak merempit kot kan(melampau disitu)
So kitorang decide jumpe di T.S..tau kan kat mana tu :)
Oleh kerana aku ni tak de lesen so terpaksa la mengharapkan adik aku antar.Kene kuar awal dari umah sebab die ngan member die nak pegi shah alam pagi tu gak.Kire lepas die antar aku terus blah s.alam la.Sampai je T.S aku call member aku tengok2 diorang tak bertolak dari rumah rupenye.Takpe ade masalah teknikal disitu :)

So apelagi dari tercegat tak buat ape aku pegi la shopping sengsorang.Waahh first time kot shopping sensorang kat T.S..Dah takde orang nak temankan..huhu
Anyway best gak jln2 sorang ni.Sampai penat la kaki aku ni menapak semua tingkat.Dapat la beli fipper pink 1,pashmina hijau and inner syria.Bestt wooo.Pastu sempat gak la beli bedak compact and eyeliner baru kat watson..hihi

Okey story kat atas ni baru mukaddimah (-_-)

Sampai je member2 aku, kitorang decide pegi makan dulu sebab perut aku yang dok menyanyi lagu mee sedap dari tadi.Mana taknye dari pagi aku tak makan sampai la tengahari.So kitorg just makan kat McD je.Paling cepat and senang nak makan sebab aku dah beli tiket khurafat pukul 2.Kang lambat rugi je tiket tu -,-
Meluat giler tengok kapel dok meraba raban dpan aku.Berbulu mata aku tengok.Kentang mcD yg aku makan pon jadi tak sedap.Budget dieorg je ade kapel.Aku tengok umur macam budak  skolah menengah tapi perangai macam orang dah kawen.Memang tak dinafikan berlambak je adegan mesra kat mana2 tempat pon tapi aku memang sakit mata je tengok.Harap2 la aku tak terdorong nak buat perangai cenggitu..aminn

okey back to story.lepas tengok muvie member aku ajak main cosmoworld.Mule2 berat je hati nak pegi sebab mahal kot.RM 37 hinggit tapi kesian lak kan member nak main.Okey aku follow je.First aku main 'DNA'..Giler ahh aku tak dapat nak ungkapkan ngan kata2 betapa ngeri main binatang ni..huhu..before main tu pon da cuak tak terkata apelagi tengah main.


okey ade nampak kecuakan disitu tak??hahaha




Giler ah time die berpusing tu memang jerit tak ingat dunia ahh sampai tak terkeluar suara aku ni.Sampai nak tercabut la tudung aku ni nasib sempat cover..haha
Lepas mainan tu berenti memang aku terus pegi toilet takut2 ade bende je nak terkeluar nanti.Kepala ni tak yah cakap la pening gilak ahh..
Pastu member aku ajak main roller coster tapi sumpah aku tak larat nak main dah -,-
Last2 ajak member aku main game yg kene masuk token tu.Selamat tapi membazir..haha
Hampir semua game aku main.Paling best gem kene gol kan bola.Aku berjaya mengalahkan pijah dengan 1 mata..haha

ekceli yg ni first time main..second time yg mng ngan pijah 29 mata..huahua










kanak2 riang bermain dengan riang sekali..hehe..nak dekat sepuloh hinggit la main semua bende ni.kalo makan kfc pon lepas ni :)
kitorang main gak tau 'bang boom'..ala yg main langgar2 orang naik kete tu la.best woo..aku naik sampai 2 kali..haha



okey tak larat nak menaip banyak2 dah ni.korang gak yg boring nak baca nanti kan..hihi
nak kene masak lak ni..babai :)














Friday, January 28, 2011

Bila niat tu salah



Assalamualaikum


Sape yang rasa die berjantina lelaki and beragama islam cepat pegi masjid skang solat jumaat!!

Actually aku baru sampai je rumah dalam pukul 5 pagi tadi.Nasib la aku terbangun elok2 time die lalu tepi rumah aku.Sempatla aku suruh die berenti kat tepi jalan je tu kalo tak parent aku terpaksa la amek kat hentian putra.Jauh lak kan..huhu

Tau tak semalam buat pertama kali nye aku pegi klinik uitm yg baru tu dengan tujuan sakit and mintak MC.Ini cerite serius tau.Mana ade tipu2 kalo sakit ni kang tak pasal sakit betol2 kang baru tau.Tau tak pagi khamis dalam pukul 4 pagi aku diserang sakit perut yang amat sangat sampai nak tahan pon tak sanggup.Oleh itu toilet la jalan penyelesaiannye.Bukan setakat sekali aku pegi tapi nak dekat 10 kali kot.Terpaksa memberanikan diri pegi toilet pagi2 buta sampai 3 4 kali dowh sampai toilet tu pon boring tengok muke aku je -,-

Aku pon tak tau la nape kene serang penyakit ni.Semalam tu aku adela pegi makan kat hotel uitm ngan classmate aku tapi tak mungkin la makanan sana kotor sebab hotel kot.Aku rasa mybe aku tak biase ngan makanan kat situ kot.Doktor tu pon macam syak wasangka je kt aku.Die igt aku main tipu2 la tu nak mintak MC.Ape barang tipu2 aku serius dowh.

Okeyla aku terus terang..Ekceli aku memang ade berniat nak monteng khamis tu sebab keje maf tak siap..hihi..maybe ni balasan aku sebab berniat nak monteng.Last2 dapat sakit betol2 and dapat MC.Ade hikmah gak aku sakit ni sebab aku tak dikira monteng sebab dapat MC.Aisehh kepochi je aku ni dapat MC kan :)





Ni la MC aku buat petama kalinye seumur hidup aku.Nak kecoh jap kat blog..haha..Yang aku bengangnye ade ke die tulis aku cos DIA..aku DAIS la..suke2 je tuka cos orang.marah ni!!
Takpela asalkan dapat MC takdela kene marah ngan lecturer nanti..hihi


pssstt : sape ade idea tempat aku nak pegi praktikal nanti?nak area kl tau!!major course accounting,computer or management..contact me okey :)









Monday, January 24, 2011

Jumpa pengarah kampus yang buang masa


Assalamualaikum

Actually dalam class AIS 310 ni tapi keja dah siap so amek kesempatan update entri pasal semalam jap.Semalam uitm dungun ade buat malam bersama pengarah.Tiap2 sem mesti ade punye event camni.Tak tau la kampus korang camner.Ade tak buat camni??
Malam bersama pengarah ni bukan tidor sama2 la..haha tapi malam ni la student boleh luahkan ape rasa tak puas hati kat uitm ni or ade pape cadangan yang nak kemukakan.Yang pentingnye merit wajib tau!!Tu la ramai yang TERPAKSA pergi sebab kalo takde merit ni memang tak dapat la kolej for next sem.

Antara isu yang dikemukakan malam tadi ialah isu penngabungan kolej antara siswa and siswi.Isu ni memang dapat perhatian hangat dari semua student.isu yang lain2 termasuklah isu aurat,makanan dining mahal ngan tak cukup,kecurian time solat jumaat yang kerugian hampir RM4000 ++ and function tak cctv kat uitm ni,dengan beruk yang suke mengganggu warga redang,adakan bengkel basikal,tarikh sebenar start sem for student praktikal and banyak lagi isu yang lain tapi tak larat nak sebut semua.

Korang tengok die punye isu punye la banyak kan tapi jawapan dari pengarah memang tak jawab soklan langsung.Pastu bagi ceramah free pulak.memang ramai giler la student yang tak puas hati malam tadi dengan aku2 sekali..huhu..dah la lama giler sampai pukul 11 lebih malam baru habes.
Time bagi merit tak yah cakap ahh.Bak kata junior aku nak amek merit macam main ragbi.Berebut2 sebab masing2 nak balik awal.Lastly aku gak yang tak dapat merit semalam sebab habis.Ape daa bengang giler ahh!!nasib aku sabar je..claim nanti kat pejabat redang :(

okey class nak habes ni..babai :)













Friday, January 21, 2011

Bercuti di Besut !!


Assalamualaikum

Night korang.Tau tak entri malam ni aku tulis live dari besut.Now aku ngan member aku bercuti kat umah pijah.Best tau biler dapat jenjalan tempat yang kite tak penah pegi :)
Aku sampai malam semalam dalam pukul 9 lebih.Sampai je terus pegi KFC sebab perut masing2 dah nyanyi macam2 lagu dah..hihi..Sampai je rumah jumpe parents die and kemas2 ape yg patut and makan.Tau tak bagi aku KFC kat dungun better dr kat sini.Bukan nak mengata tapi ni FAKTA..hehe aku tengok berdasarkan servis die la.Ade ke member aku mintak air revive tapi die kasi air rasa macam air kosong + letak gas.Erk..aku punye burger pon tak sama cam kat dungun punye.Betul..aku tak tipu!!

Pagi tadi kitorang yg jakun nak sangat pegi bendang turun la kejap sana.Ekceli nak bergambar je lebih..kan korang!!hehe..





Haa best kan?Saje je nak jeles kan korang yang tak penah pegi tu.Kalo dah penah buat2 tak nampak jela gambar tu eh..hehe..
Nak tau 1 cite tak.Tadi lepas jalan kat bendang or org kelate panggil ' baghuh ' aku,qila,fina,mira and bila lalu 1 umah ni.Ingatkan member kitorg ade kat situ tapi malangnya 2 ekor lembu yang ade kat situ.Mula2 buat berani je nak jalan lepas lembu tu.Qila lalu..pass! Fina lalu..pass! Aku lalu..pass! tapi pusing belakang bagi peace sikit kat lembu tu tapi malangnya die nak kejar aku and baru perasan tali die tak diikat time tu.Aku apelagi angkat kaki seribu langkah la nak lari.Memang lembu ni jeles betul ngan aku.huh -,-

Okey lepas pegi bendang ngan tak mandinya kitorg pegi pasar kat mana ntah,ala orang mana tau kite tak mandi kan..hehe..Kat sana aku ade jumpe kuih yang unik ngan kek yang nampak sedap..nak tengok??
jom!!

nampak sedap kn kek ni!!atas tu caramel tw..sedap tp tawar skit..hehe

haa..cube teka kuih ape ni..comel giler kuih ni weh..1st time nmpak..hehe

Lepas habis semua beli barang kitorg betolak g umah mak cik die for masak and mandi sungai!!Rumah mak cik die memang lain dari lain sebab jauh dari jiran.Seram kot kalo malam2..hehe..Walopon mandi lewat sikit tapi still seronak.Opss pic mandi tak boleh diupload..hehe biarlah untuk tatapan aku saje :)
Adela time berenang tu aku tertelan air sungai dengan banyak sampai naik biul aku sikit..hehe..

Okey lpas mandi manda kat sana kitorg pegi Bukit Keluang.Pijah kata tempat ni memang femes kat besut ni.Tempat die memang cantik.Tadi pon ramai je orang datang.ade ngan kapel ade ngan famil ade gak ngan member sama cam aku :)





See?Best kan..kalo nak rasa sendiri meh datang besut..promote tempat member kejap..hehe
Aku harap aku dapat pegi lebih banyak tempat kat terengganu ni before aku grade nanti.Boleh la buat2 kenangan sikit bile dah tak blaja kat sini nanti..huhu
Pape pon thanks banyak2 kat pijah and family coz sudi terime kitorg yang banyak menyusahkan korg sekeluarga kat rumah ni.Biasela kitorg suke buat kecoh sikit :)
thanks bebanyak.esok pijah nak bawak beli keropok lekor pulak..hihi

Okey aku nak tido mata dah ngantuk.Seee uuuu!! :)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...